Adsense

Rabu, 27 April 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sudah lama kenal

Posted: 26 Apr 2011 05:03 AM PDT

Hip

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani tidak nafi kerap bertemu, berbual dengan Yusry

HANYA tawa kedengaran tatkala soalan berkaitan gosip hubungannya dengan duda terhangat, Yusry Abdul Halim diajukan pada majlis pengumuman filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2).

Bagai sudah menjangka soalan sebegitu akan dilontarkan wakil media yang mengerumuninya usai sidang media, Lisa Surihani menjawab satu persatu persoalan dengan tenang. Nyata pengalaman mendewasakannya apatah lagi cerita sebegini bukan yang pertama apabila terdahulu bintang muda terbabit pernah dikaitkan dengan aktor lain iaitu Farid Kamil dan Shaheizy Sam.

Apa pun Lisa tidak cepat melatah sebaliknya mengakui mula akrab dengan pengarah Hikayat Merong Mahawangsa itu sejak dua bulan lalu namun secara tegas memaklumkan mereka sekadar kawan biasa dan tidak membabitkan soal hati.

"Ya kami kenal sudah lama tetapi semakin rapat kira-kira dua bukan lalu. Sebelum ini kami kerap berbual menerusi telefon atau sekadar berbalas mesej di BBM (BlackBerry Messenger).

"Macam juga teman-teman lain, kalau ada kelapangan kami akan keluar tetapi bukan berdua. Kebiasaannya lepak beramai-ramai dengan kawan malah selalunya ibu atau kawan saya pasti ada," katanya yang membawakan watak Ayu dalam LBS2.
Bagi graduan undang-undang itu, perihal keintiman dengan Yusry mula diperbesarkan apabila mereka dilihat duduk bersebelahan ketika tayangan filem seram, Seru baru-baru ini.

Hati belum terpaut

TANPA berselindung kata Lisa, Yusry memang mengetahui dirinya seorang yang penakut justeru apabila dia terkejut ketika satu babak menakutkan lelaki itu cuba mententeramkannya dengan mengusap lengan.

"Kami datang berasingan dan saya ditemani ibu. Kami duduk bersebelahan dan mungkin itu yang membuatkan orang lain nampak agak intim. Waktu saya terkejut itu adalah tindakan spontan, begitu juga ketika Yusry memegang lengan meminta saya bertenang.

"Yang pasti memang kami tiada apa-apa, cuma kawan baik.

"Kami serasi sebab boleh berbual apa saja dari soal filem hingga isu semasa. Bagi saya Yusry bijak selain punya visi dan misi dalam hidup," katanya lagi yang turut meminati kumpulan KRU ketika zaman remaja.

Bagaimanapun, tidak seperti segelintir selebriti lain yang gemar menunjukkan reaksi kurang senang apabila diaju soal peribadi, aktres jelita itu cukup terbuka malah memahami inilah harga yang perlu dibayar sebaik bergelar anak seni.

Diselak semula repertoire sejak mula menerjah ke dunia hiburan, dirinya sentiasa bersih daripada cerita negatif justeru kisah keintiman atau punya hubungan dengan mana-mana aktor hanya dianggap usikan nakal.

Tambahnya lagi, tempoh dua bulan mula rapat dan keluar bersama tidak bermakna makna hati masing-masing sudah terpaut kerana ia sekadar perkara biasa yang turut dilakukan oleh orang lain.

Jarak usia yang agak jauh dengan hampir 12 tahun berbeza juga antara sebab pelakon dan model komersil itu selesa berkawan dengan Yusry, 37, kerana beranggapan mereka boleh dikongsi segala macam cerita.

"Saya biasa dikelilingi lelaki yang lebih matang. Abang saya sendiri berusia 36 dan 35 tahun, begitu juga sepupu yang rapat dengan saya semuanya lingkungan umur sebegitu. Jadi mungkin saya selesa berkawan dengan mereka yang lebih berusia.

"Untuk bercakap soal jodoh, semua itu masih terlalu awal. Perjalanan saya masih panjang kerana berlakon pun saya masih boleh dikategorikan tahap baru belajar. Soal masa depan saya serahkan kepada yang lebih berkuasa," katanya yang tidak menolak andai nanti jodohnya dengan duda.

Jiwa tidak berbelah bahagi

SELAIN LBS2, penerima trofi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dijangka terus mewarnai layar besar dengan deretan filem baru termasuk Papa I Love You, Sekali Lagi dan Ombak Rindu.

Sememangnya pendakian anak jati Kuala Lumpur itu boleh dianggap mudah apabila teman seperjuangan lain merangkak membina nama namun dia tidak putus disambar penerbit hingga dikatakan bakal pelapis Erra Fazira sebagai Primadona Filem Melayu.

Ditanya satu persatu anugerah yang diraih sekali gus membuktikan pengorbanannya melupakan seketika bidang guaman berbaloi, akui Lisa lagi setiap kejayaan yang diraih tidak mungkin mengubah keperibadian mahu pun semakin berkira.

"Syukur dengan pengiktirafan yang diberikan. Saya masih menganggap diri ini terlalu hijau dalam dunia lakonan dan perlu mencabar diri menonjolkan bakat dengan mencuba pelbagai watak. Bekerja keras adalah prinsip saya kerana setiap tawaran sama ada watak sampingan atau utama adalah tanggungjawab.

"Setakat ini saya tidak meletakkan harga tertentu kerana pihak produksi lebih memahami nilai seseorang pelakon. Begitu juga soal watak, jika skripnya bagus kenapa saya harus menolak walaupun sekadar untuk beberapa babak kerana peranan kecil selalunya bawa impak besar jika kena gaya dan caranya," katanya lagi.

Seperti LBS2, watak Ayu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Kasyah lakonan Farid Kamil dianggap begitu simbolik sekali pun hanya muncul pada awal babak kerana ia membawa rentetan lelaki itu masih hidup dalam bayangan.

Menerusi Ombak Rindu yang juga diadaptasi daripada novel dan diarahkan Osman Ali, Lisa menonjolkan sisi putih serta hitam seorang gadis lulusan luar negara yang cuba menagih cinta lelaki dambaannya, Hariz lakonan Aaron Aziz tanpa sedar bakal suaminya itu sudah mengahwini wanita lain, Izzah (Maya Karin).

"LBS2 dan Ombak Rindu menampilkan saya dalam dua karektor berbeza. Sama ada watak sampingan mahu pun tunjang utama, saya menjiwai kedua-duanya hati kerana karektor itu punya roh tersendiri.

"Ombak Rindu juga satu cabaran buat saya kerana ia menggambarkan watak wanita yang agresif dan melontarkan vokal untuk mempertahankan haknya sekali gus kontras dengan watak Ayu.

"Istimewa kedua-dua filem ini tentu saja jalan ceritanya yang sarat emosi dan air mata. Saya sendiri tidak sabar menanti, LBS2 dan Ombak Rindu," kata Lisa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawablah!: Berkawan, bukan berkasih

Posted: 26 Apr 2011 04:59 AM PDT

Hip

'Tukang urut' Chukang perjelas gosip hubungan cinta sejenis dengan Anding

TERKEJUT besar jejaka ini sebaik saja membaca artikel yang disiarkan akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu. Bukannya berita mengenai lakonan yang menarik perhatiannya, sebaliknya kisah sensasi yang mendakwa dirinya terbabit dengan cinta songsang. Artikel itu nyata membuatkan dirinya tidak senang hati sepanjang hari.

Terasa bagaikan luruh jantungnya membaca ayat demi ayat yang mengatakan dirinya berkelakuan tidak senonoh bersama pasangannya yang juga seorang pelakon, Anding, di khalayak ramai. Sebagai seorang yang masih berpegang teguh pada ajaran agama serta tahu halal dan haram, artis yang dimaksudkan iaitu Amran Ismail, ketika dihubungi Hip Isnin lalu berkata, mustahil dia membiarkan dirinya terjebak dalam gejala tidak bermoral itu. Malah sewaktu ditemubual, pelakon yang pernah melakonkan watak tukang urut gay dalam filem pendek Chukang ini mengucap panjang kerana tidak menyangka dirinya akan dibabitkan dengan kontroversi seperti itu. Walaupun menyedari gosip ialah rencah kehidupan anak seni, namun cerita seperti itu memberikan gambaran tidak baik terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila dia baru saja menandatangani kontrak bernaung di bawah syarikat MIG.

Lebih membuatkan dia kesal apabila mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar mula memberikan pandangan sinis seolah-olah dia memang terbabit dengan hubungan sesama jenis persis dalam filem ....Dalam Botol itu.

HIP: Apa komen Amran apabila didakwa terbabit dengan cinta songsang seperti yang ditulis dalam B*Pop?

Amran: Sudah tentu saya terkejut kerana cerita itu tidak benar sama sekali. Saya mengaku berkawan dengan Anding, tetapi tidaklah sampai hendak bercinta dengannya seperti yang didakwa. Subhanallah... Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Saya kenal Anding apabila kami sama-sama terbabit dalam siri promosi Jamu Mak Dara. Selain itu kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu suka pergi ke gimnasium. Jadi apabila timbul cerita yang kami bercinta dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai, saya terkejut dan tidak boleh menerimanya.
HIP: Khabarnya kejadian itu berlaku ketika Amran bercuti di Sarawak baru-baru ini. Amran memang ada bercuti ke sana dan apakah Anding turut serta dalam percutian itu?

Amran: Memang saya ada pergi ke Sarawak baru-baru ini, tetapi bukannya bercuti seperti yang didakwa. Sebaliknya saya ke sana atas tujuan berubat. Saya memang sakit, tapi bukan sakit biasa dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk merawatnya. Kunjungan saya ke sana adalah untuk bertemu dengan seorang ustaz. Ia ikhtiar saya untuk mengubati penyakit ini. Saya akui memang ada bertemu Anding di sana. Bukan saja berjumpa Anding, tetapi juga ibu dan bapanya. Sebelum ini pun saya pernah berjumpa mereka ketika mereka bertandang ke Kuala Lumpur. Tolonglah! Saya masih berfikiran waras dan tahu akan dosa dan pahala. Takkanlah saya nak berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai?

HIP: Mungkin ini tindakan seseorang yang tidak senang dengan Amran, lalu menyebarkan cerita tidak elok ini kepada media?

Amran: Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini. Sebagai orang Islam, saya tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Cuma saya tertanya-tanya juga, apakah perkara ini ada kaitan dengan penyakit yang saya alami ini. Seperti yang saya katakan tadi, penyakit ini bukan penyakit biasa. Ia akan datang menyerang ketika senja saja. Masa itu kaki dan badan saya seperti ditusuk jarum. Disebabkan itulah saya cuba mendapatkan rawatan secara tradisional. Seperkara yang membuatkan saya rasa perkara ini seperti ada kaitannya, sejak kebelakangan ini saya sering mendapat kiriman SMS dari orang yang tidak dikenali. Selepas disiasat, ada pihak yang menggunakan nama dan wajah saya untuk bersembang di laman sosial lucah. Perkara ini cukup menakutkan saya dan saya trauma setiap kali bangun pagi kerana ada saja kiriman SMS dari orang yang tidak dikenali dihantar ke telefon bimbit saya.

HIP: Jadi apa tindakan Amran selepas ini?

Amran: Sebenarnya saya baru saja menandatangani kontrak dengan syarikat MIG dan mereka meminta saya supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Iyalah, perkara ini ada kaitan dengan imej dan reputasi dan mereka tidak mahu ia terjejas semata-mata kerana cerita seperti ini. Tapi penjelasan ini saya buat atas sebab tidak mahu orang ramai salah sangka dan terus mempertikaikan status seksual saya. Saya akan berbincang dengan mereka dan memberikan penjelasan sebenar atas apa yang berlaku. Sekarang ini saya memang tidak sempat untuk bersemuka dengan pihak MIG kerana sibuk di lokasi penggambaran.

HIP: Sebelum ini ada terbaca yang Amran mempertikaikan tindakan sebuah produksi kerana menggugurkan watak Amran dalam sebuah drama. Komen sikit.

Amran: Memang saya terkilan sangat apabila produksi terbabit menggugurkan saya daripada projek itu. Alasan mereka ketika ditanya, watak saya ditiadakan. Tapi saya mendapat tahu sebenarnya watak itu diberikan kepada pelakon lain. Apa yang membuatkan saya kecewa dengan tindakan mereka, disebabkan watak itu saya sanggup menolak dua tawaran yang datang. Apabila saya sudah bersetuju, tiba-tiba watak saya ditiadakan.

Saya tak mahulah disebabkan perkara itu nanti ada pihak yang mendakwa saya digugurkan kerana masalah disiplin. Saya tak mahu peminat salah sangka. Bagaimanapun, saya anggap semua itu bukan rezeki saya dan saya juga percaya ada hikmah atas apa yang berlaku. Alhamdulillah, selepas kejadian itu, saya menerima empat tawaran dan kesemuanya watak pelakon utama.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.