Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

Posted: 14 Dec 2010 07:55 PM PST

 (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

Sah! Khabar angin bahawa Vanidah Imran mengantikan Maya Karin akhirnya terjawab ketika berlangsungnya sidang media di cruise Putrajaya semalam. Berpakaian ala kemelayuan serba merah, Vanidah pada awalnya tampil sedikit gugup dengan kehadiran ramai media yang seakan-akan ingin menyerang dia dengan 1000 soalan subjektif. Ha ha.

Perkembangan terbaru, Vanidah Imran merancang untuk mengurangkan aktiviti lakonan kerana ingin menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan Nona, dan menyambung pelajaran.

Menjadikan Normala Samsudin sebagai idola, Vanidah Imran pernah berangan-angan untuk menjadi pengacara Nona, ketika itu umur dia sekitar 18 tahun. Dan tidak sangka, selepas 20 tahun, Vanidah mendapat panggilan daripada pihak TV3 untuk mengacarakan program berpretij ini, bagaikan satu mimpi!

Vanidah Imran dipilih hasil daripada survey orang ramai yang inginkan pengacara'nya mempunyai ciri-ciri wanita Melayu, latar belakang yang baik, dan karakter yang tersendiri. Jujur kata, wajah & suara Vanidah Imran dilihat menepati citarasa penonton setia Nona.

Menurut produser Nona, Maya Karin sebenarnya tidak menjatuhkan rating penonton, malah menarik lebih 1.5 juta penonton bagi setiap penonton. Namun, jangkauan sasaran penonton yang sepatutnya dicapai oleh Maya Karin adalah lebih tinggi. Maklum balas yang diterima, penonton lebih suka Nona dikekalkan dengan konsep kemelayuan, tidak dipengaruhi nilai-nilai urban.

Sebagai hadiah daripada teaser kami di Twitter malam tadi, kami paparkan beberapa set gambar super gorgeous Vanidah Imran, kualiti HD.

 (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

 (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

 (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

 (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!

pixel (Gambar HD) Vanidah Imran, Pengacara Nona Musim Baru Super Gorgeous!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Azwan Ali Terbit Rancangan Realiti Satu-Satunya, Dapat Tajaan Puluhan Ribu

Posted: 14 Dec 2010 06:59 PM PST

Screen shot 2010 12 14 at 7.20.19 PM Azwan Ali Terbit Rancangan Realiti Satu Satunya, Dapat Tajaan Puluhan Ribu

Twitter Azwan Ali mengumumkan bahawa proposal rancangan realiti Satu-Satunya, baru sahaja menerima tajaan puluhan ribu, bakal ke udara secara langsung di RTM pada 14 Januari 2011, pukul 10 pm.

Kadangkala, kami ketawa besar melayan peel Azwan Ali yang suka melahar & melawak di Twitter, contohnya, baru-baru ini Azwan Ali membuat kuiz kontroversi berbunyi, "Namakan akhbar sampah No 1 yg tanggung dosa aibkan kisah adik beradik libat pic AA tanpa izin? Hadiah lumayan!"

Nak dijadikan cerita, kuiz tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan, dengan jawapan sinis daripada followers, seperti 'Utusan Meloya", "Mingguan Meloya". Mungkin ada kaitan rapat dengan artikel Ummi Hafilda (kes Anwar Ibrahim), minggu lepas.

Kalau orang yang tidak biasa dengan kata-kata Azwan Ali, mungkin akan tersentak. Namun, industri hiburan memang memerlukan Azwan Ali, diva laser No. 1 di Malaysia. Kalau tak, boring noks!

pixel Azwan Ali Terbit Rancangan Realiti Satu Satunya, Dapat Tajaan Puluhan Ribu
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan