Adsense

Khamis, 14 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Bergenang Mata Fida Apabila Dipinang Olok-Olok.

Posted: 13 Jul 2011 11:54 PM PDT

Tengok episod pertama, boleh menitis air mata apabila Fida telah dikenakan oleh Zuan (hos Melodi) dalam segmen Bang Bang Boom. Al-kisahnya, Fida telah mencabar Zuan supaya meminang dirinya secara BBM. Tanpa disangkakan, Zuan benar-benar datang masuk meminang Fida. Namun, Zuan sekadar datang untuk bermain-main dengan Fida.

Apa lagi, bergenanglah air mata Fida apabila pinangan yang diharapkan dipermainkan sebegitu rupa. Ramai penonton yang marah dengan tindakan Zuan yang diperkatakan tidak sensitif terhadap hati seorang wanita.

Setelah rancangan tersebut berakhir, Zuan meletakkan status di Facebook berbunyi, "Buat mereka yg terlepas,boleh check it out Segmen Bang Part 1 Fida Ibrahim..Jgn Judge apa2 selagi anda tggu lihat Part 2 Rabu 6/7/11 di BangBangBoom 10pm hanya di TV3."

Mungkin ramai yang masih belum menonton keseluruhan segmen Bang Bang Boom Fida & Zuan. Kami pun tak nak bagi spoiler. Apa kata anda enjoice sahaja sesi rakaman penuh sebak selepas ini. Bahagian kedua ada penjelasannya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.