Adsense

Khamis, 28 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


AC Mizal terlepas hukuman penjara 25 hari

Posted: 28 Oct 2010 11:08 PM PDT

Sensasi:Sebelum ini Ac Mizal menegaskan yang beliau sudah membayar nafkah anaknya,manakala Shafnie pula sanggup memberikan bukti yang kata-kata AC Mizal adalah dusta,kerana Shafnie tidak menerima sebarang wang nafkah yg tertunggak itu...

Rupa-rupanya AC memang ada masukkan wang sejumlah RM8,200 tetapi dimasukkan ke dalam akaun AC sendiri ..iaitu akaun bersama AC dan anak kedua...So maknanya,Shafnie tak boleh withdraw duit tue la,kiranya anak dier umur 18 baru boleh kuarkan duit tue..hahaha...bodoh giler AC nie..tue bukan nafkah anak namanya..habis ko nak bagi anak kebulur sampai umur 18..

Jadi mahkamah menegaskan cara bayaran AC tue salah,dan menjatuhkan hukuman 25 hari penjara kepada AC sekiranya beliau degil dan tidak membayar RM9,800 kepada Shafnie pada hari tersebut..

Tp memandangkan AC nie memang kaya,So dia pun membayar RM9,800 kepada Shafnie dan terlepaslah hukuman penjara 25 hari...dan dia juga dikenakan denda RM1500 kerana gagal memberi penyata pendapatan syarikat kepada Shafnie...Takut nak tunjuk harta yang berkepuk tue la..kedekut la katakan,takut shafnie mintak lebih lagi...

Nyata disini AC sungguh dengki dan cemburu dan tak snaggup duitnya dibelanjakan bekas isterinya..tak bertanggungjawab betul...kalau tak suka pun,ingatla anak-anak..





Bekas anggota kumpulan 4U2C dan pengacara terkenal, AC Mizal hampir dipenjarakan selama 25 hari akibat ingkar perintah mahkamah perintah untuk membayar tunggakan nafkah anaknya berjumlah RM9,800.

AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 39, terlepas dari hukuman setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam.

Hakim memerintahkan AC dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.

AC sebelum ini memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai mematuhi perintah mahkamah. Namun, hakim menjelaskan cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun isteri serta anak yang pertama.

AC kemudian diarahkan membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama. AC juga diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd kepada bekas isteri, Shafnie, 35.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11 sebelum mereka sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan AC telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun. Bagaimanapun, bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

"Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi," kata Hakim kepada AC sebelum mengakhiri prosiding.

Jokes: Status Facebook Kelakar

Posted: 28 Oct 2010 10:26 PM PDT

Klik gambar utk besarkan..





Aidil Zafuan tangguh sulh,bukan tuntut penjagaan anak

Posted: 28 Oct 2010 10:05 PM PDT


Sensasi:haa ,mula-mula pelik juga,apa pulak kaitan dengan hak penjagaan anak,selalunya hak penjagaan anak nie bila perceraian sidah berlaku..walaupun sebelum ini ada desas desus mengatakan yang Aidil dan Rita bercerai,namun mereka telah menafikannya dan baru-baru ini hubungan Rita dan Aidil semakin pulih berikutan Rita yang hamil anak kedua mereka..dan keluarga Aidil juga sudah ingin berbaik.,.

Rupanya sebelum ini,pada bulan syawal yang lepas Aidil telah membuat permohonan Sulh,Sulh nie adalah satu bilik perbincangan dalam mahkamah syariah yang dihadiri oleh suami,isteri dan dot dot dot..haha..takdela...dan kaunselor la..untuk sesi kaunselling atau perbincangan...

Tp sensasi musykil jugak kenapa perlu bawak lawyer utk tangguhkan sulh..?
Mungkin ada proses yang mengharuskan kedatangan peguam syariah Aidil kot..

Rita tidak membantah kehendak Aidil utk perbincangan di bilik sulh,sebab baginya apa yang dilakukan Aidil adalah untuk kebaikan rumahtangga mereka.

Pakaian Raja Farah yang sungguh tak cantik pada malam FFM-23

Posted: 28 Oct 2010 09:51 PM PDT



Sensasi: Baju yang dipakai Raja Farah pada malam FFM sangatlah tidak fashionable,tak menarik dan menggemukkan Raja Farah..Seriously,mmg tak cantek la baju nie utk digayakan dalam majlis penuh glamour malam tue..

Fabrik yang digunakan pun kelihatan mcm berkedut ...

Tp sensasi rasa,kebelakangan nie pun mmg susuk tubuh Raja Farah berisi skrg nieberbanding dulu...Pada bulan depan,Raja Farah akan berkahwin dengan tunangnya Megat Andika..


"Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen," katanya

Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

"Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat," ujarnya.

Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.

Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan.

Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.

"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai," katanya.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.

Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu.

Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah.

"Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.

"Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.

Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.

Gambar kelakar: Bila kepala ayah dan anak bertukar

Posted: 28 Oct 2010 09:30 PM PDT















Fenomena Malaysia: Salah Eja

Posted: 28 Oct 2010 09:30 PM PDT



I really love this song....Merindukanmu -D'masiv

Posted: 27 Oct 2010 11:17 PM PDT

This song has thousand meaning for me...its very meaningful and sweet and sumtimes make me cry..

i watched Siri Sekar and this song was the theme song...





saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang


selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Awas Akaun Facebook Palsu Yana Samsudin

Posted: 28 Oct 2010 11:02 PM PDT

Yana Samsudin

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin, 26, meluahkan kebimbangan dengan ancaman daripada orang yang menyamar sebagai dirinya dalam akaun palsu di Facebook.

Menurut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu, sejak dia mula mendekati para peminat menerusi laman sosial itu pada 1 Ogos lalu, seseorang yang tidak dikenali telah menyamar dan mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan peminat.

"Saya mendaftarkan akaun di laman sosial Facebook sejak 1 Ogos lalu namun, baru-baru ini saya mendapat tahu ada orang lain menyamar sebagai diri saya dan menggunakan nama yang sama untuk berinteraksi dengan peminat. Sebab itu, saya perlu menjelaskan kepada umum untuk mengelakkan kekeliruan dengan akaun Yana 'palsu' itu," katanya.

Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu berharap agar segala kekeliruan informasi dan perkembangan terbarunya yang dibaca oleh peminat pada akaun palsu itu dapat diatasi dengan pendedahan ini.

"Saya bimbang jika peminat yang mengikuti akaun palsu tersebut akan mendapat info dan perkembangan yang salah tentang saya. Maklumlah zaman sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku.

"Jadi, apabila saya mendapat tahu ada seseorang cuba menyamar sebagai diri saya dan turut mendaftarkan nama yang sama, saya terpaksa buka akaun baru. Saya harap selepas ini tiada lagi kekeliruan berlaku ekoran masalah ini," katanya.

Para peminat yang ingin mengetahui sebarang informasi dan perkembangan aktres dari Yong Peng, Johor ini bolehlah melayari yanasamsudin.blogspot.com atau facebook.com.yanasamsudin.fanpage.

AC Mizal Lega, Tidak Bermalam Di Penjara

Posted: 28 Oct 2010 11:01 PM PDT

AC Mizal

KAJANG: Pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega selepas tidak perlu bermalam di penjara selama 25 hari bermula Khamis, selepas berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin,35, yang tertunggak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, menjelaskan denda tersebut beberapa minit selepas keputusan dibuat.

"Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.

"Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak," katanya di sini, Khamis sambil menambah telah memaafkan individu tersebut.

Abdul Halim membuat keputusan itu pada prosiding komital yang dimulakan oleh Shafnie bagi mendapatkan perintah untuk menghantar AC Mizal ke penjara atas dakwaan menghina mahkamah kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak yang secara keseluruhan berjumlah RM50,000.

Shafnie

Berdasarkan perintah yang direkodkan hasil persetujuan bersama dalam perbincangan secara sulh, tunggakan itu perlu dilangsaikan secara ansuran RM200 setiap bulan sebelum anak kedua pasangan itu, Muhammad Shabil Iman berusia 18 tahun.

Selain Muhammad Shabil Iman, 11, mereka mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, hasil perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Bagaimanapun, Abdul Halim pada penghakimannya berpendapat, tindakan AC Mizal mendepositkan RM9,800 yang merupakan tunggakan untuk 49 bulan daripada Januari 2005 hingga 19 Disember 2009 ke dalam akaun bersama dia dan Muhammad Shabil Iman bukan bersifat penghinaan kepada mahkamah.

Sebaliknya, tindakan itu adalah merupakan pelanggaran atau terpesong daripada perintah memandangkan cara pembayaran yang sepatutnya ialah secara ansuran dengan dimasukkan bersama RM300 sebagai nafkah semasa di akaun bersama Shafnie dan Muhammad Shafiq Iman di bank RHB.Beliau juga menolak dakwaan Shafnie bahawa AC Mizal telah melanggar perintah untuk menyediakan perbelanjaan bagi awal persekolahan memandangkan perintah itu sendiri kabur dan tidak diperincikan.

Abdul Halim juga hanya menyifatkan tindakan AC Mizal yang tidak membantu dalam persekolahan anak walaupun berkemampuan sebagai malang, namun perkara itu masih tidak menghina ekoran perintah jelas menyatakan bantuan adalah untuk anak dihantar ke sekolah bantuan kerajaan.

Shafnie menghantar anak sulung mereka ke sekolah swasta aliran agama di Bangi, dekat sini.

Bagaimanapun, AC Mizal disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah bagi kegagalannya menyerahkan laporan kewangan tahunan syarikatnya, Best Line Entertainment (M) Sdn Bhd kepada Shafnie dalam tempoh 60 hari bermula 31 Disember setiap tahun.

"Pada mahkamah, responden gagal meyakinkan bahawa kegagalan itu disebabkan syarikat tidak berfungsi adalah mustahil kerana syarikat tersebut adalah berdaftar dan diselia oleh badan suruhanjaya.

"Persoalannya, mengapa responden tidak menunjukkan perjalanan syarikat untuk dinilai oleh mahkamah?" tambah Abdul Halim.

Justeru itu, beliau berkata, hukuman atau 'ubat' perlu diberikan kepada AC Mizal untuk membangkitkan kesedaran kepadanya dalam melaksanakan perintah yang telah dipersetujuinya pada 22 Disember 2004.

Abdul Halim juga menyelitkan nasihat kepada AC Mizal dan Shafnie supaya memastikan anak tidak menjadi mangsa dalam perceraian mereka.

"Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah.

"Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka," katanya yang mengambil masa selama 45 minit untuk membacakan penghakiman setebal 36 halaman.

Semasa ini, Shafnie yang hadir di mahkamah bersama kakak dan diwakili peguam syarie Mohd Ridhawan Husin dilihat mengesat air mata manakala AC Mizal tekun mendengar di sisi peguamnya, Siti Aishah Din.

AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Badan Berisi, Raja Farah Salahkan Baju

Posted: 28 Oct 2010 11:01 PM PDT

Raja Farah menganggap pakaian ini menampakkan tubuhnya lebih berisi

PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah23, yang dikatakan semakin "comel" ketika muncul dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Ahad lalu menyalahkan pakaian yang dipakai apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi diperkatakan orang.

Katanya, pakaian rekaan Ezuwan Ismail yang berwarna merah jambu itu tidak begitu sesuai dengannya sehingga perkara tersebut menjadi perbualan ramai.

"Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

"Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat," ujarnya.

Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.

Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan.

Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.

"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai," katanya.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.

Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu.

Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah.

"Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.

"Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.

Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.

Terima Jawatan Dalam Finas, David Teo Sindir Ahmad Puad

Posted: 28 Oct 2010 11:00 PM PDT

David Teo

PETALING JAYA: Produser filem David Teo menganggap Pengurus Besar Grand Brrilliance Sdn. Bhd, Ahmad Puad Onah sebagai individu yang kurang sopan dan sifatnya sama seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Ia berikutan Ahmad Puad menerima pelantikan sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tanpa mahu melepaskan jawatan yang disandangnya di GBSB sekarang.

"Dulu dia mempertikaikan saya dan Ahmad Idham yang masih aktif sebagai produser memegang jawatan Ahli Perbadanan tetapi sayangnya dia juga menerima jawatan itu.

"Sedangkan dia masih lagi bekerja dengan GBSB tanpa mahu melepaskan jawatannya seperti mana yang dia sarankan kepada kami dulu. Apa ni? Janganlah jadi orang yang kurang sopan," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

David Teo diminta mengulas pelantikan Ahmad Puad sebagai Timbalan Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Selain Ahmad Puad, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim turut dilantik menganggotainya.

Pada 20 Julai lalu, Ahmad Puad bersama penggiat-penggiat filem telah mengadakan sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bagi membantah pelantikan David Teo dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggotai perbadanan tersebut dengan alasan ia merupakan satu diskriminasi terhadap dunia perfileman.

Ahmad Puad Onah

Pelantikan itu dikatakan akan menyebabkan berlakunya konflik kepentingan kerana kedua-dua mereka merupakan penerbit filem yang masih aktif melainkan mereka melepaskan jawatan di syarikat masing-masing.

Kata David, perbuatan Ahmad Puad amatlah tidak bermoral kerana cuba melakukan taktik tidak baik dengan berkempen untuk menjatuhkan orang lain sedangkan dia sebenarnya berhajat memegang jawatan dalam Finas.

Ujarnya, Ahmad Puad telah menggunakan tiketnya sebagai Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Presiden, Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk mendapatkan jawatan daripada menteri berkenaan.

"Dia gunakan kedudukannya dalam persatuan untuk mendapatkan jawatan itu sehingga memaksa pihak menteri melantiknya memegang peranan dalam Finas.

"Ia berbeza dengan saya, Ahmad Idham dan Ahmad Ibrahim yang dipilih sendiri oleh menteri," katanya.

Jelas David lagi, jika selama ini dia mengetahui taktik Ahmad Puad yang begitu mahukan jawatan berkenaan, dia bersedia mengundur diri dan memberi laluan kepadanya.

Selama ini kata David dia menganggap Ahmad Puad benar-benar mahu memperjuangkan industri perfileman seperti mana yang disuarakan tetapi ia tidak seperti yang diperkatakan.

"Kalau dia mahu jawatan itu, beritahu saya elok-elok. Saya boleh undur diri. Tak ada masalah pun tapi cara dia mahu dapatkan jawatan agak kurang sopan. Cara itu memalukan dia juga.

"Orang yang nak pencen macam dia sepatutnya lebih sopan santun," kata David menyindir.

"Ayah Meninggal Dunia Ketika Adegan Mati" - Aeril

Posted: 28 Oct 2010 10:59 PM PDT

Aeril Zafrel

PETALING JAYA: Pengalaman membintangi filem terbaru Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo telah meninggalkan makna yang tersendiri buat pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari.

Bukan sahaja filem itu merupakan filem pertama lakonannya sejak berkecimpung dalam dunia lakonan kira-kira tiga tahun lalu, malah ia turut meninggalkan memori sedih kepada pelakon muda yang mencipta nama menerusi drama bersiri Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi dan Senja Permai.

Menurut Aeril, ketika dia terlibat dengan penggambaran sebuah babak sedih dalam filem itu pada November tahun lalu, dia telah kehilangan ayah kandungnya yang pulang ke rahmatullah pada waktu yang sama.

"Jujurnya, penglibatan saya dalam filem ini telah meninggalkan dua kenangan iaitu manis dan pahit.

"Yang manisnya, apabila saya berpeluang untuk membintangi filem pertama selepas tiga tahun terlibat dalam dunia lakonan manakala yang pahit pula saya telah kehilangan ayah kandung ketika penggambaran sedang diadakan," katanya.

Secara kebetulan, ketika dia sedang terlibat dengan adegan kematian ayah kandungnya di kampung juga meninggal dunia pada waktu itu akibat kanser tonsil.

"Memang saya sedih sangat namun ada hikmah di sebaliknya kerana berita duka itu telah sedikit sebanyak membantu penghayatan saya untuk menjayakan watak tersebut dengan lebih berkesan," katanya.

Selain Aeril, filem yang bakal ditayangkan pada 2 Disember 2010 ini turut membariskan pelakon-pelakon popular dan baru tanah air seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Aizat Hassan, Wan Noor Aizat, Namron dan Adibah Noor.

Jamal Cari Penaja "Konsert J2011... Legenda"

Posted: 28 Oct 2010 10:58 PM PDT

Jamal sedang menantikan penaja untuk membantunya menjayakan konsert J2011..Lagenda.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah mencari penaja dalam usahanya mengadakan sebuah konsert khas, J2011... Legenda yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 7 hingga 10 Januari tahun hadapan.

Menurut Jamal, sehingga hari ni, dia gagal mendapatkan sebarang penaja untuk menaja konsertnya yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM300,000.

"Agak menyedihkan, saya tak faham kenapa tidak ada sesiapa yang mahu menaja konsert ini.

"Apa-apa pun, saya masih menantikan penaja yang sudi menjayakan L2011... Legenda. Tapi, andai kata tiada yang ingin menaja, saya telah bersedia untuk menanggung semua kosnya.

"Ia akan menjadi satu hadiah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia dan saya tak rasa rugi kerana konsert ini khas buat para peminat.

"Bagi saya, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan menghiburkan masyarakat," katanya pada sidang akhbar konsert J2011... Lagenda di Istana Budaya, Khamis.

Antara yang akan menjayakan konsert J2011..Lagenda, dari kiri: Edy Marzuki, Datuk Ahmad Nawab, Jamal Abdillah dan En Johari (Ketua Pengarah Istana Budaya).

Menarik tentang J2011... Legenda, Jamal akan menggunakan teknik penataan cahaya PANI yang didatangkan khas daripada Australia di mana J2011... Legenda merupakan konsert pertama di Asia Tenggara menggunakan teknik tersebut.

PANI adalah sebuah penata cahaya yang direka khas di mana ia mengeluarkan cahaya mengikut mood lagu dan suasana sewaktu persembahan berlangsung.

"Selain itu, konsert selama 2 jam itu akan dibahagikan kepada dua segmen. Pada segmen pertama, saya akan membawakan lagu-lagu nostalgia yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lama antaranya P.ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi dan Yopie Latul.

"Segmen kedua pula saya akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah saya nyanyikan pada konsert-konsert saya sebelum ini," ujarnya.

Tiket yang berharga RM85,RM105,RM135,RM255 dan RM305 boleh dibeli di kaunter box office, Istana Budaya atau layari secara online di www.ticket2u.biz.

Finas Tubuh Jawatankusa Penasihat Dan Umum Ahli Perbadanan Baru

Posted: 28 Oct 2010 10:58 PM PDT

Ahmad Idham

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Finas bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) merangkap Pengerusi Finas, Datuk Mohamed Mohd Daud selepas dipersetujui oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Finas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Khamis berkata, jawatankuasa itu berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada menteri dan Ahli Perbadanan dengan membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih daripada tujuh ahli. Tiga daripadanya terdiri daripada ahli Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) manakala empat lagi dipilih berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman.

Jawatankuasa tersebut diselia oleh Finas dan ia akan bermesyuarat setiap tiga bulan sekali. Pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2011.

Berikut ini senarai Jawatankuasa Penasihat Finas bagi penggal 2010 – 2011.

Pengerusi: Datuk Mohamad Mohd Daud (Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)

Timbalan Pengerusi: Mohd Mahyidin Mustakim (Ketua Pengarah Finas)

Ahli:1. Panchacharam 2. Jurey Latif Mohd Rosli 3. Khir Mohd Nor 4. Datuk Aziz Singah5. Hans Isaac6. Chiu Keng Guan

Sementara itu Finas turut memaklumkan telah menerima pelantikan Ahli Perbadanan agensi itu yang sebelum ini kecoh dipertikaikan oleh orang-orang filem.

Ahli Perbadanan Finas untuk penggal 2010 – 2011 dianggotai oleh Mohammed Mohd. Daud sebagai Pengerusi, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah sebagai Timbalan Pengerusi.

Ia turut dianggotai oleh lapan ahli yang terdiri daripada Datuk Azman Salleh, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Abdul Rauf Yusof, David Teo, Ahmad Idham, Ahmad Suhaimi Endut, Ahmad Ibrahim dan Garuna Murthee Kandiah.

Raul Berang Dengan Wartawan

Posted: 28 Oct 2010 10:57 PM PDT

KEKASIH Diva Pop Indonesia Krisdayanti iaitu Raul Lamos bertindak menghalau wartawan ketika pasangan itu diserbu oleh media selepas menonton Konsert David Foster, Rabu.

Seperti dipetik Vivanews.com, Raul naik berang apabila jurugambar cuba mengambil gambar mereka ketika keluar dari perkarangan konsert tersebut.

Bagaimanapun Krisdayanti yang berada di sisinya cuba menenangkan kekasihnya itu dan meminta pihak media bersabar.

Krisdayanti turut menghalang Raul dari cuba bertindak kasar terhadap pihak media.

"Kamu semua terlalu memaksa. Kamu perlu tahu hormat orang lain, bukan begini caranya. Ada kalanya kita senang untuk bercakap dan ditemu ramah ada kalanya tidak," ujar Raul kasar sambil bergegas meninggalkan konsert tersebut.

Pasha (Ungu) Kahwin Waktu Terdekat

Posted: 28 Oct 2010 10:56 PM PDT

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha mengakui akan menikahi kekasihnya, Adelia dalam waktu terdekat.

Pasangan yang pada awalnya memilih untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka pada 11 November 2011 ini memberitahu tarikh tersebut terlalu lama bagi mereka.

"Saya mahu ikatan pernikahan dilakukan secepat mungkin. Memang pada asalnya merancang tarikh 11.11.11 tapi ia terlalu lama. Jika tidak ada halangan ia akan dilangsungkan lebih awal lagi.

Pasha turut mengakui hubungan mereka telah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada halangan daripada keluarga kami, mereka juga mahu ia dilangsungkan lebih awal. Kami sedang mencari tarikh yang sesuai sahaja," katanya seperti dipetik Detikhot.com.

Pasha ditemui selepas membuat persembahan di majlis Mega Konsert Satu Cinta Indonesia, Jakarta, Rabu.

Ketika persembahan kumpulan Ungu, Adelia dijemput untuk naik ke pentas sambil menerima tepukan gemuruh penonton.

"Itu hanya kebetulan sahaja, saya juga tidak menyangka pengacara memanggil dia untuk naik ke pentas," ujarnya malu-malu.

Program Menarik TV3 Sempena Deepavali

Posted: 28 Oct 2010 08:26 PM PDT

Kenchana Dewi dan pasangannya dalam sebuah program hiburan sempena Deepavali

PETALING JAYA: Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 5 November depan, TV3 bakal menyiarkan pelbagai rancangan menarik untuk penonton stesen televisyen itu.

Bermula pada hari Jumaat tarikh tersebut, seawal pukul 6.30 pagi, Malaysia Hari Ini (MHI) akan mengadakan lintas langsung dari kediaman Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dengan membicarakan tentang topik persiapan sambutan Deepavali.

Diikuti dengan Wanita Hari Ini(WHI), pada pukul 12 tengah hari yang dibawakan khas dari Little India, Briekfields, dekat sini yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Razak dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh, Rabu lalu.

Ia merupakan program televisyen pertama yang bersiaran secara langsung dari Little India, Briekfields. Program yang akan dihoskan oleh Nor Azzura, Farah dan Ezzan Zalilah itu juga bakal diwarnai dengan pelbagai acara menarik seperti tarian kebudayaan komuniti kaum India, dekorasi kolum dan perhiasan bersempena sambutan Deepavali.

Perayaan Pesta Cahaya ini diteruskan lagi dengan empat rancangan menarik, dua program muzikal, Cahaya Deepavali pukul 9 pagi dan Muzikal Jodoh Deepavali pada pukul 6 petang yang menampilkan Kenchana Devi bersama beberapa artis terkenal tempatan.

Sementara itu pada hari Sabtu, filem Ninaithale Inikkum akan disiarkan pada pukul 12 tengah hari manakala pada hari Ahad pula, filem Pensil akan disiarkan pukul 3 petang.

Natrah 2 dibarisi pelakon popular

Posted: 28 Oct 2010 08:26 PM PDT



Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan tahun lalu, teater Natrah kembali dipentaskan di Istana Budaya, bermula 25 November hingga 5 Disember depan.

Pengarah tersohor, Erma Fatima, sekali lagi dipertanggungjawabkan mengarahkan teater ini dengan mengekalkan barisan pelakon utama seperti, Maya Karin, Remy Ishak, Umie Aida dan Sofea Jane.

Bagi memantapkan lagi teater tersebut, Erma telah membuat penambahan pelakon yang terdiri daripada artis-artis popular seperti Liyana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Ziela Jalil, Datuk Rahim Razali dan dua lagi pelakon yang masih dirahsiakan.

Tidak menafikan nama-nama pelakon itu adalah sebahagian daripada strategi untuk menarik penonton menyaksikan teater itu, Erma menjelaskan, setiap pelakon mempunyai watak dan karakternya sendiri.

"Kehadiran mereka bukan sekadar tempelan sahaja atau saya sekadar suka-suka untuk memanggil mereka berlakon teater ini. Walaupun ada di antara mereka membawakan watak yang kecil, tapi peranan mereka sangat penting dalam penceritaan dan perjalanan hidup Natrah.

"Malah prinsip teater itu sendiri, tidak harus ada yang menonjol. Tetapi saling menyokong antara satu sama lain. Setiap pelakon harus membawa watak dan karakter mereka dengan baik, meskipun yang sekecil-kecil watak," kata Erma ketika majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon baru Natrah.

Puteri Mardiana sedia tamatkan zaman janda

Posted: 28 Oct 2010 08:25 PM PDT



Tidak lama dahulu nama Puteri Mardiana Zainal Abidin, 29, pernah menjadi panas dengan berita perceraian dan sedikit kontroversi yang pernah mengaitkannya dengan orang kenamaan.

Namun cerita itu bagai hilang di bawa angin lalu dan kini wanita yang mesra disapa Nina ini mengakui pintu hatinya diketuk seseorang. Jejaka bertuah itu merupakan bekas teman sekolejnya yang sudah terpisah hampir 10 tahun.

Nina mengakui hubungan yang terjalin semenjak enam bulan lalu itu masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Ketika itu Nina sedang berjalan di hadapan restoran NZ Kafe berhampiran KLCC. Tiba-tiba Nina dengar nama di panggil. Bila si dia kenalkan diri barulah Nina ingat.

"Sebenarnya kami sama-sama pernah menyimpan perasaan antara satu sama lain ketika belajar dahulu. Namun semua itu berakhir begitu sahaja kerana masing-masing mempunyai pasangan.

"Namun kini bila balik kami tiada masalah untuk berkawan rapat," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Takut Bini Sayang Suami di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Menurut Nina, buat masa ini dia masih belum memikirkan untuk berumah tangga tetapi mengaku tidak serik untuk berumah tangga kembali.

"Ia soal jodoh, jika sudah tertulis Nina akan berkahwin lagi, siapa Nina untuk menolak. Tapi buat masa ini Nina tidak berani bercakap berlebih-lebih. Apa-apa boleh jadi, jika sudah sampai masanya untuk berkahwin, Nina tiada masalah untuk berkongsi berita gembira itu," katanya.

Sementara itu wanita kelahiran Kuala Lumpur itu lebat didatangi tawaran demi tawaran. Menyaksikan lakonannya menerusi Santau, tidak sia-sia ibu kepada tiga cahaya mata, Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5, Airell Zuhair, 4, itu terjun ke bidang lakonan.

Siri jelajah Shout Awards kini bermula!

Posted: 28 Oct 2010 08:24 PM PDT

Shout Awards 2010, kembali lagi untuk memartabatkan segenap industri seni. Sebagai pembuka tirai, Shout Awards 2010, akan menemui peminat dalam satu siri jelajah di beberapa tempat. Dan inilah masanya untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis yang tercalon.

Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, menjadi tempat pertama Siri Jelajah Shout Awards 2010 melabuhkan tirainya pada, 31 Oktober, jam 5.30 petang. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone dan Alif Satar dan Daphne Iking.

Destinasi seterusnya, Mahkota Parade, Melaka, pada 6 November 2010 (Sabtu) jam 2 hingga 4 petang. Peminat pastinya teruja dengan kehadiran artis-artis popular seperti Pesawat, 6ixth Sense, Altimet dan Sonaone.

Pada 13 November, jelajah Shout Awards 2010, akan berada di e@curve, Mutiara Damansara dari jam 1 hingga 3 petang. Antara artis yang terlibat ialah, Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna.

Selain berhibur, anda anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout Awards 2010.

Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan seperti, HELP University (2 November), dan MMU Cyberjaya (10 November) pada jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Shout Awards 2010 yang mempertaruhkan beberapa anugerah seperti Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award, akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara eksklusif di saluran hip 8TV!

Untuk maklumat lanjut layari laman web Shout Awards 2010, Facebook Fan Page.

Bertunang lima gadis

Posted: 28 Oct 2010 08:23 PM PDT

KULIM - Hebat sungguh jejaka ini.

Dia sering kelihatan mewah dan bergaya, membuatkan ramai gadis tergoda. Apabila umpan sudah mengena, dia lantas mengatur majlis pertunangan yang cukup meriah.

Bukan seorang, tetapi lima gadis menjadi tunangnya sekali gus.

Namun, jauh di lubuk hati jejaka itu, tiada siapa tahu, dia sebenarnya langsung tiada niat mahu menikahi mereka.

"Ini hanya taktik licik untuk dia memperdaya 'tunang-tunangnya' itu," kata jurucakap polis di sini mengenai taktik menipu seorang lelaki yang memperdaya wanita sehingga kerugian beratus-ratus ribu ringgit.

Selepas bertunang, katanya, lelaki itu akan mempengaruhi mangsa untuk membuat pinjaman peribadi sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap seorang yang dikatakan bertujuan untuk persediaan majlis perkahwinan dan juga perniagaan yang akan mereka jalankan bersama setelah berkahwin kelak.

"Mangsa yang terpedaya, akan mudah dipengaruhi. Apa lagi dia sering berlagak seperti ahli perniagaan yang berjaya serta punya wang yang banyak. Ini meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan khayalan itu tanpa sebarang rasa ragu," katanya.

Bagaimanapun katanya, helah lelaki itu hanya terbongkar apabila selepas mendapat wang mangsa, jejaka itu pun hilang khabar berita.

"Setakat ini, kita sudah terima laporan daripada lima mangsa yang kesemuanya mengaku tunang lelaki itu. Mereka berusia antara 23 hingga 30 tahun dan kebanyakannya berstatus eksekutif," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa mengadu ditipu dengan modus operandi yang hampir sama, sekali gus meyakinkan pelakunya juga adalah orang yang sama.


"Kita sedang berusaha menjejak lelaki itu dan jika ada lagi 'tunangnya' yang lain di luar sana, mereka diminta buat laporan untuk kita siasat," katanya.

AC Mizal nyaris dipenjara

Posted: 28 Oct 2010 08:22 PM PDT


AC MIZAL nyaris dipenjara selama 25 hari semalam.


KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.

Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.

Abdul Halim memerintahkan responden iaitu AC Mizal dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Halim yang membacakan penghakiman setebal 36 halaman berkata, dia mengambil kira tindakan responden memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai untuk mematuhi perintah mahkamah.

"Tindakan responden memasukkan RM8,200 ke dalam akaun anak kedua adalah untuk mematuhi perintah mahkamah tetapi cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun anak yang pertama.

"Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi," ujarnya sebelum mengarahkan AC Mizal membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama.

Dia turut diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd., kepada bekas isteri, Shafnie, 35.

UMP cipta gula daripada habuk kayu

Posted: 28 Oct 2010 08:22 PM PDT


MIMI SAKINAH menunjukkan gula daripada habuk kayu ciptaannya di UMP, Jalan Gambang, Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes.

Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.

"Gula ciptaan saya ini adalah baik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes di pasaran yang dipercayai mengandungi bahan kimia aspartam yang boleh menyebabkan tumor otak.

"Berdasarkan penyelidikan selama tiga tahun, saya dapati semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula tetapi buat masa ini gula yang dihasilkan hanya daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal," katanya pada majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di sini semalam.

Mimi Sakinah menyertai British Invention Show 2010 di London baru-baru ini.

Pada pameran di London itu, beliau dan dua lagi penyelidik UMP termasuk Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya mendapat pingat emas dalam kategori masing-masing pada pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.

Penoreh korban cinta terhalang

Posted: 28 Oct 2010 08:21 PM PDT


MUDA yang bertarung nyawa meninggal dunia di HSNZ semalam.


KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi selepas menunjukkan komplikasi teruk lewat malam kelmarin sebelum disahkan koma beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, katanya, polis sempat mendapatkan keterangan daripada mangsa.

"Sehubungan itu, kita telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu polis telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes itu.

Kurier dadah guna kereta curi

Posted: 28 Oct 2010 08:20 PM PDT


SEORANG pegawai polis memeriksa sebuah kereta Audi yang dirampas daripada seorang lelaki di Petaling Jaya semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki memandu sebuah kereta curi jenis Audi untuk mengedar 25 ketulan mampat ganja memakan diri apabila dia ditahan dalam satu serbuan di kawasan Mentari Court Petaling Jaya dekat sini kelmarin.

Serbuan pukul 5 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis daripada bahagian risikan jenayah curi kenderaan (D4C) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kereta mewah model A4 bernilai RM234,000 itu dilaporkan dicuri di ruang pameran sebuah syarikat kereta di Bukit Jelutong, Shah Alam Ogos lalu.

Jurucakap polis memberitahu, sebaik diserbu, pihaknya dapat menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang memandu kereta itu.

"Sebaik membuat pemeriksaan kita terkejut apabila menemui sebanyak 25 ketulan mampat ganja seberat 25 kilogram bernilai RM45,000 yang disembunyikan di dalam dua buah beg plastik hitam di dalam but kereta tersebut.

"Soal siasat mendapati kereta tersebut telah dicuri di Shah Alam dua bulan lalu dan kita percaya suspek bertindak sebagai kurier yang ditugaskan oleh pihak tertentu untuk menghantar bahan khayal itu ke lokasi yang ditetapkan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bedah jantung di Jepun

Posted: 28 Oct 2010 08:19 PM PDT


MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ (kanan) ditemani ibunya, Khairiatul Akhmar untuk menjalani pembedahan jantung di Jepun.


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak, Muhammad Amirul Mukminin Khairuddin, 6, yang menghidap penyakit jantung bakal menjalani pembedahan di Hospital Universiti Okayama, Jepun atas tajaan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Kanak-kanak itu berlepas ke Jepun malam tadi ditemani oleh ibunya, Khairiatul Akhmar Anuar, 24, dan Pegawai Perubatan Senior Bahagian Kardiologi Kanak-kanak IJN, Dr. Rozaina Md. Said.

Pakar Perunding Kardiologi Pediatrik IJN, Dr. Hasri Samion berkata, kanak-kanak terbabit telah menjalani tiga pembedahan di IJN bermula pada Jun 2004 namun bahagian kanan jantungnya masih memerlukan pembedahan lanjutan.

"Masalah yang dihadapi Muhammad Amirul Mukminin adalah kes yang jarang dikesan berlaku iaitu anggaran lapan kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

"Pembedahan perlu dilakukan bagi membuka saluran darah yang sempit untuk mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badannya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pekerja terkejut mayat dalam beg

Posted: 28 Oct 2010 08:19 PM PDT


MAYAT seorang perempuan ditemui dalam sebuah beg di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja di sebuah bengkel kereta di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini tidak menyangka beg pakaian yang ditemuinya semalam berisi mayat seorang remaja perempuan.

Terkejut dengan penemuan itu, lelaki itu yang berusia 20-an terus menghubungi pihak polis yang kemudian bergegas ke tempat kejadian pada pukul 3.35 petang.

Mayat yang diletakkan di dalam beg itu ditinggalkan dalam semak samun di belakang bengkel berdekatan sebuah parit yang boleh dilalui menggunakan sebuah jambatan.

Mayat remaja yang dipercayai belasan tahun itu lengkap berpakaian gaun berwarna biru dan dia dipercayai masih baru dibunuh kerana tidak mengeluarkan bau.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat remaja yang berkulit sawo matang itu masih dalam keadaan sempurna lengkap dengan anggota badan.

Ujarnya, mayat mangsa tiada kesan kecederaan luaran yang jelas dan sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti sementara menunggu hasil siasatan forensik.

Pelajar UiTM koma dibelasah

Posted: 28 Oct 2010 08:18 PM PDT


HABERI sedih ketika melawat Hizreen di Unit Rawatan Rapi Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.

Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian akibat luka dalaman yang teruk di bahagian kepala.

Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bapa mangsa, Haberi Hamzah, 49, yang merupakan seorang juruteknik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkata, dia menerima panggilan daripada teman serumah anaknya itu pada pukul 1.30 pagi 22 Oktober lalu di rumahnya di Semenyih, Selangor.

"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Hizreen, dia dikejarkan ke Hospital Machang kerana cedera dipukul oleh kawan lelaki yang dikenalinya.

"Keadaannya tenat dan saya diberitahu Hizreen dipindahkan ke HUSM.

"Daripada cerita rakan anak saya itu, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 10 malam pada 22 Oktober lalu di hadapan rumah sewa Hizreen berhampiran kampus UiTM Machang selepas mereka bergaduh," katanya.

Rakan anaknya itu mendakwa sebelum kejadian Hizreen dilihat bertemu dengan teman lelaki yang datang ke rumah sewa mereka dan berlaku sedikit pertengkaran.

Anak tiada sijil lahir

Posted: 28 Oct 2010 08:17 PM PDT


MAHAMUD bersama isteri dan anak-anaknya, dari kiri Normazlin, Norazlina dan Mohamad Afiq menunjukkan rekod kesihatan mereka di Pasir Gudang semalam.


JOHOR BAHRU – "Kedua-dua anak saya teringin untuk ke sekolah. Malangnya mereka tiada surat beranak untuk diterima belajar."

Itulah keluhan seorang mekanik, Mahamud Kadir, 46, memikirkan masa depan dua anaknya, Norazlina, 10, dan Normazlin, 9, yang tidak memiliki sijil lahir sejak mereka dilahirkan.

Menurut Mahamud, kegagalan mendapatkan sijil lahir itu disebabkan dia dan isterinya, Raihanah Lahakim, 44, tidak memiliki sijil nikah seperti yang diminta pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

"Saya dan isteri berkahwin di Kampung Titingan, Tawau, Sabah pada 2 Oktober 1999 dan sewaktu kembali ke Semenanjung, saya terlupa membawa bersama sijil nikah asal, cuma terambil dokumen fotokopi.

"Malangnya, salinan sijil nikah itu pun hilang sewaktu banjir besar pada 2006 manakala sijil asal sudah hilang berikutan keluarga telah berpindah," katanya pada sidang akhbar di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Pasir Gudang di sini semalam.

Mahamud berkata, ekoran tidak dapat menunjukkan sijil nikah, proses permohonan sijil lahir kedua-dua anaknya tidak dapat dilakukan.

Harga Toyota Prius turun RM35,100

Posted: 28 Oct 2010 07:52 PM PDT


TOYOTA Prius kini dijual pada harga RM139,900 berbanding harga asal RM175,000.


KUALA LUMPUR - UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 berkuat kuasa semalam.

Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.

Presiden UMW Toyota Motor, Kuah Kock Heng berkata, langkah itu adalah selari dengan lanjutan dan peningkatan insentif cukai untuk kereta hibrid berkuat kuasa 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.

"Sejak pengumuman itu, kami secara proaktif menyemak semula harga semasa Toyota Prius meskipun tarikh penguatkuasaan itu pada 1 Januari 2011.

"Dengan keputusan itu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kereta hibrid popular Prius, pada harga mampu milik," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Juara wajib celik isu

Posted: 28 Oct 2010 07:50 PM PDT




MENGANGKAT mesej kemanusiaan dan mencari jiwa yang lebih prihatin terhadap isu semasa, itu yang dicari dalam personaliti diri sembilan peserta akhir pencarian Gadis Melayu 3 pada final malam ini yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) bermula pukul 8.30 malam ini. Ia disiarkan secara langsung melalui TV9.

Jiwa kemanusiaan mereka diserapkan dalam teater muzikal yang digarap khas oleh pengarah teater terkenal, Norzizi Zulkifli dengan skripnya dihasilkan sendiri oleh Penerbit Eksekutif Gadis Melayu 3, Wan Sabariah Shikh Ali.

Terdiri daripada Afiqah, 18; Diana, 19; Mimie, 20; Hidayah, 21; Zakiah, 21; Mastura, 24; Fatheen, 24; Rina, 25; dan Siti, 21, mereka harus melepasi cabaran terakhir tersebut sebelum bergelar juara musim baru program realiti tersebut.

Melalui teater tersebut, cabaran itu akan dibawa secara individu walaupun pada malam ini nanti, para peserta bergabung dalam satu pentas untuk merealisasikan teater muzikal yang menyentuh tiga isu masa kini yang semakin meruncing iaitu bencana banjir di Pakistan, wanita-wanita tabah di Gaza dan juga isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

"Tujuan kami memasukkan elemen teater muzikal ini adalah kerana kami mahu kesemua finalis kali ini menghayati dan prihatin tentang isu-isu kemanusiaan yang berlaku di segenap dunia.

"Jadi sembilan orang gadis Melayu yang terpilih ini mesti sedar akan isu kemanusiaan yang hangat diperkatakan ini", kata Wan Sabariah semasa ditemui pada sidang media final Gadis Melayu 3 di Restoran Ibunda, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Katanya lagi: "Untuk membantu para peserta, kami akan menampilkan pelakon tanah air bagi membantu mereka menghidupkan watak yang diberi termasuk kehadiran pelakon kanak-kanak, Maia Sara. Kami juga akan membuat penampilan khas dengan menghadirkan beberapa tokoh kenamaan negara dalam teater muzikal ini."

Sementara itu, sewaktu ditanya tentang pemilihan konsep teater muzikal yang menjadi pilihan mereka, pihak produksi TV9 memberitahu mereka sengaja ingin menguji peserta dengan memilih tema teater muzikal berbanding memberi peserta peluang melakukan cabaran biasa seperti dua musim sebelum ini iaitu menyanyi atau berlakon. Ia sekali gus dapat memberi dimensi baru kepada para peserta supaya lebih mengenal isu seni selain daripada dunia nyanyian dan lakonan biasa

Bagi sebahagian peserta pula, pemilihan teater muzikal sebagai cabaran utama buat mereka pada malam ini dianggap cabaran baru yang agak mengujakan.

"Saya sedang berlatih untuk membetulkan intonasi. Saya akui, secara peribadi tugasan ini agak sukar bagi saya. Ini kerana dunia teater memerlukan saya menjadi orang lain. Teater juga mengharuskan kita menjiwai watak yang diberi kerana jika tidak, lakonan akan kelihatan kaku," kata peserta paling muda dalam program realiti tersebut, Afiqah Hazwani Md. Nordin, 18.

Nur Diana Zainuddin, 19, pula mengaku dia bertungkus lumus membuat penyelidikan. Antaranya adalah dengan menonton filem dan teater tentang isu penderitaan dan manusia dalam laman-laman web bagi memantapkan lagi pengetahuannya.


SIAPAKAH di antara sembilan gadis Melayu ini yang bakal dinobatkan sebagai juara program Gadis Melayu musim ketiga pada malam ini?


Bagi Siti Nurzakiah Abdul Aziz pula, dia berpendapat, persaingan musim ini sangat sengit dan setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing.

Katanya: "Saya perlu berusaha lebih kuat untuk mempamerkan kelebihan diri saya. Oleh itu, saya telah membuat kajian dengan menonton tayangan-tayangan lepas."

Perasaan peserta

* Afiqah Hazwani Md. Din

Berusia 18 tahun dan menjadi peserta paling muda, Afiqah tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan terbesar kepadanya untuk bersaing dengan lapan peserta lain.

Masih menuntut di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 1, Johor Bahru, Johor dan menanam impian untuk bergelar peguam, dia memberitahu dirinya teruja untuk beraksi pada malam final.

"Tanpa penyingkiran, saya menjadi insan paling teruja kerana mampu berada sehingga final. Ini kerana saya boleh menimba ilmu dan pengalaman lebih banyak. Ia tidak boleh dikutip di luar melainkan dalam Gadis Melayu 3," katanya.

* Nur Diana Zainuddin

Masih menuntut di Tingkatan 6 Atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Pulau Pinang, Diana tidak menyangka percubaan spontannya telah membawa dia jauh ke pusingan final.

Ditanya tentang potensi diri menjadi pemenang, Diana yang meminati bidang penulisan berkata: "Terus terang, kalau ingin bercakap soal keunikan diri, rasanya saya sama macam peserta lain. Cuma, bakat mengacara yang diperoleh di sekolah sebelum ini memberi kelebihan kepada diri untuk nampak menyerlah."

* Nor Shamimi Ernida Mansor

Bagi anak jati Kedah ini, dia tidak mengejar glamor, tapi memasang impian untuk menjadi hos dan peniaga tudung yang berjaya satu masa nanti. Justeru saat diminta untuk mengulas keistimewaan diri, Shamimi mempunyai jawapan sendiri.

"Saya akui, saya boleh memasak makanan Melayu seperti gulai ikan atau ayam dan sambal. Sebelum ini, saya sendiri memasak untuk adik-beradik seramai empat orang jika orang tua keluar bekerja. Mungkin itu keistimewaan saya," jelasnya.

* Norhidayah Samsudin

Berminat dalam lapangan seni serta memiliki bakat dalam nyanyian, anak keempat daripada sembilan beradik ini menolak persepsi bahawa peserta yang tidak bertudung kebiasaannya sukar menjuarai program Gadis Melayu.

"Pada pendapat saya, soal peserta bertudung atau tidak menjuarai Gadis Melayu 3, semua terpulang kepada rezeki masing-masing asalkan pemenangnya menepati kriteria serta kualiti tertentu yang dipilih oleh juri profesional dan masyarakat.

"Berbicara tentang personaliti diri, saya tidak gemar bersikap hipokrit. Baik di depan atau belakang kamera, saya lebih senang berkomunikasi dengan sesiapa tanpa berdepan masalah," luah Hidayah yang berasal dari Masai, Johor.

* Siti Nurzakiah Abdul Aziz

Kontra dengan peserta lain, Zakiah punya latar belakang berbeza apabila dia berbakat besar dalam bidang tarian tradisional. Pada waktu sama, dia bertugas sebagai jurulatih tari di Heritage Performing Arts Studio, Ampang, Kuala Lumpur.

Menjadi guru tarian joget, zapin dan inang kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, Zakiah, 21, yang berasal dari Selangor mengaku hatinya terpaut pada kehebatan seni hasil peninggalan nenek moyangnya sejak dari kecil lagi.

"Dengan konsep Gadis Melayu 3 menonjolkan

percantuman elemen tradisional dan kontemporari, saya anggap ini masa terbaik untuk berkongsi dengan penonton terutama generasi baru tentang keunikan seni kreatif," ungkapnya ringkas.

* Siti Mastura Mohamad Saleh

Dengan jiwa lebih terarah kepada industri fesyen, anak jati Pahang yang terpilih sebagai salah seorang peserta Gadis Melayu 3 itu sedang menjalani latihan praktikal selama setahun bersama pereka busana tradisional popular, Salikin Sidek.

"Saya akan menggunakan kelebihan dalam rekaan fesyen tradisional untuk menambat hati juri profesional Gadis Melayu 3 termasuk orang ramai. Diharap kelainan berbanding peserta lain mampu menyerlahkan saya kelak," jawabnya.

* Fatheen Nabila Ghazali

Selepas menerima galakan daripada keluarga, kawan-kawan dan pensyarah, Fatheen yang masih menuntut dalam tahun dua bidang Botani di Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak sabar untuk berkongsi minatnya dengan masyarakat.

Pernah membentangkan hasil penyelidikan berkaitan botani di Singapura, dia semahunya ingin bergelar pengacara yang punya pendidikan tinggi sekali gus dapat menyedarkan orang lain tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam persekitaran.

"Selain mahu menjadi pensyarah, saya juga ingin bergelar hos kerana dengan cara ini saya dapat berkongsi ilmu dimiliki lalu menyalurkan pengetahuan kepada audiens," tuturnya yang mahir membuat kuih-muih tradisional Melayu, Cina dan India.

* Norazrina Mohd. Salleh

Rina yang gemar mengisi masa terluangnya dengan menulis blog kini baru memahami tujuan sebenar rancangan realiti ini diwujudkan sementelah sudah menjadi sebahagian peserta. Jelas Rina lagi, ia bukan semudah dilihat atau didengar.

"Selepas dapat penerangan lanjut, baru saya tahu perjalanan Gadis Melayu yang telah memasuki musim ketiga. Sejujurnya, saya melihat ia sebagai tanggungjawab berat kerana peserta kena membuktikan kelebihan kepada umum," akuinya.

* Siti Nur Afiqah Abdullah

Bergelar pelajar tahun tiga kursus Syariah Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Selangor, Siti lebih berminat dalam bidang kepolisan.

"Biarpun belajar undang-undang, saya sebenarnya lebih berminat untuk menjadi anggota polis. Barangkali sebab mengambil aura ayah Abdullah Mohiddien yang juga berkhidmat sebagai anggota polis.

Saya menjadikan ayah sebagai idola. "Saya menyertai Gadis Melayu 3 sebab mahu melihat sisi lain diri. Selain cari pengalaman, saya harap program ini boleh meningkatkan keyakinan apatah lagi jika bekerja sebagai polis kelak," ujarnya yang mahir seni mempertahankan diri.

Gosip cinta Taylor, Jake

Posted: 28 Oct 2010 07:50 PM PDT


TAYLOR SWIFT, JAKE GYLLENHAAL


TAYLOR Swift sering gagal dalam bercinta. Mula-mula dia bercinta dengan Joe Jonas, kemudian John Mayer sebelum beralih arah kepada aktor kacak siri filem Twilight, Taylor Lautner.

Namun, khabar terbaru bertiup kencang mengaitkan Taylor dengan aktor kacak, Jake Gyllenhaal pula. Taylor dan Jake baru-baru ini dikesan berjalan sambil berpegangan tangan sekitar Brooklyn, New York.

Sumber yang berada di tempat kejadian memberitahu majalah Life & Style: "Taylor dan Jake berjalan sekitar Park Slope di sini sambil berpegangan tangan. Mereka kelihatan seperti pasangan bercinta."

Jake sebelum ini bercinta dengan pemenang Oscar, Reese Wintherspoon, tetapi hubungan mereka putus pada awal tahun ini.