Adsense

Isnin, 20 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Fasha Sandha Naik Helikopter Bersiar Siar !!

Posted: 20 Dec 2010 06:44 AM PST

Bertuahnya badan dapat kekasih kaya, napi naik helikopter pulak tu. ZoOm tak pernah naik helikopter tapi naik belon ( Kapal Terbang ) selalu sangat :). Gambar ini diambil bila dan dekat mana ZoOm tak pasti, malahan helikopter yang sama digunakan semasa kekasih Fasha Sandha melawat semasa penggambaran pun tak tau..


Tapi yang pasti gambar ini diambil dari page Fasha Sandha dan tersebar sehingga ke laman forum popular di Malaysia.

Anak Sape la ni ye :)

Fly.....dengan saper tak tau tapi sudah tentu dengan jejai ( Teka Je )


Apa-apa pun bila lah Jejai nak hantai pinangan ni :) 


Apa kata anda ?

Most Popular person Justin Bieber

Posted: 20 Dec 2010 12:53 AM PST

Walaupun usia masih muda, beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan kini paling diminati di merata dunia. Namun gerak geri anak muda ini menjadi perhatian kerana sikapnya yang dikatakan seperti orang dewasa yang mengakibatkan ramai isteri dan kekasih orang menjadi fanatik disebabkan segala yang ada pada pemuda bernama Justin Bieber ni.


Selepas Gossip cinta antara Selena Gomez dengan JB,Pelakon yang pernah membintangi Video Klip Justin Bieber untuk lagu " Baby" iaitu Jasmine Villegas pulak yang dilaporkan bercium dengan Justin.



Justin Dan Selena Gomez


Justin Bieber yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Selena Gomez dilaporkan mula rapat dengan bintang That's So raven, Jasmine Villegas.

Menurut sumber kepada akhbar, Justin dan Jasmine ditemui di sebuah lokasi rahsia di Atlanta dan mereka sedang bercumbuan pada ketika itu.



Video Justin Kantoi Bercium Dengan Seorang Gadis

Justin dan Jasmine mula rapat dan sering kelihatan bersama sejak kebelakangan ini. Mereka membuat rakaman video sesama sendiri dan sekali sekala pasangan itu bercumbuan," kata sumber tersebut.

Tambahnya, Selena pula dijumpai bersama Justin sarapan bersama pada minggu lepas di Philadelphia.

"Difahamkan Selena sering menceritakan mengenai Justin kepada teman-temannya. Justin pula kini mengelirukan semua kerana memberi tanda soal adakah Justin sedang bercinta dengan dua gadis yang dua tahun lebih berusia daripadanya?



"Selena pernah berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk Justin. Pasti Selena akan bengang jika dia tahu tentang hubungan Justin dengan Jasmine nanti," kata sumber itu lagi.

Hanis Zalikha 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

Posted: 20 Dec 2010 12:41 AM PST

Header Laman Blog Hanis yang Simple Tapi Kreatif

Dalam diam-diam anak gadis ini menjadi individu yang sering di cari dalam enjin carian Google Malaysia, siapakah gadis ini yang menjadikannya individu paling popular di internet dan mengatasi Datuk Siti Nurhaliza.


Untuk pengetahuan anda gadis ini merupakan artis yang jarang sekali berada di kaca tv namun wajah dan cara beliau berkomunikasi di alam maya membuatkan ia orang yang paling dicari-cari.



Laman Blog yang beliau wujudkan 2 tahun lalu ketika ini semakin popular dan sering dikunjungi oleh ramai individu yang ingin mengetahui atau belajar membina blog. Bayangkanlah sehari 16 ribu pengunjung melawat laman blog beliau dan mempunyai 14,929 pengikut setakat semalam.


Untuk pengetahuan anda beliau adalah penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)



ZoOm : Bilalah Blog Ni nak capai pelawat 10k sehari :( sedih tapi tak apa...yang penting kita happy :) APa kata anda ?