Adsense

Sabtu, 13 November 2010

borak kosong

borak kosong


Lelaki cacat yang gunakan kerusi roda gagalkan cubaan merompak

Posted: 13 Nov 2010 09:15 PM PST

AKSI HEBAT Seorang pemuda lumpuh yang berkerusi roda  menangkap perompak sebuah kedai. Pemuda ini lumpuh akibat kemlangan yang mengakibatkan kecederaan dipunggungnya sepuluh tahun lalu. Tapi ketika Larry Skopnik melihat seorang pelanggan yang mengancam pembantu kedai, ia tidak memperdulikan cacatnya dan berkelahi dengan perompak tersebut.



Larry Skopnik mendorong kerusi rodanya ke arah orang itu, Larry Skopnik terus menyerang perompak tersebut sehingga keduanya terjatuh dan berkelahi di lantai. Dia mampu bertahan sampai dua pelanggan lain datang membantunya. Perompak tersebut kemudian ditangkap oleh polis.Ketika kejadian dia sedang berbelanja di Food Store tersebut.




Pelukan ayah selamatkan bayi berusia 4 bulan

Posted: 13 Nov 2010 08:11 PM PST

Rakaman CCTV menunjukkant kendaraan yang di pandu Mr Hayden 82tahun meluru laju ke tepi jalan menghentam Andrew Leech yang sedang menggendong  bayinya berusia empat bulan dalam pelukannya.Mr Hayden dipercayai terkena serangan jantung.

Ketika kereta mendekati Mr Leech secara spontan dia membalikkan badannya untuk melindungi anaknya. Akibatnya dia tersepit di dinding dan membuat kakinya patah, tapi aneh dan luar biasa dia dengan tenang menggendong anaknya menurut beberapa saksi setelah kecelakaan.






Buat bangunan hotel 15 tingkat dalam masa 6 hari

Posted: 13 Nov 2010 07:35 PM PST


China seperti mahu berlumba dengan Amerika Syarikat  mengenai keunggulan di bidang apa pun, termasuk bidang pembinaan.

Ini termasuk dalam membina sebuah hotel di Changsha yang memiliki 15 tingkat dan hanya memerlukan waktu selama enam hari untuk menyiapkannya. Ini tentu saja mengejutkan, dan melambangkan keupayaan China yang memperlihatkan bahawa perkembangan ekonomi mereka terus meroket.

Hotel itu, sebagaimana dilaporkan, didirikan dengan menggunakan sejumlah teknologi tertentu, misalnya mampu tahan goncangan gempa hingga 9 skala Richter (SR), anti-suara, dan dibuat dari bahan yang semuanya dibuat di kilang. Ini merupakan salah satu projek yang disebut Ark project.

Meski bekerja 24 jam serta kesibukan , tetapi dikhabarkan tidak ada pekerja yang mengalami luka atau cedera. Bahkan, proses pembuatan hotel ini juga mesra alam  sehingga hanya membuang sedikit sisa bahan bangunan.





Singa gunung kelam kabut lari dikejar seekor anjing

Posted: 13 Nov 2010 06:25 PM PST

Anjing kecil seberat 8 kilogram ternyata mampu mengalahkan singa gunung seberat 68 kilogram. Singa itu kelam kabut lari memanjat pohon dikejar Jack anjing kecil milik Chad Strenge warga Colman, Moody County, Dakota Selatan, AS.

Kisah luar biasa ini terjadi ketika Chad mendengar anjingnya menyalak tak henti-henti  dekat tanah pertaniannya. Mendengar salakan anjingnya ini Chad  mencari di mana haiwan peliharaannya itu berada. Chad terkejut  melihat seekor singa gunung jantan berada di atas sebuah pohon dan anjingnya terus menyalak di bawah pohon itu.

Chad pun kemudian mengambil senapang dan menembak singa jantan yang buas itu hingga mati. Bangkai singa itu kemudian dibawa ke Universitas Dakota Selatan untuk dkaji.

Sementara itu seorang pakar singa gunung (cougar), Profesor Jonathan Jenks mengatakan pemburu biasanya memerlukan dua atau tiga ekor anjing untuk mengejar singa gunung. Jenks mengatakan singa gunung berkemungkinan tidak terlalu lapar sehingga tidak menyerang Jack.

Warga Dakota Selatan memiliki hak membunuh singa gunung jika dianggap mengancam keluarga, ternak dan haiwan peliharaan mereka.(link)

Sebelum bercuti Paul,lepas balik bercuti Jessica

Posted: 13 Nov 2010 05:47 PM PST

Seorang ketua balai bomba di Britain mengejutkan kakitangannya apabila dia kembali sebagai seorang wanita selepas bercuti.

Paul Canning, 45, kembali daripada percutian lima minggu dengan memakai mekap dan rambut palsu seterusnya memberitahu:" Mulai hari ini, panggil saya Jessica,".

Kakitangan balai bomba di sini dipanggil dalam satu mesyuarat oleh pihak atasan bagi memaklumkan mengenai perubahan jantina ketua mereka baru-baru ini.

Para petugas diberi peringatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak merujuk ketua mereka dengan menggunakan ganti nama wanita 'she' atau 'cik'.

Rakan-rakannya berkata, Paul mahu menjalani pembedahan pertukaran jantina sepenuhnya tetapi dia perlu hidup sebagai seorang wanita selama 18 bulan sebelum dibenarkan berbuat demikian menurut undang-undang Britain.

Difahamkan, ketua balai bomba itu pernah berkahwin dengan mempunyai seorang anak.-kosmo online



Tertusuk penyepit makanan di hidung

Posted: 13 Nov 2010 04:37 PM PST

Jangan membiarkan anak bermain dengan penyepit makanan. Seorangkanak-kanak berusia14 bulan di China harus melakukan pembedahan bedah saraf kerana sebatang penyepit makanan  masuk ke hidungnya tembus hingga ke dalam otak bahagian depan.

 Li Jingchao yang berasal dari daerah Shandong, di timur China dirawat di Bo Ai Hospital, Beijing akibat infeksi yang disebabkan sumpit yang tertancap di hidungnya dan tembus sepanjang 4 milimeter ke otak bahagian depan.Ketika  ibunya sedang mencuci pinggan di dapur. Saat itu pula Jingchao terjatuh dan sumpit tertancap ke hidungnya.

Kerana hosital setempat tidak memiliki teknologi yang cukup  untuk mengeluarkan penyepit dari otaknya, ibu terpaksa menempuh perjalanan 10 jam ke Beijing dengan menggunakan mobil, setelah terjadi kecelakaan tersebut pada anaknya.

Jingchao tiba di hospital dalam keadaan demam tinggi dan denyut jantung yang tidak teratur. Para doktor terus menyiapkan operasi bedah saraf untuk mengeluarkan penyepit yang tembus hingga ke kepalanya itu.
Doktor mengatakan, jika penyepit yang masuk ke otak sepanjang 4 milimeter tidak berhasil dikeluarkan, maka akan terjadi pendarahan hebat dan kelumpuhan otak bahkan kematian.

Penyepit itu berjaya dikeluarkan tetapi kanak-kanak itu terus berada di wad bagi mengelakkan daripada infeksi berlaku.

Untung betul monyet dan abang ni

Posted: 13 Nov 2010 10:31 AM PST


betul-betul untung woo!!!

Apa yang anda boleh buat lepas makan KFC?

Posted: 13 Nov 2010 09:30 AM PST

Agak-agak boring sambil tunggu kawan siap makan KFC
anda boleh buat macam di buat dalam gambar ini....




amacam ok tak...

Gadis dibunuh,dipanggang dan dimakan

Posted: 13 Nov 2010 09:08 AM PST

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang pemuda. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh dan dicincang malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik  gadis ditemukan di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota.Dua beg plastik telah dijumpai di dua tempat yang berbeza. Dua pemuda berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian  ini.


Karina dikenali oleh dua orang pembunuh itu. Yuri Mozhnov penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartment mereka dimana dia kemudian di benamkan ke dalam tub mandi.Kedua mereka mengatakan memakan daging mangsa kerana kelaparan.


Kedua pemuda itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian  untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Keduanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Penyiasata mengatakan mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah  gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Tompokan darah ditemukan di paip air dan lantai apartment. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di hospital sakit jiwa.

Kanak-kanak , bayi dibuang dan dibunuh

Posted: 13 Nov 2010 07:00 AM PST









???????

Di sawah padi pun boleh di buat lukisan ,keunikan orang Jepun

Posted: 13 Nov 2010 06:40 AM PST














Tingginya daya imaginasi mereka..salah satu sebab
kenapa negara Jepun banyak mencipta benda-benda pelik...


Patung monyet yang dibuat daripada 10,000 selipar

Posted: 13 Nov 2010 05:40 AM PST







Cara goreng telur tanpa kuali,bagus untuk pergi berkhemah

Posted: 13 Nov 2010 04:22 AM PST

Ini cara menggoreng telur tanpa kuali..
bagus untuk mereka yang suka bekhemah atau berkelah...




Berani tak polis tangkap pendekar ini kerana tak pakai helmet?

Posted: 13 Nov 2010 03:35 AM PST


dulu dia pakai kuda,zaman dah moden naik moto lah...

Agak kalau keretapi datang,bagaimana nasib basikal ciptaan lelaki ini?

Posted: 13 Nov 2010 02:00 AM PST

Lelaki ini telah mencipta sebuah basikal yang boleh 
digunakan diatas rel keretapi.Dengan sedikit pengubahsuian,
basikal ini boleh dikayuh....tapi bila keretapi datang bagaimana nak mengelak?
bagaimana nasib basikal ciptaan lelaki ini nanti...????






Gadis 57cm jadi bintang di India

Posted: 13 Nov 2010 01:30 AM PST

Jyoti Amge sedang menikmati populariti di industri entertainment, gadis berumur 15 tahun yang hanya memiliki tinggi badan 57cm ini dijadualkan akan tampil diprogram Bodyshock Channel4 yang ditayangkan setiap hari.

Menceburi dunia hiburan memang sudah menjadi impian si ikecil yang berat 5,4 kilogram ini,. Sebelumnya , Jyoti menunjukkan bakat bintangnya dalam sebuah klip video artis pop India Mika singh.

Dibalik postur tubuh yang supermininya, Jyoti nampaknya menyimpan semangat yang luar biasa, ia tidak mahu berdiam diri dirumah.Disekolah Jyoti juga mengenakan seragam khusus  berukuran  kecil. Dia kelihatan seperti boneka diantara teman sekelasnya. Meja belajar untuk Jyoti dibuat khusus dan nampak seperti meja mainan dan ditempatkan ditengah kelas terpisah dengan rakan rakanya agar dia dapat memperhatikan gurunya dengan baik.




Dia berbangga menjadi perempuan yang kecil dan kerana kelebihan ini dia telah menjadi popular.

Gigit telinga hingga putus kerana dipanggil 'gemuk'

Posted: 13 Nov 2010 12:45 AM PST

Gurauan yang keterlaluan boleh mendatangkan kemudaratan. Seorang pemuda 24 tahun telah digigit cuping telinganya sehingga putus oleh seorang gadis yang dipanggilnya "gemuk"

Dia telah dibawa ke hospital.Pemuda itu telah mengejek dengan panggilan 'gemuk' keatas seorang gadis Anna Godfey 21 tahun.Akibat tidak boleh menerima panggilan gurauan itu Anna telah menggigit sehingga putus cuping telinga pemuda itu.

Sehingga kini cuping telinga yang terputus belum dijumpai dan Anna telah ditahan atas tuduhan menyerang si mangsa.(link)

Untuk mengecapi kebahagian sebelum ajal,remaja 9 dan 7 tahun berkahwin

Posted: 12 Nov 2010 11:48 PM PST


Hidup Jayla Cooper, 9 tahun hanya tinggal menghitung hari, kerana penyakit leukemia yang ada ditubuh mungilnya. Namun gadis  itu menghadapi kematian secara luar biasa. Dia menikahi dengan pengidap penyakit yang sama.
Jayla menikahi Jose Grigss, yang dua tahun lebih muda darinya. Mungkin ramai yang mempersoalkan keputusan dua remaja ini . Namun, melihat daripada latar belakang kehidupan mereka, orang akan melihat ini satu alasan yang munasabah. Jayla dan Jose cuba mengecapi sedikit kebahagiaan sebelum ajal datang.


Pernikahan Jayla dan Jose berlangsung di Grapevine, Texas. Pernikahan ini disusun dalam waktu satu minggu sahaja yang menggunakan perangcang perkahwinan. Pengantin perempuan yang berpakaian putih berjalan di sepanjang hamparan, menghampiri pengantin lelaki yang menunggunya.Jayla didampingi ibunya, Jerrod Cooper.

Dilanggar ketika cuba tunjuk payudara

Posted: 12 Nov 2010 10:30 PM PST

Perbuatan nekad remaja tersebut di tengah jalan New Zealand membuat dia menanggung akibat dari perbuatannya. Seorang pemandu yang tertarikdengan perbuatannya telah melanggar remaja ini.

Cherelle Dudfield (18) dengan berani mempamerkan bahagian tubuhnya kepada pemandu di Kota Invercargill di bahagian Selatan New Zealand, setelah berminum bersama beberapa temannya. Dia mempamerkan dirinya kepada dua pemandu kenderaan dari satu jalur di tengah jalan, ketika "pertunjukan" itu berubah jadi malapetaka dia kemudiannya dilanggar oleh satu kenderaan.

Dia telah dibawa ke hospital dan hanya  mengalami luka yang kecil walaupun tercampak kecermin kenderaan itu. Remaja ini telah didapati bersalah kerana melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan mengganggu keamanan orang lain.Dia dikatakan menyesal atas perbuatannya.

bk-bila berlaku sesuatu baru sedar perbuatan itu salah......