Adsense

Isnin, 20 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sofazr beralih arah

Posted:

Sofazr beralih arah

Sofazr beralih arah

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


Penubuhan label sendiri, Global Record menunjukkan kematangan Sofazr di arena seni suara tempatan.


ODOH selama tujuh tahun buat kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sofazr ini bersama syarikat rakaman Suria Records (SRC) merupakan satu tempoh masa yang agak panjang.

Enam buah album telah pun dihasilkan oleh Sofazr ketika berada di bawah naungan syarikat tempatan itu. Satu jumlah yang boleh dibanggakan Sofazr.

Namun, menginjak tahun kelapan penglibatan kumpulan popular itu dalam bidang seni, mereka menanamkan azam baru buat diri masing-masing apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak bersama SRC.

Menurut salah seorang anggota kumpulan tersebut, Zimi, 26, pengunduran Sofazr daripada SRC bukanlah disebabkan berlakunya sebarang masalah dalaman atau apa jua sekali pun.

Jelasnya, ia adalah satu penghijrahan kerana keinginan kumpulan itu yang mahu mencuba sesuatu yang baru.

Maka, penubuhan Global Records Sdn. Bhd. adalah jawapan kepada persoalan itu apabila mereka memutuskan untuk memiliki label kepunyaan sendiri.

"Setiap daripada ahli kumpulan bersetuju untuk sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Sebab itulah kami menubuhkan syarikat ini untuk mengorak langkah lebih jauh dalam industri muzik Malaysia yang semakin berkembang ini.

"Dan atas alasan itulah, kami menjenamakan semula kumpulan ini dengan nama Sofazr berbanding nama lama iaitu Sofaz.

"Seperti yang sedia maklum, setiap huruf yang ada pada perkataan Sofaz itu mewakili huruf pangkal bagi setiap anggota kami iaitu Shah, One, Fairuz, Are-Meer dan Zimi. Itulah anggota asal Sofaz sebelum kemasukan Rodie.

"Jadi, huruf R di hujung nama Sofazr itu mewakili nama Rodie," terang Zimi ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulung mereka di bawah label Global Records di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Selain majlis pelancaran album yang berjudul Maaf Dari Hati Mohd. Atlas (MDHMA) itu, turut dilangsungkan adalah upacara menandatangani kontrak rakaman selama tiga tahun antara Sofazr dan Global Records.

Tambah Zimi, selaku Pengarah Urusan Global Records, dia dan anggota Sofazr yang lain merupakan pemegang saham utama syarikat rakaman yang dimiliki oleh seorang usahawan berpangkat Datuk itu.

"Datuk itulah yang memberi modal untuk memulakan perniagaan ini manakala kami akan bertindak sebagai individu yang menguruskannya.

"Sofazr merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat ini dan ia akan disusuli oleh beberapa artis lain tidak lama lagi," katanya yang teruja dengan penubuhan syarikat tersebut simbolik kematangan kumpulan itu.

Zimi turut memberitahu, projek akan datang adalah untuk menerbitkan album pasangan suami isteri, Isma dan Zul 2By2.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Animasi tumpuan ATF2010

Posted:

Animasi tumpuan ATF2010

Animasi tumpuan ATF2010

Gambar dan teks oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
(Yang dijemput oleh Finas untuk menghadiri Forum Televisyen Asia 2010 di Singapura, baru-baru ini)


Pavilion Malaysia yang menempatkan penerbit filem, drama, animasi serta wakil stesen televisyen yang menjual produk mereka di ATF 2010, Singapura baru-baru ini.


PRODUK animasi sememangnya mampu menarik minat sesiapa sahaja yang menonton tidak kira golongan cilik mahupun dewasa.

Perkembangan dunia animasi cukup pesat sejak beratus-ratus tahun dahulu namun, di Malaysia, boleh dikatakan ia baru sahaja bermula.

Bukti perkembangan dan penerimaan rancak terhadap animasi boleh dilihat sekitar Forum Televisyen Asia 2010 (ATF 2010) yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Lambakan program televisyen dan filem yang diperkenalkan pada ATF 2010 kebanyakannya lebih tertumpu kepada produk animasi.

Kepada yang masih belum jelas mengenai ATF, ia sebenarnya merupakan acara tahunan yang diadakan bagi tujuan penjualan program televisyen, filem dan juga drama ke pasaran luar.

Dan sepanjang berlangsungnya ATF, para penerbit berpeluang memperkenal dan memasarkan produk-produk mereka kepada pihak luar yang berminat.

Menyedari peluang memasarkan produk negara ke pasaran luar mampu memberi sirna baru dalam perkembangan industri kreatif dan perfileman negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC) sekali lagi membawa wakil-wakil penerbit yang berminat ke ATF 2010.

Lebih 20 buah syarikat yang dibawa oleh Finas termasuk yang di bawah MDEC selain Primeworks, Nafalia dan KRU Studios.

Naib Presiden Industri Kreatif Strategi dan Polisi, MDEC, Kamil Othman yang ditemui pada acara tersebut memberitahu, MDEC diamanahkan dalam memperluas skop pasaran animasi ke luar negara.

Justeru katanya, ATF antara platform terbaik dalam membawa syarikat-syarikat mahupun penerbit untuk memperkenalkan produk mereka kepada pembeli daripada luar.

"Kebanyakan produk kami mempunyai lesen Finas dan di bawah kami ada lebih kurang 200 syarikat secara umum yang terlibat dalam teknologi animasi.

"Ada juga syarikat yang dibawa oleh MDEC terlalu baru dan ini bagi kami satu pendedahan yang baik untuk syarikat itu sendiri di mana dalam masa yang sama mereka boleh melihat hasil daripada produk-produk luar," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.