Adsense

Selasa, 14 Disember 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Camelia selamat melahirkan anak?

Posted: 14 Dec 2010 03:30 AM PST

Siapa tidak kenal dengan penyanyi jelita kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Noor Camelia Abang Khalid. Sejak album terakhirnya kira-kira tiga tahun lalu, namanya terus senyap dan sukar dihubungi mana-mana media/wartawan. Kini ada berita terbaru mengenai Camelia, daripada sumber yang rapat dengan keluarga Camelia, dengarnya penyanyi itu menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan minggu lalu. Nak sahkan lagi, sumber ini dapat daripada seorang jururawat sebuah hospital swasta di PJ. Memang katanya, penyanyi itu selamat bersalin.



Dengar cerita lagi daripada seorang sumber terdekat, Camelia terus mendapatkan khidmat jururawat di situ untuk menjaga bayi comelnya serta kesihatannya sendiri. Naluri keibuan yang begitu terserlah daripada Camelia. Berita ini masih belum ada kesahihahn daripada empunya badan, tapi apa2pun, tahniah kerana kini bergelar ibu dan semoga Camelia kembali mewarnai pentas seni tanah air! -HMetro

Plat kereta no JEJ41 milik jejai?

Posted: 14 Dec 2010 03:26 AM PST

Jejai mula dikenali selepas berkahwin dengan Nora Danish selepas itu mereka bercerai dengan aman dan kini bertambah terkenal apabila menjalinkan cinta dengan pelakon kontroversi, Fasha Sandha. Jejai ni memang orang kaya, tengok sahaja kereta dia dah tahu, mula-mula kereta sport mewah, Lamborghini bernombor plat JEJ41 kemudian membeli Bumble Bee yang sama nombor platnya (maknanya pindah nombor plat daripada kereta asal), umum dah tahu yang Jejai dah beli kereta Bumble Bee ni melalui gambar dia bersama-sama dengan Fasha Sandha.




(Gambar) Nurul dan Erra Fazira di Guess Party

Posted: 14 Dec 2010 03:24 AM PST

Baru-baru ni ramai model-model dan artis telah mengayakan pelbagai fesyen pakaian di acara Guess Party. Artis-artis yang terlibat Nurul (bekas isteri Ajai) dan juga Erra Fazira. Tak dapat dipastikan pula ada apa pula dalam parti berkenaan selain pertujungan fesyen. Korang enjoy lah dulu dengan model-model dibawah ni, kalau berkenaan silalah cari sendiri. Malas nak tulis panjang-panjang, tak tahu ada apa kat sana. Hehe..

lagi gambar.....



Gambar sederhana pakaian Lisa Surihani

Posted: 14 Dec 2010 03:17 AM PST

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika menghadiri sebuah majlis formal untuk Program Merakyatkan Filem bersama OFA 2010 pada dua bulan lalu dan ini sekaligus telah menunjukkan bahawa penampilan ringkas Lisa Surihani yang sebenarnya melambangkan diri beliau yang serba sederhana namun berstyle kampung (mengekalkan fesyen gadis kampung yang serba sederhana). Apa lagi Lisa pun diserbulah dengan peminat-peminatnya dari usia remaja sehinggalah retua.