Adsense

Sabtu, 8 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Publisiti murah Shah Jaszle

Posted:

Publisiti murah Shah Jaszle

Publisiti murah Shah Jaszle


Shah Jaszle bersama penyanyi baru, Kilafairy ketika anugerah skrin 2010 baru-baru ini.


Joyah sebenarnya bukanlah kenal sangat dengan pelakon baru bernama Shah Jaszle ni. Adalah sekali dua pernah terbaca cerita dia keluar di surat khabar.

Kononnya bercinta dengan aktres janda seksi, Maria Farida. Tapi bila ditanya, dua-dua tak mengaku walaupun ada bukti gambar berpeluk sakan dan ucapan sayang Shah Jaszle buat Maria dalam laman sosial Twitter.

Tapi Joyah tak kisah pun dengan cerita skrip ulang tayang dalam dunia hiburan tu. Alih-alih sejak seminggu dua ni, nama Shah Jaszle makin panas pula macam pisang goreng.

Shah Jaszle dikatakan sudah putus cinta dengan Maria. Siap kedua-duanya isytihar perang di Twitter. Semuanya gara-gara Shah Jaszle bercium dengan seorang lagi dramatis janda masa post-parti Anugerah Skrin 2010 baru-baru ni.

Apa lagi, benganglah Maria apabila dapat tau Shah Jaszle curang di belakang. Tak habis dengan cerita curang tu, timbul pula kisah lampau kononnya Shah Jaszle pernah bercinta dengan salah seorang finalis sebuah pertandingan. Anzalna kot namanya. Dah pula gambar peluk mesra mereka tersebar di internet sekarang.

Joyah sebenarnya tak kisah pun kalau macam ni gayanya Shah Jaszle nak mencari glamor dalam dunia hiburan. Tetapi tolonglah, kalau bakat tak ke mana dan belum terbukti, tak macholah bro.

Setakat nak cari publisiti murah dengan dok jaja kisah peribadi di Internet, Joyah nak bagi gelaran 'pelakon terbaik' buat Shah Jaszle pada masa kini. Kasihan Joyah dengan Bront Palarae dan Shaheizy Sam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berkahwin dengan anak VVIP

Posted:

Berkahwin dengan anak VVIP

Berkahwin dengan anak VVIP

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL
Solekan & dandanan WAWA (017-3652909)
Busana EZUWAN ISMAIL (012-2646871)


Bingung dari mana timbul cerita perkahwinannya itu sedangkan dia tidak punya skandal dengan mana-mana lelaki.


KESIMPULANNYA, 2010 yang baru seminggu berlalu merupakan tahun cukup sukar bagi diri pelakon Tiz Zaqyah. Tahun eksperimen selepas bergelar anak seni yang penuh laluan berduri, akhirnya berjaya ditempuhi selepas drama Nur Kasih, lakonannya diterima baik sekali.

Impak jangka pendek, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini dilimpahi populariti.

Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan, nama Tiz lekas dikenali dek kerana kontroversi ciptaannya sendiri. Antara yang dirancang adalah hubungan istimewa dengan pelakon kacak Remy Ishak dan kekasih gelap kepada duda jutawan, Rizal Ashram atau Jejai.

Kecenderungan masyarakat setempat yang mahu mengetahui warna sebenar Tiz mendapat perhatian seluruh masyarakat. Soal cinta menjadi topik utama bagi menafsirkan peribadi sebenar wanita yang menginjak usia 22 tahun pada Oktober depan. Siapa sebenarnya lelaki yang bertakhta di hati pelakon berbintang Scorpio terus menjadi perhatian. Lama kelamaan, masyarakat mula menghidu hubungan cinta Tiz dengan golongan kenamaan (VVIP) pula.

Terbaru, Tiz dikatakan sudah berkahwin dengan anak ahli Parlimen yang berasal dari Pantai Timur. Mereka dikatakan punya hubungan istimewa dan sering keluar bersama termasuk ke luar negara.

Orang terdekat pernah melihat pasangan itu makan malam bersama di beberapa restoran eksklusif di ibu kota bersama dua lagi anak Parlimen dari negeri yang sama.

Menurut mata-mata sekeliling yang melihat pasangan tersebut, mereka tiba ke lokasi pertemuan menaiki dua kereta yang berasingan

Sejauh mana kebenaran khabar berita tersebut, pertemuan di Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang terletak di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur baru-baru ini menguraikan segala-galanya.

Sesi fotografi seawal pukul 8.30 pagi buat artis berkulit putih gebu itu dilakukan selepas Tiz siap didandan rapi oleh jurusolek Wawa. Cuaca sejuk di kala itu bertukar kepada 'terik' apabila menyentuh perkara tersebut.

''Saya bingung sungguh, macam mana cerita berkahwin ini boleh timbul. Saya masih single, belum bertunang atau pun berkahwin seperti mana yang dihebahkan itu. Malah saya tidak kenal sama sekali siapa anak Parlimen yang dimaksudkan itu.

''Lagi satu, masakan orang boleh tuduh saya sedemikian, sedangkan teman lelaki pun saya tak punya lagi. Dari mana ia tersebar, saya tak tahu menahu.

''Sedangkan hakikatnya, saya bertungkus-lumus siang dan malam bekerja. Setiap hari pergi penggambaran, kadang kala tak pedulikan waktu. Tak sangka keluar pula cerita sebegini,'' reaksi awal Tiz saat persoalan status dirinya dibangkitkan.

Katanya, gosip melibatkan air mukanya itu diketahui menerusi teman-teman sekolah yang mengkhabarkan perkara tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

''Saya akui, memang pernah saya dihimpit dengan beberapa VVIP. Ada yang beralasan mahu berkawan dengan saya. Ada juga yang murah hati, nak menaja saya pun ada, tapi saya tolak baik-baik. Sebabnya, saya bukan semurah itu. Mudah meminta-minta, itu bukan saya.

''Lagi pun saya masih muda untuk menggapai apa sahaja yang saya idamkan. Juga masih ada ibu bapa yang perlu didahulukan bila soal jodoh diutarakan. Mereka lebih arif dengan kehidupan peribadi anak mereka,'' katanya berterus-terang.

Berhubung tentang isu perkahwinan, bapa Tiz yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Zak, 69, disifatkan sebagai insan paling prihatin dengan apa sahaja gosip melanda anak bongsunya itu.

Ceritanya, setiap kali keluar sahaja cerita kurang baik tentang Tiz, pelakon tele filem Gadis Semasa ini pasti akan bersoal siasat dengan bapanya. Kadangkala sampai berjam-jam lamanya.

''Daddy adalah seorang yang sangat tegas dalam soal cinta. Saya tidak dibenarkan sama sekali membuat hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi kalau keluar cerita mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki, habislah saya kalau balik rumah.

''Mesti saya kena menghadap daddy. Menjawab semua soalan-soalan dia sehinggalah dia berpuas hati. Tidak kurang dari itu, saya mesti mendengar nasihat dia, nak-nak dah bergelar artis. Daddy takut saya lupa diri. Sebagai anak, perlu akur sebab saya memang duduk dengan mereka,'' cerita anak bongsu dua beradik ini membuka sedikit lembaran kisah keluarganya itu.

Mengenai soal 'perkahwinan' rekaan, pelakon drama Gol & Gincu ini memberitahu bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan menyebabkan dia kerap geleng kepala.

''Saya cakap dengan daddy, mungkin wanita tersebut mirip muka saya. Sebab saya sama sekali tidak kenal dengan anak ahli Parlimen berkenaan. Dan bila masanya pula saya bercuti ke Switzerland sebab kebanyakan masa di tanah air sahaja.

''Memang nak marah juga sebab secara tiba-tiba sahaja nama saya dikaitkan dengan anak ahli Parlimen tersebut. Orang pula sibuk cerita tentang skandal saya di sini, sana, sedangkan ia belum dibuktikan lagi,'' katanya yang masih tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak berasas itu.

Elak rakam gambar keluarga

Pada masa yang sama, Tiz juga berpendirian untuk tidak terlalu mendedahkan tentang keluarganya kepada khalayak. Termasuk menyembunyikan nama penuh ahli keluarga. Tiz punya alasan sendiri mengapa dia sengaja menyembunyikan perkara tersebut.

''Saya sudah berjanji untuk tidak melibatkan keluarga saya. Saya kena hormati permintaan mereka, tidak mahu terlalu terdedah dengan lensa kamera media. Biarlah anak dia yang seorang ini sahaja yang terlibat dalam dunia glamor.

''Sebab itu, saya angkat tangan awal-awal lagi kalau ada pihak yang mahu merakam gambar bersama. Bukan saya mahu mengelak tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab itu adalah kehendak mereka,'' katanya.

Prinsip Tiz juga mudah, mahu memperbanyakkan cerita tentang karier dirinya kepada khalayak. Kurangkan segala kontroversi atau sebarang perkara yang boleh mendedahkan dirinya dari terkena tempias cerita hangat.

Katanya, cukuplah cerita-cerita 'kurang elok' daripadanya pada tahun lepas. Sebab fokusnya kini mahu kepada cerita kejayaannya.

''Tahun ini saya berharap dapat menambah baik mutu lakonan saya. Nak tak nak, saya akan paksa diri memberi lebih banyak sentuhan dan warna pada setiap persembahan.

''Tidak bermakna menjadi lebih selektif kerana selepas ini saya mahu sedikit kelainan. Tidak mahu bergelar stereotaip atau pelakon kayu. Jadi, sebab itu, proses pembelajaran saya sentiasa berjalan dengan pengarah yang menjadi guru lakonan saya,'' kata pelakon tele filem Suzana di TV3 dan Tujuh Lagu (Astro) ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.