Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Zizan tiada masa berkasihBERMULA sebagai pelawak, Zizan yang baru sahaja bergelar Artis Komedi Lelaki Popular tetapi kini menyimpan hasrat untuk bergelar penerbit dan pengarah filem pada suatu masa nanti. DIA seorang pelawak tetapi jauh di sudut hati jejaka dari Dungun, Terengganu itu ada jiwa yang cukup sentimental. Karakter peribadinya jauh berbeza daripada Zizan Raja Lawak yang sering ditonton di pentas atau di skrin televisyen. Dia baru sahaja merampas gelaran Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) yang sebelum ini milik Nabil Raja Lawak, selama dua tahun berturut-turut. "Saya mahu pergi lebih jauh. Saya tidak akan selama-lamanya kekal sebagai pelawak atau pelakon. "Saya melihat ke arah Afdlin Shauki serta nama-nama lain. Sasaran saya, saya mahu jadi penerbit dan pengarah filem pada suatu masa nanti," jauh dan besar status yang dicita Zizan untuk masa depannya. Persaingan Sedar ungkapannya itu mungkin boleh menimbulkan persepsi kurang senang orang lain, dia menambah: "Ya, cita-cita saya memang besar sebab itu saya bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan saya. Saya mahu pastikan hasrat orang dan hasrat saya sendiri akan tercapai." Terhenti seketika sebelum menyambung dan menjelaskan maksud yang cuba disampaikan, nada suaranya seperti membayangkan ada sekelumit kecewa pernah bersimpuh di sudut perasaannya. "Memang saya sudah menang Artis Komedi Paling Popular, tetapi sasaran semua artis ialah status Artis Paling Popular. "Faktanya, untuk kemenangan tertinggi itu, seseorang itu bukan saja kena popular tetapi berbakat. Bila Sam (Shaheizy Sam) menang, saya gembira sebab dia memang layak. "Sebenarnya saya tidak fikirkan anugerah itu untuk diri sendiri tetapi terfikirkan harapan pengundi, peminat dan keluarga yang koyakkan kertas surat khabar untuk undi saya. "Kalau mereka hampa, saya juga hampa. Tetapi balasannya, saya kena usaha lagi dan berikan yang terbaik untuk mereka selepas ini," tekad Zizan. Menanyakan Zizan isu persaingan, soal kredibiliti dan aura di mata peminat, perkara itu secara tidak langsung ada terselit pada saat-saat akhir ketika kerja mengemudikan ABP di sisi Raja Azura dan Sharifah Shahirah pada kemuncak acara. Dari awal hingga akhir cuba mengekalkan momentum namun, perhatian untuk Zizan beralih kepada Johan Raja Lawak dan Sy8 atau Usop Wilca. Gimik saduran daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang menonjolkan kelibat Johan dan Sy8 benar-benar memberi impak dan hampir menenggelamkan aura Zizan di situ. "Saya tidak pernah terfikir soal itu. Saya tak rasa begitu kerana faham itu adalah gimik yang dirancang untuk program berkenaan. "Saya tidak terfikir soal tenggelam atau terkilan kerana program itu bukan program tentang saya," katanya yang masih berpasangan dengan Johan untuk program realiti terbaru, Maharaja Lawak. Wanita cantik Menanti habuan karier yang lebih besar, pengacara baru Melodi bersama Dira Abu Zahar itu menghitung waktu untuk muncul di layar perak dengan beberapa judul filem seperti KL Gangster, Hantu Bonceng dan Jangan Pandang-Pandang. Dari sudut yang lain, pelawak muda sering dikaitkan dengan wanita cantik. Selepas putus cinta dengan Leez, langkah Zizan untuk mendekati wanita jelita yang lain semakin galak. Pernah digosipkan dengan pelakon Diana Amir, kini nama Juliana Evans menjadi bahan usikan buat Zizan. Secara serius ataupun berjenaka, Zizan sendiri gemar menyebut nama si cantik berdarah campur itu untuk mengisi komedinya kepada umum. BERKAWAN baik dengan Juliana Evans, Zizan bagaimanapun menafikan bahawa mereka mempunyai hubungan yang lebih daripada kawan biasa. Sama ada serius atau berlawak, alangkah manisnya jika benar mereka ada keintiman sebagai pasangan kekasih. "Bagus juga saya ditanyakan dengan soalan itu. Kalaupun saya berangan menyebut nama wanita-wanita cantik dalam komedi saya, bagi saya itu antara mesej yang mahu saya sampaikan. "Dalam komedi atau hiburan, tak semestinya kita bercakap tentang sesuatu yang realiti sahaja. "Asalkan orang boleh gelak, saya gembira. Penonton kena tahu bezakan apa yang komedi dan apa yang serius," katanya mempertahankan status solo tanpa teman wanita sehingga ke saat ini. Mengakui seronok berteman dan sesekali keluar bersama rakan-rakan artis wanita, bagaimanapun belum ada yang boleh diisytiharkan 'pengarang jantung.' Bela kucing "Saya hanyalah pelawak, bukan macam artis lain yang tampan dan bergaya. Jadi bila ada orang sudi keluar dan berkawan dengan saya, mestilah saya seronok. "Bila saya keluar dengan perempuan cantik, ada orang bercakap. Tapi bila saya keluar dengan gadis yang biasa-biasa sahaja, tak ada pula orang nak digosipkan," katanya berjenaka. Menebak hatinya, tidakkah nanti ada si bunga yang berkecil hati kerana tidak diperakui sebagai sang pengarang jantung, dia tertawa kecil. "Betul, belum ada yang istimewa. Lagipun otak saya tengah penat fikir pasal karier, tak terfikir untuk cari kekasih. Kalau ada yang datang untuk jadi kekasih pun, rasanya saya tiada masa untuk berdating. "Rasanya saya masih belum sedia untuk ada komitmen, buat sakit otak sahaja. Lagipun sekarang adalah masa saya, banyak benda yang harus saya fikirkan. "Kalau saya penyanyi senang ada satu single boleh buat persembahan untuk setahun, tapi pelawak selalu perlukan idea baru," ungkapnya. Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 15 April ini, Zizan percaya akan ada jodoh yang ditentukan untuknya. Bagaimanapun akui Zizan, jadual kerja yang memenatkan mendesaknya untuk mencari teman hidup mengisi kesunyian. "Sebenarnya saya hidup sunyi sebab itulah sekarang saya bela seekor kucing untuk dijadikan teman berbual. "Itu pun selepas mendapat izin ibu saya. Dia sebenarnya risau saya tidak mampu membela kucing dengan baik sebab sibuk dan selalu tiada di rumah. "Saya namakan kucing itu Grey-C sebab ia berwarna kelabu," tutup Zizan membuka rahsia dia sudah ada teman serumah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rayuan Jimmy ditinggalkan isteri Posted: Rayuan Jimmy ditinggalkan isteri
KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya. Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy. Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya. Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati. Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara. Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang. Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan. Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu. Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu. Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri. Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah. Sensasi Bintang: Suhaila kini mencabar anda? JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka. Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu. Siapa yang bersalah dalam soal ini? Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya. Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami. Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya? Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya. Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia. Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat. Maksudnya? Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian. Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila. Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi? Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan. Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri? Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa. Sikap mertua dalam soal ini? Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya 'berubat,' jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya. Adakah Suhaila ada lelaki lain? Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman 'sehidup semati.' Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Mimie enggan nampak tuaGADIS kecil molek ini sangat mesra dengan kamera. Suruh sahaja berubah gaya, dia seperti sudah biasa dan menukar pos dengan bersahaja. Mimie Harris atau nama sebenar Norsyamimi Ahmad Haris, 21, gemar bergaya di hadapan kamera. Kelebihan itu membuatkannya selesa untuk masuk ke dalam dunia seni. Mencuba bakat nyanyian, dia memasuki MY Star LG musim kedua. Bukan sedikit pengalaman yang dikendong melalui program realiti televisyen tersebut. Kini dia akan kembali dengan single kedua, Kakiku Kaku setelah memperkenalkan single perdananya dahulu yang bertajuk Jatuh Cinta Lagi. Ada cerita di sebalik lagu yang dirakamkan di studio NAR Records tersebut.GADIS kecil molek ini sangat mesra dengan kamera. Suruh sahaja berubah gaya, dia seperti sudah biasa dan menukar pos dengan bersahaja. Mimie Harris atau nama sebenar Norsyamimi Ahmad Haris, 21, gemar bergaya di hadapan kamera. Kelebihan itu membuatkannya selesa untuk masuk ke dalam dunia seni. Mencuba bakat nyanyian, dia memasuki MY Star LG musim kedua. Bukan sedikit pengalaman yang dikendong melalui program realiti televisyen tersebut. Kini dia akan kembali dengan single kedua, Kakiku Kaku setelah memperkenalkan single perdananya dahulu yang bertajuk Jatuh Cinta Lagi. Ada cerita di sebalik lagu yang dirakamkan di studio NAR Records tersebut. SELINGKUH BAHAGIA Lagu single kedua saya yang bertajuk Kakiku Kaku adalah gubahan Adi 6ixth Sense. Saya suka lagu ini yang bercerita tentang sebuah pembalasan dendam yang menggembirakan. Namun realitinya, ia bukan kisah sebenar saya. Ia hanya sebuah lagu yang ditulis oleh Adi, seorang komposer muda yang senang saya bekerjasama. Kalau tidak ada aral melintang, single ini akan keluar bertemu pendengar pada bulan Mei mendatang kerana kini masih dalam proses mixing. SIBUK BERLAKON Selain dengan membahagikan masa dengan kelas seni muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, saya juga sibuk dengan lakonan. Malah kebanyakan peminat mengenali saya melalui lakonan drama bersiri Kau dan Aku. Saya pernah terlibat dengan program televisyen Cafe Akhil Hayy yang merupakan siri pertama yang memperkenalkan saya kepada dunia lakonan. Dalam masa yang sama terus menjadi pengacara program Intrend. KELEBIHAN ORANG GENIT Kata pemilik figura genit ini, ada semangat kecil-kecil cili padi pada dirinya. Saiz kecil tidak semestinya tidak boleh berkuasa. "Saya sering diperli dengan kata-kata 'tidak cukup inci' atau 'kena pakai kasut tumit tinggi' kerana kegenitan saya. Tetapi saya ambil itu semua sebagai gurauan. Ingat semangat kecil-kecil cili padi! Lagipun kalau melalui tempat bersiling rendah, tidak perlu tunduk. Itu kelebihannya." OBSES FESYEN Mimie Harris suka sesuatu yang mempunyai sentuhan elegan dalam fesyen. "Tapi tidak mahu nampak tua. Sekarang bagi saya gaya yang sedang diikuti ramai adalah fesyen vintaj. Kalau dulu saya terdorong untuk mengikuti fesyen funky tapi kini mahu nampak lebih matang namun punya sentuhan keremajaan. "Saya gemar melihat gaya pemakaian penyanyi Vanessa Hudgens yang santai tapi ada elemen vintaj. Begitu juga dengan penyanyi Taylor Swift," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |