Adsense

Sabtu, 8 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Posted: 08 Jan 2011 06:26 PM PST

Setiap tahun, pastinya bulan Januari adalah bulan yang sangat sibuk bagi Budiey sebab setiap tahun pastinya, Budiey akan mengadakan Party Budiey.com. Nak tak nak, Budiey perlu menyibukkan diri dan berhempas pulas untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Kalau nak tahu, perancangan party budiey kali ini dirancang sekitar 3 bulan yang lalu. Ini kerana Budiey rasa, perlu mengambil masa yang agak lama dari segi memohon penajaan dari syarikat-syarikat dan produksi untuk hadiah dan goodies kepada pembaca.

Pada hari Jumaat lalu, jadual budiey sangat ketat untuk melakukan persiapan akhir. Memandangkan parti kali ini lebih besar kapasiti jumlah pembaca, Budiey terpaksa buat kerja 2 kali ganda. Bayangkan kali ini jumlah pembaca yang ingin join meningkat 2 kali ganda. Ikut pada senarai, sebanyak 200 orang yang akan hadir termasuklah tetamu dan selebriti.

Seperti tahun lepas juga, hari last persiapan ni lah Budiey kena angkut semua goodies yang diserahkan last minute dari penaja. Masa ini jugalah Budiey akan memasukkan semua goodies ke dalam goodie bag tajaan Sungei Wang Plaza. Terima kasih Sungei Wang Plaza yang menyediakan goodie bag yang ada poket.

Okaylah, kami tiba pada jam 10 pagi di Cathay Cineleisure. Alhamdulilah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Lokasi kali ni pun sangat selesa dan sangat luas berbanding dengan party budiey.com ke-3 tahun lepas. Korang yang hadir di kedua-dua party pasti akan merasai perbezaannya.

Ini dia gambar semasa pendaftaran.

Ini dia pembaca pertama... @azlandaniel08

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Julia dari Suria FM tiba paling awal. Bagus betul Julia ni.

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 3
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 2
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Sekitar Persembahan Pentas Party EH! 20 Yang Anggun
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Cinta Lima Bintang Lakonan Irma Hasmie & Ako Mustafa

    Posted: 08 Jan 2011 05:52 PM PST

    TELEMOVIE CINTA LIMA BINTANG ISI SLOT CITRA DI TV2

    Lima bintang sinonim dengan markah terbaik yang diberikan kepada perkhidmatan memuaskan yang diberikan kepada pelanggan. Malah pengikhtirafan diberikan juga merujuk kepada yang terbaik daripada pihak pesaing yang ada. Namun dapatkah anda membayangkan bagaimana pula sekiranya markah lima bintang itu dikaitkan dengan cinta? Perasaan yang luhur daripada hati yang suci.

    Situasi itu diterjemahkan dalam telemovie mengisi Slot Citra pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2 bertajuk Cinta Lima Bintang lakonan hebat Irma Hasmie, Ako Mustafa, Nadiya Nisaa, Mislina Mustapha, Seelan dan Tiew Chai Hong yang membawa penonton menghayati drama yang mengambil latar pengambaran di sebuah resort.

    Cerita bermula dengan berkongsi watak Seri dan keluarganya di perkampungan nelayan. Seri dan Azlan bertemu apabila Seri yang merupakan pengemas bilik di Bayu Kasih Resort tidak sengaja termasuk ke dalam bilik Azlan yang di sangkanya tiada orang. Kemudian Azlan diperkenalkan kepada semua pekerja Bayu Kasih Resort sebagai Pengarah Urusan yang baru resort tersebut.

    Setelah mendapat tahu yang resort tersebut bakal ditutup, Seri, Burn (Penyelia), Romi (Pekerja Am), Sin June (Ketua Bahagian Dobi) dan Jelita (Penyambut Tetamu) bersepakat untuk sama-sama mempertahankan Resort Bayu Kasih. Mereka mahu merealisasikan impian Datin Maya yang mahukan resort tersebut akan dapat naik taraf ke taraf Lima Bintang.

    Bermula hari itu, Azlan mulai mengkagumi kesetiaan para pekerja di resort tersebut. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Bayu Kasih dan sanggup berganding tenaga walaupun terpaksa lebih waktu demi untuk mempastikan Bayu Kasih tidak tutup.

    Mereka meneruskan kerja di Bayu Kasih. Seri dan rakan-rakan melakukan latihan persembahan yang unik untuk menarik pelancong agar menginap di Bayu Kasih Resort. Hasil dari kerja keras mereka melakukan promosi melalui internet. Bermacam cara yang mereka lakukan seperti merakam permandangan indah di Bayu Kasih untuk dipromosikan ke laman sesawang. Mereka juga menerima tempahan yang banyak untuk cuti hujung tahun malah yang paling mengejutkan mereka mendapat tempahan dari pelancong dari agensi pelancongan Singapura dan lain-lain. Berita itu amat menggembirakan Azlan.

    Satu hari berlaku kejadian tidak disangka apabila Seri terlepas bot untuk pulang ke tanah besar. Azlan yang kebetulan mahu keluar memancing, menghantar Seri dengan bot lajunya. Tiba-tiba bot laju Azlan rosak enjinnya di tengah lautan. Telefon Azlan pulak terjatuh dalam air ketika dalam kekalutan itu. Bot dibawa hanyut ke tengah lautan hingga terdampar ke sebuah pulau kecil tengah laut.

    Ketika itu sudah malam. Terpaksalah mereka berteduh dan bermalam di pulau itu. Azlan yang ego dan Seri yang degil saling tidak sehaluan. Tapi akhirnya mereka akur yang mereka harus bersepadu untuk menyelesaikan kesukaran bersama.

    Dari situ, mereka saling mengenali hati budi dan Azlan terasa seolah jatuh cinta terhadap Seri.

    Keesokannya, mereka sama-sama mendayung boat dengan pendayung hingga sampai kembali ke seberang pulau. Di kampung itu, Azlan berkenalan dengan ayah dan ibu Seri. Azlan tersentuh hatinya melihat suasana kehidupan yang sungguh sederhana tapi bahagia walaupun mereka hidup dalam kemiskinan. Azlan juga kagum dengan usaha serta kerja keras bapa Seri. Azlan seronok lihat keharmonian keluarga Seri.

    Mengenali keluarga Seri menambahkan rasa cinta Azlan terhadap Seri.

    Azlan meluahkan rasa cinta terhadap Seri. Namun ketika itu muncul Soeraya yang mengundang perasaan serba salah di hati Seri untuk menerima lamaran Azlan. Dia lalu mengambil tindakan melarikan diri daripada berdepan kemelut itu.

    Hinggalah satu hari dia kembali untuk berdepan dengan kenyataan. Untuk mengetahui apakah kesudahannya saksikan telemovie menarik ini pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil
  • Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Irma Hasmie Berpisah Dengan Anak Angkat
  • Irma Hasmie Masih Bergaduh Dengan Fasha Sandha?
  • IRMA HASMIE DALAM DRAMA TAJ MAHAL UNTUK MAMA
  • Nabil Jawab Isu Selalu Ke Rumah Irma Hasmie
  • Gambar Detik Irma Dipeluk Nabil di ABP 2008
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord's Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Mila, Elaine, Irma Hasmie Model Fesyen Nik Erwan Roseli Mifa 2008
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.