Adsense

Selasa, 14 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Anak Kembar Sazzy Falak Covergirl Majalah Inspirasi

Posted: 14 Jun 2011 10:13 PM PDT

Kecil-kecil lagi anak kembar Sazzy Falak dah keluar majalah. Itulah kalau ibu jadi selebriti, memang beruntung betul! Rasanya, ramai yang tak tahu nama anak kembar Sazzy Falak lagi, kan? Iman Lilly & Tiara Rose diberi nama, kedua-dua baby comel ini dilahirkan pada 28 April 2011.

Kebetulan kelahiran mereka jatuh pada hari yang sama dengan hari jadi si bapa, Nazril Idrus. Confirm makin bahagia'lah kehidupan Sazzy Falak & suami dengan kehadiran 2 anak kembar ini.

Sama-sama'lah kita doakan kebaikan buat kedua-dua baby ini. Dah besar, kami nak cop sorang, boleh mummy Sazzy Falak? (Eh, ter'mummy lak!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Kad Kahwin Tomok Lebih Unik, Ada Not Lagu!

Posted: 14 Jun 2011 09:47 PM PDT

Tomok, aku tak dapat kad kahwin kau lagi ni!

Rakan blogger, Madammondoq berkongsi preview 5 keping gambar kad kahwin Tomok & pasangannya, Siti Rahayu Abas, di mana perkahwinan belah perempuan akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Unik sekali, kad kahwin Tomok dihiasi dengan nota lagu berjudul Bagaikan Bidadari daripada album terbarunya. Fuh, memang banyak maksud tersirat dalam lagu ni, mungkin ia merupakan kata-kata istimewa yang ditujukan buat Siti Rahayu. Ha, kelas kau!

Siti Rahayu, 31 merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta. Padan'lah orangnya sangat cantik & sweet. Sekali pandang, terasa nak pandang 3-4 kali lagi.

OHBULAN! nak ucapkan tahniah buat Tomok, Selamat Pengantin Baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.