Adsense

Sabtu, 12 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander

Posted: 12 Jun 2010 03:53 AM PDT

PETALING JAYA: Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, di sini hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.

Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.

Harith yang diapit sahabat baiknya, Hans Isaac turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senaskhah al-Quran dan satu persalinan kain kepada pihak perempuan.

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya tali leher Louis Vuitton, kasut Valentino, set wangian Dunhill, buah-buahan dan manisan Paatchi Chocolate.

Sementara itu, Harith memberitahu pemberita, sepanjang majlis berlangsung dia terkenangkan arwah kedua ibu bapanya yang baru sahaja meninggal dunia bermula bapanya, Musa Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 26 Februari diikuti ibunya, Farida Jane Musa, 83, tiga minggu kemudian.

"Sebelum meninggal dunia, ibu sempat berpesan bahawa dia akan 'berpihak' kepada Jezamine kerana dia terlalu sayang padanya.

"Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Hari lahir ibu dan bapa kebetulan jatuh pada bulan ini dan kami memilih hari ini bagi memperingati mereka," ujarnya.

Jezamine pula terpaksa mengharungi tentangan keluarga apabila menetapkan hati dan fikirannya untuk mengahwini Harith serta menjadi saudara baru Islam.

"Saya percaya ini merupakan cabaran untuk menguji sekuat mana kasih sayang kami.

"Yang penting, kami tidak akan berputus asa kerana tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini, walaupun pada mulanya tidak direstui tapi lama-kelamaan pasti mereka berlembut," kata Jezamine yakin.

Harith dan Jezamine bertunang tanpa sebarang majlis rasmi pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas berkenalan menerusi Facebook, bertukar-tukar SMS dan berpacaran hampir setahun lamanya.

Disebabkan kepadatan jadual, Harith yang sepatutnya mula latihan bagi teater Cuci The Musical 2 Julai depan itu juga mengakui terpaksa menangguhkan percutian bulan madu sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, kira-kira 100 tetamu yang hadir dijamu hidangan tajaan restoran milik pasangan mempelai, Samsaraa. Restoran itu terletak di No. 11, Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Johan Raja Lawak Tuntut RM1 juta kerana dibaling gelas kaca dan ditumbuk bertubi tubi

Posted: 12 Jun 2010 02:35 AM PDT

Sensasi: huhu..Johan tuntut sejuta sebagai ganti rugi dahinya luka..mungkin sejuta tue sebab luka dibelasah pengarah Javed dan dituduh tak berdisiplin,..walaupun Johan saman sejuta sekalipun jumlah gantirugi tue tak semstinya dia menang sejuta..maybe leh dpt ratus ribu ke,atau puluh ribu kalau menang..ada sesetengah org ingt bila kene saman berjuta2,,dia mmg kene byr byk tue..takde la mcm tue..nie sume terpulang pada budi bicara hakim untuk emnentukan berapa jumlah harus dibayar...so kalau nak saman RM100 juta pun x semestinya org tue kene byr RM100 juta..tue semua hanyalah tuntutan dari plaintif sahaja..

Yang peliknya..Johan sampai skrg tak dedahkan apa sebab sebenAR si Javed tue mengamok...kalau bukan sebab disiplin then sebab apa??Johan tak nak bgtau disini..mungkin hanya akan didedahkan di mahkamah kelak..tunggu jer..

Si Pengarah Javed pun satu hal,baran..sampai nak baling2 gelas nak tumbuk2 ...siap tendang si Ozlyn tue lagi...huhuhu..tak baek tue..



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut Zahrin dari Zahrin Emrad & Sujaihah, notis tuntutan agar Javed berbuat demikian telah diserahkan pada 10 Mei lalu.



Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Sementara itu, Johan yang ditemui pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan.

"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.

"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.

"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.



Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.

"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya.

"Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal.

Dalam kejadian pada pertengahan Mei lalu Johan cedera pada dahi kiri dan pipi kanannya akibat terkena gelas kaca tersebut.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Tambahnya lagi, tindakan undang-undang yang diambil itu bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengarah dan artis-artis yang lain agar perkara ini tidak terus terjadi.

"Memang saya sudah memaafkan dia tetapi tindakan undang-undang yang saya ambil ini atas tindakan yang dia lakukan kepada saya dan perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya.