Nuffnang

Penerbit Ibnu Al-Manhar

sumber :-

Penerbit Ibnu Al-Manhar


Himpunan 100 Ribu Bantah Judi (3 Julai): Sila Turun Ramai2

Posted: 25 Jun 2010 12:00 AM PDT



HIMPUNAN 100 RIBU BANTAH JUDI KEHENDAK RAKYAT
–GMJ–harakah daily


"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat," kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Semua Mesti Turun ! ! !



Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part ii)

Posted: 24 Jun 2010 11:29 PM PDT



Pendedahan yang dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit kali ini berkenaan dengan situasi yang berlaku di sekitar rumah Abdul Razak Baginda, beberapa jam sebelum Altantuya dibunuh. Abdul Razak Baginda merupakan individu yang turut dikaitkan oleh Sirul dalam kes ini.

Di bawah ini saya ringkaskan isi kandungan rakaman antara Sirul dan Insp Nom Phot a/l Prack Dit. Di sini, nama beberapa individu turut disebut oleh Sirul.

"19 Oktober 2006, saya bersiap dan menaiki jip saya bernombor pendaftaran CAC 1883 menuju ke rumah Razak di Damansara Height"

"Semasa saya dalam kereta saya nampak Tuan Azilah mengajak perempuan Cina (Altantuya) masuk ke dalam kereta Proton Wira Aeroback warna merah yang saya duduk dengan dibantu oleh seorang perempuan Melayu"

"Selepas itu Tuan Azilah memandu kereta wira menuju ke jip saya. Semasa sampai di jip saya, saya turun dari kereta dan memandu jip saya menuju keluar dari Damansara Height menuju ke Kuala Lumpur dan semasa dalam perjalanan, Tuan Azilah menelefon saya dan tanya saya di mana hendak memindahkan perempuan Cina (Altantuya) untuk naik jip saya dan hanya berkata tengok tempat dulu".


Akan bersambung, Insya Allah . . .

Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan