Nuffnang

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


Wanita tanggal pakaian semasa diperiksa

Posted: 01 Dec 2010 12:00 PM PST

du 09.1 Wanita tanggal pakaian semasa diperiksa

WAJAH Corinne yang memakai jaket dan mendedahkan seluar dalam dan colinya semasa diperiksa di sebuah lapangan terbang di Los Angeles semalam.


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang penumpang wanita menanggalkan jaket dan seluar jean sehingga mendedahkan singlet dan seluar dalamnya yang nipis untuk mengelak menjalani pemeriksaan mesin imbasan tubuh badan dikenali sebagai mesin bogel di sebuah lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam keadaan separuh bogel di depan orang ramai, wanita itu yang dikenali sebagai Furrygirl melakukan perbuatan tersebut sebagai sindiran terhadap pihak berkuasa AS di Lapangan Terbang Seatac di sini, yang melakukan pemeriksaan imbasan dengan menggunakan mesin pengimbas bogel.

Sebelum ini, pemerintah AS mencetuskan kontroversi dengan mewajibkan orang awam melalui mesin imbasan yang mendedahkan tubuh mereka dalam bentuk hitam putih di skrin sebagai langkah keselamatan sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Dalam insiden melucukan pada Ahad lalu, wanita tersebut mahu menanggalkan seluar dalamnya tetapi dia dihalang oleh beberapa anggota keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

Ketika disoal mengenai tindakannya, dengan nada sinis dia menjawab: "Saya mahu diri saya telus untuk pemeriksaan keselamatan,"

Wanita itu turut merakamkan aksinya dengan sebuah kamera video yang diletakkan di sudut berhampiran.

Dalam kejadian serupa pada pagi semalam, seorang wanita lain dikenali sebagai Corinne membuka jaketnya sekali gus mendedahkan dia cuma memakai coli dan seluar dalam semasa hendak menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

"Saya tidak mahu menjalani pemeriksaan imbasan tubuh, saya berharap dengan memakai bikini, mereka dapat melihat apa yang mereka ingin lihat," katanya. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan