Adsense

Isnin, 30 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Fasha Sandha Bengang “Hero” Datang Lambat #rage

Posted: 30 May 2011 11:27 PM PDT

Ratu kontroversi, Fasha Sandha kembali mengegarkan dunia hiburan dengan status-status twitter berunsur kebengangan terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang menjadi hero dalam sebuah rakaman drama. Kami sudah tahu siapakah gerangan lelaki tersebut, tapi tak thrill'lah kalau pecah lubang awal-awal, kan?

Menurut Fasha Sandha melalui Twitter, sepatutnya call time pukul 8 pagi, namun hero lelaki tersebut masih tidak hadirkan diri di set walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.05 pagi. Katanya lagi, dia sampai di set pada pukul 7.45 pagi sudah tak berminat untuk berlakon bersama hero lelaki tersebut.

Tunggu punya tunggu, hero lelaki itu masih tak munculkan diri. Akhirnya, pada pukul 12.30 tengah hari, baru hero lelaki itu memunculkan diri, kiranya lewat 4 jam daripada jadual asal. Sesiapa pun akan bengang juga, kan?

Nak dijadikan cerita, hero lelaki itu tidak meminta maaf kepada orang-orang yang terlibat dan memberi alasan kepada penolong penerbit bahawa keretanya rosak. Ehem, hero lelaki itu boleh tweet, tapi tak boleh call penerbit? Pelik?

OHBULAN! tabik Fasha Sandha sebab dia mengekalkan tahap displin & profesional sebagai pelakon. Artis-artis lain wajar mencontohi tahap profesional Fasha Sandha, tapi yang buruk tu jangan diikut pula, tau?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Majlis Pernikahan & Persandingan Fedtri Yahya, Hos Rancangan MHI

Posted: 30 May 2011 10:50 PM PDT

Majlis berlangsung dalam suasana penuh keserdahanaan, amat bermakna buat hos rancangan MHI, Fedtri Yahya apabila telah diijabkabulkan bersama pasangannya, Nurul Anati pada 28 hb April yang lepas di Pasir Mas, Kelantan.

Dengar cerita, mereka berdua telah ditaja untuk berbulan madu ke Korea Selatan, beruntung badan! Apa pun, enjoice gambar persandingan & pernikahan Fedtri Yahya, kredit penuh tanpa prejudis buat krew foto Odisi Studio.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.