Utusan Online - Hiburan |
Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing Posted: Pak Uda, Opie sama-sama suka pancingOleh KHADIJAH IBRAHIM
Pelakon yang sinonim dengan watak Pak Uda dari sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu hingga hari ini memberitahu, minat memancing bermula sejak muda dan pada mulanya beliau gemar memancing di kolam ikan. Bagaimanapun keterujaan memancing disertakan dengan skil yang ada, beliau kini memilih laut sebagai tempat melontar joran. "Pantang ada cuti berlakon, Pak Uda akan pergi memancing ke laut di persekitaran Pulau Indah, Pulau Sembilan atau Pulau Ketam. Pak Uda pernah pergi memancing sampai ke Setiawan, Perak. "Selalunya Pak Uda bersama geng pancing, Aan, Cikgu, Talib dan Tapa. Kami akan sewa bot untuk tiga hari. Setiap seorang membayar kira-kira RM300 kepada tekong. Tekong ini tahu di mana ada ikan dan dia juga yang menyediakan segala kelengkapan makanan dan umpan," katanya. Pak Uda yang ditemui di kolam ikan Bai-World, Bandar Tasik Puteri, Rawang, berkata, kumpulan pancingnya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi dari jeti Kuala Selangor. Turut menemani Pak Uda semasa memancing adalah anaknya, pelakon Opie dan cucunya, Alif Shah Saidi, 4 tahun. Katanya, ketika memancing di lautan dan kekadang sehingga ke perairan antarabangsa, antara ikan yang ditangkap adalah ikan merah dan kerapu. "Pak Uda pernah dapat ikan merah seberat lapan kilogram. Selalunya ikan-ikan tangkapan itu Pak Uda akan masak stim atau tiga rasa. "Kalau banyak sangat barulah dijual. Selalunya kalau kami pergi tidak pernah hampa kerana setiap orang dapat habuan," ceritanya. Ditanya apa seronoknya memancing, Pak Uda berkata, sebaik sahaja berada di lautan, segala masalah di daratan akan dilupakan. Sebaik sahaja mata kail dibaling ke laut, yang ada di fikiran hanyalah ikan apa yang akan makan umpan dan besar mana ikan itu. "Memancing ini sebenarnya mengajar kita bersabar. Sebab untuk mendapat seekor ikan paling cepat pun 15 minit dan paling lama satu jam. "Pak Uda selalunya bawa empat batang pancing tapi guna satu sahaja sebab di lautan tidak menang tangan tangkap ikan. Kalau di kolam ikan, perlu pacak banyak pancing," katanya yang sering menggunakan umpan ikan hidup (gelama) dan udang. Selain melatih individu menjadi penyabar, memancing juga boleh menjalin hubungan silaturrahim di kalangan kaki pancing. Kata Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem Mat Som, sebelum pergi memancing ke laut, perlu lihat keadaan air laut sama ada surut, mati atau pasang besar. Kaki pancing tidak akan pergi memancing pada masa air pasang kerana berbahaya, waktu air surut hanya sesuai untuk tangkap udang dan ikan paling banyak apabila air surut. Menurut Pak Uda, yang sering ditemani oleh anaknya, Ahmad Firdaus, 26, waktu mula-mula pergi memancing di laut, beliau tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun kerana mabuk laut. Namun kini setiap kali sebelum turun ke laut, Pak Uda akan mengamalkan petua, selawat tiga kali dan minum air laut tiga teguk untuk mengelak mabuk laut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Artis Koreakacak, cantik, bijak! Posted: Artis Koreakacak, cantik, bijak!
Tentu sekarang ini sedang sibuk memohon untuk memasuki kolej atau universiti pilihan masing-masing. Seperti di Malaysia, Mac juga bulan yang sibuk bagi artis remaja di Korea. Ini kerana, majlis graduasi sekolah tinggi selalunya diadakan sepanjang Februari manakala bulan ini kebanyakan mereka mula mendaftar masuk ke kolej dan universiti. Ujian kemasukan ke institusi pengajian tinggi di negara itu sudah pun berlangsung akhir tahun lalu dan difahamkan ramai kalangan bintang K-pop yang mendudukinya. Antaranya Jinwoon iaitu anggota termuda 2AM, Key dan Minho daripada SHINee; Jae Jin (FT Island), Ga Yoon (4Minute) serta Joon Hyun, Hyun Seung dan Kikwang daripada BEAST. Walaupun rata-rata artis Korea mula menceburi industri hiburan negara itu pada usia belasan tahun, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan mereka. Tidak kira sepopular mana pun mereka, apabila tiba masa untuk memasuki kolej atau universiti - ramai yang tidak kekok menghadiri kuliah dan tutorial seperti penuntut biasa. Baru-baru ini, ramai bintang remaja yang dilihat mendaftar sebagai penuntut baru kolej atau universiti. Untuk sesi 2011, Minho (SHINee) akan bergelar siswa Universiti Konkuk manakala Goo Hara (KARA) dan rakan artis, Lee Se Young pula melaporkan diri di Sungshin Women University. Gambar kedua-duanya dengan imej segar sebagai siswi bersama dekan dipaparkan dalam laman web rasmi universiti itu akhir bulan lalu. Hara, 20, yang dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Terbaik KBS 2010 akan mengambil pengkhususan dalam bidang lakonan. Teman baiknya yang sebaya, Jinwoon (2AM) pula akan memulakan pengajian filem dan teater di Universiti Daejin dalam wilayah Gyeonggi. Heroin Boys Over Flowers, Goo Hye Sun pula diterima memasuki Sungkyunkwan, salah sebuah universiti ternama di Korea - yang menjadi latar drama popular Sungkyunkwan Scandal tahun lalu. Anggota T-ara, Hyomin kini penuntut tahun empat dalam bidang teater di universiti itu. Artis remaja yang telah memulakan hidup kampus termasuk Seohyun daripada Girls Generation (SNSD) di Universiti Dongguk dan ketua kumpulan SHINee, Onew di Universiti Chungwoon dalam bidang muzik. Bintang K-pop lain yang kini masih menuntut ialah vokalis utama FT Island, Lee Hongki dan Kyuhyun daripada Super Junior di Universiti Kyunghee; ketua dan pemain gitar FT Island, Jonghun di Universiti Kyunggi; dua lagi anggota SuJu, Sungmin dan Donghae serta Yunho (DBSK) di Universiti Myongji. Nampaknya bintang remaja Korea ini benar-benar mempersiapkan diri mereka dengan ilmu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Tidak hairanlah persembahan mereka baik di pentas mahupun di layar perak, cukup meyakinkan sehingga memikat hati para peminat termasuk di luar Korea! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |