Adsense

Khamis, 11 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Rozita Tak Reka Kontroversi Mahu Bersara

Posted: 11 Nov 2010 02:08 AM PST


PETALING JAYA: Aktres Rozita Che Wan yang meluahkan hasrat untuk bersara dari industri seni menjelang Januari 2011 menegaskan dia tidak mengada-adakan cerita itu.

Dalam nada tegas, aktres drama Kiah Pekasam ini menepis dakwaan berhubung kenyataannya untuk bersara hanyalah gimik yang dilakukan untuk tahun 2011.

Malah, dia tetap dengan pendiriannya dan mahu semua pihak melihat sendiri sama ada hasrat untuk bersara benar ataupun tidak.

"Tunggu dan lihat sama ada saya buat gimik atau tidak. Siapa pun boleh bercakap saya nak buat gimik atau publisiti murahan tetapi hakikatnya saya lebih tahu.

"Saya rasa seperti ada orang dengki dengan saya. Saya tak fahamlah, cakap salah, tak cakap pun salah. Lagipun selama ni bukannya saya yang jaja publisiti tetapi media yang cari saya," ujarnya.

Kakak kepada aktres Ayu Raudhah ini tidak menafikan selepas membuat keputusan itu, semakin banyak pula tawaran berlakon dan undangan menjadi model diperolehnya sedangkan Rozita hanya ada satu bulan sahaja lagi sebelum mengundur diri dalam bidang seni.

Menurutnya, tarikh terakhir dia akan berlakon adalah 21 Disember ini. Selepas itu, dia akan kembali menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Sehingga sekarang, ramai pihak dari Astro yang mahu menawarkan lakonan kepada saya. Tetapi saya terpaksa menolak kerana sudah pilih untuk tidak berlakon lagi pada tahun depan," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama Kempink untuk TV3.

Selepas ini, dia akan teruskan dengan penggambaran telefilem Kuala Pilah Next Top Model dan drama 13 episod Ungu Hani.

Menyentuh tentang pakaian yang diperagakannya semasa Malaysia-International Fashion Week 2010 (MIFW'10) baru-baru ini yang dikatakan agak seksi, Rozita hanya mengikut kehendak pereka fesyen Zery Zamry.

"Saya cuba membantu Zery menyampaikan fesyen menerusi pakaian tersebut. Saya cuma model "catwalk" yang perlu memperagakan pakaian. "Saya rasa pakaian itu tidak terlalu seksi," katanya.

"Saya Tidak Diraba" - Intan Ladyana

Posted: 11 Nov 2010 02:08 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menjelaskan dia tidak diraba oleh sesiapa ketika menyertai program Jom Heboh anjuran TV3 di Pulau Pinang minggu lalu seperti yang didakwa dalam sebuah blog hiburan.

Bagaimanapun, dia mengaku ada membawa tabung untuk mengutip derma daripada orang ramai bagi membantu mangsa bencana banjir anjuran stesen televisyen itu

"Saya juga terkejut blog berkenaan mengatakan bahawa saya diraba ketika sedang membawa tabung untuk mengutip derma mangsa banjir di Kedah.

"Jika saya diraba sudah tentu saya dapat rasakan perbuatan itu ataupun pembantu peribadi saya juga melihat perkara tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Jelas Intan, perkara tersebut hanya sekadar khabar angin atau gurauan penulis blog berkenaan semata-mata.

"Tiada siapa yang kena raba dalam program itu. Mungkin ada pihak yang nampak saya macam kena raba tapi sebenarnya ia tidak berlaku seperti yang didakwa,"ujarnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Pulau Aman, Pulau Pinang.

Intan bakal membintangi drama terbaru slot Akasia menggantikan drama Chinta yang akan bermula pada 18 November ini.

Drama tersebut juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Kamal Adli, Cat Farish dan Aida Khalida.

google: intan ladyana, intan ladyana di raba, intan ladyana gambar, video intan ladyana di raba, gosip intan ladyana di raba peminat, intan ladyana seksi, intan ladyana hot, intan ladyana bogel, intan ladyana baju ketat, intan ladyana skirt ketat, skandal intan ladyana, terkini intan ladyana, terbaru intan ladyana

Keluarga Bimbang Gosip Percintaan Shahir

Posted: 11 Nov 2010 02:06 AM PST


PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 22, mengakui gosip percintaannya dengan pelakon jelita Rozita Che Wan menimbulkan rasa bimbang keluarganya.

