Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Bintang Fauzi makin cerahPENANTIAN yang ditunggu selama 15 tahun oleh aktor Fauzi Nawawi akhirnya berbaloi apabila dia memenangi dua anugerah besar dalam tempoh yang singkat menerusi satu drama iaitu Sebelum Akhirat. Drama arahan Murali Abdullah itu sebelum ini telah mengangkat nama Fauzi sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada hujung Disember lalu. Terbaru, pada Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu menyaksikan Fauzi sekali lagi naik ke atas pentas untuk menerima trofi Pelakon Drama TV Terbaik. Fauzi atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi yang ditemui sejurus majlis berakhir menyifatkan kemenangannya itu sebagai rezeki dan juga tenaga produksi drama Sebelum Akhirat.
"Syukur, Alhamdulillah, saya rasa kemenangan ini adalah rezeki dan saya bernasib baik kerana mendapat skrip dan pengarah yang bagus serta dibantu oleh pelakon-pelakon hebat seperti isteri saya Lisdawati dan Fadhilah Mansor," ujarnya. Balas aktor berusia 38 tahun itu lagi, dua anugerah yang diterimanya itu merupakan anugerah pertamanya sepanjang bergelar seorang pelakon. Justeru, kedua-dua anugerah itu memberi pengertian yang besar kepadanya. "Anugerah yang saya terima membuatkan saya rasa lakonan saya dihargai serta memberi kesan kepada penonton. Dalam masa yang sama saya juga rasa bangga sebab suatu hari nanti bila saya sudah tiada, pencapaian saya akan dikenang oleh anak cucu. "Anugerah ini membakar semangat saya untuk memberikan lakonan yang lebih baik kepada penonton," katanya. Mahu tunai haji Bapa kepada enam orang anak itu mengakui bintangnya semakin bersinar, tetapi untuk sampai ke tahap hari ini perjalanannya penuh dengan liku. Cerita Fauzi, dia mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1996, bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya ketika itu apabila Malaysia dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998 menyebabkan pintu rezekinya sebagai pelakon tertutup buat sementara waktu. MOHD. FAHMI SARINDI menjulang trofi Drama TV Terbaik, Perempuan. Demi sesuap nasi, Fauzi melakukan pelbagai kerja belakang tabir seperti pelakon lagak ngeri, pembantu pengarah dan juga sebagai kru produksi. "Apabila industri lakonan semakin pulih, pada tahun 2001 saya mula balik berlakon tetapi hanya sebagai pekerjaan sampingan kerana masih bekerja belakang tabir. Persaingan ketika itu sengit serta saya jarang mendapat tawaran lakonan. "Demi minat saya teruskan juga kerja sebagai pelakon dan pada tahun 2003 saya nampak bintang saya mula cerah. Ramai pengarah dan penerbit mula percaya dengan bakat dan tawaran juga semakin banyak," jelasnya. Ketika itu namanya mula meniti di bibir peminat dan memenuhi ruangan gosip dek pelbagai kontroversi cintanya bersama beberapa orang aktres popular, tetapi berkat usaha dan sifat enggan putus asanya, Fauzi mampu tersenyum puas dengan rezeki yang diberikan Allah kepadanya. "Selepas berlakon drama Sebelum Akhirat, ia memberi impak yang besar dan menginsafkan diri saya. Kematian sentiasa mengekori kita dan kita tidak tahu bila waktu itu akan tiba. KAMI menang! Barangkali itu ungkapan yang bermain di hati barisan karyawan seni yang dihargai dalam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010). "Rezeki yang diberi Allah ini, saya ingin selesaikan dengan tanggungjawab menunaikan haji tetapi sebelum itu saya mahu menunaikan umrah terlebih dahulu pada pertengahan tahun ini bersama ibu saya. "Bukan saya tidak mampu menunaikan haji tetapi saya belum bersedia untuk melakukannya lagi. Biarlah saya belajar dengan lakukan umrah terlebih dahulu. Isteri saya bertuah kerana dia akan berangkat ke Mekah pada 28 Februari ini bersama tenaga produksi Erma Fatima dan menunaikan umrah lebih awal daripada saya," ucapnya. | ||
Posted: Fazura bimbang tak dapat visaOleh SHANIKA ABDULLATIB
