Adsense

Selasa, 19 April 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Seandainya ada cinta

Posted: 18 Apr 2011 03:48 PM PDT

Hip

Dayang Nurfaizah tetap tenang menghadapi usia 30 tahun

PADA Julai nanti, Dayang Nurfaizah Awang Dowty bakal menyambut ulang tahun ke-30. Kalau teman sebaya lain diulit bahagia atau sekurang-kurangnya pernah mengalami pahit manis berkasih sayang, gadis itu mengakui dirinya belum pernah mengenal cinta.

Pastinya ramai memberi tanggapan penyanyi yang menyerlah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu begitu memilih hingga sukar berteman sedangkan hakikatnya dia sedia berkawan dengan sesiapa saja asalkan jujur serta ikhlas. Begitupun, gadis yang mesra disapa Dayang itu tidak menganggap status solo sebagai tekanan, sebaliknya sekadar menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa apatah lagi pada masa ini, tumpuannya lebih terarah kepada kerjaya dan keluarga.

Sabar menanti jodoh

"Siapa yang tidak mahu berkahwin malah setiap insan pasti ada pasangannya. Cuma siapa dan bila, bukan di tangan kita. Barangkali waktu untuk saya memikul tanggungjawab sebagai isteri belum tiba, jadi sebelum saat itu hampir saya lebih selesa dikelilingi keluarga.

"Jangan terkejut kalau saya katakan cinta monyet pun saya tidak pernah merasa. Sebaik habis sekolah, saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyanyi secara serius tetapi saya tidak pernah ralat apabila memilih bidang ini sebagai kerjaya," katanya sambil tersenyum manis.
Sesuai dengan tahap usianya, gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini kelihatan matang dan bersikap terbuka apabila diajukan soalan berkaitan dengan peribadinya.

Akui Dayang lagi, kesunyian tidak pernah ada dalam kamus hidupnya apabila sentiasa dikelilingi insan tercinta malah lebih mengharukan apabila kedua-dua ibu bapanya sanggup berkelana ke Kuala Lumpur meninggalkan bumi Kenyalang demi menemaninya.

Kata anak ketiga daripada empat bersaudara, status sebagai anak perempuan bongsu juga membuatkan dirinya mendapat perhatian lebih hingga kadang kala mereka melayaninya bagai anak kecil yang sentiasa diberikan layanan istimewa.

"Itulah mungkin sebabnya saya sukar berenggang dengan ibu bapa dan adik beradik saya. Dulu sebelum kakak berkahwin, dia yang menemani saya ke mana-mana atau ada kalanya abang mengambil alih tempatnya.

"Apabila dua-dua sudah mendirikan rumah tangga, ibu bapa saya pula tinggal di sini.

"Saya pula jenis yang suka ditemani ahli keluarga atau pengurus untuk ke mana-mana, malah sebenarnya lebih senang duduk di rumah jika tiada urusan kerja di luar, agaknya kerana itu sukar jumpa calon teman lelaki," katanya lagi yang cukup suka bergurau.

Apa pun, dalam nada serius anak jati Sarawak yang mampu meletakkan dirinya ke tahap tersendiri di arena muzik tanah air berbekalkan vokal serta bakat istimewa berharap jika jodoh itu tiba nanti, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sabar menunggu Cahaya dan Sayang

Terlanjur bercerita soal pengurus, katanya selepas penghijrahan Sharliza Kader Sultan yang sudah bersamanya sejak 2001 lagi ke Amerika Syarikat pada awal tahun ini, Dayang kini sudah menemui pengganti untuk memudahkan kerjaya seninya.

"Memang ketiadaan Kak Liza (Sharliza) membuatkan saya umpama burung kehilangan sayap namun beberapa bulan sebelum dia 'terbang' mengikut suaminya, banyak perkara sudah diajar kepada saya sekali gus membentuk diri saya supaya lebih berdikari.

"Kini saya sudah punya pengganti Kak Liza yang juga teman lama kami. Lebih mudah bekerja dengan individu yang sudah kita kenali. Begitu pun, Kak Liza masih memantau kerjaya saya dari sana malah teknologi mendekatkan kami. Dia masih memberi bimbingan terutama berkaitan album baru, Cahaya & Sayang," katanya.

Album studio kelapan terbitan syarikatnya sendiri, DN & AD Entertainment Sdn Bhd, memuatkan 12 lagu termasuk Mulanya Di Sini yang pernah dipopularkan Freedom selain Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu dan Ku Temu Cahaya yang juga lagu tema Yayasan Aids Malaysia.

Biar mengambil masa lebih setahun untuk direalisasikan, penyanyi yang bakal beraksi di Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur pada 26 dan 27 April ini merasakan cukup berbaloi apabila berpeluang menyampaikan lagu komposer menyampaikan lagu komposer dari Los Angeles yang juga penerbit album penyanyi terkenal termasuk Janet Jackson, Chuckii Booker yang diperkenalkan penulis lirik, Zuriani Zonneveld.

"Awal dulu saya sebenarnya hanya mahu menghasilkan album mini tetapi sayang mahu menyimpan lagu yang bagus. Jadi kami tampilkan album penuh tambahan pula peminat lebih puas miliki album fizikal berbanding muat turun lagu," katanya yang tidak sabar beraksi dengan Siti Sarah, Noryn Aziz dan Didie Alias di Menara Kuala Lumpur nanti.

PROFIL
Nama: Dayang Nurfaizah Awang Dowty
Tarikh Lahir: 20 Julai 1981
Asal: Kuching, Sarawak
Album: Dayang Nurfaizah (1999), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula ( 2002), Hembusan Asmara (2002), The Best of Dayang Nurfaizah (2003), Need A Break (single) , Dayang Sayang Kamu (2004), Kasih (2006),
20 07 Dayang (2007), Sayang & Cahaya (2011).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

24 bulan 15 filem

Posted: 18 Apr 2011 03:44 PM PDT

Hip

AFDLIN SHAUKI dan Ismail memotong kek sebagai tanda kerjasama antara Vision Works dengan Ismail Holdings.

AFDLIN SHAUKI dan Ismail memotong kek sebagai tanda kerjasama antara Vision Works dengan Ismail Holdings.

Afdlin Shauki turut simpan impian bina studio perfileman sendiri

LIMA belas filem dalam tempoh 24 bulan. Itulah hasrat Afdlin Shauki yang mahu melaksanakan impian itu bersama-sama beberapa rakan kongsi lain dengan matlamat untuk merancakkan lagi industri perfileman yang semakin mendapat sambutan daripada penonton.

Bagi mencapat matlamat itu, Afdlin melalui syarikat penerbitannya, Vision Works (M) Sdn Bhd membuka peluang kepada pengarah baru dan lama untuk bekerjasama dengannya bagi menerbitkan filem. Sasarannya lima filem dihasilkan tahun ini selepas dua filem terbarunya selesai menjalani penggambaran iaitu Ponti VS Omi dan Berani Punya Budak yang kini dalam proses pasca produksi.

Meskipun kekuatannya lebih kepada filem bergenre komedi, namun dengan kerjasama itu dia yakin dapat menghasilkan filem lebih serius, malah Afdlin juga tidak memilih karya yang dihasilkan jika ia mampu menarik minat penonton.

Baginya, kerjasama Vision Works dengan Ismail Holdings Sdn Bhd membuka peluang kepada pengarah lain untuk bersama-sama dengannya menghasilkan filem serta dapat bekerjasama dengan syarikat penerbitan filem seperti Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), MIG Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB).

"Kalau kita boleh buat 15 filem dalam tempoh dua tahun, apa salahnya kita berkongsi dengan pengarah lain seperti Ahmad Idham, Mamat Khalid dan KRU untuk hasilkan filem bersama. Kita nak sama-sama naik dan merasa imbuhan yang kita dapat hasil daripada jalinan kerjasama ini," katanya.
Selain membuka peluang kepada pengarah tempatan untuk menghasilkan filem dengannya, Afdlin turut memberi peluang kepada pelakon baru terbabit dalam filem arahannya bagi mengangkat bakat pelapis baru dalam industri perfileman.

Afdlin berpendapat pelakon baru perlu ada dalam sesebuah filem yang dihasilkan supaya bakat mereka dapat diasah dan tidak disisihkan bahkan akan turut memberi impak kepada sesebuah penerbitan filem.

"Kita akan cuba asah bakat pelapis baru seperti Isma Hanim dan Lana Nordin untuk turut sama dalam membintangi filem kita agar bakat mereka dapat dicungkil. Kita cuba gabungkan pelakon baru dan lama untuk menguatkan lagi nama mereka kerana sokongan atau pembantu perlu ada supaya filem itu nampak seimbang," katanya.

Selain bercita-cita terbitkan 15 filem, Afdlin turut menyimpan impian membina sebuah studio perfilemannya sendiri yang dilengkapi peralatan terkini dan canggih seperti KRU Studio dan Studio FINAS.

Walaupun projek itu membabitkan kos yang tinggi, namun peluang untuk merealisasikan hasratnya itu akan terlaksana setelah mendapat persetujuan daripada Pengerusi Syarikat Ismail Holdings Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdur Rahman.

"Datuk Ismail sudah bersetuju dengan cadangan itu tetapi belum tahu lagi bila akan dibina tetapi kita akan membina studio di kawasan yang kecil saja dan dilengkapi peralatan studio yang terkini dan canggih.

"Malah Datuk sendiri bersetuju untuk hasilkan 15 filem serta membeli peralatan studio termasuklah kamera digital, lampu penataan cahaya dan macam-macam lagi," katanya.

Afdlin berharap dengan terbinanya studio terbabit nanti akan merancakkan lagi industri perfileman tempatan, bahkan akan memberi peluang kepada syarikat produksi lain menggunakan kemudahan kelengkapan studio yang terdapat di studionya itu.

Meskipun masih dalam perancangan, namun Afdlin sudah menyimpan hasrat untuk menghasilkan lebih banyak filem di masa depan dengan pengarah lain.

Malah, Afdlin masih berhasrat untuk membuat penggambaran di luar negara seperti filem Sumolah, bahkan berminat untuk mengunjungi Jepun sekali lagi sebagai lokasi penggambaran filemnya nanti.

"Ada perancangan untuk shooting di luar negara macam di London tetapi saya masih menyimpan impian untuk membuat penggambaran sekali lagi di Jepun," katanya.

Genre seram dan komedi jadi pilihan

Dalam pada itu, Afdlin kini sedang sibuk membuat persediaan untuk penggambaran tiga filem terbarunya iaitu Along Bukit Beruntung, Berhantu dan Papadom 2 yang bakal diterbitkan bersama TUSB.

Bersandarkan kos pembikinan sekitar RM1.6 juta setiap filem, Afdlin yakin semua filem itu akan dapat dihasilkan sehingga penghujung tahun ini walaupun dua filem terbarunya, Ponti VS Omi dan Berani Punya Budak belum ditayangkan.

"Kita tak boleh tunggu filem tayang baru nak buat filem baru kerana dalam masa kita menunggu tarikh wajib tayang itu, kita sudah mampu menghasilkan sebuah filem baru kerana tempoh penggambaran filem bukannya lama," katanya.

Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua ekor hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut didiami lima orang bomoh atau pawang.

Filem bergenre komedi seram ini turut menyelitkan elemen percintaan dan pertelingkahan di antara kedua-duanya yang turut dibintangi Johan (Omi), Nabil (Ponti), Afdlin Shauki (Pak Rejab), Khir Rahman (Sudiro), Lana Nordin (Ruminah), Adibah Noor (Saodah), Sharifah Shahirah (Ratu Syaira) dan Syarifah Amani (Maria).

Manakala Berani Punya Bmengisahkan tentang pertelingkahan kumpulan gangster Thai yang berlarutan sehingga ke Malaysia, namun pelbagai cabaran ditempuhi bagi meloloskan diri daripada Interpol.

Filem yang dibintangi Afdlin Shauki (Tong/ Shuhaimi Abdullah), Awie (John), Nabil (Brother John), Johan (Detektif Azlan), Adlin Aman Ramlie (Detektif Azman) dan Riezman Khuzaimi (Kuza) serta turut dibantu beberapa pelakon daripada Thailand ini sedang menjalani proses akhir sebelum ditayangkan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.