Adsense

Jumaat, 8 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kisah 5 Orang Penerjun Dalam Kesusahan

Posted: 08 Jul 2011 09:15 AM PDT



Cerita ini adalah satu jenaka, nama2 yang tersebut hanya sebagai andaian. Jangan terlalu ambil hati.


Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima
akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang
menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya
tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim.
Malaysia perlukan aku.
Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang
All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus
terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita
pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi
dan aku juga senator
New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang
President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President
US! George W. Bush.
Aku ada tanggungjaw ab yg berat untuk menjaga
sebuah negara yg kuat. Tambahan pula,akulah President yg terpandai dlm
sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap
satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osman Bin Ladin berkata kepada
penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang
Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati
saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada
satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam
sejarah US tu terambil beg sekolah saya".



Kuang! Kuang! Kuang!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Lawak : Surat Adi Kepada Cikgu Sekolah

Posted: 08 Jul 2011 09:04 AM PDT



Cikgu, nama saya adi. Saya budak kelas 1 Melati.. Saya nak komplain pasal cikgu yang dah ambil hati abah saya.
Abah saya
kata dia telah jatuh hati dengan cikgu. Saya hairan, mcm mana abah
boleh jatuhkan hati dia kat cikgu..Sedangkan cikgu sendiri yang ajar
adi kata hati kita ada dalam badan. Jika hati takda kita boleh mati.
Cikgu bohong. Mengapa abah saya masih hidup sedangkan hati dia sudah jatuh? Cikgu tak layak digelar cikgu..
Abah saya juga kata cikgu pandai ambil hati dia. Adi nak cikgu pulangkan hati abah. Kasihan abah tidak ada hati..
Harap cikgu boleh pulangkan hati abah sepecat mungkin kerana adi takut abah mati..
sekian,
adi bin darmati

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Harry Poter and the Deathly Hallows | Triller Harry Potter

Posted: 08 Jul 2011 08:40 AM PDT


Filem Harry Potter and the Deathly Hallows (Bahagian I) adalah filem yang ke-7 dan terakhir di dalam siri Harry Potter. Dan Filem Harry Potter yang  diadaptasi dari novel tulisan J.K. Rowling akan ditayangkan dipawagam pada 14 Julai 2011.

Berikut serba sedikit Sinopsis untuk bacaan anda di ZoOmArtis :

Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
  • Harry Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt
  • Mereka bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan ianya merumitkan lagi keadaan
  • Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)

Dalam proses pemindahan ke tempat yang selamat, seorang daripada orang yang Harry sayangi telah dibunuh. Adakah Rubeus Hagrid orangnya? Pada saat Harry tahu kematian tersebut, dia rasa sungguh sedih dan menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.

Semasa di tempat persembunyian, Harry, Ron dan Hermione telah menerima pemberian "wasiat" daripada Albus Dumbledore. Pemberian tersebut boleh membantu mereka di dalam misi pencarian artifak tetapi pedang Godris Gryffindor yang sepatutnya dimiliki oleh Harry telah dicuri.

Semasa di tempat persembunyian itu, majlis perkahwinan kawan Harry diadakan tetapi entah macam mana pengikut Voldemort telah mengesan mereka dan majlis perkahwinan tersebut menjadi kucar-kacir. Lalu, Harry, Ron dan Hermione berjaya melarikan diri

Bermulalah kisah pergembaraan mereka bertiga. Berlaku pertengkaran di antara Harry dan Ron oleh kerana hubungan Harry dan Hermione semakin rapat pada pandangan Ron. L

Semasa ketiadaan Ron, Harry dan Hermione balik ke tempat asal di mana Harry dilahirkan dan kedua ibu-bapanya dibunuh. Mengapakah Harry beria-ria hendak melawat tempat tersebut sedangkan tempat itu sangat merbahaya?alu, Ron bertindak melarikan diri dan membiarkan mereka berdua meneruskan pencarian tanpa dibantu oleh pihak lain.

Banyak dugaan yang mereka tempuh tetapi Ron kembali semula. Apakah yang menyebabkan Ron kembali semula dan bagaimanakah Ron dapat mencari mereka?

Berbalik pada kisah Ron kembali semula, tak disangka-sangka mereka bertiga dikejar oleh pengikut Voldemort dan akhirnya ditangkap, macam manakah mereka melepaskan diri? Yang nyata semasa melarikan diri seorang lagi telah dibunuh, siapakah dia? Nantikan..........

Di akhir cerita ini, Voldemort telah berjaya memperoleh salah satu daripada artifak, tongkat sakti (wand) dan apakah kesudahan siri terakhir ini? Kita tunggu bulan Julai 2011.

Komen:
  • Secara keseluruhan cerita ini sungguh menarik walaupun bukan seperti sebelum ini yang mana kisah berlaku di Hogwart, mereka mempelajari magik
  • Di pertengahan cerita terdapat beberapa babak yang boleh dikatakan membosankan tapi ianya hanya beberapa minit
  • Good thing ialah terdapat juga dialog-dialog yang membuatkan kita ketawa terutamanya oleh Ron
  • Sound effect pun boleh tahan semasa pertempuran kedua-dua pihak. Inilah kekuatan cerita ini yang membuatkan kita teruja
  • Watak 3 orang sahabat yang ditekankan dan maybe sesetengah orang tidak berapa suka kerana kurang pembabitan orang lain
  • Overall, peminat setia tidak sabar menunggu kemunculan tayangan ini di panggung wayang dan tidak dinafikan kemungkinan orang yang tidak pernah tengok cerita Harry Potter akan suka dengan cerita ini
  • Ratingnya saya bagi antara 7.8 to 8.2 out of 10.
Credit : Sharinginfoz blog

ZoOM : Apa Kata anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Senarai Jalan yang ditutup sempena perhimpunan BERSIH | Roadblocks mengarah KL

Posted: 08 Jul 2011 01:29 AM PDT

Bagi pembaca di ZoOMartis, tangguhkan perjalanan anda ke Kuala Lumpur pada esok hari 9/7/2011. Berikut Info yang ZoOM terima daripada kawan-kawan ZoOM mengenai jalan dan Roadblocks yang akan melambatkan perjalanan anda.

Semoga dengan adanya maklumat ini akan mempermudahkan perjalanan anda.

1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.

17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Persatuan Artis Hanya Membuang Masa - Ziana Zain !!

Posted: 07 Jul 2011 06:53 PM PDT

Semalam ZoOm ada terbaca "statement" akak Ziana Zain kita ni, mengenai pengelibatan artis dalam persatuan yang ada di Malaysia khasnya. Mungkin selama ini ramai yang bersikap pandang dan dengar sahaja kerana takut periuk nasi terganggu. Namun ZoOM bagi pihak ZoOMartis Dot Net, TABIK SPRING dekat akak Ziana Zain kita kerana berani bersuara demi kepentingan artis-artis di Malaysia.

Betul juga apa yang akak ZZ kita canangkan, jika tidak bersatu dalam satu bumbung kita akan berjaya menepis hujan atau ribut yang mendatang. Bak kata Pepatah "Kerana satu tiang patah, Satu Rumah Roboh" ops pepatah ZoOm kot...BETUL TAK ?

Apa-apa pun Jommm layan "Statement" Kan ZZ atau nama glamour sekarang ni "Mek Jena" :


Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.

"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.

"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya.

Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

New Design Blogspot Templete - Nice Job !!

Posted: 07 Jul 2011 06:37 PM PDT


Wow....Tabik spring dekat blogspot TEAM sebab membuat perubahan kepada templete yang sekian lama digunakan oleh user. Hari ini Blogger Dashboard berubah wajah, walaupun simple tetapi ada beberapa penambahan yang ada.

Mungkinkah TAG/Labels yang selama ini susah nak dibaca oleh bot-bot ( Bahasa internet jika ada yang tahu, berfungsi untuk membaca post anda) yang ada di Yahoo. Kadang-kadang ZoOm geram juga kenapalah blog lain yang menggunakan WORDPRESS senang-senang je naik rank.

Semoga dengan perubahan oleh Blogspot Team akan merancakkan lagi perjuangan blogspot blogger ke arena blogging di Malaysia.


ZoOM : Apa kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!