Adsense

Selasa, 25 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Aksi bogel Mimi tersebar

Posted:

Aksi bogel Mimi tersebar

Aksi bogel Mimi tersebar



APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!

Namun, itu sebenarnya adalah antara karakter lakonan sulung Mimi menerusi filem berjudul, Klip 3GP.

Ia merupakan suatu perkembangan terbaru buat Mimi yang sebelum ini lebih terhad dikenali hanya sebagai vokalis One Nation Emcees.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Mimi boleh terjerumus untuk menjadi pelakon bagi watak yang boleh dikatakan agak mencabar itu.

Filem tersebut yang dilancarkan baru-baru ini di Damansara, Kuala Lumpur itu merupakan hasil arahan pengarah baru, Aidilfitri Mohamed Yunos yang merupakan salah sebuah penerbitan di bawah program Layar Baru yang diusahakan syarikat penerbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Skripnya pula adalah hasil nukilan pendatang baru, Sofea Aliza.

Filem tersebut menampilkan tiga buah kisah mengenai rakaman video yang sering disalah guna oleh masyarakat kini, dan wartawan jelita, Maya Akhtar adalah salah seorang mangsa yang terkena tempiasnya.

Tolak tawaran

Jelas sekali, sebagai pelakon yang baru terjun ke dalam bidang ini, watak yang dipegang Mimi itu sememangnya amat sukar untuk direalisasikan.

Apa yang menjadi persoalan setelah melihat sedutan yang ditayangkan, lakonan Mimi, 24, sebagai wanita psiko kelihatan seperti pelakon yang sudah lama menapak dalam bidang itu.



"Sebenarnya semasa mereka menawarkan kepada Mimi watak ini, kami (One Nation Emcees) baru sahaja selesai membuat pertunjukan di Kota Kinabalu, Sabah.

"Sebetulnya juga, Mimi pernah menolak tawaran (berlakon filem) ini sebanyak tiga kali kerana merasakan watak sebagai perempuan psiko ini terlalu berat kerana Mimi bukanlah seorang pelakon," ujarnya.

Bicaranya lagi, ketiga-tiga tawaran tersebut ditolak kerana masa yang diminta untuk melakukan penggambaran terlalu panjang.

Ini kerana menurut Mimi, dia tidak mahu tempoh penggambaran filem itu mengganggu jadual pertunjukan, rakaman atau segala persiapan yang sedang dilakukan bersama One Nation Emcees.

"Sebelum ini juga, kami baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu, Sabah untuk mengadakan pertunjukan di sana. Sememangnya letih kerana sebelum ini pun jadual kami padat.

"Perancangan awal kami adalah mahu berehat di sana kerana kampung halaman (dua anggota One Nation Emcees) Zydee dan Jojoe juga di sana. Oleh kerana komitmen bersama Klip 3GP, kami terpaksa balik awal," ujar Mimi yang turut memberitahu Zydee atau nama sebenarnya Mohd. Norzaidi Edris, dan Jojoe (Nur Hasan Baias) turut membuat penampilan istimewa dalam filem itu.

Pelik juga mengapa pihak penerbitan Klip 3P masih mahukan Mimi biarpun selepas tiga kali dia menolak tawaran, padahal Mimi bukanlah pelakon profesional yang telah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan ini.

"Maya Akhtar adalah seorang yang berani, liar dan sosial. Mungkin semasa sesi uji bakat dilakukan, pengarahnya dapat melihat karakter sebegitu dapat digalas oleh saya. Jika diteliti melalui skripnya, ia memang sesuai dilakonkan oleh pendatang baru," jelas Mimi yang mengakui dia hanya mencuba menjadi pelakon kerana apa yang menjadi keutamaannya ialah untuk bersama One Nation Emcees.


ONE NATION EMCEES masih menjadi keutamaan buat Mimi.


Bercerita lanjut tentang cabaran membawa watak Maya, dia hanya mempunyai masa selama tujuh hari untuk bersiap sedia.

Malah, hal yang paling membimbangkan dirinya adalah aksi ranjang yang dilakonkannya itu. Ini kerana dia tahu tindakan beraninya itu pasti mengundang kontroversi di kalangan penonton dan peminat filem tempatan kelak.

Menjawab persoalan tersebut, Mimi mengakui hakikat sebegitu pastinya berlaku. Ujarnya lagi, jika ia hadir dalam bentuk negatif, dia terpaksa menerimanya kerana apa yang dilemparkan itu adalah perkara yang sudah dilakukannya.

Di samping itu juga Mimi menambah, lakonannya itu adalah perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi.

"Ia sebenarnya merupakan suatu bentuk kesedaran bagi masyarakat di luar sana mengenai perkara yang benar-benar telah berlaku. Mimi ambil itu sebagai suatu pegangan bagi melakonkan watak ini," jelasnya mengenai babak ranjangnya itu yang turut memperlihatkan dia kelihatan seolah-olah berbogel menerusi salah satu adegan dalam Klip 3GP.

Mimi malah menerima hakikat cabaran semestinya wujud bagi seorang pendatang baru tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.

Menerusi filem tersebut, aksi bogel adalah cabaran terbesar dan agak sukar dilakukan bagi Mimi.

Dikecam

Mengamalkan prinsip tersendiri, secara jujurnya bicara Mimi, aksi berbogel tersebut bukan dilakukan oleh dirinya.

"Sebetulnya, Mimi tidak bogel. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi," akuinya.


ONE NATION EMCEES kini dianggotai oleh Mimi, Zydee (berdiri kanan) dan Jojoe (depan) selepas Kozae tidak lagi bersama kumpulan tersebut.


Tambahnya, serius: "Perkara yang Mimi tidak boleh hindari, Mimi terpaksa berikan kepada pelakon pengganti. Itu kerana sememangnya Mimi tidak dapat melakukan babak tersebut."

Seringkali diperhatikan, apabila muncul pelakon yang berani melakonkan aksi kontroversi, pastinya dikecam oleh peminat seni tanah air.

Menurut Mimi, perkara itu turut dirasakan dirinya juga, tetapi mungkin impak ke atas dirinya sedikit kurang kerana dia bukanlah bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon sepenuh masa.

"Mimi ialah seorang penyanyi yang hanya sekali sekala akan ambil tawaran lakonan. Jika mahu kecam, Mimi bukan seorang pelakon yang sememangnya aktif di bidang lakonan.

"Bukan mahu kata Mimi tidak kisah tetapi Mimi mahu orang tahu dalam filem ini, ia bukanlah Mimi yang sebenar. Ia semata-semata mengenai watak yang dilakonkan Mimi," jelasnya lantang menyuarakan pendapat yang datang daripada benak fikirannya mengenai perkara ini.

Selain itu, Mimi berpendapat, jika melakonkan watak-watak sebegitu, seseorang pelakon itu perlu meletakkan diri mereka ke dalam watak tersebut.

"Barulah ia menjadi lebih senang mahu jayakan watak itu," tegasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Paduan tiga vokal emas

Posted:

Paduan tiga vokal emas

Paduan tiga vokal emas

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


Kevin Chin, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Pengarah Urusan Sony Music, Adrian Lim sewaktu majlis pelancaran album 3 Suara.


SELALUNYA kalau kita menikmati sesebuah lagu, biasanya kita akan dihidangkan dengan lagu yang dinyanyikan secara solo atau duet. Agak jarang untuk kita mendengar lagu dinyanyikan melalui paduan suara sehingga tiga orang, melainkan ketika persembahan di acara-acara pentas sahaja.

Bagaimanapun kini satu pendekatan baru telah diambil dengan terhasilnya album yang berjudul 3 Suara. Album berkenaan yang telah dipasarkan baru-baru ini menggabungkan paduan suara tiga orang penyanyi.

Menariknya, tiga orang penyanyi yang terbabit dalam album berkenaan bukan calang-calang penyanyi. Pembikinannya dibuat dengan memilih penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri seperti Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Sheila Amzah.

Pengarah Urusan Sony Music Entertaiment Malaysia Sdn. Bhd., Adrian Lim berkata, album 3 Suara mengandungi sembilan buah lagu yang dihasilkan oleh beberapa orang komposer seperti Kevin Chin, Irwan Simanjuntak dan Aylwin Santiago.

"Album yang telah dihasilkan ini berdasarkan kepada inspirasi sewaktu era kegemilangan lagu-lagu Melayu yang cukup popular sekitar tahun 80-an dahulu.

"Tentang keistimewaan album ini pula, tiada lagu yang dinyanyikan secara solo atau duet. Sebaliknya kesemua lagu dinyanyikan oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut," ujarnya pada sesi pradengar album tersebut.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album itu seperti Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana, Hanya Satu, Mengenangmu,Teman, Tomorrow's Calling, It's A Beautiful Life dan Beribu Sesalan yang turut terdapat dalam versi akustik.

Menurut Adrian, selain menampilkan konsep tiga vokalis, album berkenaan juga menggabungkan beberapa elemen seperti balada, dangdut dan disko yang cukup dikenali dalam muzik Melayu.

"Untuk edisi pertama, sebanyak tiga ribu unit akan dicetak dan kami juga turut merancang untuk menghasilkan video klip lagu-lagu dalam album tersebut sebagai cara memperkenalkannya ke luar negara," ujarnya.

Tambahnya lagi, pihak Sony Music juga kini sedang dalam merangka siri jelajah album berkenaan di seluruh negara sebagai salah satu langkah promosi yang akan dilakukan.

Reaksi peminat

Salah seorang penyanyi dalam album 3 Suara, Shila Amzah menyatakan bahawa dapat bergandingan dengan dua orang penyanyi yang lebih senior merupakan satu pengalaman yang cukup menarik.

Menurut Shila, dia berasa sangat gembira sepanjang proses rakaman berlangsung memandangkan tiada jurang antara mereka bertiga meskipun dia merupakan penyanyi yang paling muda.

"Sudah tentu saya tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat. Pada saya, album ini cukup unik kerana ia adalah paduan suara kami bertiga yang diketahui memiliki gaya nyanyian tersendiri," katanya.

Tambah Shila, dia mengharapkan agar kelahiran album itu juga menjadi pengubat rindu memandangkan kebanyakan lagu-lagunya agak jarang ke udara di stesen radio tempatan.

Sementara, bagi Jaclyn Victor pula, cabaran yang paling besar untuk menghasilkan album tentunya faktor masa memandangkan mereka bertiga sibuk dengan jadual masing-masing.

Menurutnya lagi, biarpun berdepan dengan cabaran tetapi dia akhirnya meluahkan rasa puas hati setelah siap dihasilkan dan sangat yakin bahawa ia akan mendapat sambutan yang baik.

"Apa yang lebih penting, kesemua lagu telah dinyanyikan oleh kami bertiga dan tiada dominasi antara satu sama lain. Sebab itu saya merasakan ia sebuah album yang cukup unik dan peminat tidak harus melepaskan peluang untuk mendapatkannya," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson

Posted:

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson


AKSHAY KUMAR dan Twinkle Khanna.


PELAKON jelita, Twinkle Khanna menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa besar, Harley-Davidson buat suami tersayang, Akshay Kumar.

Motosikal yang berharga kira-kira AS$7,000 (RM21,420) itu bukan sahaja dihantar terus dari Amerika Syarikat, malah ia juga ditempah khas buat Akshay yang sudah lama mengidamkan pacuan dua roda berkuasa tinggi itu.

Sumber rapat Akshay atau Akki memberitahu: "Akki memang gemarkan motosikal dan dia sudah menunggang sebuah motosikal yang sama selama bertahun-tahun."

Dia juga sering membayangkan untuk memiliki motosikal berkuasa besar yang dilengkapi dengan ciri-ciri khas.

Justeru, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10, Twinkle mengambil keputusan untuk menghadiahkan motosikal berkenaan yang berwarna merah pulasan serta mempunyai ciri-ciri istimewa khusus buat suami tercinta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.