Adsense

Selasa, 25 Januari 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Hakim tolak saman aneh terhadap Kardashian

Posted: 24 Jan 2011 12:00 PM PST

lu 11.1 Hakim tolak saman aneh terhadap Kardashian

ADIK-BERADIK Kardashian (dari kiri) Kyllie Jenner, Khloe Kardashian, Kim Kardashian, Kourtney Kardashian dan Kendall Jenner yang membintangi program realiti Keeping Up with the Kardashian di Los Angeles, California pada 5 Januari lalu. – AFP


NEW YORK 21 Jan. – Seorang banduan di Pennsylvania gagal dalam permohonan rayuan saman terhadap Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian yang didakwanya mengakibatkan tekanan emosi selepas menonton rancangan realiti mereka.

Banduan itu, Daniel Goodson dalam permohonannya pada 10 September lalu mendakwa adik-beradik Kardashian itu dalam rancangan Keeping Up with the Kardashians dan Kourtney & Khloe Take Miami menyebabkan dia cedera.

Beliau menuntut kos ganti rugi kerosakan lebih AS$75,000 (RM232,500) dan permohonan maaf.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) Ketiga di Philadelphia semalam mengekalkan keputusan hakim mahkamah rendah terhadap Goodson.

Mahkamah rayuan itu berkata, kelakuan adik-beradik perempuan itu `tidak terlampau memeranjatkan' untuk menyebabkan tekanan emosi secara sengaja seperti didakwa Goodson.

Ia juga berkata, dakwaan kecuaian oleh Goodson juga akan tidak akan dilayan. – REUTERS

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.