Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Awal Ashaari Minat Jadi Pengarah Videografi

Posted: 08 Oct 2010 06:33 PM PDT

Nak jadi jurugambar atau pengarah filem? Sekarang dah ada program realiti baru, Detik Bersama Handycam yang mengumpulkan anak-anak muda berjiwa kreatif yang berminat dengan dunia pengarahan filem.

Pada 7 Oktober 2010 lalu, Budiey sempat untuk singgah di Sidang Media Pelancaran Detik Bersama Handycam yang diadakan di Zetabar, Hotel Hilton. Bakal disiarkan di Astro Ria mulai 17 Oktober 2010, jam 6.30 petang, rancangan bersiri realiti terbaru selama 30 minit ini akan dikendalikan oleh pengacara popular, Awal Ashaari.

Akan menampilkan 10 episod istimewa bertujuan untuk mencungkil bakat pengarah generasi baru. Mana tahu suatu hari nanti, peserta yang terpilih ini akan menjadi pengarah filem terkenal. Tak mustahil kalau ada bakat dan kemahuan yang tinggi. Semua boleh jadi.

Budiey dapat tahu pemenang program ini kemungkinan besar akan mengarah sebuah telemovie dengan peralatan yang ditaja sepenuhnya oleh Sony.

Kata Awal Ashaari, dia memang seronok menjadi pengacara program ala Amazing Race kerana selain dapat mengembara di beberapa buah negeri, Awal juga dapat mendalami sedikit sebanyak tentang selok belok pengarahan dan pembikinan sesebuah filem. Antara destinasi negeri terpilih ialah Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak, di mana setiap destinasi akan dibina wayang pacak. Selepas tugasan diselesaikan, rakaman peserta yang berjaya disiapkan dalam tempoh 8 jam akan ditayangkan kepada penduduk setempat untuk diberikan pemarkahan. Setiap minggu akan ada pengarah profesional dijemput memberikan kritikan tetapi bukan sebagai juri.

Awal Ashaari selaku hos juga akan membawa handycam Sony untuk merakam detik-detik bersama peserta. Sedikit sebanyak ini menguji sejauh mana kemampuan dan kreativiti Awal Ashaari yang bertindak selaku hos program. Tapi sure Awal boleh buat punya sebab konsep ceria program ini sesuai dengan aura dan karakter yang ada pada Awal.

Kalau sebelum ini Awal dah biasa rakam video untuk tatapan peminatnya di Facebook, tapi kali ini rakamannya akan ditayangkan di TV.

Program Detik Bersama Handycam yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Sony Malaysia.

Gambar Awal Ashaari di Sidang Media Pelancaran Detik Bersama Handycam.

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Awal Ashaari

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trivia: Awal Ashaari Angkat Sape Ni?
  • Gambar Awal Ashaari di The Big F&N Fest 2010
  • Ucapan Awal Ashaari Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Video Hadziq Tom Tom Bak Sayang Awal Ashaari
  • Awal Ashaari Jurucakap Rasmi Kad Dot Red Red Box
  • Awal Ashaari Mahu Cepat Kahwin
  • Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED
  • Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Awal Ashaari di Red Box
  • Gambar Awal Ashaari di Showcase No Black Tie Alibi Music
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    Gila Gila Canon Camera Sale

    Posted: 08 Oct 2010 06:01 PM PDT

    Mahu beli kamera Canon? Ya, sekarang adalah masa yang tepat kerana inilah masanya! Canon, produk kamera bermutu tinggi dengan kualiti gambar yang mantap telah mengadakan satu jualan malatop. Tawaran sehingga 30% wa cakap sama lu!

    Jualan ini berlangsung dari 7 September hingga 15 Oktober 2010. Jadi, jom cepat-cepat dapatkan kamera Canon yang anda inginkan itu.

    Camera Canon EOS 60D, antara kamera terbaru keluaran Canon sedang berada di pasaran. Budiey rasa, kamera ini sesuai dengan anda yang suka tangkap gambar dan boleh buat video dalam bentuk Full HD!

    Jom serang pengedar dan pusat jualan Canon yang terpilih sekarang!

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kapow, Batman, Spiderman, Catwoman
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia
  • DRAMA NOKTAH DENDAM DAN DRAMA GILA DI RTM2
  • Gambar Aril Cium Qhaud Cetus Kontroversi
  • Hussien Abu Hassan Meninggal Dunia
  • Gambar E'One, Azura dan DeQ'Wan Pengacara Baru Remaja TV3
  • Gambar Terbaru Nubhan AF di Sidang Media Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Gossip: Kerenah Artis Gila Meroyan
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.