Adsense

Isnin, 30 Mei 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ELLY MAZLEIN SELAMAT BERTUNANG...

Posted: 29 May 2011 09:52 AM PDT

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selamat bertunang dengan pasangannya yang juga pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, duda beranak dua yang bercerai beberapa tahun lalu. Mereka berdua dijangka akan disatukan melalui ikatan perkahwinan pada Februari tahun depan.

Majlis bertambah meriah apabila Elly menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya itu yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur. Elly telah ditemani ibunya dan pereka pakaian pertunangan Eilla Faizshah dari Busana Cinta.

Elly dan Azmi telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang sebelum mula serius bercinta. Azmi kemudian mengambil keputusan untuk melamar Elly pada Februari lalu.

Kira-kira 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak hadir dalam majlis yang berkonsepkan 'menyunting si dara di taman larangan' itu. Azmi menghantar lima dulang hantaran manakala Elly membalas tujuh dulang seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Klik untuk imej besar...






(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011