Adsense

Rabu, 20 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Preview Filem 2 Alam Dr Rozmey Yang Hancur!

Posted: 20 Oct 2010 11:43 AM PDT

Kecewa, itu yang kami rungkaikan daripada rakan-rakan wartawan yang menonton preview filem 2 Alam yang ditayangkan ketika Festival Filem Malaysia (FFM 23) berlangsung. Bukan apa, seorang wartawan yang kami selalu jumpa di majlis-majlis Astro atau Media Prima menyatakan lebih baik sedekahkan sahaja duit kepada mak cik jual kerepek atau orang buta minta derma. Lebih puas katanya!

Bukan itu sahaja, blogger Budiey terus cakap, "Tak best langsung!"

Tak sabar juga kami nak tahu review-review daripada wartawan hiburan yang lain, mungkin tayangan selama 2 jam itu memberikan 'mental torture' yang maksima bagi tahun 2010. Nasib baik kami tidak dijemput menonton filem tersebut, lebih kool kalau kami kata, kami melepak bersama Rozita Che Wan (serius, gorgeous!), Yasmin Hani, Ezlynn & Dynaz, bersama rakan media, Beautifulnara.

Kami ada ikuti sedikit tweet DDR (panggilan manja Dr. Rozmey), kadang-kadang ada betul cakapnya, tetapi kami lebih banyak meluat daripada setuju.

Andai kata 2 wartawan popular di atas pun geleng kepala, macam mana pula perasaan penonton yang lain? 2 Alam boleh jadi joke of the year!

Jangan cakap RM40 juta, 100k pun belum tentu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tahniah! Magika Bolot 5 Anugerah Di Festival Filem Malaysia (FFM) 23

Posted: 20 Oct 2010 09:48 AM PDT

Kami sudah jangkakan, filem Magika layak memenangi banyak anugerah sempena Festival Filem Malaysia (FFM) 2010. Pada yang sudah menonton filem tersebut, rata-rata memang akui kehebatan jalan ceritanya memang mantap . Tambahan lagi, krew-krew KRU Studio memang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh menyiapkan filem ini dengan kualiti bertaraf dunia. Sekali lagi, tahniah kami ucapkan.

Anugerah yang dirangkul oleh Magika ialah kostum/busana, lagu tema asal terbaik (Edry Abdul Halim), penataan seni terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), pelakon kanak-kanak terbaik (Fimie Don), dan pengarah harapan (Edry Abdul Halim).

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.