Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


4 Kawasan Sensitif Wanita yang pantang di sentuh

Posted: 28 Nov 2010 07:08 AM PST




Hubungan seks berkualiti boleh dicapai ... jika lelaki dan wanita tahu tempat2 sensitif yang mampu merangsang pasangan mereka hingga ke puncak yang paling utama!!!

1. Kawasan di atas kemaluan

iaitu tempat tumbuhnya bulu kemaluan. 

Direktor dari Pusat Pengubatan Seksual di California, Michael Krychman MD, CM, mengatakan bahawa kawasan ini akan memberikan rasa menyenangkan pada diri Anda jika disentuh. 

Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyenangkan, sapukan minyak botanikal yang dibuat khas untuk memberikan rangsangan dan efek sensitiviti. 

Jangan rasa malu untuk meminta kepada pasangan.

Menurut kajian Indiana Universiti, perempuan yang merasa area sensitif yang ini sangat malu, akan lebih cepat mengalami orgasme.

2. belakang lutut

mungkin ramai merasa geli jika kawasan ini disentuh. 

Namun, ini adalah hot spot seksual yang sudah dilupakan. 

Jika disentuh dengan cara yang 'jujur', ia boleh menjadi punca utama yang mampu membangkitkan rasa ghairah. 

Mintalah suami anda untuk mencium, urutan lembut dengan lotion, atau gigitan lembut.

3. Perut

Sesetengah perempuan, merasakan urutan di area perut boleh memberikan pengalaman yang lebih menyenangkan. 

Amy Levine, ahli terapi seks di New York, mengatakan, perempuan boleh mencapai orgasme dengan melakukan olahraga perut. 


4. kepala

pernah menikmati layanan creambath di salon, 

Cubalah minta suami melakukan hal sama di rumah, tetapi lebih pada aktiviti seksual. 

Minta ia memberikan urutan lembut di kawasan tempurung otak. 

Area ini dikelilingi saraf yang sensitif jika disentuh. 

ramai pakar mengatakan, urutan kepala membantu meredakan tekanan dan meelancar peredaran darah.

Info | TV AlHijrah Mula Bersiaran

Posted: 27 Nov 2010 08:58 PM PST


Stesen televisyen baru bercorak Islam, buat permulaan TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. TV ini bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini.
Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai  ini terletak pada pilihan  topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre  program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif. Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau "the making of" program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.
Latar Belakang TV Alhijrah
TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.
Tujuan Penubuhan TV Alhijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai "way of life".
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Info:
Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.
Maklumat lanjut: layari http://www.tvalhijrah.com

Filem 2 Alam hanya kutip RM230,000 lebih

Posted: 27 Nov 2010 08:37 PM PST







83 pawagam menayangkan filem 2 Alam, dalam laporan FINAS baru-baru ini dinyatakan bahawa jumlah kutipan filem berkenaan sehingga tarikh 24 November 2010 hanya mencapai sasaran RM230,000, sangat jauh daripada cita-cita asal Dr Rozmey yang menyasarkan kutipan RM40 juta!. Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila dihentaman pelbagai pihak, terutamanya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.


Banyak sebab kenapa filem berkenaan sebenarnya 'gagal'. Ada orang kata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip dam Amy Search yang berdurasi 86 minit. Macam mana pula Dr Rozmey boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Semangat tu dah ada, cuma usaha tu kurang sebab tu kot kutipan kureng. Biasalah lumrah kerjaya pengarah.

Gambar Atilia dalam Harian Metro

Posted: 27 Nov 2010 08:34 PM PST

Gambar yang diambil daripada Harian Metro edisi 21 November 2010 semamngnya agak 'panas' sikit isi didalamnya. 'Panas' apa tu? memang orang yang beli 'paper' itu sahaja yang boleh melihat dengan awalnya. Tapi itulah hakikatnya, gambar Atilia (anak penyanyi senior, Salamiah Hassan)yang cukup seksi. Mungkin inilah fesyen yang mungkin sesuai untuk Atilia. Tidak dinafikan jika semakin lama Atilia makin seksi ditambah dengan gelaranya yang pernah bergelar isteri satu masa dahulu.




Gambar Rozita Che Wan usia 19 tahun

Posted: 27 Nov 2010 08:29 PM PST

Jangan terperanjat melihat wajah Rozita Che Wan yang berusia 19 tahun ni. Benar-benar tidak sama dengan yang sekarang, biasalah satu evolusi peringat usia. Gambar ni diambil
daripada majalah Remaja edisi Jun 1993. Waktu ni usia Rozita baru 19 tahun ketika itu juga dia merupakan finalis Dewi Remaja, tertera tarikh lahirnya pada 1974. Pada mulanya sukar dipercayai tapi dah tertulis nama Rozita, tak sah lagi dia lah orangnya, manis juga dia waktu mudanya.-






Siti Nurhaliza tarik diri ABPBH ke-13

Posted: 27 Nov 2010 08:22 PM PST

Dato' Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun hadapan. keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.


"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.
"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular oleh mStar.

Remy Ishak, Maya Karin digandingkan bersama

Posted: 27 Nov 2010 08:17 PM PST

Dua pelakon sensasi yang saat ini digosipkan tengah bercinta telah digandingkan bersama untuk cover majalah Media Hiburan. Mereka berdua memang nampak mesra dan
cocok dalam majalah keluaran bulan berkenaan. Tak dinafikan jika mereka mempunyai hubungan, tetapi membuat penafian mereka berdua bercinta. Sebab tidak dipastikan lagi dengan siapakan hubungan sebenar aktor kacak, Remy tengah bercinta, Tiz Zaqyah mahupun Maya Karin. Hehe.Memang itu persoalan besar yang menunggu jawapannya dilain hari. Tunggu kantoi, baru terbukti kot.

(BUKTI) TANDA KUCING DAH DEWASA

Posted: 27 Nov 2010 04:04 PM PST



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan