Adsense

Rabu, 13 Julai 2011

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Nama Anak ke-4 Victoria dan Beckham, Harper Seven Beckham

Posted: 13 Jul 2011 06:53 AM PDT

Victoria David Beckham

Victoria dan Beckham sememangnya kreatif dengan memilih nama bagi anak-anak mereka, seperti yang kita semua tahu anak-anak mereka sebelum ini di beri nama Brooklyn, Romeo, dan Cruz. Kini anak ke-4 pasangan popular ini di beri nama Harper Seven Beckham.Semasa Victoria hamil, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuan yang masih dalam kandungan Victoria Beckham. Malah nama Justina Bieber turut tersenarai sebagai nama anak keempat pemain bola sepak David Beckham.

Bagaimanapun, Beckham yang sangat teruja dengan kelahiran bayinya itu pada Ahad sempat menulis pada akaun Twitter miliknya.

"Saya sangat bangga dan bahagia untuk mengumumkan kelahiran puteri kami yang diberi nama Harper Seven Beckham. Ia lahir pada 7.55 pagi tadi (Ahad) di Los Angeles," tulisnya.

Tambah Beckham, isterinya berada dalam keadaan sihat, manakala anak-anaknya yang lain sangat gembira menyambut kelahiran adik mereka itu.

Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh.

Mat Kepoh harap takde la orang Islam bagi nama-nama yang bunyi je sedap tapi takde makna, sebab orang kata nama itu juga doa kepada seseorang itu. Sebaik-baiknya pilih la nama yang ada maksud yang baik. Untuk pengetahuan korang semua nama paling popular di dunia ialah Muhammad.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilafairy Antara Kontroversi dan Godaan VIP

Posted: 11 Jul 2011 06:27 AM PDT

Kila Fairy

Masuk ke dalam dunia seni sebagai anak kepada seorang selebriti, bukan semudah yang disangka oleh pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.

Belum pun mengukir nama sebagai anak seni, anak kepada penyanyi popular 1980-an, Rohana Jalil ini telah dikenali dengan tempias-tempias gosip.

Namanya masyhur sebaris dengan artis popular tanah air yang sudah bertahun-tahun mengukir nama di pentas seni.Mungkin disebabkan pakej lengkap yang dimiliki gadis kacukan ini membuatkan ramai yang cemburu dengannya.

Katanya, selepas kejayaan filem sulung Karak yang baru habis ditayangkan di pawagam bulan lalu mendapat kutipan 'Box Office', dia berasa sungguh lega dan puas.

Biarpun dibenci kerana watak gedik yang dimainkan dalam filem tersebut, namun dia berjaya membuktikan bakat yang ada bukan hanya bersandarkan kepada populariti dan kejelitaan yang dimiliki semata-mata.

"Alhamdulillah semua yang diaturkan dalam kerjaya saya setakat ini berjalan dengan lancar. Apa yang paling saya puas dan lega ialah dapat membuktikan bakat saya kepada masyarakat.

"Saya tidak mahu lagi masyarakat mempersoalkan bakat berbanding pelbagai cerita buruk tentang saya. Sekarang terpulang kepada mereka untuk menyukai saya atau tidak," katanya.

Kini, misi seterusnya adalah menyusun langkah meneruskan perjalanan kerjaya seni. Dia juga perlu membahagikan masa dengan pelajaran kerana menuntut dalam jurusan Fesyen, Pemasaran dan Pengurusan di Raffles International College, Kuala Lumpur.

"Selepas Karak saya akan membintangi filem Muzikal Horey Horey terbitan Tayangan Unggul, filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

"Memang banyak tawaran yang datang terutamanya untuk membintangi drama tetapi saya terpaksa menolak kerana masa bertindan dengan kelas saya," ujar gadis tinggi lampai ini

Kila Fairy

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.