Adsense

Jumaat, 29 Oktober 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Juara Gadis Melayu Musim Ketiga Milik Rina

Posted: 29 Oct 2010 10:58 PM PDT

Rina dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu 3 di Auditorium MBSA, Jumaat.

SHAH ALAM: Selepas tiga bulan Gadis Melayu musim ketiga bersiaran, malam kemuncaknya yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Jumaat menjadi milik Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, selepas diumumkan sebagai juara.

Dengan kemenangan tersebut, gadis berasal dari Subang Jaya, Selangor itu berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.

Sementara Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, mendapat gelaran naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer bernilai RM7,000 dan jambangan bunga.

Rina turut menerima hadiah barangan Singer berjumlah RM10,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang memenangi wang tunai RM1,000, barangan Singer RM5,000 dan jambangan bunga.

Program realiti yang turut disiarkan di TV9 itu buat pertama kalinya menampilkan sembilan finalis dalam pertandingan akhir itu.

Enam finalis yang lain iaitu Afiqah Hazwani, Md Nordin (Afiqah),18, Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie),20, Siti Nur Afiqah Abdullah (Siti),21, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah),21, dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura),24, turut membawa hadiah sagu hati.

Afiqah dan Siti, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer RM1,000 dan jambangan bunga manakala Mimie, Hidayah, Zakiah dan Mastura mendapat wang tunai RM500, barangan Singer RM700 dan jambangan bunga setiap seorang.

Rina (kiri) bersama-sama lapan finalis lain yang bertanding dalam Gadis Melayu 3.

Keputusan ditentukan berdasarkan 50 peratus markah daripada penjurian awal yang diukur melalui kepintaran, penampilan dan cara berkomunikasi.

Pada malam kemuncak pula 30 peratus markah adalah melalui persembahan masing-masing.

Barisan juri pada pada malam kemuncak adalah pengacara Ezzah Aziz Fawzy (ketua juri), penerbit dan pengarah Ahmad Idham, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie, Timbalan Pengarang Unreserved, The Malaysian Reserved, Sharifah Suraya Al-Attas dan bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin.

Persembahan yang dilakukan oleh para finalis turut dibantu oleh beberapa artis terkenal tanah air seperti Razali Hussain, Mia Sara, Kamal Adli, Ery Putra dan Ana Raffali.

Program ini dhoskan oleh Ashraf Muslim dan Sharifah Shahira.

Peringkat akhir Gadis Melayu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Bersesak dalam kandang lembu

Posted: 29 Oct 2010 07:04 PM PDT


DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya.
DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya.

BACHOK: Akibat kesempitan hidup, 12 beranak terpaksa bersesak dalam kandang lembu diubah suai menjadi bangsal mereka di Kampung Pak Mali, Bakong dekat sini, sejak setahun lalu.

Walaupun hidup dalam keadaan sukar dan serba kekurangan, itu hakikat terpaksa dilalui keluarga Salma Mamat, 36, dan Zakaria Abdullah, 42, selepas dihalau pemilik rumah sewa mereka di Pekan Gunong sebelum ini kerana tidak mampu membayar sewa.


Salma berkata, suaminya yang bekerja sebagai buruh hanya mampu menyediakan makan minum ala kadar untuk keluarga.


"Kami tiada pilihan selain tinggal di dalam bekas kandang lembu ini sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas. Jika hujan lebat, tanah yang menjadi lantai rumah kami akan becak menyebabkan kami bertambah tidak selesa," katanya sayu.Dalam menjalani kehidupan seharian, pasangan itu terpaksa bersesak-sesak dengan lapan anak berusia antara setahun setengah hingga 22 tahun selain dua menantu iaitu isteri kepada anak sulung dan kedua mereka.


Biarpun sejumlah 12 orang tinggal di dalam bangsal yang serba daif itu, keluarga Salma hanya mempunyai satu katil buruk sebagai tempat tidur paling selesa.

Lapan anak Salma dan Zakaria ialah Mohd Badrul Hisham, 22; Mohd Badrul Azizi, 21; Sri Dalila, 18; Mohd Badrul Fauzi, 16; Mohd Badrul Hakimi, 15; Mohd Badrul Aminuddin, 13; Sri Mas Ayu, 6, dan Sri Dahlia Natasya, setahun setengah.Menurut Salma, hanya dua daripada anaknya iaitu Mohd Badrul Fauzi dan Sri Mas Ayu bersekolah kerana mereka tidak mampu menanggung persekolahan anak yang lain.


Katanya, biarpun anak sulung dan keduanya sudah berkahwin serta bekerja, namun mereka terlalu miskin untuk membantu keluarga.


"Malah, isteri mereka turut tinggal bersama kami, menjadikan keadaan bangsal kami bertambah sesak. Dua anak lelaki saya hanya bekerja sebagai buruh dan mereka juga tidak mampu memiliki rumah sendiri.


"Memang sukar bagi kami meneruskan kehidupan setiap hari dan hanya mampu menikmati nasi berlauk kangkung dan budu. Jika teringin sangat makan lauk ikan, anak saya akan mencarinya di sekitar bendang dan sungai berdekatan," katanya.


Salma berkata, dia sekeluarga amat mengimpikan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi membesarkan anak.


"Rumah adalah keutamaan saya ketika ini, tambahan pula musim tengkujuh akan tiba tidak lama lagi.


"Jika kami masih tinggal di bangsal ini bermakna sepanjang malam kami akan tidur beralaskan tanah yang basah selain menghadapi masalah bumbung bocor," katanya.

"Tinggal Serumah, Tak Buat Apa-Apa" - Aida Khalida

Posted: 29 Oct 2010 07:03 PM PDT

Aida kini lebih tenang hidup solo.

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.

"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.

"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.

Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.

"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.

"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung.

Nikki Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 29 Oct 2010 07:03 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Nikki Palikat (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Liam Mok pada pukul 7.08 malam, 27 Oktober lalu di Hospital Pantai, Bangsar.

Bayi seberat 3.31 kilogram itu dilahirkan terlebih awal kerana isteri kepada komposer Audi Mok itu dijangka bersalin pada 4 November.

Nampaknya hasrat Nikki untuk mendapat bayi yang dilahirkan pada bulan yang sama dengan tarikh lahirnya dan Audi iaitu pada 1 November dan 23 November tidak kesampaian.

Nikki dan Audi berkahwin pada 27 Jun 2009.

Bront Palarae Mahu Bimbing Bakat Baru

Posted: 29 Oct 2010 07:02 PM PDT

Bront Palarae bersama trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenanginya menerusi filem Belukar di FFM23, Ahad lalu.

PETALING JAYA: Aktor Bront Palarae, 32, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, yang dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Ahad lalu, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai medium terbaik untuk dia memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Menurut Bront, penghargaan yang diberikan itu sekalipun tidak diduga adalah satu penghormatan buat anak seni sepertinya.

Ekoran itu, pelakon filem Belukar ini merancang untuk menyumbangkan kebolehan, bakat dan pengalaman yang ada dalam membentuk anak-anak muda yang berminat terhadap bidang lakonan.

"Pengiktirafan ini adalah satu peluang terbaik untuk saya memberikan sumbangan semula kepada masyarakat. Saya ingin mencari ruang dan masa yang sesuai untuk membantu mengembangkan dunia lakonan tanah air.

"Selepas ini, saya merancang untuk membimbing dan berkongsi pengalaman yang ada dengan anak muda yang benar-benar berminat dengan dunia lakonan. Mungkin menerusi bengkel atau kelas lakonan.

"Harapan saya agar industri filem tanah air terus subur dan berkembang dengan kemunculan lebih ramai generasi pelapis. Itu yang saya ingin lakukan kepada masyarakat," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Bront kini sedang terlibat dengan penggambaran filem terbarunya iaitu Bunga Lalang arahan Din Said.

Filem yang turut menampilkan Zahiril Adzim dan Faizal Hussein ini dijangka menemui penonton pada tahun depan.

Leona Lewis & The Veronicas Di Bukit Bintang Hari Ini

Posted: 29 Oct 2010 07:01 PM PDT

Leona Lewis.

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa, Leona Lewis dan kumpulan pop rock dari Australia, The Veronicas akan menjayakan persembahan sempena pelancaran model terbaru Volkswagen di sepanjang jalan Changkat Bukit Bintang, Sabtu (hari ini) bermula pukul 7 malam.

Ia sebagai tanda rasminya model kereta Volkswagen Polo 1.2l 105PS, The Golf dan Scirocco 1.4l 160PS.

Selain dua artis antarabangsa itu, persembahan secara percuma tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan termasuklah Liyana Fizi, Twilight Action Girl, Arabyrd, Bittersweet, Atilia, Kyoto Protocol dan Tenderfist.

The Veronicas yang terdiri daripada Lisa (kiri) dan Jessica bersama Andreas

Menurut The Veronicas yang dianggotai oleh kembar berusia 24 tahun, Lisa dan Jessica Origliasso, mereka akan menjanjikan persembahan yang gempak untuk para penonton.

Antara barisan artis tempatan yang turut akan berkongsi pentas dengan The Veronicas dan Leona Lewis.

"Kami akan menyanyikan lagu-lagu baru pada persembahan esok dan pastinya akan menghiburkan para penonton yang hadir.

"Selain itu, kami tidak sabar untuk berkongsi pentas dengan Leona Lewis kerana dia mempunyai bakat yang sangat mengagumkan," kata Lisa sewaktu sidang media di Wisma Volkswagen, Bangsar, di sini, Jumaat.

Lisa dan Jessica tiba di ibu kota sehari lebih awal berbanding Leona Lewis.

Lisa dan Jessica bersama-sama model terbaru, Volkswagen Polo 1.2l 105PS.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Andreas Prinz berkata beliau sangat gembira dengan acara seperti ini dan percaya ia akan menjadi pelancaran jalanan yang paling besar di Malaysia.

"Apa yang paling penting adalah untuk kami memperkenalkan model terbaru Volkswagen. Kami berharap ramai orang di Kuala Lumpur akan datang ke majlis pelancaran ini.

"Kami juga berbangga untuk membawakan persembahan daripada Leona Lewis, The Veronicas dan artis tempatan," kata Prinz.

Christina Aguilera Belum Puas

Posted: 29 Oct 2010 07:01 PM PDT

MESKIPUN sudah meraih empat penghargaan pada Anugerah Grammy dan menjual jutaan album, penyanyi Christina Aguilera (gambar) masih belum puas dengan kariernya.

Ini kerana Christina, 29, merasa dirinya belum betul-betul berjaya.

"Saya masih belum mencapai banyak perkara," ujar Christina, menurut Showbiz Spy, Jumaat.

Penyanyi yang popular menerusi lagu What a Girl Wants itu mengaku kejayaan yang diraih sebelum ini belum menepati keinginannya dan dia akan berhenti dari industri ini sekiranya semua telah tercapai.

"Saya seorang yang dahagakan prestasi dan sangat mementingkan kesempurnaan," katanya.

Christina yang baru saja bercerai dengan Jordan Bratman, mahu berlakon lagi di layar lebar.

Setelah tampil dalam filem muzikal Burlesque, Christina seolah-olah mendapat tentangan sebagai seorang aktres.

Burlesque yang diarahkan oleh Steve Antin akan ditayangkan di pawagam pada November ini.

Dalam filem tersebut, Christina berlakon dengan seniornya, Cher.

Nelson Mandela Antara Inspirasi Nama Anak Celine Dion

Posted: 29 Oct 2010 06:59 PM PDT

PENYANYI Celine Dion (gambar) dan suaminya Rene Angelil (gambar) mengumumkan nama bayi kembar mereka iaitu Eddy dan Nelson.

Celine memberikan nama Eddy sempena nama Eddy Marnay, lelaki yang pernah menerbitkan lima album penyanyi My Heart Will Go On itu.

Sementara nama Nelson diambil sempena nama Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan.

Celine pernah bertemu dengan Nelson sewaktu menjayakan persembahan jelajah di negara tersebut pada dua tahun lalu.

"Celine sudah menganggap Eddy seperti ayahnya dan lelaki itu juga mempunyai pengaruh yang besar kepada Celine dan Rene.

"Sementara Rene memberitahu walaupun hanya menghabiskan masa beberapa minit dengan Nelson, namun dia dan isterinya sangat berpuas hati," kata jurucakap penyanyi berusia 42 tahun itu, menurut People, Jumaat.

Celine sangat bingung untuk memilih nama anak kembarnya itu. Ibunya meminta dia menggunakan nama persis orang Perancis, sedangkan anak sulungnya ingin adik-adiknya memiliki nama seperti orang Amerika.

Penyanyi kelahiran Kanada itu melahirkan bayi kembar mereka pada 23 Oktober lalu di Pusat Perubatan St Mary, Florida.

Sejauh mana keberanian karyawan kita?

Posted: 29 Oct 2010 06:58 PM PDT

Tema Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke-23 baru-baru, berhasrat mengangkat filem Malaysia ke persada dunia. Jika dilihat ia bukan omongan kosong tetapi merupakan pemangkin semangat untuk industri perfileman bergerak ke hadapan.

Bukan sahaja menguasai negara Asia tetapi menakluki dunia adalah sasaran utama. Tidak hanya hasrat FFM untuk menakluki dunia diragui, malah banyak juga pihak yang menggeleng kepala apabila senarai pemenang FFM kali ini seperti ada yang tidak kena. Tinggalkan sahaja keraguan itu kerana yang menang sudah terima habuannya dan yang kalah pula harus terus bersemangat untuk memberi saingan pada FFM akan datang.

Apakah sebenarnya formula untuk mempertingkatkan lagi mutu setiap karya filem tempatan agar ia boleh diterima tanpa banyak rungutan. Apa pula ramuannya untuk menjulang filem tempatan ini di mata dunia? Cukupkah sekadar bergantung pada penulisan skrip sahaja atau kegigihan pengarah untuk mewarnai skrip yang diberikan. Atau isi skrip itu sendiri, di mana pelakon-pelakon yang diberi tanggungjawab untuk merealisasikan kehendak cerita?

Namun, yang menjadi persoalan, sejauh mana karyawan-karyawan Malaysia ini berani menyahut cabaran membawa filem Malaysia ke persada dunia? Menghasilkan karya yang agak klise adalah langkah selamat untuk mengaut keuntungan. Ada juga karyawan kita yang bercita-cita tinggi, tetapi terhenti dek kerana masalah kewangan.

Justin Bieber kembali solo

Posted: 29 Oct 2010 06:56 PM PDT

Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi remaja Jasmine Villegas, kini Justin Bierber kembali solo. Penyanyi berusia 16 tahun ini telah membuat pengumuman tersebut ketika menghadiri majlis The Power of Youth di Los Angelas, baru-baru ini.

Justin yang sebelum ini dilihat telah membawa Jasmine ketika mengadakan konsert di Hawaii bagaimanapun, tidak mahu bercerita lanjut mengenai perpisahan mereka.

Biarpun sudah berpisah, tetapi Justin dan Jasmine dikatakan tidak bermusuh sebaliknya sentiasa memuji antara satu sama lain.