Adsense

Jumaat, 24 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-Was

Posted: 24 Jun 2011 10:07 PM PDT

Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-was
oleh Shah Shamshiri

Seringkali para pengunjung Muslim berkunjung ke luar negara, ramai juga yang kurang pasti dalam mencari tempat penginapan yang sesuai. Apalagi buat mereka yang pentingkan soal hukum syarak. Kadangkala timbul rasa ragu-ragu dalam pemilihan lokasi yang menitikberatkan soal halal dan haram.

Berlandaskan kata-kata 'For Anyone Who Desires Moslem Atmosphere' yang bermaksud 'Buat Sesiapa Yang Inginkan Persekitaran Muslim', Hotel Lingga di Bandung, Indonesia pasti menepati citarasa tersebut. Terletak di Jalan Soekarno Hatta, hotel yang berteraskan konsep keislaman ini menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar harga yang sangat berpatutan tanpa meminggirkan nilai-nilai keislamannya.

2. Sweet Rose Room for 2 pax - IDR 459.000 nett

Sweet Rose Room for 2 pax – IDR 459.000 nett

Hotel unik ini tidak menjual sebarang minuman beralkohol dan tidak mempunyai kelab malam atau pusat disko. Walau bagaimanapun, tidak bermakna hotel ini tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan lain. Ia juga mempunyai perkhidmatan gimnasium, dewan-dewan acara, salon Muslimah (khas buat wanita), wi-fi percuma dan banyak lagi! Hotel ini juga tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk menginap di dalam bilik yang sama.

Buat yang ingin menunaikan Solat Jumaat juga, anda tidak perlu risau kerana pada setiap hari Jumaat dewan utamanya dibuka dan dijadikan ruang bersembahyang buat umat Islam yang bekerja di sekitar kawasan hotel tersebut. Ini juga memudahkan para tetamu hotel yang beragama Islam kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari masjid pada setiap hari Jumaat.

Konsep keislaman unik ini telah membuka ruang untuk satu kumpulan pasaran yang baru, iaitu mereka yang mungkin lebih selesa dengan persekitaran 'Islamik'. Hotel ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik pelbagai saiz sesuai untuk mereka yang datang berkunjung sendirian atau dengan keluarga dan rakan-rakan. Senireka dalaman hotel ini juga indah dihias dengan gaya tersendiri. Seperti mana-mana hotel lain, setiap bilik dilengkapi dengan televisyen yang mempunyai saluran TV satelit, di samping alat penghawa dingin dan bilik mandi yang lengkap.

Lingga Hotel - Large Parking Area

Biarpun hotel ini tidak menjual minuman beralkohol dan tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim untuk tinggal di bilik yang sama, namun perkhidmatan mereka disambut baik oleh ramai warga asing yang berkunjung ke Bandung. Dan ramai di kalangan mereka bukan beragama Islam. Mereka sudah menerima kunjungan daripada pelancong luar negara dari China, Korea, Perancis, Australia, Amerika dan banyak lagi.

Harus juga ditekankan bahawa pengusaha hotel Lingga tidak mahu orang awam beranggapan bahawa hotel ini sebuah hotel yang anti-warga bukan Islam. Mereka hanya mengamalkan konsep Islam tetapi kami sama sekali tidak menghalang orang bukan Islam untuk berkunjung. Yang penting, kesemua tetamu hotel mesti menghormati prinsip mereka iaitu tidak membawa masuk minuman beralkohol dan barangan makanan yang haram, tidak berjudi, serta tidak membawa pasangan yang bukan muhrim ke dalam bilik.

Hotel yang terletak di lapangan yang sangat luas ini boleh ditujui dengan menaiki pengangkutan awam dari pusat kota Bandung. Tergantung kepada keadaan lalulintas, secara amnya masa yang diambil untuk ke hotel ini daripada pusat kota adalah sekitar 15 sehingga 20 minit sahaja dengan menaiki teksi.

Bagi mereka yang berminat untuk menginap di Hotel Lingga kala berada di Bandung, bolehlah melayari laman sesawang mereka di www.linggahotel.co.id atau menghubungi mereka secara terus di nombor telefon +62 22 756 2980 / 81 atau e-mel lingga_hotel@yahoo.com

Children Play Area at Lobby

CoffeeShop - 24 hours - Indonesian, Chinesse, European Menu - Free Wi Fi

Fitness Centre - Hotel Facility

IMG_9571

Mushola

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Vue Palace Hotel Bandung Selangkah Menuju Pasar Baru
  • Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel
  • Aston Primera Pasteur Hotel Pertama di Indonesia IPTV
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur Tertinggi di Malaysia
  • Bengkel Penulisan Pilihan Raya Untuk Blogger
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • ADV: PERCUMA Pakej Pelancongan Dengan Promosi Mega SIY
  • Oblivious Musim ke-2 di 8TV!
  • Oblivious Musim Ke 2 di 8TV
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mari Menari Musim Kedua

    Posted: 24 Jun 2011 09:44 PM PDT

    Lantai tari Mari Menari Musim Kedua kini sudahpun memasuki minggu kedua yang bertemakan "Milenium". Seperti yang telah pun diumumkan, musim ini adalah berkonsepkan "battle" yang mana dua kumpulan di bawah pengawasan Kapten RAY serta Kapten BELALANG harus berentap setiap minggu untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

    Mari Menari

    Mari Menari Musim Kedua membawakan satu kelainan apabila 10 pasangan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas kumpulan yang diketuai oleh jurutari RAY melalui proses persembahan dan penyingkiran, kumpulan kedua yang dikelolai oleh jurutari BELALANG pula mengatur langkah di lantai Mari Menari. Namun langkah ini tidak berpanjangan buat pasangan WAN apabila mereka telah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir minggu ini. Pasangan abang dan adik ini pula terdiri daripada Arziwan dan Azirah Nabilah. Kedua-dua mereka berasal dari Sarawak.

    Tema Gemalai Ekstravaganza tidak mengecewakan juri-juri untuk kumpulan BELALANG ini apabila secara keseluruhan kesemua 5 pasangan mempamerkan persembahan yang mantap. Namun bagi pasangan adik-beradik ini, mungkin kurang keserasian membuatkan langkah tari mereka yang diiringi lagu Hala Timur kurang meyakinkan juri untuk memberikan markah yang tinggi serta undian yang tinggi oleh penonton.

    Dalam Mari Menari kali ini, Juri Jemputan iaitu Jaafar Onn telah menyahut cabaran penonton-penonton yang memberikan komen di laman sosial Facebook Mari Menari yang ingin melihat Jaafar Onn menyanyi dan menari. Lebih menarik lagi apabila Jaafar Onn bergandingan dengan penyanyi yang sangat baru iaitu Nera yang muncul dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 9.

    Berikut adalah markah akhir (Juri dan Undian) selepas talian undian ditutup.

    1. MIZI – 54
    2. FAIZ – 52
    3. RAZMAN – 51
    4. NITA – 46
    5. WAN – 45

    4 pasangan Mari Menari di bawah kelolaan BELALANG akan meneruskan cabaran Mari Menari Musim Kedua minggu hadapan dengan tugasan yang lain pula. Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

    Undi pasangan kegemaran anda! Taip MM dan hantar ke 32999. (Contoh: MM RAZIF) Undi secara pukal dengan menaip MM<3,5,10,20> dan hantar ke 32999. (Contoh: MM20 RAZIF).

    Minggu pertama Mari Menari yang bertemakan "Gemalai Ekstravaganza" telah menyaksikan penyingkiran MM UMMI daripada Kumpulan RAY pada hari Sabtu (18 Jun) dengan peratus undian sebanyak 37% serta MM WAN daripada Kumpulan Belalang pada hari Ahad (19 Jun) dengan peratus undian sebanyak 45%.

    Kini masih tinggal empat pasangan iaitu MM NORA, MM AZLIN, MM SARAH dan MM BIBI dalam Kumpulan RAY yang berkonsepkan Hip Hop serta empat pasangan dalam Kumpulan BELALANG yang berkonsepkan Nusantara iaitu MM RAZMAN, MM FAIZ, MM NITA dan MM MIZI.

    Masih mengekalkan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% dari undian penonton, musim ini juga menyaksikan gandingan mantap Joseph Gonzalez, Harith Iskandar dan Vanida Imran yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri professional. Bersama pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani, sama-samalah kita saksikan gerak tari mengikut irama yang bakal dipersembahkan oleh pasangan-pasangan musim ini.

    Siaran Langsung Mari Menari Minggu Kedua pada 25 & 26 Jun 2011 (Sabtu & Ahad), jam 8.30 malam @ Studio 1, Astro Bukit Jalil. Siapa pula yang akan tersingkir minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Mari Beraya – Metadome All Stars
  • Ujibakat Mari Menari Astro Musim Kedua
  • Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • Mari Menari Minggu 7 Tiada Penyingkiran
  • Mari Menari Singkir Pasangan Dita
  • Pasangan Shairulfazli Sharif & Rafidah Amit Tersingkir Mari Menari
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Lirik Lagu Radio Imran Ajmain
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.