"SAYA bimbang tentang visa. Hingga kini, saya masih menunggu," begitu ungkapan ringkas aktres cantik Fazura. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu sebenarnya melahirkan kegusarannya tentang pemergiannya ke Mekah menjelang 3 Mac ini. Dia sebenarnya bakal menjalani penggambaran selama dua minggu untuk dua drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima iaitu Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu. Apa yang ketara, riak risau pada wajahnya itu silih berganti dengan keterujaan pada dirinya yang dalam masa yang sama berkesempatan untuk mengerjakan umrah di sana nanti. "Saya harap, semuanya berjalan lancar. Janganlah ada apa-apa halangan. Rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan umrah semasa Umie Aida bernikah di Mekah dulu, masih berbekas." "Jadi kali ini walaupun saya pergi kerana kerja, saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah, saya harap ia berjalan lancar," katanya. Menganggap tahun 2011 penuh dengan aura positif buat dirinya, Fazura menegaskan bahawa dia akan lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini. "Sebab itu saya terima tawaran untuk berlakon dalam dua drama arahan Erma, Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu yang masing-masing memaparkan watak yang bakal mencabar dan memberi pengalaman baru buat saya," ungkapnya. Di Mekah nanti, kata Fazura dengan mata bersinar-sinar, dia mahu berdoa agar segalanya menjadi terbaik buat dirinya serta keluarga. Bab jodoh, ungkap Fazura, sudah tentu dia mendoakan agar diberikan jodoh yang terbaik memandangkan umurnya yang semakin meningkat. "Namun, itu tidak membuatkan saya meletakkan batas masa yang tertentu. Apa yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini," tegasnya. Bintang Lux selepas sedekad Ramona Rahman, Joanna Bassey, Sheila Majid, Erra Fazira, Amy Mastura dan kini, Fazura menyertai barisan selebriti popular tempatan sebagai bintang Lux. Setelah sekian lama wajah artis tempatan tidak diangkat sebagai duta, jurucakap atau pelaris produk tersebut, tawaran yang bukan calang-calang itu ternyata sesuatu yang mengujakan buat Fazura. DUTA Lux tahun 2000, Amy Mastura memakaikan mahkota kepada Fazura sebagai simbolik pelantikan Fazura sebagai duta terbaru Lux. Mengikat kontrak selama setahun, Fazura memberitahu, ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar kepadanya setiap kali terpilih sebagai duta produk. "Tambahan pula, menjadi muka hadapan produk antarabangsa. Tekanannya memang tinggi memandangkan sebelum ini, selebriti yang terpilih adalah artis luar negara yang berprofil tinggi," tuturnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Lux di Kuala Lumpur baru-baru ini. Seperti mimpi yang menjadi kenyataan, jelas Fazura, sejak dahulu, dia memang amat menggemari produk Lux terutama rangkaian sabun mandian. Bercerita lanjut, dia mendapat tawaran tersebut daripada Lux sejak Oktober tahun lepas. Namun, Fazura mengambil pendekatan 'tunggu sampai jadi, baru cerita'. "Saya terima tawaran ini atas banyak sebab dan antaranya, saya memang sukakan produk ini. Saya sendiri percaya kalau kita sukakan sesuatu, faedahnya akan datang dengan sendiri," jelasnya. Kali terakhir wajah artis Malaysia menjadi pelaris produk Lux adalah 10 tahun lalu, iaitu Amy Mastura pada tahun 2000. "Cukup lama dan pemilihan saya ini seolah-olah come back oleh Lux bersama selebriti dari Malaysia," katanya yang tidak putus-putus melayan peminat yang hadir pada majlis tersebut. Dalam pada itu, Fazura menjelaskan, dia masih menjadi duta produk kecantikan Nutox Oxyfusion dan Avon. Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang duta produk. Namun disebab dia sendiri gemarkan produk-produk tersebut, ia langsung memudahkan untuk dirinya menerima tawaran menjadi jurucakapnya. "Saya ambil pendekatan suka dan cintakan produk tersebut dahulu. Kemudian baru boleh bercerita tentang produk tersebut tanpa masalah," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |