Adsense

Sabtu, 25 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika

Posted: 24 Jun 2011 12:56 PM PDT


PETALING JAYA: Khabar angin mengenai penyanyi Mizz Nina akan berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dengan single lagu Take Over,

Menurut Nina, khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.
"Isu mengenai kolaborasi dengan Justin adalah khabar angin semata-mata. Dan ya, saya sudah pun bekerjasama dengan Flo Rida menerusi lagu terbaru Take Over.
"Saya berasa amat bertuah kerana dapat berduet dengan Flo Rida untuk single terbaru ini tambah pula dia seorang yang popular di kalangan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat. Harap-harap, Take Over dapat diterima ramai dan kami akan cuba 'menggegarkan' dunia menerusi lagu ini," kata Nina.
Tambah tunang kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia berharap lagu genre R&B, hip hop dan dance itu diterima umum seperti lagu single solo pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis).
Flo Rida
Kini lagu tersebut telah pun berkumandang di semua stesen radio tempatan dan sedang menaiki carta muzik paling popular.
Selain itu, Nina dan Flo Rida telah pun mempersembahkan lagu Take Over itu pada konsert Flo Rida di Bangkok dua minggu lalu dan lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton-penonton di sana.
"Alhamdulillahlah, walaupun saya sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada 1 Julai depan, kami sempat mengejar masa untuk menyiapkan lagu ini serta klip videonya sekali dalam masa yang singkat.
"Semoga peminat-peminat terhibur dengan klip video kami di mana penggambaran telah pun dirakamkan pada awal bulan ini di Miami selama tiga hari," ujarnya.







sumber Mstar

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000

Posted: 24 Jun 2011 12:54 PM PDT

Kumpulan Sepah menjadi juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati,Shah Alam, Jumaat.
SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
"Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik," kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.


sunber dari Mstar

TAHNIAH Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa

Posted: 24 Jun 2011 12:51 PM PDT






Dikhabarkan yang isteri kepada angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina yang kini mengandung 8 bulan bakal dijadualkan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Berita ini merupakan satu nikmat yang dikurniakan kepada pasangan ini, maknanya kedua-duanya subur. Dr. Muszaphar inginkan anak lelaki dan Dr. Halina pula ingikan anak perempuan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja kelahiran cahaya mata mereka nanti, semoga selamat semuanya.



(GAMBAR) Fesyen pelik orang Jepun

Posted: 24 Jun 2011 12:46 PM PDT


lagi......