Adsense

Rabu, 27 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Perkara Yang Dapat Memusnahkan Kareer Anda

Posted: 27 Apr 2011 03:53 PM PDT

Perkara Yang Dapat Memusnahkan Kareer Anda – Bagaimana Anda Berfikir?

Banyak pekerja yang mendambakan mendapatkan kerjaya tertinggi di perusahaan ditempat mereka bekerja. Namun banyak juga dari mereka yang masih memiliki pandangan atau melakukan hal-hal yang menghambat kareer. Berikut tulisan entri mengenai Kesalahan-Kesalahan yang Menghambat Kerjaya – Bagaimana anda Berfikir?

stress

1. Membuat keajaiban
Keajaiban adalah suatu hal yang menyenangkan, namun dalam dunia kerja, jangan menghitung sebuah keajaiban sebagai faktor dalam penentuan target pekerjaan anda. Buat target yang realistik secara harian ataupun mingguan. Hukum Parkinson "Pekerjaan bertambah menyesuaikan waktu yang ada"

2. Mengambil tanggung jawab penuh
Jangan mencari apa yang sudah ada, belajarlah mendelegasikan. Ingat anda bukan manusia super yang mampu menyelesaikan apapun.

3. Mengikuti arahan dengan patuh
Menjadi pekerja yang patuh itu seringkali disukai oleh atasan, namun jika anda terlalu patuh, anda hanya akan dijadikan alat bagi kareer orang lain atau atasan anda. Bersikaplah patuh, namun tetap harus melihat kepentingan dan kredit dari instruksi yang diberikan kepada anda. Kreatiflah!

4. Membatasi peluang anda
Kalau anda membatasi hidup anda dalam lingkungan yang diatur oleh orang lain, anda tidak akan pernah mampu mengenali potensi besar yang anda miliki – apalagi orang lain. Hindari kecenderungan mengabaikan pilihan – pilihan yang tidak konvensional. Sebelum menjatuhkan pilihan arah, perhitungkan baik – baik seluruh pilihan anda

5. Mengabaikan timbal balik (Quid Pro Quo)
Jangan meremehkan nilai barter dari hal-hal seperti, secara verbal memberikan dukungan kepada seseorang dalam rapat, menjadi pendengar yang baik atau memberikan informasi yang dapat dipercaya.

6. Bolos Rapat
Rapat adalah sebuah sarana untuk melihat dan dilihat, bertemu dan menyapa, atau saling memeragakan dan menceritakan, jadi selalu usahakan datang saat ada rapat di perusahaan anda.

7. Menempatkan pekerjaan diatas kehidupan pribadi anda
Segala sesuatu ada batasnya, termasuk pekerjaan. Jadi jangan anda berfikir bahwa pekerjaan lebih penting daripada kehidupan peribadi anda. Seimbangkanlah kedua hal tersebut.

8. Membiarkan orang lain membuang waktu anda
Diajak bergosip dengan rakan kerja saat berada di ruang kerja memang menyenangkan, namun hal itu jelas sangat menggangu produktiviti anda. Bezakan antara orang yang perlu berbicara dan ingin berbicara, jangan korbankan waktu anda hanya untuk hal-hal remeh.

9. Meninggalkan kerjaya sebelum mencapai sasaran
Daripada sama sekali meninggalkan kerjaya ketika hidup menuntut sebuah perubahan, siasatilah dengan rencana hidup berstrategi yang memungkinkan anda tetap berjalan berdampingan dengan perkembangan bidang anda.

10. Mengabaikan pentingnya jaringan
Sehebat apapun kemampuan yang anda miliki, tanpa memiliki salasilah dan hubungan yang mampan, anda hanya akan menjadi pekerja biasa, dalam dataran operasional, bukan level pengurusan.

11. Menolak penghargaan
Terima segala bentuk pujian dan penghargaan dari perusahaan jika anda merasa layak untuk mendapatkannya.

12. Berprasangka buruk
Berprasangka buruk di tempat kerja membuat anda terus – menerus digiring ke posisi penuh keraguan terhadap diri sendiri, atau lebih buruk lagi, tidak berani mengambil risiko kerana takut akan ada masalah yang menghantui diri anda. Hal itu boleh juga mencegah anda melakukan sesuatu. Singkirkan cerita negatif dan gantikan dengan yang neutral. Serta berfokuslah pada solusi permasalahan, bukan pada permasalahannya sendiri.

Ayuh teman-teman sekalian silakan ke anjung utama Jobberies.com melihat peluang penghijrahan kerjaya seterusnya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Istimewa Ultraman di Astro Ceria
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Tips Hari Raya: Bagaimana Cara Meminta Maaf?
  • Program TV Sempena Tahun Baru di TV2
  • Quotes of The Day: Kekasihku Seru
  • Kawalan Hakcipta di Malaysia Lemah?
  • Desperate Housewives Season 7
  • Gossip Pelakon Lelaki Dibela Sering Bertukar Mak Ayam
  • Sah! Salih Yaccob Dapat Isteri Ke-4
  • DRAMA NOKTAH DENDAM DAN DRAMA GILA DI RTM2
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sunsilk Umum Kolaborasi Bersama MODA

    Posted: 27 Apr 2011 03:52 PM PDT

    Gabungan Pakar Rambut dan Connoisseur Fesyen Menghasilkan Kesempurnaan Terulung

    Sunsilk telah membentuk gabungan sempurna dengan Malaysian Official Designers Association (MODA) untuk menghidupkan keraian busana anggun dan kecemerlangan rambut, semata-mata untuk mencapai kegemilangan melalui kesempurnaan.

    Tahun ini, MODA meraikan 21 tahun yang penuh glamour, kecantikan dan gaya. Bagi menyerlahkan lagi intipati kesempurnaan, kecemerlangan dan kepuasan dalam setiap wanita, Sunsilk menjalinkan pakatan eksklusif bersama MODA bagi melahirkan pameran fesyen agung melibatkan gambaran kreatif mengenai kesempurnaan daripada 30 pereka fesyen tempatan yang paling berpengaruh serta terkenal di Malaysia.

    A celebration of perfection is conceived when perfect hair and perfect style collide

    Lebih sebulan lalu, dalam usaha mengejar kecemerlangan, Sunsilk melancarkan rangkaian Co-Creations baru yang dipaten dengan formula nanop kompleks. Teknologi terkini direka bagi menangani butiran terperinci setiap urat rambut agar ia menepati piawaian terkini untuk rambut sempurna. Didorong oleh realiti di mana kesempurnaan adalah impian terulung setiap wanita, Sunsilk kini mengambil langkah dengan berkolaborasi bersama MODA dalam memberi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk menitikberatkan nilai ketelitian serta kepakaran agar mereka dapat mencapai kesempurnaan dari hujung rambut ke hujung kaki.

    "Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama secara sinergistik dengan MODA, salah satu daripada peneraju industri fesyen bagi menghasilkan gabungan rambut dan gaya yang sempurna. Kedua-dua elemen ini sememangnya sepadan dan sesuai untuk menggayakan penampilan yang sempurna. Kepakaran dan ketelitian demi mencapai kesempurnaan adalah falsafah asas yang menyatukan Sunsilk dan MODA. Melalui persembahan ini, kami ingin memberi inspirasi kepada kaum wanita untuk mencapai dan meraikan kesempurnaan," kata Ashlee Ng, Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

    Bertemakan 'Perfect Hair Meets Perfect Style', para pakar rambut antarabangsa Sunsilk dan pencipta bersama, Thomas Taw dan Yuko Yamashita, akan berpadu tenaga dengan dua connoisseur fesyen yang diketengahkan, iaitu Alvin Tay dan Amir Luqman bagi mempersembahkan naratif artistik mengenai kesempurnaan. Gaya rambut terindah yang lahir daripada pengkhususan dalam penjagaan rambut serta kepakaran bertaraf dunia akan direka bagi melengkapkan gaya fesyen para pereka yang diketengahkan dalam satu keraian gaya sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki.

    "Fesyen merujuk kepada melampaui batas-batas kreativiti dengan membentuk kolaborasi strategic. Gaya yang sempurna tidak akan sempurna tanpa rambut sihat yang didandan dalam pelbagai gaya terindah.Tahun ini, kami berbangga kerana dapat berganding bahu dengan Sunsilk, salah satu daripada jenama yang paling tahan lama dalam industri penjagaan rambut. Mencapai kesempurnaan menjadi lebih mudah apabila bakat dan kepakaran bertaraf dunia digabungkan. Ini adalah cara terbaik untuk meraikan Ulang Tahun ke-21 MODA," kata Gillian Hung, Presiden MODA.

    Keraian kesempurnaan ini akan mempamerkan rekaan gaya rambut yang tidak pernah dilakukan. Butir-butir halus seperti memastikan rambut model adalah terkawal bagi mewujudkan dandanan rambut yang bebas kerosakan, licin dan mudah diurus, akan menemani kerjatangan halus para pereka fesyen tempatan Malaysia.

    Marilah mengalami dan cetuskan inspirasi anda dengan intisari kesempurnaan di majlis Ulang Tahun ke-21 MODA pada hari Jumaat, 13hb Mei 2011!

    Perfect, elegant gowns by (L) Alvin Tay and (R) Amir Luqman captures pure excellence on the runway

    Apabila rambut sempurna dan gaya sempurna berpadu
    Amir Luqman terkenal kerana rekaan yang menyerlahkan si pemakainya. Menggunakan bayangan seksi dan potongan rapi, beliau telah mencatat pelbagai pencapaian profesional yang mengagumkan. Kegemaran beliau terhadap garisan lurus dan corak nyata akan memadankan beliau dengan pendandan rambut London serta pencipta bersama rangkaian Sunsilk Damaged Hair Reconstruction, Thomas Taw, yang akan mengubah rambut menjadi mahkota idaman yang cantik dan didandan dengan rapi.

    Alvin Tay memiliki sentuhan fesyen yang unggul dan dikenali melalui busana beliau yang terus memukau dunia dengan kecemerlangan dan daya kreativitinya. Beliau akan menyusun rambut sehingga sempurna bersama mogul dandanan rambut Jepun dan pencipta bersama rangkaian Sunsilk Silky Smooth & Manageable, Yuko Yamashita. Minat Yuko terhadap rambut licin dan mudah diurus akan menyaksikan beliau memberi sentuhan elegan dan dandanan beralun kepada rekaan penuh fantasi ciptaan Alvin.

    Sunsilk Co-Creations digerakkan dengan Rumusan Nano Kompleks yang Dipaten
    Sunsilk memiliki kepakaran tinggi dalam penjagaan rambut melalui kolaborasi dengan tujuh pakar rambut bertaraf dunia. Mereka memfokus kepada, meneliti dan mengkaji butir-butir yang tidak disedari oleh orang lain. Pakar rambut Sunsilk merawat setiap urat rambut secara individu berdasarkan kilauan, tekstur dan akarnya kerana mereka tahu bahawa inilah satu-satunya cara rambut akan kekal cantik dari akar ke hujung rambut.

    Rangkaian Sunsilk Co-Creations baru yang digerakkan oleh rumusan nano kompleks yang dipaten telah dibangunkan melalui kolaborasi dinamik di antara pasukan penyelidikan dan pembangunan Sunsilk bersama satu panel merangkumi tujuh pakar rambut. Rumusan Nano Kompleks yang dipaten ini adalah satu rumusan unik melibatkan partikel optimum bersaiz nano yang setelah digunakan, akan memberi litupan yang berkesan dan menyeluruh sepanjang serat rambut. Ia meliputi setiap urat dan inci rambut bagi memberikan manfaat berprestasi tinggi yang khusus untuk setiap jenis rambut. Teknologi terkini ini direka bagi menangani perkara kecil dan mematuhi piawaian ketat penjagaan rambut sempurna para pakar rambut terkemuka yang sentiasa berusaha menghasilkan rambut yang sempurna secara keseluruhannya.

    'Celebrate Perfection' for MODA's 21st Anniversary
    List of Designers in MODA

    1. Alvin Tay
    2. Amir Luqman
    3. Aidawati Saidin
    4. Ashley@Kapas
    5. Beatrice Looi
    6. Bill Keith
    7. Carven Ong
    8. Dennis Lee
    9. Dominique Chan
    10. Sonny San (Eclipse)
    11. Eric Choong
    12. Jendela KL
    13. Joe Chia
    14. Jonathan Cheng
    15. Jovian Mandagi
    16. Justin Yap
    17. Keith Kee
    18. Key Ng
    19. Khoon Hooi
    20. Meesha Sukira
    21. Melinda Looi
    22. Michael Ong
    23. Micky Tan
    24. Nazleen Noor
    25. Nurita Harith
    26. Radioactive
    27. Syomir Izwa
    28. Tom Abang Saufi
    29. William Liew
    30. Zang Toi

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Revolusi Penjagaan Rambut Sunsilk dengan Nanoteknologi
  • Lirik Aku Adalah Aku Melda Ahmad
  • Gadis Semasa Sunsilk
  • Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk
  • Sunsilk Revolutionises Hair Care with Nanotechnology
  • Video Aku Adalah Aku & Putus Melda Ahmad
  • Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad
  • Sekitar Konsert Gadis Semasa Sunsilk
  • Miliki Rambut Sentuhan Pakar daripada SUNSILK
  • Revolusi Petua & Teknik Sunsilk Bersama Pakar Rambut Dunia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.