Adsense

Ahad, 5 Disember 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tiada cinta buat Jue

Posted:

Tiada cinta buat Jue

Tiada cinta buat Jue



SAAT wajahnya ingin dipotret jurugambar, mata sekumpulan lelaki kacak berbangsa asing pantas tertancap ke arah Juliana Sophie Johari Evans.

Wanita berdarah kacukan Melayu-British yang mesra disapa Jue itu membiarkan mereka menyaksikannya beraksi.

Dengan riak bersahaja, Jue yang galak bergaya di depan lensa kamera ternyata menjadi subjek paling hangat di mata lelaki pada petang itu.

Klimaksnya, pemerhati setia wanita itu bersorak keterujaan selepas Jue melambai-lambai tangan lalu melemparkan senyuman, tatkala mengetahui dia sedang diperhatikan.

Itu atmosfera yang melatari sesi fotografi Jue bersama Sensasi Bintang. Pemuda-pemudi itu seperti mengerti bahawa bunga yang berada pada pandangan mereka, belum disunting kumbang idaman. Bahagia Jue diulik cinta dengan vokalis Bunkface, Sam mekar hanya sementara.

Ditanya gelombang paling kencang berkocak di jiwanya selepas berstatus solo, Jue mengaku bahawa status itu mengundang kesulitan.

"Situasi ini agak merimaskan sebab kawan-kawan lelaki yang lama tidak berhubung tiba-tiba menghubungi saya. Pelik jugalah kerana masa bercinta dengan Sam, tidak pula mereka hendak menelefon atau bertanya khabar.

"Terus terang, saya agak rimas dengan keadaan baru ini pada awalnya. Begitupun, saya tidak kisah jika mereka ingin berkawan. Setakat berbual seperti teman biasa, ia tidak menjadi masalah," katanya.

Jue menegaskan, buat masa ini dia belum bersedia untuk kembali bercinta.

"Saya sebolehnya ingin fokus terhadap pelajaran dan kerjaya," jawab Jue yang sedang terbakar rasa terujanya hidup berseorangan.

Menjiwai pendirian dengan memilih cinta untuk dijauhi buat masa ini, Jue melihat persahabatannya dengan Sam masih akrab biarpun benih kasih yang disemai gagal berbunga mekar.


MELIBATKAN diri dalam drama bersiri Natrah, Jue berharap agar peminat dapat menilai kredibilitinya sebagai pelakon.


Jelas Jue, dia dan Sam tidak bermusuhan malah mereka masih menyokong antara satu sama lain.

"Saya tidak mahu bermusuh dengan mana-mana bekas teman lelaki kerana mereka pernah membuatkan saya gembira.

"Sejujurnya, hubungan cinta dan perpisahan menjadi perkara normal yang harus saya lalui. Ada remaja sebaya masih sebelum bertemu cinta sejati.

"Ini dinamakan proses pembelajaran untuk mencapai kejayaan," kongsi Jue seraya tersenyum manis.

Diet karut

Pernah mengalami peningkatan berat badan sehingga 53 kilogram sehingga kelihatan berisi, Jue kini tampil dengan bentuk badan lebih langsing.

Itu perbezaan nyata yang dapat dilihat pada anak bongsu daripada tiga beradik tersebut.

"Dulu saya akui memang tembam kerana pada usia 15 tahun, saya berhenti berlatih gimnastik mewakili Selangor.

"Namun, lama-kelamaan berat badan saya mula okey dengan penurunan sebanyak tujuh kilogram tanpa perlu berdiet.

"Entah kenapa, saya tidak percaya soal diet kerana semua ini bergantung pada psikologi. Saya pernah ada perasaan kurang berpuas hati dengan fizikal badan sehingga sanggup tidak makan seharian semata-mata ingin kurus.

"Menyedari apa yang dilakukan tidak betul, saya kemudian buat macam biasa saja. Kini, saya gembira dengan hidup. Secara tidak langsung, ia membuatkan saya kurus dengan sendiri.

"Cuma, kalau boleh, saya tidak mahu nampak terlalu kurus seperti yang berlaku pada pertengahan tahun ini. Berat badan sekarang sudah dianggap ideal," jelasnya yang punya tabiat makan seperti biasa tanpa perlu mengikat perut bak sesetengah wanita.

Jelas Jue, dia rimas terhadap individu yang terlalu fanatik berdiet kerana manusia perlu bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Mengulas konsep cantik, dia tidak menilai dirinya tergolong dalam kategori tersebut.

Hakikatnya wanita berumur 21 tahun itu mengaku dia kurang yakin dan rendah diri berbanding wanita lain.

"Saya tidak menilai diri sendiri sebagai cantik. Lagipun, saya tahu wajah sebenar dan kecacatan selepas bangun tidur.

"Saya tahu ramai lagi wanita di luar sana yang punya kecantikan tersendiri. Sudah menjadi lumrah, kita tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki lalu ingin memperbetulkan itu dan ini.


PERNAH sedikit berisi beberapa tahun lalu, Jue kini selesa dengan berat badannya.


"Cuma, kalau difikirkan kembali, perasaan tidak tahu bersyukur ini harus dijauhi," ungkap Jue yang ingin membangunkan keyakinannya pada tahap lebih tinggi selepas ini.

Tidak mahu soal hati dan perasaan menyelaputi fokus peminat terhadap kariernya, pelakon dan pengacara yang semakin mengukir nama itu berkongsi cerita tentang layar seninya dengan membawa roh Natrah atau Huberdina Maria Hertogh versi drama bersiri Natrah.

Meladeni Natrah katanya, ia menjadi bekal untuk dijadikan panduan dan sempadan. Walaupun mengetahui inti pati konflik Natrah secara lahiriah sahaja, namun Jue dapat merasai kesedihan selepas membaca keseluruhan buku bersama skrip kehidupan wanita itu.

"Ini merupakan waktu terbaik buat saya membina kredibiliti sebagai pelakon. Lantaran itu, saya berazam untuk melakukan sehabis baik tambahan pula saya suka memainkan watak yang mencabar. Harap-harap peminat dapat melihat kelainan saya menerusi Natrah.

Kangkang nasi

"Saya sendiri tidak menyangka boleh melontarkan perasaan dan aliran darah Natrah dengan sepenuh jiwa.

"Saya juga terharu dapat berlakon di samping beberapa nama besar seperti Sherie Merlis dan Natasha Hudson," pantas ucap Jue.

Drama berbalut epik sebanyak empat episod diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin itu menjalani penggambaran selama dua minggu di sekitar Perak dan Kuala Lumpur. Ia bakal bertandang di slot Suatu Ketika di Astro Citra (saluran 131) pada awal Januari ini.

Selain menjiwai suka duka Natrah, pelajar tahun akhir jurusan komunikasi massa di Kolej Sunway, Petaling Jaya itu akan menghiasi layar perak menerusi Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham pada tahun depan.



Jue bergandingan dengan Zizan Raja Lawak buat kali pertama dalam filem.

Namun, bukan itu yang ingin dikongsi Jue. Dia sebaliknya mahu menceritakan pengalaman lebih mengujakan iaitu menerajui dua watak serentak - Ayu dan Maya dalam karya komedi seram itu.

Sepintas lalu, ia mengheretnya tentang karakter yang ditafsir berat untuk dilaksanakan.

"Paling tidak dapat dilupakan, saya melakonkan babak nasi kangkang. Selepas Sofea Jane sebagai Zaleha melakukan aksi sama dalam Perempuan, Isteri dan..., kini tiba giliran saya membawakan adegan sama. Saya anggap ia sebagai penghargaan dapat melakukannya.

"Cuma, babak nasi kangkang ini tidak dibuat terang-terangan.

"Saya sekadar baca mantera sambil adegan ini dilakukan dengan bantuan teknik penyuntingan supaya tidak menimbulkan kontroversi," terang Jue terhibur bekerjasama dengan Zizan yang punya perwatakan gila-gila.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nita seksi untuk diri sendiri

Posted:

Nita seksi untuk diri sendiri

Nita seksi untuk diri sendiri


MEMASUKI usia 30 tahun 2011 nanti, Nita mahu hidupnya lebih terisi matlamat.


SUDAH berdendang cinta bersama jejaka baru yang hanya dikenali sebagai 'E', Nita Hamzah kini tidak mahu berselindung di sebalik fakta.

Selepas dua bulan putus cinta, dia mengakui hatinya kini sudah beralih kepada E sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Lara hatinya terubat sudah. Kisah bercerai kasih dengan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid juga sudah dibuang jauh-jauh. Episod baru penyanyi tinggi lampai itu kini bermula.

Bukan sahaja cinta barunya menjadi topik perbualan artis malah penampilan 'berani mati' Nita pada majlis tahunan anjuran majalah EH! di ibu kota hujung minggu lalu memanaskan dunia hiburan.

Dres pendek sendat berona kulit paras paha indah membalut badan motoknya. Ada yang mendakwa Nita separuh bogel tetapi ramai mengangapnya fesyen berani.

Sensasi Bintang: Apa yang mendesak Nita untuk tampil berani dengan busana 'daring' ini?

NITA HAMZAH: Itulah saya. Apa yang mahu saya pakai, saya akan pakai tanpa banyak fikir. Tapi saya langsung tiada niat lain.

Industri hiburan terbuka dalam penampilan seksi tetapi adakah masyarakat luar yang konservatif menerima gayaitu?

Kalau diikutkan memanglah begitu. Tapi bila masuk bab fesyen, saya sekadar ingin mencuba. Jika ada yang tidak selesa dengan cara saya, saya mohon maaf.

Adakah Nita selesa sepanjang acara dan tidak terfikir pandangan orang lain?

Kalau saya tak selesa, awal-awal lagi saya tak melangkah keluar dengan pakaian itu. Idea baju itu dibincangkan bersama pereka fesyen kegemaran saya, Amir Lokman.

Saya mahu mencuba kombinasi fesyen yang masuk dengan warna kulit saya sebab saya tak pernah pakai dres sebegitu.

Sungguh saya tak sangka penampilan saya itu menjadi buah mulut ramai.

Terkejut dengan perhatian orang terhadap Nita?

Saya tak salahkan sesiapa dalam soal ini, baik orang luar mahupun pereka fesyen (Amir). Itu permintaan saya tapi saya terkilan kerana ada komen melampau.

Adakah Nita mahu lepas geram selepas kecewa dengan Zahid?

Bila saya diam, orang mengata. Bila saya keluar jumpa orang pun orang mengata juga. Kemunculan saya dengan penampilan sebegitu bukan untuk menunjuk pada sesiapa.

Nita semakin berisi dan khabarnya sedang bahagia dengan kekasih baru. Tahun baru juga bakal muncul, ada sebarang perancangan (karier dan perkahwinan)?

Tahun depan saya memasuki fasa 'three series', masuk usia 30 tahun. Kalau ikutkan, pada usia begitu saya harus fikir tentang masa depan dan apa pencapaian yang harus diraih.

Dalam soal karier, saya masih ada kontrak dengan 8 Unit, tapi tengah tunggu giliran untuk tampil dengan produk baru. Saya cuma tiada lagu baru tapi karier nyanyian berjalan seperti biasa.

Dalam soal komitmen (jodoh), saya tak nak fikir. Takutlah, nanti rancang lebih-lebih, tidak menjadi, malu dibuatnya.

Siapa 'E' sebenarnya?

Dia bukan orang dalam industri, dia bekerja di sektor swasta dan tiga tahun lebih muda daripada saya. Walaupun dia muda dan sekepala dengan saya, tapi ada masanya dia serius dan tegas.

Itu yang membuatkan saya hormat dengan sikapnya. Satu hal lagi, dia belum bersedia untuk diperkenalkan kepada media. Saya kena hormati dia. Setakat ini, saya bahagia dan gembira mengenalinya.

Selama tidak lagi berpacaran dengan Zahid, pernah berhubung atau berkomunikasi dengannya?

Tidak. Langsung tidak pernah bersemuka dan hubungan kami putus terus. Saya lebih fokus dengan diri dan hobi baru, menyelam skuba. Saya dah ada lesen skuba dan dalam masa terdekat saya akan menaik taraf lesen saya itu untuk menyelam di laut dalam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.