Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Gemilang rumah terbuka

Posted:

Gemilang rumah terbuka

Gemilang rumah terbuka


PASANGAN suami isteri popular, Siti Nurhaliza dan Khalid Mohammad Jiwa tidak pernah ketinggalan memenuhi undangan Kumpulan Utusan setiap kali Syawal.


TRADISI menyambut Syawal di Malaysia sungguh menyeronokkan. Acara rumah terbuka pula menjadi kelaziman.

Sepanjang bulan Syawal, kemeriahan rumah terbuka dapat dirasakan. Di sana sini, kebanyakan daripada kita tidak mahu melepaskan peluang meraikan tetamu.

Kumpulan Utusan tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan hari penuh kegembiraan ini.

Bahagian pengurusan korporat syarikat media itu misalnya mengadakan majlis rumah terbuka meraikan para pelanggannya dan rakan-rakan perniagaan serta selebriti.

Acara yang berlangsung penuh gemilang itu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur dihadiri oleh lebih 5,000 orang.

Hadir sama memenuhi jemputan Kumpulan Utusan ialah artis-artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Rozita Che Wan, Sofea Jane, Erma Fatima, Didie Alias, Haiza, Fasha Sandha, Fazli Zainal, Roslan Shah dan ramai lagi.

Sementara tokoh-tokoh politik, ahli-ahli perniagaan, tokoh koporat, pengamal media dan lain-lain juga hadir memeriahkan majlis yang berlangsung sehingga pukul 7 malam itu.

Selain daripada majlis yang dianjurkan oleh pengurusan korporat Kumpulan Utusan itu, sidang editorial akhbar Utusan Malaysia juga mengadakan majlis rumah terbuka.

Acara yang diadakan pada Rabu lalu menghimpunkan lebih 1,000 tetamu biarpun ketika hujan turun dengan lebatnya.

Sidang editorial Utusan Malaysia mengadakan majlis itu di pekarangan ibu pejabat akhbar itu di Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Dengan pelbagai hidangan hari raya termasuk lemang, rendang dan sebagainya, sebanyak tiga ekor kambing panggang turut menjadi perhatian tetamu.

Selain para petugas di akhbar itu, majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis serta kenalan-kenalan yang selama ini memberi sokongan padu terhadap akhbar yang menjadi kebanggaan ramai ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Kembali selepas 18 tahun

Posted:

Kembali selepas 18 tahun

Kembali selepas 18 tahun

SELEPAS kali pertama dan terakhir disatukan dalam filem A Few Good Men pada tahun 1992, dua aktor Gred A Hollywood, Tom Cruise dan Jack Nicholson akan kembali bersatu di layar perak.

Bakal digandingkan dalam filem yang berjudul El Presidente, ia bakal menyaksikan gandingan terbaru dua pelakon hebat itu selepas 18 tahun.

Sememangnya ia cukup dinanti-nantikan oleh peminat dan pemerhati dunia hiburan Hollywood kerana menerusi filem A Few Good Men, Cruise dan Nicholson sudah membuktikan keserasian mereka dalam filem tersebut.

Dikhabarkan studio terkemuka, Warner Bros. sudah pun membeli hak cipta filem tersebut daripada penulis skrip, Daniel J. Goor dan kini hanya menunggu pengesahan daripada Cruise dan Nicholson sahaja.

Seperti mana yang tercatat dalam laman web The Los Angeles Times, Cruise akan membawakan watak sebagai seorang agen penyiasat manakala Nicholson pula sebagai seorang bekas Presiden yang memiliki reputasi buruk.

"Dalam filem ini, penonton akan dapat menyaksikan pembawaan karakter yang berbeza antara Cruise dan Nicholson tetapi bukan antagonis.

"Mereka mempunyai matlamat dan misi yang sama apabila nyawa masing-masing dalam bahaya. Karakter Nicholson lebih warna-warni manakala Cruise pula lebih serius," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Warner Bros. seperti mana yang tercatat dalam laman web The Los Angeles Times.

Buat masa ini, penggambaran dan pengarah yang akan mengarahkan filem ini masih belum diputuskan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.