Adsense

Sabtu, 12 Jun 2010

borak kosong

borak kosong


Lady Gaga beromen Dengan kaum sejenis depan Khalayak ramai

Posted: 12 Jun 2010 09:38 AM PDT

Lady Gaga penyanyi yang pelik syok beromen dengan kaum sejenisnya di hadapan khalayak ramai.  
Bagi mereka ini perkara biasa,Tapi bagi kita yang ada agama ini perbuatan terkutuk.Tengok pakaian nya daring habis.
Budaya ini kalau tak di bendung akan merosakkan budak -budak kita yang tengah sibuk dengan Lady Gaga.Sampaikan budak umur 2 tahun tahu siapa Lady Gaga.Inilah pengaruhnya kepada anak-anak kita.



Ijazah Tak Berkat Bahana Jual Diri

Posted: 12 Jun 2010 08:29 AM PDT

Ketika rakan sekuliahnya sibuk mengulankaji pelajaran di waktu malam ,dia pila sibuk mencari lelaki hidung belang yang sanggup menyewanya.Ketika itu dia masih menuntut di sebuah IPTA dan sanggup melakukan apa saja termasuk mengadaidiri asal pokket penuh dengan wang ringgit.Dia kadang mampu mendapat sehingga  RM 2000 satu malam.
Tetapi setelah dia bekerja barulah dia sedar bahawa ijazah yang diperolehinya dengan duit haram tidak berkat.Walaupun bergaji RM4000 ada saja masalah dan kesempitan wang.Kenderaan hilang,kenderaan terbakar dan bermacam lagi mala petaka yang menimpanya.
Dia juga mengaku ramai pelajar yang sanggup mengdaikan maruah di untuk memuaskan nafsu dan wang ringgit semasa zaman dia belajar dulu.

Terpaksa di bedah kerana main sms

Posted: 12 Jun 2010 07:13 AM PDT

Annie Levitz 16 tahun seorang pelajar di sebuah sekolah Lincolnshire Ilinois A.S bakal menjalani pembedahan di kedua-dua belah pergelangan tangannya kerana dia telah menghantar lebih 100 sms sehari daripada telefon bimbitnya.Dia kehilangan deria rasa di kedua-dua tangannya dan hanya boleh mengangkat barang -barang tertentu sahaja serta terpaksa memakai pendakap tangan. Dia juga di beri suntikan penahan sakit.
Doktor mengatakan dia mengalami sindrom carpal tunnel ,sindrom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

Taniah KOREA MENANG DENGAN GREECE

Posted: 12 Jun 2010 06:30 AM PDT

KOREA 2 - GREECE O  itu keputusan terkini pasukan yang mewakili ASIA ini gol pertama jaringan Jung Soon Lee minit ke 7 dan Park Ji Sung minit ke52.

Bila lah pasukan negara kita macam PASUKAN KOREA .Dulu kita setaraf dengan pasukan ni sekarang jauh ketinggalan.

Guiseppe Spombalucci

Posted: 12 Jun 2010 06:03 AM PDT

Seorang pemuda membawa teman wanita nya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal.Walaupun tak pernah masuk ke situ atau memesan makanan pemuda itu  tetap selamba.Tambahan pula dia hendak membuat teman wanitanya kagum dengannya.
Dia dan teman wanita duduk disebuah meja yang telah ditempahnya.Pelayan itu pun datang memberikan buku menu.Setelah melihat menu dia pun memanggil pelayan tadi untuk membuat pesanan."Err..berikan saya Guiseppe Spombalucci untuk dua orang!"kata pemuda  sambil menjeling teman wanita dengan jelingan bangga.
Pelayan itu tercenggang sambil mengaru kepala...Melihat reaksi pelayan itu pemuda itu pun naik berang"Mengapa?Awak takut saya tak boleh bayar bil ke nanti?"Tanya pemuda tadi.
"Minta maaf encik, Guiseppe Spombalucci itu nama pemilik restoran ini!"kata pelayan tadi.

Kisah Cikgu

Posted: 12 Jun 2010 05:27 AM PDT

Seorang cikgu tertidur didepan kelas ,ketika terbangun ia menyuruh murid -muridnya pulang."Tadi cikgu sudah berjanji dengan Putera Charles untuk bertemu di alam mimpi."kata sebagai alasan.
Keesokan hari ada seorang murid tertidur didalam kelas dan clikgu itu mengejutkan muridnya dengan memukulnya dengan pembaris."Kenapa kamu tidur didalam kelas!,"tanya cikgu itu."Saya juga ada berjanji dengan Putera Charles di alam mimpi,cikgu," jawab murid itu.
"Baiklah apa yang Putera Charles katakan kepada kamu?"tanya cikgu
"Putera Charles tu kata dia tak bertemu cikgu semalam".:jawab murid itu.Cikgu itu pun tersipu-sipu malu.

Bahaya Seks Rambang

Posted: 12 Jun 2010 03:26 AM PDT

Seks bebas adalah perkara yang sangat -sangat di larang oleh agama dan wajib dielakkan.Ia juga banyak memberi kemudaratan dari segi perubatan.Kesan atau gejala akibat seks rambang amat sukar di duga  terutama hubungan itu tak di rancang.
Hubungan ini mudah berlaku apabila lelaki dan wanita duduk berdua-duan kerana ada orang yang ketiga menghasut iaitu syaitan.Kebanyakkan mereka melakukan dengan orang yang mereka kenali dan biasanya mereka tidak terfikir bahawa pasangan mereka ada mengalami penyakit yang berjangkit.
Bagi lelaki yang mengalami kesakitan di anggota sulit dan ada pngeluara air mazi daripada saluran kencing semua ini berlaku setelah melakukan persetubuhan,anda berkemungkinan anda di jangkiti penyakit kelamin.
Jika anda tidak menggunakan kondom,kondom bocor,terlucut atau terkoyak  ada kemungkinan anda terkena jangkitan.Jika cecair kekuningan keluar dalam masa 24 jam selepas melakukan seks,kemungkinan anda terkena jangkitan Gonorhea.Bagaimanapin jika cecair keluar beberapa minggu kemudian dan ia keluar sedikit atau hanya kelihatan tanda di seluar dalam,kemungkinan anda di jangkiti kumanVirus Gonorhea.
Sekiranya menhidap jangkitan itu,ada kemungkinan ia merebak kebuah zakar,Jika ia merebak ke pundi prostat,keradangan prostat boleh berlaku.Andainya ia disebarkan kepada wanita lain,kemungkinana wanita itu boleh mandul.Lelaki itu juga boleh mandul kerana salur spermanya tersumbat.
Segeralah berjumpa doktor jika terkena jangkitan ini kerana masih lagi boleh berubat dan yang paling baik elakkan daripada melalukan maksiat.
Setiap yang di larang oleh Allah SWT pasti ada keburukkannya dan setiap yang di suruh oleh Allah pasti ada kebaikannya.

Akibat Tak Cukup Duit Setem

Posted: 12 Jun 2010 02:04 AM PDT

Explosion Pictures, Images and Photos
Seorang pakar membuat telah membuat satu bom jangka melalui surat .Bom jangka itu akan meletup jika sesiapa membuka sampulnya.Pada suatu hari pakar bom itu membuat ujikaji mengenai bom jangka yang baru di ciptakannya.Dia pun mrngutuskan surat (bom jangka)kepada musuhnya yang juga seorang pakar membuat bom di negara lain.
Tetapi kerana tak cukup duit setem ,surat itu dipulang 2 minggu kemudian.Pakar membuat bom itu membuka surat itu kerana dia terlupa itu surat bom jangka yang di ciptanya ...BOOM..surat itu meletup.Akhirnya dia mati kerana kepandaiannya sendiri.

Cemerlang Di Dunia Dan Di Akhirat

Posted: 12 Jun 2010 01:12 AM PDT

Ramai ibubapa sekarang mengeluh kerana anak -anak tidak lagi mahu mendengar kata dan makin ramai yang runtuh akhlaknya .Sampaikan ibubapa sudah tidak sanggup untuk menghalang sikap muda mereka.Pendidikan asas sepatutnya bermula dari rumah.Jika pendidikan yang di berikan oleh ibubapa dan di terima baik oleh anak ,maka akan cemerlang anak serta keluarga itu di dunia dan di akhirat.Kita mesti menjadi cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
  • Ada yang hanya cemerlang di dunia ialah mereka yang terlalu mementingkan harta kekayaan  dan melupakan bekalan ke akhirat contohnnya Qarun iaitu orang hanya tahu duniawi untuk mengejar kekayaan sehingga melupakan kekuasaan Allah dan akhirnya dia di tenggelami bersama harta-hartanya,Maka nerakalah tempatnya
  • Ada yang tidak cemerlang di dunia tapi cemerlang akhirat antaranya sepuluh sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Bilal bin Robah yang tidak cemerlang di dunia tapi cemerlang di akhirat serta di janjikan syurga kerana memperjuangkan Islam dan menegakkannya
  • Ada juga golongan yang tidak cemerlang di dunia dan tidak juga cemerlang di akhirat seperti penagih dadah
  • Dan golongan yang terakhir ialah golongan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat .Golongan ini ialah mereka yang bijak membahagikan masa untuk mencari harta serta menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.Doa dan ikhtiar di seimbangkan bagi mencapai kecemerlangan tersebut.Kunci utamanya ialah dengan menunaikan solat dengan khusyuk .Tanpa bersolat manusia hidup dalam kegelapan.Disamping itu wajib meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,suka berhibur,terlalu khusyuk bekerja sehingga lupa solat dan sebagainnya.


Perut Punca Segala Penyakit

Posted: 11 Jun 2010 11:38 PM PDT

Anda kerap di serang sakit perut tanpa sebab?Atau anda sering tidak berasa selesa di bahagian perut?Ini mungkin penanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud," Perut manusia itu tempat segala penyakit,manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."(Riwayat ad -Dailami).Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
Antara punca penyakit perut:
  • Cara pemakanan yang tidak sistematik
  • Terlalu berlebihan ketika makan
  • Tidakberwaspada dengan makanan dan minuman yang di hinggapi serangga.Sabda Rasulullah SAW maksudnya,"Jika ada seekor lalat jatuh kedalam tempat minuman yang akan kamu minum,maka celuplah keseluruhan tubuh lalat ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buang) lalat tersebut.Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit,"(Riwayat Abu Hurairah)
  • Tidak cermat ketika meneliti isi kandungan
  • Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan.Sabda Rasulullh SAW yang bermaksud ,"Bersiwaklah (menggosok gigi)kamu semua, sebab bersiwak itu adalah membersihkan mulut dan AllH redha kepadanya.Setiap kali Jibril datang kepadaku,ia selalu berpesan untuk bersiwak."(Riwayat Ibnu Majah)
  • Kebiasan makan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh hendakalah kta menjaga cara pemakanan kita agar tidak mendapat penyakit kronik dan dapat menghindarkannya.Amalan berpuasa merupakan sebaik -baik pencegahan dan pengubatan.Sabda Rasulullh SAW yang bermaksud," Berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat."(Riwayat Abu Hurairah)

Wujudkah Gadis Assigment?

Posted: 11 Jun 2010 10:12 PM PDT

Gadis assigment ialah gadis yang menawarkan diri untuk membantu pelajar terutama pelajar lelaki untuk membuat tugasan yang di berikan oleh pensyarah.Mereka ini dikatakan akan mengambil upah berdasarkan berapa banyak assigment yang hendak dibuat dan juga bayaran tambahan jika assigment di buat di rumah pelajar lelaki itu,
Namun ada juga yang sanggup tidur dirumah pelajar lelaki untuk menyiapkan assigment tetapi selalu perkara yang lain terjadi.Kebanyakkan mereka terdiri daripada pelajar IPT yang mencari wang untuk mengejar kemewahan.
Tapi benarkah gadis assigmentini wujud?Kalau lah benar benda ini berlaku amatlah malang bagi pelajar -pelajar yang menjadi harapan nusa dan bangsa.Kecewa sungguh Ibubapa jika ada anak-anak yang terbabit dalam sindrom 'GADIS ASSIGMENT'

Mr.Johan Mau saman 1 Juta

Posted: 11 Jun 2010 09:09 PM PDT

Johan nak saman pengarah,penerbit sebanyak 1juta akibat kecederaan di dahinya.Semua ini di buat untuk memberitahu agar pihak yang berkenaan menghormati artis.Dia memberi tempoh selama 7 hari untuk pihak terbabit memohon maaf secara terbuka dan sudi untuk berunding di luar makhamah.
Buat apa yang terbaik Johan...sama-sama kita jaga perasaan orang lain...

Senyum di sambar petir

Posted: 11 Jun 2010 08:05 PM PDT

petir Pictures, Images and Photos
Seorang anggota polis telah masuk kebilik mayat untuk memeriksa punca kematian 3 orang lelaki.Selepas memeriksa mayat itu polis itu pun bertanya kepada penjaga bilik mayat itu :

Polis : " Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?"

Penjaga Bilik : "Lelaki pertama mati ketika bersanding,tiba-tiba mati akibat angin akhmar ,lelaki kedua di khabarkan menang loteri tetapi tak sempat rasa duit mati akibat sakit jantung terkejut dan lelaki ketiga mati di sambar petir...,"

Polis : "Aik..di sambar petir pun boleh tersenyum....pelik,"

Penjaga Bilik : 'Dia ingat masa tu orang tengah ambil gambarnya."

TERLUPA SUDAH BERKAHWIN

Posted: 11 Jun 2010 07:09 PM PDT

Michelle Philpots 47 tahun hanya mampu mengingati peristiwa setakat tahun 1994 sahaja.Dia telah berkahwin pada tahun 1997 dan suaminya terpaksa menyakinkan yang dia sudah berkahwin dengan menunjukkan gambar perkahwinan mereka.Dia mengalami lupa ingatan sejak mengalami dua kemalangan.
Setiap pagi  bangun tidur suaminya akan memberitahunya yang mereka sudah berkahwin.
Nasib baik dapat suami jenis penyabar kalau tak dah lama kena tinggalkan.

Hujan Emas dinegeri orang Hujan peluru Di Malaysia

Posted: 11 Jun 2010 06:23 PM PDT

Seorang pemilik disko di tembak mati bersama teman wanitanya sebanyak 13 das tembakan selepas meletakkan kenderaannya di sebuah kondominium di Taman Maluri Cheras.Pembunuh itu dipercayai menunggu mangsa di tempat kejadian.Pemilik disko itu berumur 51 tahun dan teman wanitanya berumur 32 tahun.

Hukum cukur bulu kening

Posted: 11 Jun 2010 05:59 PM PDT

Tadi pagi sedang aku minum aku terpandang wajah seorang budak perempuan dan kawan-kawannya sedang minum,aku perhatikan bulu keningnya seperti di cukur.Menurut hukum syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana beerti dia merubah ciptaan Allah SWT .Merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al Quran.
Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat bukan Islam sedangkan di dalam Islam  sudah pun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.Di dalam sebuah hadis sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut-rambutnya serta meminta orang lain menyambung rambutnya apalagi perbuatan mencukur bulu kening.
Kecuali bulu-bulu itu tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya pada diri perempuan seperti tumbuh bulu di pipi,tumbuh misai dan janggut seperti lelaki ,maka perempuan itu wajib menghilangkannya kerana menjelekkan pemandangan sebagai seorang perempuan.
Bagi wanita haruslah dia mengetahui kaedah yang yang di galakkan dalam Islam tatkala berhias kerana dalam Islam  ada cara untuk menguruskan kehidupan baik dari segi makan ,pakaian dan sebagainya.