Bagaimanapun, menurut Shahir, keluarga sudah memahami situasi sebenar yang berlaku dan hanya memberikan nasihat agar tidak terlalu gusar dengan khabar angin.

"Ibu saya tahu fasal gosip ini. Dia beri nasihat agar saya elakkan dari gosip yang boleh menimbulkan fitnah. Mereka juga percayakan saya berbanding khabar angin tersebut.

"Tentang Rozita, ibu saya tidak pernah campur atau beri sebarang komen, dia hanya beri nasihat secara umum sahaja. Lagi pula saya tidak pernah berbincang mengenai perempuan dengan keluarga sejak kecil lagi," katanya.

Dalam pada itu, Shahir yang beberapa kali menafikan perkara itu menganggap Rozita sebagai seorang artis yang perlu dicontohi.

"Saya menghormati dia sebagai artis lebih senior. Dia pandai bawa diri serta mempunyai kelasnya tersendiri dan bersih dari gosip-gosip hangat," ujar Shahir yang pernah bekerjasama dengan pelakon tersebut dalam drama Lawaknya Raya terbitan Astro.

Selain itu, dia juga menafikan khabar angin memiliki kereta-kereta mewah selepas bergelar artis.

"Tentang kereta mewah itu sebenarnya bukan kepunyaan saya, saya pinjam daripada saudara yang mana saya tinggal bersama mereka.

"Sejak kemalangan selepas raya Aidilfitri lalu, saya tiada kenderaan untuk pergi kerja dan mereka tawarkan supaya gunakan sahaja kereta yang ada di rumah itu. Saya hanya tumpang kesenangan mereka sahaja," katanya.

google: shahir af8, gosip cinta shahir af8, shahir af8 bercinta, skandal cinta shahir af8, shahir af8 dan rozita che wan bercinta, gambar shahir af8 dan rozita che wan, shahir af8 dan kekasih, teman wanita shahir af8

Cabaran Bob Ubah Shaheizy Sam Dalam 'Ngangkung'

Posted: 11 Nov 2010 02:05 AM PST


PETALING JAYA: Pengarah filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim yang pertama kali diberi peluang sebagai pengarah oleh Metrowealth Pictures mengakui berdepan cabaran yang besar untuk menggarap watak pelakon utamanya, Shaheizy Sam.

Dia mahu Shaheizy Sam tampil berbeza daripada wataknya dalam filem Adnan Semp-it.

Menurut pengarah yang mesra disapa Bob itu, imej dan identiti watak Adnan lakonan Sam dalam filem arahan Ahmad Idham itu telah meninggalkan impak yang besar kepada penonton.

Ini sekaligus memberikan cabaran buatnya untuk memastikan agar karakter komedi Sam dalam filem Ngangkung pula tampil dalam bentuk yang lebih segar dan berlainan.

"Saya tidak nafikan badi watak Adnan lakonan Sam dalam filem Adnan Semp-it memang kuat melekat pada minda penonton.

"Sebagai pengarah yang juga tampil dengan filem komedi, saya menggalas cabaran besar untuk menggarap elemen segar dan kelainan pada watak Sam dalam filem sulung saya ini.


Ismail Bob Hasim di samping tiga teraju utama Ngangkung, (dari kiri) Azad Jasmin, Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak.
"Saya tidak mahu jika penonton nampak 'jelmaan' watak Adnan dalam diri Sam.

"Saya cuba sedaya upaya menyuntik kelainan pada watak Azim lakonan Sam agar ia berbeza dan tersendiri. Mujurlah Sam sendiri adalah seorang pelakon yang berkaliber serta banyak memberikan idea dan penterjemahannya sendiri pada watak tersebut.

"Saya harap ia berkesan dan penonton akan nampak sisi komedi yang berbeza pada lakonan Sam kali ini," katanya yang ditemui selepas sesi pratonton filem itu di Cathay e@curve, Damansara, Isnin.

Ujarnya, bagi memberikan impak yang berbeza pada watak dan perjalanan filem itu, kebanyakan dialog dan babak komedi dalam Ngangkung turut dipinda dan diperkemas secara spontan ketika berada di lokasi penggambaran.

"Apabila berada di lokasi, saya dan pelakon-pelakon banyak berbincang untuk memberikan lebih impak pada skrip asal. Bukan ia tidak bagus cuma apabila kami berbincang sebelum memulakan sesebuah babak, banyak pandangan dan idea lebih menarik dan lucu boleh dimasukkan dalam babak atau dialog tertentu.

"Jadi, kebanyakan babak dan dialog komedi dalam filem ini dipinda sewaktu penggambaran dijalankan.

"Berdasarkan respons penonton pada sesi pra-tonton, ia nampaknya memikat, lucu dan berkesan. Jadi, apa yang kami lakukan itu ternyata berhasil. Saya harap penonton akan terhibur dan dapat mesej yang diterapkan dalam filem ini apabila ia ditayangkan nanti," katanya.

Sebelum mengarahkan Ngangkung, Bob yang berpengalaman dalam bidang penerbitan drama televisyen selama 16 tahun pernah menjadi Penolong Pengarah 1 dalam filem-filem arahan Ahmad Idham.

Antara drama-drama bersiri yang mendapat sentuhan Bob termasuk Jangan Tegur, Adnan Semp-it dan Jangan Pandang Belakang Congkak.

Filem ke-42 terbitan Metrowealth Pictures itu berkisar kepada cerita tiga sahabat iaitu Azim, Tasnim dan Wan yang merupakan kaki judi dan suka membeli nombor ekor untuk mengubah nasib kehidupan masing-masing.

Dek ketaksuban terhadap nombor ekor, mereka sanggup melakukan pelbagai cara demi untuk mendapatkan nombor ekor yang paling tepat termasuklah melakukan perbuatan mengangkung pada pendita.

Namun, nombor bertuah yang diharapkan itu tidak muncul tetapi telah mengubah segala-galanya sehingga memporak-peranda kehidupan mereka dan keluarga masing-masing.

Filem yang turut dibintangi oleh Azad Jasmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Mazlan Ahmad dan ramai lagi ini bakal menjengah pawagam pada 25 November ini.

Acha Tidak Kekok Bertemu Irwansyah

Posted: 11 Nov 2010 02:04 AM PST


BEKAS pasangan kekasih Acha Septriasa dan Irwansyah akan beraksi dalam sebuah filem cinta berjudul Love Story yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

"Filem ini adalah versi filem Heart tapi telah diperbaharui agar ia bersesuaian untuk tahun 2011. Kepada mereka yang tidak berpeluang menonton versi lalu bolehlah menonton filem ini tahun hadapan," ujar Acha.

Acha ditemui ketika tayangan perdana filem Heart 2 Heart bersama kekasih barunya, manakala Irwansyah turut hadir bersama pasangannya, Zaskia Sungkar.

"Kami berterima kasih dengan filem Heart yang menaikkan nama kami berdua. Walaupun kami sudah berpisah tapi kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.

Menurut Acha, dia tidak kekok lagi untuk berlakon dengan Irwansyah walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi kerana kedua-dua mereka sudah boleh menerima hakikat perpisahan itu.

Malah Acha juga sering kali meminta pendapat Irwansyah mengenai sesuatu babak yang bakal mereka lakonkan bersama.

"Saya sering bertemu dia dan berlakon bersama, jadi kami sudah jadi seperti rakan dan tiada lagi perasaan sakit hati seperti awal-awal dahulu," katanya.

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

Posted: 10 Nov 2010 02:31 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

"Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales)," katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

google: google: fazley, fazley facebook, fazley blog, fazley twitter, fazley myspace, fazley dan anak, fazley dan isteri, perkahwinan fazley, fazley wiki, fazley 2010, fazley sijil palsu, fazley letak jawatan, fazley resign, kelayakan akademik fazley, ijazah fazley palsu, kes pemalsuan, fazley dan ijazah palsu, kenyataan fazley, fazley terkini, fazley terbaru, fazley hot, fazley seksi, kolej fazley, universiti fazley