Adsense

Isnin, 25 Julai 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Sara Ali Selesa Tanpa Mekap

Posted: 24 Jul 2011 06:44 PM PDT

SEKALI pandang, suara dan karakter pelakon Sara Ali, 21, (gambar) saling tak tumpah seperti pelakon terkenal Sharifah Amani.

Bagaimanapun, wanita kecil molek ini hanya tersenyum dan tergelak kecil saat dikatakan seperti itu.

Malah dia tidak menafikan ramai juga yang menegur perlakuan dan gerak-gerinya itu. Lantas sengaja diusik, bagaimana jika mereka berdua bertemu?

"Sebelum ini saya tak pernah bertemu dengan Sharifah Amani tetapi andai kata suatu hari nanti kami bertemu, mungkin saya akan mendiamkan diri dan hanya memerhatinya dari jauh," jawabnya spontan kepada OopStarz!.

Sara mula dikenali menerusi filem Penunggu Istana dan Nur Kasih The Movie yang telah ditayang di pawagam.

Bagaimanapun, menurut gadis berasal dari Batu Pahat, Johor ini, dia memulakan karier lakonan dengan filem Sesuatu Yang Tertinggal setelah menjalani uji bakat di syarikat produksi Grand Brilliance Sdn Bhd.

Melihat gayanya yang berambut panjang mengurai, siapa yang tidak tertarik dengannya lebih-lebih lagi menatap mata galak Sara yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki.

Berkongsi tentang penjagaan kecantikan, wanita ini bukanlah seorang yang terlalu cerewet dan lebih bersikap sederhana.

"Saya menggunakan pencuci muka yang betul-betul sesuai dengan kulit muka setelah bertemu dengan doktor pakar kulit kerana saya mengalami masalah kulit kering.

"Jadi, doktor pakar itu menyarankan produk yang sesuai seperti produk yang membantu melembapkan kulit saya.

"Selain itu, saya dinasihati agar minum banyak air masak," ujarnya.

Sengaja menduga sama ada dia ada mengamalkan petua tradisional, Sara hanya tergelak. Bukan bermakna dia tidak percaya tetapi katanya belum tiba masanya untuk mengamalkan petua yang biasa diamalkan oleh orang Melayu zaman dahulu.

"Saya tak suka makan jamu sebab ia boleh menyebabkan badan menjadi panas tetapi saya percaya suatu hari nanti mungkin saya akan mencubanya.

"Sejak kecil, saya seorang yang lasak dan tidak terlalu gemar dengan solekan dan tak kisah untuk berpanas di bawah cahaya matahari.

"Saya jarang menggunakan mekap sebab saya tak selesa. Sesetengah wanita boleh mekap setiap hari tetapi saya lebih suka wajah saya tanpa mekap kerana lebih menampakkan diri saya yang sebenar.

"Sebab itu saya kurang mengeluarkan belanja untuk produk kecantikan dan dianggarkan jika sesekali berbelanja hanya RM100 hingga RM200 sahaja," tutur pelakon drama Wasiat di Astro Ria ini.

Beralih kepada pemakanan, Sara akui mengalami badan yang mengecil dan sukar membesar disebabkan kadar metabolisme tinggi.

Makanlah sekerap dan sebanyak mana pun, badannya memerlukan masa beberapa bulan untuk membesar.

"Apabila saya merujuk kepada doktor, dia sarankan saya mengambil suplemen seperti Vitamin C untuk menambah selera makan dan berat badan.

"Saya pula jenis yang tidak cerewet apabila tiba bab makan. Saya suka makan nasi. Pada waktu pagi, saya jarang mengambil sarapan tetapi saya akan makan banyak pada waktu tengah hari dan petang manakala pada malam hari pula saya akan makan apa sahaja melainkan nasi," ujarnya.

Tip cantik

-Kerap pakai krim pelindung cahaya matahari jika cuaca panas.

-Pilih produk yang sesuai dengan kulit.

-Penting minum banyak air masak.

- Tidur yang cukup dari lapan hingga sembilan jam sehari.

Profil

Nama penuh: Siti Sarah Hairi Ali

Umur: 21 tahun

Tarikh lahir: 11 Oktober 1990

Asal: Batu Pahat, Johor

Drama: Wasiat

Filem: Sesuatu Yang Tertinggal, Songlap, Penunggu Istana dan Nur Kasih The Movie

Sharnaaz Sedar Selepas ‘Ditindas’

Posted: 24 Jul 2011 06:43 PM PDT

TAHUN 2011 pastinya menjadi tahun keramat buat pelakon Sharnaaz Ahmad (gambar) yang masih baru setahun jagung dalam industri seni.

Dia yang pada mulanya agak naif tentang 'sepak terajang' dalam industri ini bagaikan baru tersentak daripada lamunan.Sudah menjadi lumrah, jiwa muda sepertinya pasti memberontak apabila ditindas.

Alkisahnya apabila sebuah syarikat produksi tiba-tiba membatalkan tawaran berlakon kepadanya tanpa sebab ketika dia sudah menolak tawaran daripada pihak lain.

Biarpun segala onak duri dan kekecewaan telah dilalui, pemuda berusia 26 tahun ini tetap berpaksikan kepada nilai kesabaran dan memaafkan insan melakukan perkara itu kepadanya.

Lantaran itu, daripada berlaku kekecohan atau perkara yang tidak baik, Sharnaaz terlebih dahulu mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menghabiskan masanya di gimnasium untuk meningkatkan stamina sebagai persediaan filem terbarunya, Azazil.

Filem arahan Kabir Bhatia yang akan memasuki penggambaran bermula 25 Julai ini turut dilakonkan oleh Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida dan Dira Abu Zahar.

"Setelah sebulan saya tidak berlakon, kini saya kembali ke lokasi penggambaran untuk melakonkan watak antagonis bernama Atan.

"Dia seorang yang suka berjuang dengan niat mahu menyelamatkan kampung halamannya.

"Berlainan dengan pasangannya yang dilakonkan oleh Remy Ishak, seorang pemuda yang baik dan berbudi bahasa yang lebih mendapat sokongan untuk diangkat sebagai jaguh kampung.

"Sedangkan Atan yang penuh dengan sikap cemburu ingin menjadi ketua kerana beranggapan dia lebih kuat daripada lelaki itu," cerita Sharnaaz serba-sedikit mengenai Azazil.

Filem genre aksi ini bakal mengeluarkan Sharnaaz daripada kepompong genre seram yang lebih banyak dilakonkan sebelum ini.

Seperti yang diketahui, pemuda berasal dari Pulau Pinang ini dikenali menerusi drama Kum Kum dan Pontianak Kampung Batu yang disiarkan di Astro.

"Saya terima tawaran ini kerana saya kurang berlakon filem selepas terlibat dalam filem Seru.

"Selain daripada itu, saya mahu luaskan lagi skop lakonan saya yang sebelum ini lebih banyak melakonkan cerita seram.

"Saya tidak tahu bagaimana corak permainan Kabir untuk membikin filem aksi ini tetapi harapan saya semoga ia menjadi seakan-akan filem Apokalips kerana gaya aksinya agak menarik," katanya.

Memanjangkan cerita tentang Azazil, pelakon drama Tari Tirana dan Dottie ini difahamkan latar masa cerita tersebut sekitar zaman pemerintahan Jepun di mana penduduknya ketika itu adalah orang asli dan bertutur dalam bahasa Malaysia baku.

Bukan itu sahaja, sudah namanya aksi, pelakon yang pernah dicalonkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 2010 ini perlu melakonkan sedikit aksi pertarungan yang padanya tidak merumitkan.

"Walaupun saya mempunyai asas tinju, tetapi saya masih perlu berguru dan belajar tentang koreografi pertarungan," tuturnya lagi.

Lantik pengurus

Sejak berhadapan dengan insiden 'ditindas' sepanjang dua bulan lalu sehingga dia dipulaukan oleh beberapa rakan dalam industri, Sharnaaz banyak belajar dan nekad untuk lebih berhati-hati dengan sikap manusia.

Bunyinya agak klise, namun itulah balasan pahit yang perlu dihadapinya akibat terlalu mempercayai orang dan gagal merancang persediaan lain.

"Sejak insiden itu, saya memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan Groom Works yang lebih arif dalam urusan pembayaran.

"Niat saya ceburi industri ini disebabkan minat dalam lakonan dan bukannya sekadar suka-suka.

"Saya agak tertekan dan runsing sebelum ini apabila tiada kerja. Tetapi sekarang saya bersyukur dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Saya yakin Allah pasti akan menolong dan membuka rezeki kepada orang seperti saya. Saya akan terus bertahan dan terus kuatkan semangat untuk menghadapi setiap cabaran sebagai anak seni," ujarnya yang dalam perancangan berurusan tentang tawaran sebuah filem lagi.

Sekilas …

Nama penuh: Sharnaaz BasirAhmad

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Umur: 26 tahun

Asal: Georgetown, Pulau Pinang

Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta

Filem: Seru dan Azazil

Pencapaian: Tercalon sebagaiArtis Baru Lelaki Popular diAnugerah Bintang Popular 2010

google: sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad facebook, sharnaaz ahmad blog, sharnaaz ahmad twitter, sharnaaz ahmad myspace, sharnaaz ahmad bio, sharnaaz ahmad profile, sharnaaz ahmad biodata, sharnaaz ahmad 2011, drama sharnaaz ahmad 2011, skandal sharnaaz ahmad, kontroversi sharnaaz ahmad

Johan As’ari Simpan Syiling Pemberian Ustaz

Posted: 24 Jul 2011 06:41 PM PDT

BERCERITA dengan pelakon Johan Arrif As'ari, 25, (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Botak, pemuda ini sebenarnya tidak senakal seperti yang digambarkan dalam drama bersiri Juvana di TV3 yang telah melabuhkan tirainya pada 18 Julai lalu.

Johan yang memegang watak itu cukup nakal kerana sanggup membuli pelajar-pelajar lain di sekolah pemulihan akhlak, Wira Bakti.

Apabila mendekati pemuda ini dia seorang yang ramah dan berterus terang. Watak dalam drama jauh berbeza dengan sikapnya yang sebenar.

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun.

Di situ, dia melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran.

"Dalam tempoh setahun, kawan-kawan saya berjaya menghafaz lebih daripada satu juzuk tetapi saya mampu untuk satu juzuk sahaja. Saya tidak tahu di mana kekurangannya tetapi saya seronok belajar di situ bersama-sama lapan orang kawan yang lebih muda daripada saya.

"Walaupun tidak lagi belajar di situ, saya tetap meneruskan aktiviti seperti mengaji di rumah. Apabila terpandang jubah pemberian ayah serta syiling yang dihadiahkan oleh Imam Masjid As-Syuhada di Jambi, semua kenangan silam di sana pasti mengusik minda saya," katanya kepada OopStarz!.

Demi minatnya yang mendalam terhadap lakonan, anak kedua daripada empat beradik ini sanggup menangguhkan pengajiannya peringkat diploma dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam, Melaka (KUIM).

"Saya lebih meminati bidang lakonan berbanding kaunseling. Jadi, saya nekad untuk menumpukan kepada dunia lakonan dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakonkan setiap watak yang diberikan.

"Pengalaman manis yang saya timba sepanjang berlakon Juvana adalah apabila dapat bekerja di bawah kumpulan produksi yang bagus di mana pengarah Faisal Ishak, pengarah fotografi, penyunting dan pelakon yang membuat kerja dengan baik.

"Semuanya memberikan kerjasama masing-masing dan tidak meninggalkan kerja separuh jalan. Lihat sahajalah hasil drama itu," ujar anak kepada Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya.

Selain kenangan berlakon Juvana, Johan turut berkongsi tentang barangan yang memberikan nilai sentimental kepada dirinya seperti lilin tangan berbentuk love, alat senaman tangan, hadiah peminat, gitar dan beg.

Fyka Mahu Jadi Bintang Filem

Posted: 24 Jul 2011 06:40 PM PDT

FYKA Zainudi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Zainudi (gambar) mungkin tidak pernah disebut dalam industri hiburan tanah air.

Namun, nama gadis yang berusia 19 tahun ini sudah sinonim dengan dunia peragaan yang telah diceburinya setahun lalu.

Kesibukannya sebagai seorang model tidak pernah membuatkan dia lalai dan lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar rekaan grafik di Cosmopoint, Sungai Petani, Kedah.

"Walaupun aktif dalam bidang peragaan, pelajaran saya tidak pernah abaikan.

"Setakat ini saya mengambil kursus sijil selama dua tahun dan insya-Allah saya akan menyambung pengajian jurusan rekaan grafik ke peringkat yang lebih tinggi pula selepas ini," ujarnya yang menjadikan model antarabangsa, Tyra Banks sebagai rujukannya.

Tambah Fyka yang pernah menjadi juara Miss Tesco 2010 di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Tyra banyak memberikan inspirasi ke dalam dirinya setiap kali beraksi di depan kamera.

Bagaimanapun katanya, kerjaya sebagai model sekadar kerja sampingannya untuk memperoleh 'duit poket' lebih.

Sementara itu, gadis jelita ini juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon terkenal kerana turut meminati bidang berkenaan.

"Nak ikutkan saya belum ada apa-apa pengalaman dalam lakonan tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk bergelar pelakon yang berjaya satu hari nanti.

"Cuma saya pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama serta filem Papadom 2. katanya.

Kata Fyka lagi, dia begitu kagum dengan kehebatan pelakon Diana Danielle, Juliana Evans dan Scha Al-Yahya dalam menghayati setiap watak yang mereka bawakan.

Menyedari bukan mudah untuk bergelar artis, Fyka percaya jika ada usaha gigih pasti dia mampu untuk mencapai impian itu.

google: fyka zainudi, fyka zainudi blog, fyka zainudi facebook, fyka zainudi blog, fyka zainudi twitter, fyka zainudi myspace, fyka zainudi terkini terbaru, fyka zainudi 2011, fyka zainudi gambar, gambar fyka zainudi, siapa fyka zainudi, pelakon fyka zainudi, fyka zainudi seksi, fyka zainudi hot, fyka zainudi bogel, buah dada fyka zainudi, fyka zainudi bio, fyka zainudi profile, fyka zainudi biodata, drama lakonan fyka zainudi, berlakon fyka zainudi

Iqa (Mentor) Jaga Tingkah Laku

Posted: 24 Jul 2011 06:38 PM PDT

HADIRNYA Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor (gambar) ke persada seni tempatan hanya dengan satu matlamat, iaitu bakat nyanyiannya dapat menjadi perhatian umum.

Baru saja membina tapak menerusi pertandingan Mentor 5 dan seterusnya mengeluarkan single pertama berjudul Di Penghujungnya, Iqa sudah bersedia untuk mengharungi liku-liku hidup seorang penyanyi.

Sentiasa memegang pelbagai kata-kata nasihat mentornya, Edry Abdul Halim, Iqa perlahan-lahan membina 'jambatan' kerjayanya.

"Saya tahu menjadi seseorang yang dikenali bukan mudah dan perkara utama yang perlu saya buat ialah menjaga kelakuan diri.

"Malah nasihat Edry sering menjadi ingatan saya setiap kali saya melakukan sesuatu berkaitan dengan kerjaya seni. Dia pernah memberitahu seseorang itu tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Kita perlu berfikir bagaimana untuk majukan diri dan jangan ambil pusing dengan kutukan orang.

"Walau bagaimanapun, jika ada perkara buruk terjadi, saya tak boleh nak elak juga bukan? Jadi saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang," tuturnya.

Menjadikan penyanyi Faizal Tahir, Ella dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idola, Iqa mahu mencontohi karisma yang dimiliki oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut.

Cuma, dek kerana masih lagi baru dalam industri, Iqa mengakui dia masih mempunyai perasaan takut untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada.

Selain itu, sejak dikenali juga, Iqa turut mengubah imejnya yang sebelum ini rock kepada gaya yang lebih feminin.

Kata anak kelahiran Ulu Tiram, Johor ini, imej rock digunakan kerana dia merupakan vokalis dan pemain gitar bass dalam kumpulan Bottlecapt yang ditubuhkan sejak tahun 2004.

Bagaimanapun, sesuai dengan usianya yang kini 25 tahun itu, dia selesa dengan imej feminin, sesuai dengan muzik pop yang dibawanya.

"Sekarang ini, imej perlu dijaga tambah pula peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan berusia.

"Macam dulu, saya sering mengenakan kemeja-T dan seluar denim yang koyak sana sini bersama kasut Converse.

"Kini saya berimej feminin pula dan akan membelek majalah-majalah fesyen untuk melihat perkembangan terkini pemakaian yang sesuai dengan saya," tuturnya.

10 soalan menarik

1. Apa yang paling menakutkan?

Cicak dan lipas. Gelilah. Saya takut air laut juga, takut lemas.

2.Pernah lupa gosok gigi?

Tak pernahlah! Hahahaha!

3. Berapa kali kemas rumah seminggu?

Dua atau tiga kali. Memandangkan sayatinggal bersendirian, maka saya kemasrumah seorang diri sahaja.

4. Berapakah keputusan Sijil PelajaranMalaysia?

Malulah nak cakap! saya dapat satu 'A',satu 'B' dan enam kredit.

5. Pernah kena denda masa sekolah?

Selalu! Kena denda berdiri di atas kerusidan berjemur di depan koridor beramairamaisebab buat bising di kelas. Antarasebab-sebab didenda ialah saya taksiapkan kerja sekolah dan ponteng kelas.

6. Alergi kepada apa?

Makanan laut dan sambal belacan.Kalau makan, mesti gatal-gatal hidung.Maklumlah, ada resung.

7. Reaksi spontan apabila marah?

Entahlah, rasanya tak ada kot. Kalau rasanak marah, saya marah saja.

8. Gunting atau pisau?

Semestinya gunting! Sebab saya sukagunting rambut sendiri. Dulu, masabekerja di syarikat insuran, saya sukamengunting hujung rambut pada waktulapang.

9. Pernah intai Facebook seseorang?

Mestilah pernah! saya intai Facebookbekas kekasih saya. Tapi itu dulu,sekarang tidak lagi.

10. Pernah mengumpat?

Yup! Tak mungkinlah tak pernah.Hahaha!

google: iqa mentor, iqa mentor facebook, iqa mentor blog, iqa mentor twitter, iqa mentor myspace, iqa mentor terkini terbaru, iqa mentor terbaru iqa mentor, album terbaru iqa mentor, single terbaru iqa mentor, download mp3 lirik iqa mentor, iqa mentor seksi dan hot, iqa mentor bogel, buah dada iqa mentor, iqa mentor dan skandal, kontroversi iqa mentor, iqa mentor 2011, iqa mentor profile, iqa mentor bio, biodata iqa mentor

Siti Saleha: Impak Nora Elena

Posted: 24 Jul 2011 04:55 AM PDT


Saleha tak mahu jadi pelakon 'meletup' menerusi kisah kontroversi

BIARPUN menjalani hidup tanpa seorang ibu sejak kecil, ia bukan bermakna pelakon jelita yang melonjak namanya menerusi drama bersiri, Nora Elena yang disiarkan di kaca TV3, Siti Saleha, 21, boleh berbuat sesuka hati, malah kehidupan peribadinya dikawal ketat bapa dan abangnya.
Bapanya, Mohd Baharum Abdul Rahman dan ibunya, Aishah Rahman berpisah sejak Saleha berusia 10 tahun. Ibunya, wanita kacukan Inggeris – Belanda pulang ke England selepas bercerai. Saleha dan abangnya, Sam (vokalis kumpulan Bunkface) ditinggalkan bersama bapa, manakala kakak sulungnya, Rosnah Tracy pula dibawa ibunya.
Bagaimanapun, ada yang beranggapan Saleha, gadis suka bersosial apabila gambarnya berparti dan berpelukan dengan beberapa jejaka mat salih tersebar dalam internet, baru-baru ini. Sedangkan beberapa gambar berkenaan dirakamkan Saleha bersama sanak saudara sebelah ibu dan dicuri daripada laman Facebook miliknya.

"Walaupun saya tidak mempunyai ibu seperti orang lain, tetapi bapa dan abang menjaga saya dengan baik. Malah, keluarga sebelah bapa yang ramai sentiasa mengambil berat mengenai saya dan Sam. Bapa sentiasa menemani saya ke lokasi penggambaran mahupun uji bakat. Saya tidak dilepaskan sewenang-wenangnya.

"Hubungan saya dengan ibu baik walaupun kami terpisah jauh. Saya sering mengunjungi ibu dan kakak sulung di England jika mempunyai masa yang terluang. Sam pula seorang abang yang tegas dan sentiasa mengambil berat.

"Sikapnya berbeza ketika bersama teman-temannya. Saya lihat Sam gila-gila bersama temannya, tetapi tidak ketika di rumah. Saya masih teringat pesanan Sam, jangan buat sesuatu yang memalukan keluarga, tetapi akhirnya saya terperangkap dengan kontroversi apabila gambar bersama sanak saudara sebelah ibu tersebar di internet, baru-baru ini.
"Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3.

"Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Saleha juga menjelaskan, dia tidak mahu menjadi pelakon yang `meletup' menerusi kisah kontroversi. Dia tidak kisah namanya meniti populariti dengan perlahan, walaupun sudah bergelar pelakon sejak tiga tahun lalu.

"Ada yang bertanya kenapa sudah tiga tahun berlakon tetapi nama tidak menginjak popular dan belum berlakon filem? Saya tidak nafikan, saya tidak popular mana, tetapi sejak drama Nora Elena disiarkan, kehadiran saya mula mendapat perhatian. Saya berlakon bukannya mahu mengejar populariti, kalau boleh saya mahu nama saya bersih daripada kontroversi.

"Tetapi saya sebagai manusia hanya mampu merancang, takdir akan menentukan segala-galanya. Saya tidak nafikan, menerima beberapa tawaran berlakon filem di awal kemunculan, tetapi terpaksa menolak disebabkan saya terikat dengan pelajaran.

"Selain itu, saya mahu menimba pengalaman menerusi berlakon drama terlebih dulu, saya mahu mempelbagaikan watak. Saya tidak mahu terkejar-kejar, sedangkan lakonan saya masih banyak kelemahan," kata gadis kelahiran Basildon, England itu.

Gadis yang diperkenalkan menerusi drama bersiri, Kecuali Cintamu yang disiarkan menerusi Astro tiga tahun lalu itu berkata, dia tidak selesa jika dikaitkan dengan abangnya, Sam malah banyak fotografi bersama Sam ditolak secara baik.

"Saya tahu abang saya popular. Disebabkan itulah, saya dan Sam memilih jalan masing-masing, malah Sam juga tidak pernah mengaitkan saya dalam kerjayanya. Dia juga mahu saya berdiri dengan sendiri dalam membina kerjaya sebagai pelakon. Saya juga tidak mahu dianggap menumpang populariti Sam. Biarlah saya rasa susah seperti Sam merasainya dulu sebelum menempa nama. Bagaimanapun, maaf bukan saya jual mahal untuk bergandingan dengan Sam, sebaliknya saya dan Sam punya prinsip masing-masing," katanya.

INFO: Siti Saleha
Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Tempat Lahir: Basildon, England
Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena
Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley's Double Mint.

Nurul Syuhada, Raja Amir Rancang Bulan Madu di Paris

Posted: 24 Jul 2011 04:52 AM PDT

PETALING JAYA: Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan pasangannya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada Oktober depan.

Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan danSyawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.

"Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

"Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris," katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, di sini,Sabtu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan personaliti TV3.

Majlis yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu ini bertemakan moden tradisional dengan menggunakan tema warna peach dan putih dengan sentuhan daripada Khalid & Favor By Eddy sebagai perundingperkahwinan.

Pasangan mempelai mengayakan busana rekaan Datuk Radzuan Raziwill dan solekan dari jurumekap TV3 Laila Rohani.

Dalam pada itu, Nurul turut bercerita detik pertemuan pertama mereka ketika menghadiri sebuah majlis pertunangan seorang rakan pada tahun 2009.

"Kami berkenalan pada tahun 2009 ketika majlis pertunangan rakan kami dan di situ kami berkawan sehinggalah awal Januari lalu kami telah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu tahap lagi dalam hubunganini," tuturnya.

Ketika ditanya tentang keistimewaan yang membuatkan juara Malaysian Top Hos memilih jejaka tersebut , Nurul berkata Amir merupakan seorang yang bersederhana dan merendah diri.

Sementara itu, Amir turut menjawab Nurul seorang yang cantik, bijak, dan merendah diri.

"Kelebihan dia tertalu banyak di mata saya, dia cantik, bijak, merendah diri dan yang pentiang dia adalah jodoh saya," katanyaringkas.

Sementara itu ditanya tentang cahaya mata, pasangan ini merancang untuk memiliki sebuah keluarga yang besar.

Selain itu, Nurul turut memberitahu akan meneruskan kerjayanya sebagai personality tv di stesen televisyen tersebut.

Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada 16 Julai lalu di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.

Nurul turut menerima mas kahwin sebanyak RM 777 dan wang hantaran sebanyak 20,111.

Yamin Hani Rindu Jadi Pengacara

Posted: 24 Jul 2011 04:51 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani mengakui tiada tawaran dalam bidang pengacaraan menyebabkan dia beralih ke bidang lakonan.

Tambah Yasmin Hani atau lebih mesra dipangil Hani ini berkata dia masih mengharap agar diberi peluang untuk mengendalikan sesebuah rancangan.

"Saya terlibat dalam bidang lakonan pada awalnya hanya sekadar suka-suka dan tidak sangka pula ia menjadi keutamaan saya kini.

"Sekarang tiada sebarang tawaran sebagai pengacara, ya secara jujurnya saya masih merindui untuk berada dalam bidang pegacaraan terutamanya bila peminat menegur dan meminta saya menyebut tagline Wacha!," katanya.

Kata Hani, jika diberi peluang dia mahu sebuah rancangan yan berbentuk perlancongan dan progam bual bicara.

"Saya tidak kisah program apa juga yang penting saya boleh bercakap tapi jika diberi peluang sudah tentu saya mahu program yang lebih matang contohnya program bual bicara seperti The Oprah Winfrey.

"Jika tidak sekalipun menjadi hos untuk program pengembaraan, rekreasi dan perlancongan sebab saya adalah seorang yang lasak dan sukakan aktiviti mencabar," katanya.

Namun begitu, pelakon drama Wasiat yang bakal disiarkan pada 24 Julai ini mengakui terpaksa menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sebagai sumber rezekinya.

"Sewaktu jadi pengacara ada yang menasihatkan saya agar tidak terjun dalam bidang lakonan bagi menjaga nilai eksklusif sebagai pengacara tapi saya buat juga.

"Tapi saya bersyukur juga kerana banyak tawaran dalam bidang lakonan yang mencabar diri saya," katanya yang bakal memeggang watak antagonis.

ketika ditanya tentang kesukaran untuk mendapatkan karakter sesuai berikutan wajah pan Asian, Hani menjawab dia bergantung bagaimana mutu lakonan seseorang artis.

"Bagi saya ia bergantung kepada kebolehan seseorang pelakon untuk membawa watak tersebut.

"Dulu ketika saya ditawarkan watak gadis pulau dalam filem Aspalela pada awalnya mereka ragu-ragu juga kerana wajah saya terlalu Pan Asian.

"Tapi saya mampu buktikan bahawa bakat atau kebolehan membawakan watak tersebut dengan baik," ujarnya.

Rosma, Khai Ulang Alik Ke Pulau Pinang Kerana Pelajar

Posted: 24 Jul 2011 04:50 AM PDT

PETALING JAYA: Demi memberikan terapi kepada para pelajar pasangan suami isteri iaitu penyanyi Rosma dan Khai sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang menempatkan pusat pengajian Alliance University College of Medical Sciences (AUCMS).

Khai berkata, sebagai duta AUCMS bersama-sama isterinya dan beberapa artis lain, mereka ditugaskan untuk melakukan pelbagai aktiviti melibatkan pelajar di situ.

"Setiap bulan, kami akan sentiasa berulang-alik ke AUCMS di Kepala Batas, Pulau Pinang kerana kerja kami adalah melibatkan diri bersama-sama pelajar dengan pelbagai aktiviti seperti teater dan sukan.

"Kami telah melibatkan diri sebagai duta AUCMS sejak Jun lalu untuk kontrak selama setahun," kata Khai kepada mStar Online.

Artis lain yang turut terlibat adalah penyanyi Salima, Aliff Razali, Lan (Kristal) serta pelakon, Zuraini Kassim.

Tambahnya: "Kami akan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum melibatkan para pelajar sepanjang bulan Ramadan ini."

Sementara itu, Rosma yang masih aktif menyanyi akan membuat persembahan nyanyian di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam selama 26 hari pada bulan Ramadan ini.

"Kerjaya nyanyian saya masih berjalan seperti biasa dan sedang merakam lagu Hari Raya dengan kawan-kawan lain yang bernaung di bawah syarikat pengurusan World Event Management Sdn Bhd iaitu Khai, Lan (Kristal), Aliff, Salima dan Zuraini.

"Selain itu, saya merakamkan lagu duet dengan suami saya untuk dimuatkan dalam album tersebut," katanya yang pernah muncul dalam album raya berjudul Lebaran Ilahi Aidilfitri yang diterbitkan pada tahun lalu.

Selain itu, dia yang sibuk menguruskan anak lelakinya berusia dua tahun baru sahaja merakamkan program Mari Berdansa Aidilfitri yang akan disiarkan pada Hari Raya Kedua, 31 Ogos, pukul 5 petang di Astro Ria (saluran 104).

Program ini menggabungkan pasangan-pasangan bekas peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari yang bersaing gerak tari dengan alunan lagu hari raya bagi merebut gelaran juara.

Pasangan yang memenangi program tersebut menerima hadiah RM5,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili masing-masing dan hadiah percutian tiga hari dua malam ke Tanjung Rhu Resort, Langkawi.

Gambar terbaru terkini anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina

Posted: 24 Jul 2011 04:46 AM PDT



google: gambar Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, terbaru anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, nama anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, gambar baby anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, gambar anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, gambar sophea Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, terbaru Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, anak Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina, Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina baru lahir anak,