Adsense

Khamis, 6 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Selamat Ulangtahun Ke-4 Sensasi Selebriti Budiey.com!

Posted: 06 Jan 2011 08:24 AM PST

Hari ini, 7 Januari 2011. Usia Budiey.com dah genap 4 tahun. Rasa macam sekejap je 4 tahun.

Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama sebab korang memang sporting habis! Juga kepada PR syarikat rakaman dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari dulu hingga sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin berkembang sehingga mendapat hits dalam 20 – 25 ribu sehari!

Tahun 2010 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Tahun 2010 juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Movie Day Out bersama pembaca. Dan semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan! Semoga tahun mendatang, Budiey akan cuba memberikan banyak hadiah dan goodies di Movie Day Out. Budey telah merangka, Movie Day Out akan dibuat dua kali setiap bulan. Harap korang dapat join nanti ya.

Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-4 pada 8 Januari 2011 nanti, Budiey harap dapat jumpa korang di sana dan kita bergambar dan mengenali dengan lebih dekat lagi. Tahun ini, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran. Kepada selebriti dan tetamu Budiey, harap korang memakai mengikut tema iaitu Hijau Daun Pisang.

Kepada yang ada akaun Twitter jangan lupa mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan hastag rasmi: #partybudiey . Begitu juga dengan pembaca yang ada akaun Facebook, jangan lupa ambik gambar dan letakkan di Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti

Sempena ulangtahun budiey.com juga, Budiey telah dijemput untuk menjadi tetamu di Konti Suria Cinta semalam yang bersiaran dari 11 malam hingga 2 pagi. Memang best sebenarnya walaupun Budiey agak gugup dan neves. Hehe. Kepada pembaca yang dengar, terima kasih banyak. Dan untuk Suria FM juga terima kasih kerana sudi menjemput Budiey menjadi tetamu.

Anugerah Pembaca Sensasi Selebriti 2010
Semasa party ini juga, pihak budiey.com akan menyampaikan ANUGERAH PEMBACA SENSASI SELEBRITI kepada pembaca:

  1. Anugerah Pembaca Paling Cool
  2. Anugerah Pembaca Paling Sporting
  3. Anugerah Pembaca Paling Setia
  4. Anugerah Pembaca Paling Peramah
  5. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
  6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
  7. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

Telefon Bimbit Blackberry sumbangan Heliza Helmi Productions

3D Bluray DVD Player jenama LG sumbangan Astro

Portable Hard Drive 500GB sumbangan Primeworks Studios

MP3 Player sumbangan Red Communication

iPod Nano 8GB sumbangan Ning Baizura

Digital Photo Frame sumbangan BIO Channel

DVD Player sumbangan Sony Music

Discover Scuba DSD sumbangan Muzie

Voucher Newsplus sumbangan Sungei Wang Plaza

Voucher Sakae Sushi sumbangan Satu Music

Merchandise sumbangan FOX

Merchandise sumbangan Disney

Merchandise sumbangan Buena Vista

Hamper sumbangan 8TV

Hamper sumbangan Portal GUA

Hamper sumbangan SimplySiti

Hamper sumbangan O'slee

Hamper sumbangan Mas Beautee

Hamper sumbangan Safi Balqis

Hamper sumbangan Dashing

Hamper sumbangan Astro

Hamper sumbangan Radio Suria FM

Perfume, Jam ODM dan seutas rantai sumbangan Everything Butik

Travel Bags sumbangan Harmony Excellence Travel & Tours

T-shirt Eksklusif & Goodie Bag dari Afdln Shauki

Tiket Showcase Aizat sumbangan Kasi Gegar Entertainment

dan banyak lagi…!

Ini dia senarai penaja-penaja yang akan menjayakan party esok:

1. GBSB
2. Skop Productions
3. Suria FM
4. Maxis & Hotlink
5. Sungei Wang Plaza
6. TV9
7. 8TV
8. TV3
9. Astro
10. BIO Channel
11. Ubat Gigi Mu'min
12. SimplySiti
13. O'slee
14. Portal GUA
15. Buena Vista
16. FOX
17. Satu Music
18. Red Communication
19. Sony Music
20. Asia Herbal Biotech
21. MAS langsing
22. Sony Pictures
23. Life Records
24. Coca Cola
25. InnerShines
26. Heliza Helmi Productions
27. NTV7
28. Balung
29. Warner Music
30. Kasi Gegar Entertainment
31. Nusan Bakti Corporation
32. Global Records
33. Harmony Excellence Travel & Tours
34. Afdlin Shauki

Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah serta goodies kepada semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua berpuas hati nanti.

Akhir sekali, terima kasih semuanya!

Ucapan DJ Lin Suria Cinta Sempena Ulangtahun Budiey com ke 4

Ucapan Tomok Sempena Ulangtahun Budiey com ke 4

Ucapan Ana Raffali

Ucapan Maya Karin

Ucapan Erynne Erynna

Ucapan Eizlan Yusuf

Ucapan Amy Mastura

Ucapan Faizal Tahir

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Selamat Hari Jadi Ira Aznira & Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Happy 1st Anniversary to Blog Sensasi Selebriti
  • Happy Birthday Erin Malek
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?
  • Kad Raya MMS Dari Pembaca Budiey.com
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Ucapan Fouziah Gous & Noni AF Sempena Anniversary Ke-3 Sensasi Selebriti
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.