Adsense

Khamis, 14 Julai 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kembara terakhir Harry Potter

Posted: 13 Jul 2011 02:58 PM PDT

Hip


INFO
Judul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 Pelakon: aniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Alan Rickman, Michael Gambon, Helena Bonham Carter Pengarah: David YatesPenulis (lakon layar): Steve Kloves Penulis (novel): J.K Rowling
Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama, Fantasi, Misteri
Durasi: 2 jam 10 minit
Tarikh tayangan: Mulai 14 Julai 2011

The Deathly Hallows: Part 2 sajikan hiburan terhebat buat peminat
ANDAINYA dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton.

Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona.

Potter sendiri misalannya, walaupun jika diukur dari segi usia, wataknya digambarkan sebagai seorang remaja, namun kecekalan anak muda itu dalam menghadapi musuh tradisi serta kematangannya berdepan situasi yang cukup mencengkam membuatkan penonton turut berasakan sama evolusi dirinya.

Begitupun, amat sukar dinafikan, di samping kekuatan ceritanya sendiri, elemen paling menarik mengenai filem ini tentu sekali visualnya yang hebat dipaparkan. Babak pertarungan yang dipersembahkan buat peminat siri filem ini sungguh mengagumkan. Saksikan saja babak si pahlawan melarikan diri dari ruang bawah tanah Bank Gringgots bersama seekor naga. Ia sudah semestinya teknik imej janaan komputer (CGI) paling 'cantik' yang pernah ditonjolkan.

Begitu juga penonton akan terpukau menyaksikan babak membabitkan Profesor Snape lakonan Alan Rickman ketika dia berdialog dengan Potter. Adegan itu sesuatu yang pasti lama akan dikenang peminat.

Menerusi memori Snape, dia bertemu dengan ibunya, Lil dan juga bapanya. Dalam perbualan itulah, segala rahsia yang selama ini mempunyai kaitannya dengan Potter akhirnya terbongkar. Segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terjawab sudah semuanya. Sesukar manapun hakikat yang terpaksa dihadapi, sakit atau tidak, semuanya terpaksa ditelan Potter dan babak ini mampu menyentuh hati khalayak.

Antara buku dan filem, ada jurang perbezaannya. Apa yang kurang di dalam novel berkenaan, dibaiki si sutradara, David Yates, menerusi filem. Bukan saja memperbaiki, malah dia turut menjadikan filem itu lebih cantik serta mempunyai jiwa yang mampu menyentuh rasa.

Bagaimanapun, selepas menonton edisi yang diwar-warkan sebagai pengembaraan terakhir ini, mungkin Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 bukanlah penamat mutlak. Tidak mustahil jika dikatakan, ia mampu menjadi permulaan kepada satu lagi perjalanan hidup masyarakat ahli sihir yang berupaya menjerat kesetiaan peminat, pada masa akan datang.

Penutup luar jangkaan

PADA bahagian pertama filem garapan Yates ini, ia memaparkan babak tembakan ke langit selepas Lord Voldermort berjaya mencuri tongkat sihir paling kuat di dunia dari makam si pelindung Potter, Profesor Dumbledore.

Dengan kejayaannya itu, Valdermort menjadi ahli sihir paling hebat dan tidak mampu untuk ditewaskan sesiapa.

Kemudian, dalam kisah selanjutnya, kita dapat menyaksikan amukan tiga remaja, Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Hermione (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) dalam usaha mencari Horcruxes yang mampu menghentikan jejak Voldemort, sekali gus menyelamatkan dunia sihir dan juga Hogwarts daripada terus berada di bawah jajahan takluk Raja Kegelapan.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah kesudahan filem ini selepas penantian selama sedekad, dengan lapan judul membabitkan 3,000 pelakon dan kru, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang dicipta oleh J.K Rowling ini.

Selepas menayangkan bahagian pertama penghujung tahun lalu, ramai yang membuat spekulasi mengenai watak Potter. Ada yang mengandaikan dia bakal menemui ajal berdasarkan poster yang disebarkan. Tetapi ada juga yang sangsi dan menganggap kesudahan filem ini pasti berbeza kerana tidak mahu dianggap memberi penamat yang terlalu biasa.

Apapun, usah melulu membuat spekulasi kerana penulis filem ini, Steve Kloves, begitu bijak membuat penutup yang sememangnya tidak disangka-sangka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GAFIM berkobar-kobar anjur FFM24

Posted: 13 Jul 2011 02:55 PM PDT

Hip

Jawatankuasa penganjur perlu mencari dana tambahan RM1.5 juta lagi

KATA orang jangan meletak harapan terlalu tinggi, andai impian itu tidak tercapai, kelak nanti kecewa.

Bagaimanapun bagi urus setia Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang bakal berlangsung 19 November depan anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) sepenuhnya, mereka berkobar-kobar untuk menjadikan FFM 24 sebuah acara gilang gemilang lari dari kepompong penganjuran sebelum ini. Bagi meyakinkan mereka tidak sekadar bercakap kosong, pelbagai program dirangka bermula bulan ini sehingga November nanti bagi menyemarakkan festival yang sebelum ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Selain ingin membuatkan masyarakat secara amnya dan warga filem khasnya sedar mengenai kewujudan FFM 24, penganjuran aktiviti itu juga sebenarnya bagi mewujudkan hubungan baik dengan syarikat korporat bagi tujuan penajaan.

Pengerusi Publisiti dan Promosi FFM24, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebelum ini mereka (GAFIM) ibarat anak emas.

Apa saja yang diingini akan ditunaikan FINAS, semua kerja pula dilakukan mengikut struktur. Bagaimanapun, apabila tanggungjawab itu diserahkan sendiri kepada GAFIM, barulah mereka sedar kepayahan menganjurkan majlis besar seperti FFM.
"Dulu petik saja, semua dapat. Kami tak perlu bersusah payah mencari wang atau penaja tetapi sekarang semuanya perlu dilakukan sendiri. Kerajaan hanya menyediakan RM1 juta saja untuk majlis itu, memandangkan kami ingin mengadakan pelbagai acara supaya bahang FFM 24 lebih terasa. Kami memerlukan kira-kira RM1.5 juta lagi.

"Dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, insya Allah jumlah itu dapat kita capai. Walaupun bajet yang disediakan kerajaan tidak mencukupi, kami tidak mahu mengadakan majlis ini mengikut bajet yang disediakan. Sebab itu kami berusaha mencari sendiri penaja kerana kami ini menjadikan festival ini lebih mantap," katanya.

Menurutnya, mereka harus mendekatkan diri dengan sektor swasta kerana tidak semestinya apabila FFM saja ia perlu dijalankan oleh pihak kerajaan saja.

"Kami ingin memastikan kehadiran FFM disedari 17 juta orang. Kami akan berusaha melakukan pelbagai aktiviti dan promosi antara siri jelajah di beberapa zon, pengiklanan FFM pada pengangkutan awam dan pelbagai aktiviti lagi.

"Sebelum ini kalau menyebut FFM, ia seakan sebuah acara yang sepi. Tiba-tiba saja ada majlis perasmian, malah ada golongan sendiri yang tidak tahu mengenai kehadiran acara itu. Bermula dari hari ini, kita akan mengadakan pelbagai acara untuk mengangkat FFM," kata Mat London.

Buat pertama kalinya sepanjang 24 tahun penganjuran festival itu, siri jelajah akan diadakan. Zon yang akan disinggahi FFM 24 ialah Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru, Seremban, Kota Kinabalu dan Putrajaya. Ke semua lokasi ini mendapat sokongan dan tajaan penuh dari kerajaan negeri.

Sementara itu, sebuah majlis pra pelancaran akan diadakan pada 25 Julai depan bertempat di Kompleks Kraf Malaysia bagi mengumumkan senarai filem yang bertanding.

Filem yang ingin bertanding perlulah dihasilkan dalam tempoh dari 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011. Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos ini.

Acara lain yang akan diadakan ialah majlis berbuka puasa, rumah terbuka, karnival walkathon, pertandingan golf amal, majlis makan malam serta malam penghargaan.

Pada tahun ini kategori karya bukan Melayu akan diwujudkan kembali tahun ini bagi menggalakkan produser bukan Melayu untuk terbabit sama di dalam festival ini.

Tahun lalu, kategori ini digugurkan kerana tidak menepati syarat kerana tidak mencapai kuota yang ditetapkan. Bagaimanapun urus setia FFM yakin tahun ini kira-kira enam buah filem asing bakal menghantar penyertaan.

Bagi memastikan usaha itu berjaya Wendy Wong akan bertemu dengan penerbit berbangsa Cina untuk berbincang mengenai perkara berkenaan. Manakala seorang urus setia berbangsa India juga diarahkan untuk bertemu produser filem India.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.