Adsense

Khamis, 11 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video & Gambar) Majlis Pernikahan Raja Farah & Megat

Posted: 11 Nov 2010 09:09 PM PST

Screen shot 2010 11 12 at 12.59.07 PM (Video & Gambar) Majlis Pernikahan Raja Farah & Megat

Wanita Hari Ini sebentar tadi memaparkan siaran langsung majlis pernikahan Raja Farah & Megat dari Bukit Jelutong (Tropika 2), Shah Alam. Dengan sekali lafaz sahaja, Raja Farah sah menjadi isteri kepada Megat pada pukul 11 pagi tadi. Sebanyak 7 dulang hantaran berbalas 9 dihadiahkan kepada Raja Farah, dengan mas kahwin bernilai RM888 tunai.

Selepas itu, upacara membatalkan air sembahyang dilaksanakan pula oleh Megat dengan menyarungkan cincin ke jari manis Raja Farah & mencium dahinya.

Lintas langsung yang dibawa oleh TV3 ini memaparkan ucapan daripada Raja Farah & suaminya agar mendoakan hubungan mereka berdua dirahmati Allah. Walau bagaimana pun, majlis persandingan masih belum dimuktamadkan lagi.

Laporan penuh sebentar lagi.

pixel (Video & Gambar) Majlis Pernikahan Raja Farah & Megat
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Akaun Palsu, Kimi Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Lapor Polis

Posted: 11 Nov 2010 08:46 PM PST

Screen shot 2010 11 10 at 6.44.07 PM Akaun Palsu, Kimi Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Lapor Polis

Entah siapa yang berniat jahat terhadap Kimi & kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), membuat akaun palsu sebagai Kimi dan menyebarkan fitnah bahawa  MUH ialah kaki botol, kaki perempuan & mengambil dadah. Kelmarin, kami ada paparkan screenshot mengenai kes ini di Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Mengamuk Di Facebook

Kimi yang dihubungi oleh Sinar Harian berkata, "Akaun profil Facebook tersebut bukan milik saya, sebaliknya ia adalah milik orang yang tidak bertanggungjawab. Jika orang yang benar mengenali saya mereka tahu nama sebenar saya. Malah sudah ramai rakan wartawan dan rakan yang memadam akaun profil itu dari senarai rakan mereka setelah menyedari ia bukan milik saya. Saya tidak pasti apa tujuannya membuat kenyataan sebegitu, tetapi pastinya dia mahu menjatuhkan nama baik MUH."

535369749 l Akaun Palsu, Kimi Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Lapor Polis

Individu tersebut disyaki memang rapat dengan Kimi berikutan orang tersebut mengetahui nombor baru pengurus MUH ini yang baru ditukar. Kimi berpendapat lebih baik beliau membuat laporan polis sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

Apabila ditanyakan mengenai perkara ini kepada MUH, mereka percaya bahawa Kimi telah dikhianati oleh orang yang sengaja mahu jatuhkan reputasi & hubungan baik mereka.

pixel Akaun Palsu, Kimi Bekas Pengurus Meet Uncle Hussain Lapor Polis
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.