Adsense

Khamis, 4 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Kepayahan kini berbalas

Posted:

Kepayahan kini berbalas

Kepayahan kini berbalas

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


MEMENANGI trofi Pelakon Harapan Lelaki FFM23 telah memberikan semangat baru kepada Shashi.


SELAMA sedekad bergelar seorang pelakon, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui belum pernah merasai pengalaman yang cukup menakjubkan.

Kata Shashi Tharan, jika bukan kerana peluang yang diberikan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, memang mustahil untuk dia dikenali oleh pencinta filem tempatan seperti mana hari ini.

Lebih-lebih lagi selepas dimasyhurkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) baru-baru ini, Shashi dapat merasakan satu semangat baru untuknya terus mengembangkan bakat lakonannya kepada masyarakat.

"Untuk membayangkan diri saya berada dalam senarai lima calon terbaik, ia sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh akal saya. Tidak pernah terdetik pun untuk saya mengimpikan nama saya sebaris dengan Kamal Adli, Redza Minhat, Remy Ishak dan Sheikh Bolkhiah.

"Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya fikir inilah permulaan bagi saya untuk menembusi pasaran arus perdana.

"Sudah pasti, saya mahu terus diberi peluang untuk membintangi drama dan filem tempatan. Jika sebelum ini, ramai artis India tempatan hanyalah memegang portfolio sebagai pelawak, namun, saya mahu mengubah senario itu.

"Apa yang penting adalah untuk saya berkongsi bakat dengan masyarakat sekali gus memperkenalkan nama saya kepada khalayak," katanya dalam nada yang cukup optimis ketika ditemu ramah dalam sesi fotografi yang berlangsung di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan, nama Shashi memang begitu asing dan tidak sepopular artis India tempatan yang lain.

Tetapi, reputasi Shashi cukup gah dan merupakan antara aktor yang cukup diminati dalam industri penerbitan filem dan televisyen India tempatan.

Buktinya, dia pernah diikitiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Lelaki Terbaik oleh Persatuan Artis Tamil Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Tidak pernah berubah

NAMUN, bagi Shashi, apa sahaja yang dimilikinya hari ini bukanlah satu tiket emas untuknya berubah menjadi sehingga lupa segala kepayahan dan kesusahan yang pernah dilaluinya sedekad lalu.

"Saya sering mengingatkan diri saya sejauh mana pun langkah kita sehingga membawa kita ke hadapan, jangan sesekali lupa untuk menoleh ke belakang kerana di situlah terletaknya kunci segala kejayaan," ujarnya dengan maksud yang cukup mendalam.

Shashi tanpa selindung memberitahu aktiviti seni dalam komunitinya bukanlah semudah seperti mana yang dinikmati oleh karyawan arus perdana.

Apatah lagi sebagai golongan minoriti di negara ini, hasil kerja mereka hanya dapat ditonton oleh kelompok mereka sahaja tanpa mendapat publisiti yang meluas.

Tetapi kata Shashi, dia bersyukur kerana setiap karya yang dihasilkan mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan yang menayangkan drama lakonan mereka di saluran RTM.

"Sedikit sebanyak dapatlah penonton menonton hasil lakonan kami. Kalau hendak harapkan stesen televisyen swasta, memang sukar untuk kami mendapat peluang sebegitu," katanya yang sudah membintangi 25 buah drama sepanjang sedekad bergelar pelakon.

Begitu juga kata Shashi, penghasilan filem yang dilakukan secara independent (indie) dan setiap filem itu hanya ditayangkan di pawagam-pawagam kecil di beberapa lokasi terpilih sahaja.

Seperti dirinya sendiri, dia hanya sempat berlakon dalam empat buah filem sahaja filem yang memberi kejayaan manis untuknya adalah Aathma yang menobatkannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Tambahnya, kerana cintanya yang cukup mendalam dalam bidang lakonan, Shashi sanggup melepaskan kerja tetapnya sebagai seorang pengurus di salah sebuah kolej terkemuka di ibu negara sejak dua tahun lalu.

"Langsung tidak timbul rasa menyesal dengan keputusan yang saya lakukan itu kerana saya sudah dapat melihat saya berada di landasan yang betul.

"Memang saya sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan tetapi saya hanya dikenali dalam kelompok saya sendiri dan memang tiada siapa yang kenal siapa Shashi Tharan.

"Tetapi, saya rasa sekarang sudah berubah dan perlahan-lahan, peluang serta rezeki mula datang kepada saya. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan saya dan untuk itu, saya benar-benar bersyukur di atas kurniaan yang diberikan kepada saya hari ini," ucapnya berkali-kali saat ditanya perubahan hidup yang dialaminya ketika ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Artis 80-an meriahkan IFF

Posted:

Artis 80-an meriahkan IFF

Artis 80-an meriahkan IFF

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

ISLAMIC Fashion Festival atau IFF merupakan medan serlahan daya kreativiti yang cukup baik di kalangan pereka fesyen tempatan.

Aktiviti penganjuran kali kelima IFF yang dimulakan sejak Januari lalu dengan menjelajah beberapa kota fesyen terkemuka dunia termasuk Abu Dhabi, Dubai, Jakarta, New York dan Monaco kini bakal melabuhkan tirainya.

Berlangsung selama enam hari berturut-turut bermula 7 hingga 12 November ini, acara berkenaan bakal menghimpunkan rekaan hampir 50 pereka fesyen daripada pelbagai latar belakang budaya, bangsa dan agama dari negara ini.

Tidak ketinggalan, ia turut menarik perhatian penyertaan dari beberapa buah negara luar termasuk Indonesia, Singapura, India, Pakistan dan Itali.

Apa yang istimewanya, sempena kemucak IFF kali ini, ia akan menampilkan tema Moghul Splendour yang diasaskan oleh pelakon dan juga perancang perkahwinan terkenal, Datuk Raja Rezza Shah.

Tambah istimewa lagi, kemeriahan penganjuran IFF kali ini akan turut dimeriahkan oleh penyertaan barisan artis ternama tanah air yang pernah menempa kemasyhuran sekitar tahun 1980-an dan masa kini.

Senarai selebriti yang mengesahkan penyertaan mereka termasuk Aman Shah, Siti Fairuz, Halil Chik, Razis Ismail, Shidee, Noraniza Idris, Norshila Amin dan Nassier Wahab.

Tidak ketinggalan, IFF turut menarik minat Man Bai, Ahmad Fauzee, Azlina Aziz dan Liza Aziz, Rohana Jalil, Sheeda, Jamal Abdillah dan Salwa Abdul Rahman.

Sementara, barisan artis muda yang tidak mahu ketinggalan sama-sama mendokong aspirasi penganjuran ini ialah Yuna, Najwa Mahiaddin dan Syawal.

"Oleh kerana latar saya dahulu daripada aliran hiburan maka saya rasa perlu 'keluarga' saya juga ada bersama untuk sama-sama memeriahkan acara ini.

"Lebih dua tahun saya fikirkan bagaimana untuk saya menarik minat lebih ramai orang untuk mengikuti tentang perkembangan IFF.

"Jika dahulu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid pernah terlibat sama membuat persembahan kali ini saya terfikir untuk mengetengahkan artis-artis popular sekitar tahun 1980-an pula," kata Raja Rezza atau lebih mesra disapa sebagai Shah Rezza di kalangan penggiat seni tanah air pada sidang media baru-baru ini.

Pada sidang media itu juga, beliau mengumumkan, IFF turut menyenaraikan pelbagai acara termasuk majlis pelancaran, persembahan makan malam serta pertunjukan dan majlis kemuncak bakal berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Menurutnya, acara pembukaan IFF akan diadakan pada 7 November ini pukul 10.30 pagi dengan menampilkan pertunjukan fesyen bercirikan Islamik daripada pereka tempatan dan antarabangsa.

Untuk acara pembukaan itu, dua artis yang akan menghiburkan penonton ialah Aman Shah dan Siti Fairuz.

Sementara itu, kepada mereka yang merindui kemerduan suara Azlina Aziz dan Ahmad Fauzee, inilah peluang untuk anda melihat mereka beraksi.

Kedua-dua bintang popular itu akan menjayakan IFF Charity Brunch yang akan berlangsung pada 8 November pukul 10.30 pagi.

Azlina juga bakal membuat persembahan pada hari yang sama pukul 2.30 petang berkongsi pentas bersama Othman Hamzah dan Liza Aziz pada persembahan yang dihoskan oleh Protect And Save The Children Association, Selangor.

Menambahkan kemeriahan acara IFF, kolaborasi artis-artis lama dan baru iaitu Najwa Mahiaddin, Atilia, Nassier Wahab dan Yuna tentunya menarik perhatian peminat seni.

Mereka akan bergabung tenaga dalam satu acara yang bakal dihoskan oleh Persatuan Karyawan Malaysia pada 10 November pukul 10.30 pagi.

Shah Rezza turut mengumumkan, acara kemuncak iaitu IFF Gala Dinner pula bakal berlangsung di Hotel JW Marriot pada 12 November pukul 7.30 malam.

Untuk persembahan sempena malam kemuncak itu, antara artis yang bakal ditampilkan ialah Ibnor Riza, Liza Aziz dan Fredo.

IFF ternyata menjadi medan penyatuan yang menghimpunkan beberapa negara luar.

Ini jelas apabila bukan hanya pereka fesyen daripada luar mengambil bahagian malah beberapa artis luar turut tampil menghiburkan peminat.

Selain Fredo yang bakal terlibat pada acara kemuncak, penyanyi popular seberang iaitu Hetty Koes Endang juga bakal menghiburkan peminat pada majlis yang dihoskan oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA) pada 9 November pukul 7.30 malam.

Penyanyi popular dari Bollywood, Kumar Sanu juga tidak ketinggalan menghiburkan peminat pada majlis yang dihoskan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah pada 10 November pukul 7.30 malam.

Kepada mereka yang ingin sama-sama memeriahkan majlis berkenaan diundang sama untuk tempahan meja serta mendapatkan keterangan lanjut mengenai IFF dengan melayari laman sesawang www.islamicfashionfestival.com atau hubungi talian 03-4256 1060 dan 03-4256 2060.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.