Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Suka Tengok Johan Senyum” – Farah AF2 Bercerita Detik Pertemuan Bersama Suaminya..

Posted: 15 Jul 2011 08:59 PM PDT

Detik pertemuan Farah (26) & Johan (26) telah ditakdirkan oleh tuhan. Walaupun pernah bertembung beberapa kali, atau sekadar melemparkan senyuman ketika terserempak, namun mereka berdua tidak bertegur sapa. Farah & Johan dalam temubual eksklusif bersama OHBULAN! berceritakan saat permulaan pertemuan mereka, sehingga berakhir di jinjang pelamin, hari ini.

"Pada satu malam, saya terserempak dengan Johan tengah bersembang dengan abah. Saya pun tertanya-tanya juga, "Eh, berani juga mamat ni kan?" Bukan apa, kebiasaannya lelaki lain tak berani apabila bertemu dengan orang tua, tapi saya tengok Johan macam okay.

"Walaupun time tu kami tak berkenalan, tapi Johan boleh menyesuaikan diri dengan abah. Kemudian, abah ambil nombor telefon Johan, dan saya pula curi nombor tu daripada telefon abah. Saya pun tak tahu kenapa, saya rasa macam nak sangat berkawan dengan Johan," cerita Farah yang tersenyum riang berceritakan saat pertemuan bersama suaminya, satu ketika dahulu.

"Pada mulanya, kami sekadar bertukar-tukar mesej. Sehinggalah pada malam tahun baru 2006, itulah pertama kali saya mendapat panggilan telefon daripada Johan. Apabila contact & call, rasa ngam pula. Selepas 4-5 bulan berkawan, tiba-tiba kami berdua dah "I miss you", "I love u", " jelas Farah lagi.

ON AIR – Farah Wedding Part 2 from lhmediatv.

"Kalau diikutkan, sebenarnya kami bercinta jarak jauh. Saya berada di Kuala Lumpur, manakala Johan berada di Pulau Pinang. Mula-mula saya tak percaya percintaan jarak jauh setelah mendengar banyak cerita kurang enak daripada kawan. Namun, saya mempunyai perasaan untuk mencuba, nak tahu juga macam mana rasanya komitmen apabila bercinta jarak jauh.

"Yang membuatkan Farah yakin dengan hubungan ini sebab Johan sentiasa utamakan Farah. Jadi, apabila Johan nampak jujur & ikhlas, Farah yakin," kata Farah yang ditemui di Masjid Besi, Putrajaya, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar Eksklusif: Majlis Pernikahan Farah AF2 & Johan Atas Cruise!

Posted: 15 Jul 2011 07:03 AM PDT

Kata Farah, dia teringin nak bergambar ala filem Titanic ketika majlis pernikahannya. Bersaksikan latar belakang bandar raya Putrajaya yang serba indah, pihak majlis merealisasikan impian Farah.

Ciuman tanda kasih sayang seorang suami kepada isteri selepas diijabkabulkan. Sangat indah, meruntunkan hati sesiapa sahaja yang single mingle.

Sesi bergambar bersama sejurus diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Kamera & flash, jangan cakaplah. Menimbun!

Farah cium & salam tangan Johan sebagai tanda taat & sopan seorang isteri kepada suami.

Saat ini, Farah berdebar-debar menanti Johan melafazkan akad nikah bersama tok kadi. Tampak serius, tapi dalam hati siapa yang tahu, kan?

Farah menandatangi 'kontrak' sebagai seorang isteri seumur hidup.

Galeri gambar selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan