Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Idaman anak kembar

Posted:

Idaman anak kembar

Idaman anak kembar


AYU sememangnya sangat teruja untuk bergelar seorang ibu.


USIA perkahwinan aktres jelita Ayu Raudhah Che Wan, 27, dan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 24, baru berusia enam bulan. Sungguhpun begitu, Ayu sebenarnya sudah tidak sabar untuk bergelar seorang ibu dengan kehadiran cahaya mata dalam rumahtangganya.

Malah, dia khabarnya mengidam mahu mendapat anak kembar.

Menurut Ayu yang ditemui pada majlis pelancaran drama terbarunya berjudul Hilang di restoran Bora Ombak, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, walaupun beberapa kali khabar angin mengatakan dia sedang hamil muncul, semuanya itu tidak benar kerana mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang anak.

"Nak buat macam mana belum ada rezeki, kalau boleh saya memang nak ada anak cepat. Saya teringin ingin anak lelaki tetapi suami mahukan anak perempuan, kalau dapat kembar dan dapat sepasang perempuan lelaki memang saya bersyukur sangat-sangat," ujarnya.

Mungkin, khabar angin hamil itu timbul disebabkan badannya yang sedikit berisi sewaktu awal perkahwinan, tetapi penampilan terbaharunya, Ayu kelihatan semakin kurus.

"Sebenarnya saya hanya turun dua kilogram sahaja, tetapi ramai yang tegur saya makin kurus, mungkin disebabkan penurunan berat badan saya kelihatan ketara berbanding dulu yang sedikit berisi. Sebelum ini, badan saya berisi itu yang orang ingat hamil sebenarnya mana ada apa-apa.

"Kalau boleh saya lagi nak cepat mengandung, kalau ada anak bertambah meriah rumahtangga kami. Jadi, tolong doakan kami supaya cepat dapat anak ya," ucapnya sambil ketawa.

Penurunan berat badannya itu berkumungkinan besar ada kena mengena dengan jadual waktunya yang semakin padat sejak dia kembali daripada cuti perkahwinan selama dua minggu.


SEJAK mengahwini Zaquan, Ayu turut terpengaruh dengan corak pemakanan suaminya yang sistematik itu.


"Saya senyap daripada publisiti bukan bermakna saya tidak buat apa-apa, sebenarnya saya sangat sibuk sampaikan tidak sempat untuk memenuhi undangan sesi fotografi. Alhamdulilah, sebenarnya saya hanya sempat cuti kahwin selama dua minggu kerana selepas itu tawaran lakonan tidak putus-putus.

"Walaupun pada masa itu suami cuti tetapi dia tetap menjalani latihan seperti biasa, memandangkan dia sibuk di padang, daripada tidak buat apa-apa lebih baik saya pun ambil tawaran kerja yang datang ketika itu, tetapi sejak itu jadual kerja saya makin padat dengan tawaran lakonan yang lain," luahnya.

Tambah Ayu, suami tidak melarangnya untuk terus berlakon, sebaliknya memahami kerjanya dan memberi sokongan kepadanya.

"Suami tidak melarang, malahan dia faham tugas saya. Kalau dia cuti, dia akan temankan saya di lokasi, dan kalau saya cuti, saya pula akan temannya di padang," katanya.

Sibuk sebagai isteri

Akuinya, walaupun jadual kerja mereka suami isteri makin padat dan Ayu pula terpaksa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Seremban setiap hari, itu bukan alasan untuk dia tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Selepas berkahwin, memang banyak perubahan, lebih-lebih lagi sekarang. Walaupun sibuk, saya perlu menyiapkan urusan rumahtangga dengan baik, berbanding sewaktu bujang dulu, tidak berapa ambil kisah orang lain pun tidak apa tetapi sekarang saya ada suami yang perlu dijaga.

"Walaupun hari-hari kami sibuk, tetapi saya tetap akan masak terutamanya pada waktu cuti. Saya berkahwin dengan atlet, jadi faham-faham sahaja pemakanan mereka yang agak sihat dan teratur, secara tidak langsung saya juga semakin sihat berbanding dulu kerana terikut gaya pemakanannya. Bab kerja rumah pula, saya lebih suka melakukan semuanya sendiri.

"Kami juga sekarang menetap di rumah sendiri di Seremban, jadi banyak habiskan masa berulang alik dari sana ke Kuala Lumpur. Nasib baik, saya ada pembantu yang boleh bawa kereta, jadi saya tidak letih memandu, yang saya tahu hafal skrip dan bersedia untuk berlakon," terang Ayu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Max 24:7 bukan K-Pop

Posted:

Max 24:7 bukan K-Pop

Max 24:7 bukan K-Pop

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


KEMUNCULAN MAX 24:7 dijangka mampu memeriahkan lagi dunia hiburan tempatan.


GENRE K-Pop atau Korea-Pop kini telah menjadi satu fenomena yang sedang melalui arus muzik antarabangsa.

Penampilan pemuda dan gadis berwajah menarik menjadi salah satu penarik dan penyebab antara mereka ini digemari selain punyai rentak tari yang menarik dan sekata serta bilangan ahli kumpulan yang ramai.

Setelah beberapa lama K-Pop menjadi kegilaan, kini dalam arena muzik tempatan wujud pula yang dinamakan sebagai M-Pop (Malaysia-Pop) dan kumpulan Max 24:7 dikatakan antara yang pencetusnya.

Melirik kepada penampilan kumpulan yang terdiri daripada 12 orang anggota itu, pasti ramai yang melihat mereka tidak ubah seperti sebuah kumpulan K-Pop yang diminati rakyat tempatan iaitu Super Junior.

Namun, menangkis segala kritikan yang mengatakan mereka ini cuba menjadi klon kumpulan K-Pop, pengurus, komposer, penulis lirik serta guru tari Max 24:7, Aesar Mustafa menegaskan bahawa walaupun mereka kelihatan menyerupai artis K-Pop, namun Max 24:7 adalah sangat berbeza.

"Kami masih lagi mengekalkan identiti Malaysia dengan menyuntik nilai-nilai muzik tradisional ke dalam muzik kami. Saya boleh buktikan mereka ini tidak meniru K-Pop.

"Pada mulanya memang ada yang mempertikaikan perkara ini, namun lama-kelamaan apabila mereka mula mengenal kami, ada yang meminta maaf kerana menilai lebih awal," ujar Aesar yang kini sedang giat mempromosikan dua buah single Max 24:7 yang berjudul Satu Cinta dan Cinta 24:7.

Max 24:7 yang baru ditubuhkan selama empat bulan dianggotai 12 orang anak muda berumur di antara 18 hingga 25 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai A'ar, Jaq, Mirul, Eykal, Iym, Tameen, O.B, Kim, Hans, Alloi, Virgo dan Fifiey.

Menjawab persoalan mungkin masih ramai lagi yang pertikaikan kemunculan Max 24:7 sebagai sebuah kumpulan M-Pop, ujar Aesar, ia sebenarnya agak sukar untuk mengubah mentaliti rakyat tempatan yang menggemari K-Pop.

"Sebenarnya, jika mahu ikutkan, Malaysia Pop sudah lama bertapak di Malaysia dengan adanya grup yang menggunakan konsep pop. Cuma, perkataan M-Pop itu tidak digunakan.

"Ini mungkin masih baru, dan jika mereka mula mengenali Max 24:7, mereka akan perasan perbezaan kami dengan kumpulan K-Pop yang lain," jelas Aesar yang juga menambah bahawa gerak tari merupakan satu perkara universal di mana sesiapa sahaja boleh menggunakannya.

Namun, apa yang pasti menurut Aesar, Max 24:7 ini dibentuk dengan cara tersendiri di mana wujud perbezaan dari segi tarian, personaliti, susunan muzik dan mereka merupakan produk baharu yang mana ia langsung tidak menyerupai para penggiat muzik K-Pop.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jacqualine tinggalkan putera raja

Posted:

Jacqualine tinggalkan putera raja

Jacqualine tinggalkan putera raja


JACQULINE FERNANDEZ


JACQUALINE FERNANDEZ diketahui sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta dengan putera raja negara Bahrain, Sheikh Hassan Rashid Al Khalifa. Namun berita terbaru, aktres seksi Bollywood itu telah membuat keputusan untuk memutuskan percintaan tersebut bagi memberi fokus kepada karier lakonannya.

Sumber mendedahkan punca sebenarnya dikatakan ada kaitan dengan gosip yang bertiup kencang mendakwa Jacqualine menjalinkan hubungan dengan pengarah Sajid Khan. Hassan dikatakan kecewa dengan gosip tersebut, namun dia sedia memaafkan Jacqualine, namun Jacqualine nampaknya sudah hilang minat terhadap Hassan dan bercadang untuk memberi fokus kepada karier lakonannya.

"Jacqualine menegaskan kepada Hassan bahawa karier lakonannya lebih penting daripada hubungan cinta mereka. Jacqualine enggan menjawab panggilan telefon Hassan dan mahu membawa haluan hidupnya sendiri."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen