Harian Metro: Rap |
Nico pentingkan watak daripada wang Posted: 02 Mar 2011 07:50 AM PST MEMILIKI 'kuasa magis' adalah suatu hal yang belum pernah didedahkan pelakon kacak ini kepada jutaan peminatnya. Bagi Nicholas Saputra, 27, cukuplah kebolehan itu sekadar menjadi santapan mata teman terdekat. "Sekali-sekala saya suka buat silap mata di hadapan teman untuk menghiburkan mereka tapi untuk menjadikan ia sebagai satu karier sampingan, hal itu langsung tidak pernah saya fikirkan," katanya. Katanya, memahirkan diri dalam seni magis memerlukan latihan yang berterusan bagi mendalami tekniknya. Bintang yang mula dikenali melalui filem Ada Apa Dengan Cinta ini berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk mempelajari teknik ilusi dan semuanya dilakukan atas tuntutan watak sebagai ahli silap mata dalam filem terbarunya, Postcards From The Zoo (PFTZ). Filem arahan Edwin itu turut dibintangi aktres jelita Ladya Cheryl.
"Selebihnya, Cowboy juga pandai bermain silap mata di zoo itu. Kelainan watak dan skrip yang ditawarkan cukup menarik minat saya untuk membintangi filem itu," katanya. Tidak perlu muncul dengan filem setiap tahun, nama Nicholas yang mesra disapa Nico, akan terus diingati peminat. Sebagai pelakon, jejaka berdarah kacukan Cina-Jerman ini bijak menyusun strategi dengan memilih watak yang lari daripada kebiasaan filem lakonannya bagi mewujudkan kepelbagaian dalam persembahan sekali gus membuatkan penonton tidak jemu menonton. Sikap selektif Nico itu, sangat membantunya untuk memperoleh watak menarik, sehingga peminat sendiri ternanti-nanti apakah kejutan bakal dilakukan. Baginya, jumlah filem tidak penting. Apa yang mustahak adalah sesebuah filem dijayakannya itu mampu memberi kepuasan. Akuinya, dalam mencari kepuasan dia juga tidak begitu berkira sangat soal bayaran. "Dalam menerima sesuatu tawaran, saya meletakkan watak sebagai perkara utama kemudian barulah soal bayaran. Namun, bayaran itu haruslah setimpal dengan komitmen yang perlu saya berikan. "Berapa jumlah filem dalam setahun juga bukan perkara yang saya kejar. Apa yang lebih penting, tawaran itu haruslah saya suka. Jika tiada, saya tidak akan mendesak diri untuk berlakon," katanya. Memulakan karier seni seawal usia yang muda sebagai model, bintang Nico menyerlah apabila membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta pada 2002 yang turut dibintangi aktres jelita, Dian Sastrowardoyo. Watak Rangga yang dibawakan dalam filem itu sekali gus melonjakkan nama Nico sebagai pelakon lelaki paling popular di Indonesia. Pada 2005, Nico menjayakan watak aktivis Soe Hok Gie dalam filem Gie dan memberinya gelaran Aktor Terbaik di Festival Filem Indonesia. Pemuda memiliki ijazah arkitek dari Universiti Indonesia ini turut dikenali melalui filem Biola Tak Berdawai dan Janji Joni. Beralih kepada kehidupan peribadi pula, nyata pemuda kelahiran Jakarta pada 24 Februari ini menolak membicarakan soal cinta. Orangnya pendiam dan kelihatan lebih suka memencilkan diri apabila bertemu media tempatan. Hakikatnya, Nico sering berkunjung ke Kuala Lumpur sejak promosi AADC dan juga pembabitannya sebagai pengacara Channel [V] pada 2007 dan menjadi hos untuk segmen The Ticket dan Screentime. Bagaimanapun, Nico menafikan dirinya seorang yang tidak mesra sebagaimana disangka. Katanya, dia memang kurang bercakap dan hanya membuka mulut kepada perkara yang perlu saja. "Sebenarnya ada cara untuk mendekati saya seperti melalui perbualan yang menarik perhatian. Contohnya mengenai topik yang saya suka seperti dunia filem dan kerjaya. Kalau perbualan itu menarik perhatian saya, barulah orang akan tahu sisi sebenar saya," katanya. Terbaru, Nico datang lagi ke Kuala Lumpur atas undangan Star World untuk memeriahkan acara Red Carpet sempena Academy Awards ke-83, di Pavilion, Isnin lalu. Ia turut dihadiri Maya Karin dan Bront Palarae. Kunjungan kali ini juga untuk perbincangan saya dengan Star World bagi satu program baru. Dalam mengisi masa lapang, Nico mengakui gemar selam skuba. Sudah banyak pulau indah diterokainya namun pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah sewaktu menjalankan aktiviti itu di Pulau Komodo. "Pulau Komodo bukan saja ada pemandangan laut yang sangat indah tetapi juga cukup unik dari segi budaya dan sejarahnya," kata Nico. PROFIL NAMA: Nicholas Saputra |
Posted: 02 Mar 2011 07:42 AM PST PENGANJURAN Festival Filem & Video Pelajar (FFVP) sejak 2003 menjadi agenda penting dalam membangun perfileman tanah air ke arah pencapaian terbaik hingga diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Berbeza dengan senario bakat artis dicungkil menerusi uji bakat atau program realiti, sebaliknya bilangan graduan dalam bidang seni ini tidak seharusnya diketepikan. Pengetahuan mereka menerusi ilmu akademik seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam meningkat kualiti seni tempatan.
Menyedari kepentingan ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terus bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) menganjurkan acara kali kelapan ini. Pada tahun ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih secara bergilir untuk menjadi penganjur dan tuan rumah. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Finas, Fatimah Ahmad, berkata sambutan yang diterima dari aspek penyertaan cukup menggalakkan termasuk pelajar jurusan lain seperti kursus pergigian.
Fatimah berkata, FFVP8 kali ini membawa tema Cendekia Sinema Ke Persada Dunia, yang dipilih sesuai dalam usaha pembangunan modal insan. Acara ini diadakan selama lima hari bermula 2 Mac lalu. Kemuncak, Malam Anugerah FFVP8 akan diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, UUM, Sintok, Kedah pada 5 Mac ini. "Penjurian diambil alih Finas untuk mewujudkan ketelusan dan mengelak kontroversi. Penganjur juga bermatlamat merakyatkan masyarakat menerusi tayangan dua filem, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. "Tidak ketinggalan, pelakon Putri Mardiana, Julia Ziegler, Esma Daniel, Shanaz, Iqram Dinzly termasuk artis veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik akan hadir memberi inspirasi kepada pelajar," katanya. Naib Canselor, UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata, acara ini menjadi usaha penting dan permulaan dalam menyedarkan masyarakat mengenai potensi hasil karya pelajar. "Sebanyak 157 penyertaan diterima membabitkan 28 IPT bertanding dalam 17 kategori. Adanya acara seperti ini, ia menandakan kita perlu memperbanyakkan sekolah perfileman agar hasil pelajar berkualiti dipertingkatkan," katanya. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pula menyatakan, pihaknya bersedia bekerjasama dengan penganjur FFVP8 menyemarak aktiviti yang diadakan. Katanya, menjadi harapan Seniman melihat karya pelajar ini dapat dipasarkan ke luar negara selepas acara ini. "Saya berbangga dengan hasil karyawan muda yang semakin mahir menggunakan teknologi seperti imej janaan komputer (CGI) dan animasi. Ini menandakan industri kreatif negara makin berkembang," ujarnya. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dijangka merasmikan malam anugerah nanti. Sebanyak lapan hadiah kategori hadiah utama dan sembilan hadiah iringan menantikan pemenang. Untuk kategori hadiah utama, pemenang Filem/Video Terbaik Keseluruhan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 bersama trofi dan sijil penghargaan. Begitu juga, Filem/Video Pendek Terbaik termasuk Dokumentari, Iklan, Animasi, Pengumuman Khidmat Awam dan Klip Video Terbaik, masing-masing akan membawa wang tunai RM1,000 bersama trofi dan sijil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |