Adsense

Khamis, 4 November 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Selamat Menyambut Deepavali

Posted: 04 Nov 2010 07:00 PM PDT

Salam Buat Semua, Di Kesempatan Ini, Aku Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali Kepada Semua Kawan-kawan Dan Pembaca arealcelebrity.com Yang Berugama Hindu. Dalam Kegembiraan Di Musim Perayaan Ini Dan Cuti Panjang Ini, Mesti Ramai Yang Mengambil Kesempatan Untuk Bercuti Bersama Keluarga.. Jadi, Pandulah Dengan Cermat.. Ikut Had Laju Yang Telah Ditetapkan.. Biar Lembab Lambat, Asalkan Selamat.. Read More...!!!



Dan Kepada Mereka Yang Balik Kampung Tu, Jangan Lupa Memberitahu Jiran Korang Dan Pihak Polis Semasa Ketidakadaan Korang Di Rumah ,Supaya Mereka Dapat Tengokkan Rumah Korang Tu Ha.. Kerna,Time Macam Ni La Si Malaun & Penyangak Bakal BERAYA Ke Rumah Kita.. Kan...? *Aku Macam Ade Pengalaman Je*..  Shadap U.. Hehehe...
Dan Kepada Yang Bakal Bermadu Memandu Dari Arah Utara Ke Selatan.. Korang Boleh La Melihat Lokasi Kawasan Yang Kerap Berlaku Kemalangan Atau Laluan "Bayangan Maut" Di Blog Ondscene.my Untuk Anda Lebih Berhati-Hati Di Kawasan Itu..

Akhir Kata Dari Ku,

Minyak kelapa disapu kemas sebadan,
Menjamah murukku licin sebalang
Raikan Deepavali bersama sejiran,
Minoriti majoriti bukan penghalang,

Secantik Pushpa Sekacak Rajan,
Buat cemburu si bujang Sathia,
Biar Hindraf, mahu pun kerajaan,
Yang penting kita sepakat jaya.

Dah Macam Bro Eyriqazz La Pulak Aku Ni... Hehehe... Yang Ni Pula Lagu Untuk Kita Semua.. 1Malaysia.. Hehehe... Aku Suka Lagu Nih...




P/s:Semalam Diaorang Kat Bawah Umah Aku Dok Balun Main Bunga Api Ngan Merecun Sampai Kol 2 Pagi... Lawa.. Pastu Ngan Si Ryan Tengah Tidor Pon Terjaga Sekali... Mmmm..... Apa Bleh Buat... Setahun Sekali Je Kan...



LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Tiang gol ragut nyawa

Posted: 04 Nov 2010 12:46 AM PDT

Salam Buat Semua,Malang Tak Berbau.. Begitulah Nasib Yang Di Terima Oleh Adik Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, Yang Maut Akibat Ditimpa Tiang Gol Semasa Bermain Bola Sepak Di Sekolahnya Isnan Lalu.. Berita Penuh Korang Boleh Baca Petikan Harian Metro Di Bawah..



KEPALA BATAS: "Beberapa hari lalu, dia beritahu dapat nombor dua dalam peperiksaan tahunan dan di sekolah dia aktif," kata bapa saudara Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, yang meninggal dunia pagi semalam kerana kecederaan dialami akibat ditimpa tiang gol di sekolahnya, Isnin lalu.


Shahizan Mohd Said, 29, yang ditemui di Taman Sri Desa berkata, selepas kejadian jam 12 tengah hari itu, Mohd Khairi dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

"Saya dimaklumkan Mohd Khairi kehilangan banyak darah dan doktor memberitahu dia bukan saja cedera, malah saraf otaknya rosak dan itu antara sebab dia meninggal dunia," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh sebelum dihempap tiang gol menyebabkannya mengalami pendarahan di hidung dan telinga, selain kecederaan dalaman.

Guru sekolah yang dimaklumkan kejadian itu menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

Bagaimanapun, keadaan mangsa bertambah teruk menyebabkan dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia jam 8 pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro di sekolah berkenaan mendapati dua tiang gol diikat tali penghadang selain dilekatkan notis 'Awas'.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song, jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa pagi semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - hMetro

P.s:Al Fatihah Buat Adik Mohd Khairi Iskandar Onzek..

P.p.s: Video Bawah Ni Menunjukan Golongan Mereka Yang Memang Sengaja Dok Cari Sakit..





LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.