Adsense

Khamis, 16 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Nora Elena Terima 1.3 Juta Viewers Di Laman Tonton.

Posted: 16 Jun 2011 10:31 PM PDT

Nora Elena Terima 1.3 Juta Viewers Di Laman Tonton.

Statistik rasmi daripada laman Tonton, Nora Elena menerima sekitar 1.3 juta viewers sepanjang 24 episod penayangannya di web tersebut. Menurut sumber dalaman, statistik tersebut merupakan rekod baru buat laman Tonton.  Stail!

Sudah jelas lagi nyata, fenomena Nora Elena lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha tidak dapat disangkalkan lagi. Sehingga hari ini, rata-rata peminat Nora Elena inginkan kesinambungan musim kedua. Tetapi, semuanya bergantung kepada pihak Tv3. OHBULAN! berpendapat, peminat hari ini lebih mengemari drama-drama yang diadaptasi daripada novel, ada personal touch.

Untuk yang ketinggalan drama Nora Elena, anda boleh menonton kesemua 24 episode di http://live.tonton.com.my/noraelena/. Specialnya di sini, anda boleh tonton segala deleted scene, uncut secene, bloopers & live chat bersama pelakon Nora Elena. Macam DVD box set tu, enjoice!

By the way, ya ampun susun tapak tangan pasal entri Nora Elena Mati Dalam Episod Terakhir, Ending Tak Sama Seperti Novel. Spekulasi kami mengenai ending Nora Elena tak menjadi pula. Namun, entri tersebut juga merupakan rekod baru OHBULAN! apabila ia di-share oleh 7200 pembaca di Facebook. Terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Single Terbaru Mizz Nina, Take Over Melibatkan Flo Rida!

Posted: 16 Jun 2011 07:33 PM PDT

Selepas kejayaan single 'What You Waiting For' bersama Colby O'Donis yang mencecah 600 000 download, Mizz Nina terus mengembangkan empayarnya dengan mengeluarkan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa Flo Rida berjudul, Take Over.

'Club Can't Handle Me' , lagu popular Flo Rida bersama David Guetta pernah dijadikan soundtrack untuk filem Step Up 3D. Setakat hari ini, lagu 'Club Can't Handle Me' telah menerima 82.8 juta viewers di laman youtube. Berdasarkan indikasi ini, OHBULAN! percaya Mizz Nina mempunyai strategi tertentu untuk kekal relevan sebagai ratu hip hop Asia dalam industri hiburan.

Kami difahamkan, Mizz Nina telah berangkat ke Miami pada 16 Jun lepas untuk proses rakaman video klip Take Over bersama Flo Rida di sana. Video klip tersebut akan menerima suntikan elemen Hollywood demi memenuhi pasaran di sana. Sekali dengar, rentak lagu catchy habis, sesuai untuk kaki cucuk langit.

Apa pun, kami bangga dengan Mizz Nina yang kini boleh diibaratkan sama tinggi dengan artis bertaraf antarabangsa. Harap-harap, video klip Take Over meletup sehingga mencapai jutaan viewers. Jangan macam video klip nan hado Gambit, sudah!

Layankan preview lagu Take Over – Mizz Nina Feat Flo Rida selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.