Adsense

Rabu, 13 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Drama Sepanyol Bella Calamidades di TV3 | Sinopsis Bella Calamidades

Posted: 13 Jul 2011 10:08 AM PDT

Bermula 19 Jula 2011 drama/telenovela daripada Sepanyol bertajuk Bella Calamidades akan ditayangkan di TV3, selepas drama Miramar. Filem yang bersiaran 140 episod ini akan ditayangkan setiap hari isnin sehingga khamis pada pukul 3 petang.

Dan berikut Serba sedikit sinopsis mengenai drama/telenovela ini :


Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. 
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya.
 
Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.
Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial.
 
Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib itu, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya.

ZoOM : Sharelah dekat kawan-kawan yang suka drama/telenovela ni, ZoOM pun nak tengok intro if menarik boleh juga melayan cerita ini di LIVE Stream.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Pantun Di Malaysia Mengikut Loghat Negeri

Posted: 13 Jul 2011 10:00 AM PDT


 Mari kita layan pantun version Negeri anda, sudah pasti ada diantara anda teringat bahasa ibunda yang sudah lama ditinggalkan. 

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung "caoyalah"
Bulang raye mung gile

Pahang...Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

sekadar hiburan........

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Pak Abu Jual Anak

Posted: 13 Jul 2011 09:56 AM PDT

Pagi-pagi ini ZoOM Melayan Netbook dan Notebook ni, nasib baik la kekasih hati ini masih berfungsi dengan baik walaupun HP  ZoOM dah kena lelong sebab terkena air...Dalam melayan mata yang masih belum kehabisan baterry ZoOM meronda-ronda laman forum yang penuh dengan cerita lawak. Dan salah satu cerita yang boleh kita baca bersama seperti dibawah :

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.hahah
- Hide quoted text -
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....


ZoOM : Sakit perut melayan cerita sebegini...apa komen anda..?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Menonton Filem Nur Kasih Hanya RM10 di laman web Tonton.com.my

Posted: 13 Jul 2011 09:50 AM PDT

Laman web www.tonton.com.my semakin diminati ramai dengan pelbagai promosi dan strategi yang pihak pemasaran dan crew bagi memantapkan lagi industri mereka terutamanya berkenaan dengan filem atau drama di Malaysia.

Berita terbaru yang ZoOM baca mengenai filem Nur Kasih The Movie kini boleh ditonton hanya dengan membayar RM10 dan menonton di link berikut www.tonton.com.my/nurkasihthemovie .

Bagi anda yang mungkin tidak mempunyai masa untuk menonton filem Nur Kasih ini, sudah pasti tidak akan tertinggal dibelakang dengan kehadiran web tonton ini.

Apa kata anda mengenai blog tonton ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Update : Keputusan terkini : Malaysia 0 – 4 Arsenal (Ramsey, Walcott, Vella, Rosicky)

Posted: 13 Jul 2011 09:21 AM PDT


Alamak nampaknya penyokong Malaysia gigit jari semalam sebab kena belasah 4 berbalas 0, nak buat macam mana wahai pejuang Negara kena teruskan usaha jika ingin setanding dengan pemain-pemain import. Harga seorang pemain pun sudah boleh membayar gaji setahun pemain kita.

Namun bagi ZoOM walaupun kalah pengalaman semalam pasti berguna sebelum bertemu dengan Jiran kita yakni Singapura hujung bulan ini.


Apa kata anda mengenai perlawanan ini ?

1. Adakah anda sakit hati dengan ASTRO @ Asteruk ?
2. Sakit hati dengan pemain Malaysia ( Jika menonton Live Stream... )
3. Berpuas hati dengan perlawanan diantara Malaysia vs Arsenal ni.
4. Apa yang perlu dilakukan ?


Sila la komen ye... TQ

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Live Malaysia Vs Arsenal ( Asteruk Bengong )

Posted: 13 Jul 2011 06:59 AM PDT

Bagi anda yang tidak dapat menonton LIVE Malaysia Vs Arsenal.. Jom layan kat Link ni



http://www.ustream.tv/channel/dfhtyjrwef


See u all There
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!