Adsense

Sabtu, 23 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saidah naik mahkamah tak lama lagi

Posted:

Saidah naik mahkamah tak lama lagi

Saidah naik mahkamah tak lama lagi



BUKAN sekali Joyah menghubungi Saidah untuk mendapatkan komen isu rumah tangganya yang dikatakan bermasalah itu, tapi sudah banyak kali, okey. Sampai Joyah naik jemu nak mencari kakak kepada penyanyi nombor satu negara ni.

Joyah pasti ramai yang dah tahu tentang keretakan rumah tangga yang dibina bersama Mohd. Ghazali Yahya Zikri. Ibarat retak menanti belah sahaja.

Lalu berkumandang pelbagai spekulasi mengenai perkara tersebut. Orang ni kata macam tu, orang tu kata macam ni. Sampai pening kepala Joyah nak percaya yang mana satu.

Ramai yang dah kecoh kononnya Saidah akan memfailkan penceraiannya di mahkamah tak lama lagi. Joyah tahu tarikhnya, tapi tak perlulah nak dedah. Takut nanti ramai yang menyerbu mahkamah pula nanti.

Cuma Joyah sedikit pelik apabila Saidah enggan menjawab panggilan telefon mahupun SMS yang dikirimkan. Kot yer pun tak nak komen, sekurang-kurangnya jawablah telefon tersebut. Bukan apa, lambat laun orang akan tahu juga apa sebenarnya yang terjadi. Kalau berdiam diri begitu sekalipun bukannya menyelesaikan apa-apa masalah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

"Ayah Najib tu Sarjan Hassan ya?"

Posted:

"Ayah Najib tu Sarjan Hassan ya?"

"Ayah Najib tu Sarjan Hassan ya?"

Irdina: Mummy, ayah Najib Tun Razak ni, dia pun pernah jadi Perdana Menteri kita, kan?

Saya: Aha, kenapa?

Irdina: Siapa nama ayah dia?

Saya: Cuba kakak teka?

Irdina: Sarjan Hassan eh? Kan?

Saya: Hahahaha!

ALAM ketawa yang berderai, kepala saya duduk berfikir, macam mana anak yang baru berusia 9 tahun boleh mendengar dengan tekun ucapan seorang Perdana Menteri melalui televisyen?

Ini kerana ketika saya berusia 9 tahun, saya tak pernah mahu menonton sebarang ucapan yang berjela-jela.

Saya hanya tengok kartun dan rancangan hiburan, hanya sesekali tengok program Berita, itu pun sebab takut dengan 'jelingan manja' ayah saya setiap kali pukul 8 malam menjelma.

Jauh sekali berjam-jam berada di depan televisyen hanya untuk melihat seorang pemimpin berucap, apatah lagi kalau subjeknya saya tak faham.

Tetapi anak saya boleh mendengar dengan ralit ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-61, di Dewan Merdeka, Khamis lalu.

Walaupun hanya sekitar setengah jam, saya percaya kalau tidak perlu ke sekolah, hari itu dia akan tekun mendengar sehingga ke hujung ucapan yang berjam-jam itu.

Ternyata anak-anak dan remaja kita hari ini sungguh berbeza. Kematangan mereka begitu luar biasa malah seringkali bertanyakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka.

Lalu saya teringat anak seorang teman, yang setiap hari tak boleh hidup tanpa membaca akhbar Kosmo! Baru berusia 11 tahun, anak teman saya ini akan menangis dan meraung kalau sehelai saja muka surat Kosmo! yang sampai ke tangannya hilang.

Anak kecil ini cukup tahu akhbar yang diminati itu adalah akhbar kompak yang berkualiti, bukan sensasi yang loya lagi meloyakan. Belum lagi menghafal segala jenis riwayat dan sejarah, tanyalah tentang pemimpin si polan dan si polan, semua masak dalam kepala anak sahabat saya ini.

Itu baru kanak-kanak kecil, bagaimana dengan anak muda yang layak kita panggil pemuda dan pemudi tiang bangsa?

Pemikiran anak muda hari ini, jauh lebih matang dan terbuka berbanding zaman saya, zaman ayah dan datuk nenek kita dahulu kala.

Berani mengeluarkan pendapat, tidak takut untuk menyatakan pendirian (walaupun adakalanya tahu dilihat salah) dan mahu dilihat rebel. Kalau tak rebel, bukan jiwa muda, kata mereka.

Justeru, saya tertanya-tanya, mana pergi wira di kalangan orang muda yang bercakap tentang hak dan keinginan orang muda dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini ini?

Walaupun sedar sokongan orang muda perlu diperhebatkan untuk bersama-sama dengan kepimpinan yang ada hari ini, kita tidak nampak usaha jitu dilakukan.

Dan saya teringat, ada menonton seorang pensyarah politik di saluran TV3 pada hari yang sama menyaksikan ucapan Perdana Menteri itu.

Pensyarah berkenaan dengan yakin berkata, lebih kurang begini "PWTC dan persidangan agung UMNO tak ubah macam Istana Budaya, tempat orang bergurindam, berdrama dan berpantun."

Saya sangat berharap agar pendapat pensyarah berkenaan salah sama sekali.

Ini kerana, saya tidak mahu masa depan anak-anak saya kemudian hari menjadi caca-marba di tangan pemimpin yang tidak berkualiti dan hanya pandai dengan retorik dan kepalsuan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.