Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, kerana dipercayai menghidap hepatitis.

Sumber memberitahu, Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas merasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.

"Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan," kata sumber berkenaan.

Jelas sumber itu lagi, Rozita enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya.

Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.

MatKepoh- Sebelum ni lelaki yang hangat di gosipkan ngan Rozita Che Wan sakit retak tangan kerana jatuh dalam bilik air. Sekarang Rozita pulak masuk hospital, MatKepoh doakan Rozita Che Wan cepat sembuh seperti sedia kala..

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , ,