Adsense

Selasa, 5 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Justin Bieber Lookalike, Dia Perempuan!

Posted: 05 Apr 2011 08:51 PM PDT

Peminat Justin Bieber pasti butthurt apabila seorang gadis bernama Dani Shay, mempunyai wajah & potongan rambut yang seiras dengan Justin Bieber. Kiranya, mana-mana peminat Justin Bieber yang berjantina lelaki mempunyai pilihan untuk memilih Dani Shay. Tiada lagi stigma "Saya gay, saya okay!".

Video terbaru ini memaparkan Dani Shay membuat cover untuk lagu Just The Way You Lie – Eminem & Rihanna, setakat ini sekadar menerima 79 ribu views. Eh, this video deserve more than that, okay.

Next time, if I ever meet Justin Bieber I'm going to be like, "…Dani Shay?". Sudah ready untuk konsert Justin Bieber 21 April ini? Layankan video Dani Shay, enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MasterChef : Program Realiti Masakan Popular Dunia Kini Di Malaysia

Posted: 05 Apr 2011 08:12 PM PDT

Pernah tengok kehebatan tukang masak di Iron Chef, Top Chef? Atau cerita Hong Kong yang memaparkan skil teknikal seorang chef berbakat? Kini, sebuah program realiti masakan popular dunia, MasterChef telah tiba di Malaysia untuk memanggil bakat-bakat chef untuk turut serta bertanding.

MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Rancangan ini akan membuka ruang kepada para chef ini untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. MasterChef adalah sebuah pertandingan apabila seorang daripada peserta akan dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia yang pertama.

Masterchef Malaysia dijangka akan bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada bulan Oktober ini. Kepada yang berminat, anda boleh memuat turun borang secara online di MasterChef.com.my. Sesi uji bakat akan diadakan tidak lama lagi di beberapa buah lokasi yang akan diberitahu kelak.

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 tahun ke atas (pada 25 Mac 2011) dan warganegara Malaysia yang sah. Peserta juga mestilah sihat secara fizikal dan mental untuk menyertai pertandingan ini.

Ikuti perkembangan terkini tentang MasterChef Malaysia di twitter MasterChefMalaysia atau facebook MasterChefMalaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.