Adsense

Khamis, 24 Jun 2010

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong


Layak Terima Pinjaman Penuh PTPTN Jika Pendapatan Keluarga Bawah RM4,000

Posted: 24 Jun 2010 08:57 AM PDT

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bulanan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar pendapatan bersih bulanan keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.

"Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.

"Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan IPT di sini hari ini.

Seminar sehari anjuran kementerian itu bertujuan memberi kefahaman kepada pihak pengurusan atasan IPT mengenai cabaran dan halatuju pembangunan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi dan kepentingannya kepada pembangunan sahsiah pelajar.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan peruntukan RM5.55 juta bagi penubuhan Pusat Keusahawanan dan pelaksanaan program pembudayaan keusahawaan kepada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara.

Selain 20 IPTA dalam negara, kolej komuniti, politeknik dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut terlibat dalam pemberian peruntukan berkenaan, katanya.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM150,000 bagi tujuan penubuhan Pusat Keusahawanan dan RM100,000 bagi pelaksanaan program pembudayaan keusahawanan untuk setiap IPTA negara.

"Penubuhan pusat keusahawanan ini amat signifikan sebagai entiti yang akan merancang, menyelaras, memantau dan menilai segala program pembangunan keusahawanan dan bertindak sebagai 'contact point' dalam hal ehwal pembangunan keusahawanan IPT," katanya.

Mohamed Khaled berkata semua IPT termasuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menubuhkan pusat keusahawanan masing-masing kerana ketika ini hanya tiga IPTA yang mempunyai pusat keusahawanan iaitu Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

"Negara memerlukan ramai usahawan untuk menjayakan agenda Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan peranan IPT bukanlah kecil. Jika IPT dapat memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar yang mempunyai potensi keusahawanan yang tinggi, mereka inilah yang akan mempunyai prospek paling cerah untuk menjadi usahawan setelah bergelar graduan," katanya.

- BERNAMA

Lebih 153,000 Kenderaan Perdagangan Disaman Dalam 3 Bulan

Posted: 24 Jun 2010 08:56 AM PDT

Sebanyak 153,847 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas kenderaan perdagangan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, saman tersebutmeliputi pelbagai kesalahan seperti membawa lebih muatan bagi kenderaan barangandan lebihan penumpang bagi kenderaan awam serta melanggar syarat permit yangditetapkan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334/ALPKP).

Kesalahan lain, katanya, ialah lesen memandu dan lesen Vokasional (GDL) palsu atau lesen kenderaan motor palsu atau tamat tempoh.

Beliau menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang ingin tahu bidangkuasa JPJ dalam menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang melibatkankenderaan perdagangan serta jumlah tangkapan dan jenis kesalahan kenderaan inisejak 2008.

Abdul Rahim berkata, bagi tahun 2008, jumlah saman yang dikeluarkan JPJ ke atas kenderaan perdagangan adalah sebanyak 501,991 saman manakala 608,171 samandikeluarkan sepanjang tahun lepas.

Menyentuh mengenai bidang kuasa JPJ, beliau berkata antara tugas dan tanggungjawab JPJ menerusi peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) ialah menentukan spesifikasi pembinaan dan penggunaan sesebuah kenderaan dan mewajibkan pendaftaran dan pelesenan kenderaan.

Katanya, JPJ juga mempunyai bidang kuasa bagi mewajibkan pemandu kenderaanperdagangan mempunyai lesen memandu kompeten dan vokasional dan menguatkuasakanperuntukan undang-undang berkaitan dengan kesalahan lalu lintas di bawah APJ termasuk kegiatan 'ulat'.

Menjawab soalan tambahan Ahmad mengenai tindakan pengusaha van dari Thailand pada 8 Mei lepas yang menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan saman oleh JPJ negara ini terhadap mereka, Abdul Rahim berkata penguatkuasaan perlu dilakukan kerana ada sesetengah dari mereka menyalahgunakan kebebasan keluar masuk yang diberikan.

"Kita pernah mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya dihapuskandua kilometer zon bebas di sempadan Bukit Kayu Hitam dan Thailand kerana iamenimbulkan rungutan di kalangan penyedia perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelancong ke Thailand.

"Ini ekoran ada di kalangan penyedia pengangkutan di Thailand yang bertindakberani melebih dua kilometer yang diisytiharkan sebagai zon bebas.

"Namun, kabinet belum memberikan kata putus dan kelmarin pihak berkuasa Thailand telah datang ke ibu pejabat JPJ bagi membincangkan masalah tersebut," katanya.

- BERNAMA

Keharusan Menziarahi Orang Kafir Yang Sakit

Posted: 24 Jun 2010 08:55 AM PDT

Hadith :

Anas r.a berkata:"Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:"Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam)". Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya:"Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini." (mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dari api neraka." (Bukhari)

Huraian:

Ulama' telah membahagikan golongan kafir ini kepada empat golongan iaitu kafir harbi, kafir zimmi, kafir muahad dan kafir musta'min.

Sama ada golongan kafir ini adalah terdiri dari kalangan saudara-mara, jiran atau mereka yang berminat dengan Islam, kita amat digalakkan menziarahi mereka semasa hidupnya lebih-lebih lagi ketika dia sedang sakit.

Hal ini termasuk dalam lingkungan tanggungjawab sosial yang perlu diberi perhatian sebagai lambang syiar Islam selaku agama yang menyuruh umatnya mengamalkan kehidupan yang harmoni.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Landasan berkembar elektrik operasi bulan depan

Posted: 24 Jun 2010 08:47 AM PDT

Projek landasan berkembar elektrik Sentul-Batu Caves oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejauh 7.5 kilometer yang dimulakan sejak akhir 2006 dijangka mula beroperasi pertengahan bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata projek itu adalah tambahan kepada laluan antara Pelabuhan Klang-Sentul sedia akan yang akan memberikan manfaat kepada kira-kira 10,000 pengguna setiap hari dengan 98 perkhidmatan ulang alik.

Katanya, projek pembangunan dengan kos kira-kira RM520 juta itu meliputi pembinaan laluan sepanjang 7.5 kilometer dengan lima jejambat jalan raya, empat jejantas motosikal dan pejalan kaki.

Beliau berkata, projek itu turut membabitkan pembinaan empat stesen merangkumi Stesen Taman Wahyu, Batu Kentonmen, Kampung Batu dan Batu Caves.

"Laluan ini juga dijangka menyumbang terhadap pembangunan industri pelancongan kerana lokasi Stesen Batu Caves terletak bersebelahan Kompleks Kuil Batu Caves yang menjadi lokasi sambutan Thaipusam setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen Sentul di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruzzaman Mohd Noor dan Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan.

Ketika ini tambang yang dikenakan kepada pengguna laluan Pelabuhan Klang-Sentul adalah RM4.80 dan tambahan laluan terus dari Sentul ke Batu Caves dikenakan RM1.
Kong berkata, dengan siapnya laluan tambahan itu nanti, ia akan dapat membantu meningkatkan tahap penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang selaras dengan sasaran ditetapkan kerajaan iaitu 16 peratus ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2012.

Katanya, kekerapan perkhidmatan untuk laluan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan, terutama ketika waktu puncak dan ketika sambutan perayaan Thaipusam.

"Kemudahan sedia ada di empat stesen baru laluan itu juga dipertingkatkan, termasuk menyediakan kawasan letak kereta lebih luas, kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU), kafeteria serta sistem jualan tiket automatik," katanya.

KTMB juga dijangka dapat menambah pendapatannya sebanyak RM7 juta dalam tempoh setahun selepas laluan itu dibuka kepada umum pertengahan bulan depan.

- BERITA HARIAN

Isu-Isu Akhbar Cina

Posted: 24 Jun 2010 08:46 AM PDT

Bahagi Sama Rata Sumber Kewangan Pendidikan

Peruntukan bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dalam pengumuman Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menjadi perhatian akhbar Sin Chew Jit Poh, 21 Jun 2010 (Isnin) lalu.

Di bawah tajuk "Sumber Kewangan Pendidikan Sepatutnya Diberi Secara Adil," penulis Teng Ji Choi mengulas pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini bahawa dalam masa lima tahun mendatang, apa-apa bantuan yang diterima oleh SRJKC tidaklah banyak.

Kata Ji Choi, setiap sekolah Cina akan menerima RM2,000 untuk pembiayaan elektrik dan air. Di seluruh negara mempunyai 884 buah SRJKC, kos penyelenggaraan diberi sebanyak RM70 juta, bermakna setiap sekolah hanya mendapat peruntukan bantuan sebanyak RM80,000.

Kata Ji Choi, Perdana Menteri langsung tidak sebut tentang bantuan pembiayaan kos elektrik dan air untuk sekolah-sekolah menengah Cina, serta tidak sentuh masalah kekurangan guru-guru di sekolah Cina dan pengiktirafan sijil-sijil sekolah menengah Cina.

Jika dibandingkan dengan RMK-9 (2005-2010); keadaan itu sama sahaja. Dalam rancangan tersebut peruntukan keseluruhan untuk pendidikan sebanyak RM4.83 bilion ringgit, SRJKC hanya mendapat RM170 juta.

Jika dibandingkan dengan nisbah bilangan murid di SRJKC iaitu sebanyak 20.96 peratus daripada keseluruhan murid sekolah, sepatutnya mendapat peruntukan sekurang-kurangnya sebanyak 1 bilion ringgit.

Mengikut sumber kewangan yang dikeluarkan untuk pendidikan, dalam RMK-10, apa yang diberikan kepada SRJKC terlalu sedikit, ia kembali di tapak yang asal, tidak bergerak selangkah pun ataupun tidak ada sebarang perubahan.

Selain itu unsur-unsur yang diambil kira adalah bagaimana pembahagian sumber kewangan pendidikan yang saksama serta tidak berbelah bahagi dilakukan.

Cukai-cukai pendapatan dibayar oleh semua rakyat, sepatutnya sumber kewangan dibahagi sama rata kepada rakyat itu sendiri. Ini adalah perkara paling asas yang sepatutnya mereka nikmati, memang ia sangat berpatutan.

Ji Choi berpendapat pembahagian sumber kewangan pendidikan dalam RMK-10 didapati hanya perubahan kecil. Kerajaan beri peruntukan sedikit sahaja, langsung tidak ada sebarang rombakan secara besar-besaran.

Mengharap konsep "1Malaysia" berjaya, buanglah pemikiran yang sinis dan dari segi politik, sepatutnya sumber kewangan pendidikan itu dibahagikan sama rata, bina sebuah sistem "sama-sama menikmati sumber" supaya pendidikan ini dapat disalurkan kepada semua rakyat dan memberi kesan yang paling maksimum kepada rakyat, perkuatkan rakyat serta perkukuhkan kekuatan negara.

Perubahan Sistem Peperiksaan

Cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR menjadi bahan Opinion Corner akhbar Sin Chew Jit Poh 22 Jun 2010 (Selasa).

Timbalan Editor akhbar ini Lim Swee Guan menjangkakan pelajar akan lebih malas, dan bagaimana ibu bapa hendak menilai prestasi anak-anak mereka?

Bagi penulis itu, orang ramai tidak perlu risau terhadap sesuatu perubahan, yang dirisaukan ialah setiap kali ada perubahan pemimpin dalam bahagian pendidikan, setiap kali itulah maka perubahan dilakukan. Langsung tidak menampakan satu kesinambungan.

Pada tahun 1980-an dahulu pihak Kementerian Pelajaran menggunakan sylibus baru (3M) dan seterusnya mengubah mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sudah berapa ramai yang menjadi mangsa perubahan yang kita lalui.

Menurut penulis ini, Dasar Pelajaran Negara ini mementingkan keputusan peperiksaan dan sistem pendidikan mengikut telunjuk apa yang diajar. Tetapi jika UPSR dan PMR dimansuhkan, adakah sistem pendidikan dapat mendidik insan yang lebih lengkap? Adakah kita dapat mengubah sikap murid-murid yang pasif selama ini, supaya anak-anak menerima pendidikan secara gembira dan dengan sendiri mahu mencari ilmu?

Jika sylibus pelajaran dan cara pendidikan dari guru-guru yang menyampaikan itu masih tidak berubah, dikhuatiri walaupun peperiksaan itu dimansuhkan, sudah tentu masih tidak dapat memberi apa-apa motivasi kepada murid-murid untuk mengembangkan ilmu, dan tidak dapat tingkatkan diri mereka lebih inovasi dalam pelajaran.

Dalam ruangan itu, Swee Guan berpendapat pihak kerajaan sepatutnya secara langsung mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina. Dengan itu dapat hindar daripada syarat lulus bahasa Melayu SPM, barulah mereka layak melepasi halangan memasuki maktab perguruan. Dari situ barulah dapat melatih cerdik pandai ini secara segera, dan dapat menggerakkan paksi perubahan dalam pendidikan.

"Tetapi saya agak risau, kerana kementerian masih mengutamakan perkara yang remeh temeh, dan bukan tumpukan kepada matlamat perubahan pendidikan yang lebih lurus.

Pada tahun 2011 pihak Kementerian Pelajaran akan lancarkan perubahan sylibus mata pelajaran di peringkat sekolah SRJKC dan SRJKT, menekankan mata pelajaran bahasa Melayu serta penambahan masa pembelajaran bahasa Melayu, termasuk mencadangkan sama ada kertas soalan menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, serta melaksanakan sylibus baru (Malaysia Negara Ku).

Pihak kerajaan langsung tidak menyediakan peralatan hardware serta guru-guru tenaga pengajar yang layak, tetapi mahu terus laksanakan kanak-kanak berumur 5 tahun dimasukan ke sekolah; seterusnya mengumumkan hapus biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini semata-mata telah menidakkan konsep terbuka dalam pendidikan.

Sebenarnya, bukan perkara baru dalam cadangan mahu mansuhkan peperiksaan, pada September 2008, pada masa itu Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran mengumumkan satu blue print pelajaran 2006-2010 menyatakan, bagi menyahut perubahan dan kesesuaian sylibus, pihak Kementerian Pelajaran membuat satu rombakan secara besar-besaran "SPPK", bagi mengatasi sistem mengutamakan keputusan peperiksaan bertulis.

Selepas dua tahun, kita masih membincangkan isu yang sama, pihak kerajaan mahu ubah pendidikan. Sampai bila hendak yakinkan orang ramai?

BN Akan Terima 'Kad Merah'

Isu penarikan pingat Datuk oleh Istana Johor menarik perhatian China Press 20 Jun 2010 (Ahad). Dengan tajuk "Jika BN Tidak Mahu Insaf, Seterusnya Akan Terima Kad Merah," akhbar ini memetik kenyataan Chua Jui Meng yang berkata, pilihan raya Mac 2008, BN telah menerima tamparan kad kuning, sehingga hari ini masih tidak mahu insaf. Pilihan raya akan datang, pasti akan diketepikan oleh rakyat seterusnya akan menerima "kad merah" kehilangan kerajaan.

Politik boleh diumpamakan seperti pasukan bola sepak, rakyat nampak lebih jelas sama ada pemain bola itu menyepak bola ataupun menyepak pemain lain.

Sempena musim Piala Dunia ini, Jui Meng mengambil kesempatan memberitahu orang ramai BN tidak peka dengan kebajikan rakyat.

China Press melaporkan walaupun beliau tidak mahu berterus terang adakah UMNO main peranan terhadap penarikan pingat-pingat itu, tetapi beliau berkata "yang penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat terhadap isu ini."

Beliau percaya, kerana isu penarikan balik pingat ini, UMNO akan dituduh oleh orang ramai dan akan semakin ramai rakyat menyokong Pakatan Rakyat, dan mereka akan rasa menyesal.

Beliau memberi amaran kepada UMNO, jangan gunakan penarikan pingat itu sebagai isu untuk mengugut beliau dan mahu beliau berundur.

"Saya bukan sahaja tidak akan berundur, malah saya akan terus maju ke hadapan, pertahankan sehingga Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya."

- UTUSAN

Gerhana bulan separa malam Sabtu (26 Jun) ini

Posted: 23 Jun 2010 08:30 PM PDT


Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang.

"Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam," tambah kenyataan itu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

"ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara," tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium

World Cup FIFA 2010 Result - 23 June 2010

Posted: 23 Jun 2010 01:32 PM PDT

Game 1 : Slovenia 0 - 1 England (23' J. Defoe)
Game 2 : (90' L. Donovan) United States 1 - 0 Algeria
* USA & England qualified to the second round

Game 3 : Ghana 0 - 1 Germany (60' M.Ozil)
Game 4 : ( 69' T.Cahill, 73' B. Holman) Australia 2 - 1 Serbia (84' M. Pantelic)
* Germany & Ghana qualified to the second round

Datuk K beli plat KCT 1 RM66,550

Posted: 23 Jun 2010 11:32 AM PDT


ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi.

Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini.

Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri.

- BERITA HARIAN

PDRM, hospital antara terbanyak terima aduan

Posted: 23 Jun 2010 11:26 AM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM), hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen adalah antara 10 agensi atau jabatan kerajaan yang paling banyak menerima aduan pada tahun lalu.

Turut tersenarai ialah Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelajaran negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.

Dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata jumlah aduan yang diterima 10 agensi itu ialah 3,553 kes atau 41 peratus daripada sejumlah 8,694 kes.

Beliau menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Koh berkata, agensi yang berurusan secara langsung dengan rakyat lebih berpotensi menerima lebih banyak aduan berbanding agensi lain yang skop tanggungjawabnya lebih terhad.

"Dalam konteks ini PDRM adalah agensi kerajaan yang menerima aduan tertinggi berbanding agensi yang lain," katanya.

Beliau berkata, sebagai pelanggan kepada kerajaan, rakyat berhak untuk mengemukakan aduan terhadap sebarang perkhidmatan yang diberikan jika mendapati ia silap, kurang cekap, adil, sesuai atau memuaskan.

Katanya, Biro Pengaduan Awam (BPA) yang memudahcara proses menerima dan menyelesaikan aduan daripada orang awam kini meneruskan usaha merapatkan hubungan antara kerajaan dengan orang ramai melalui pelbagai saluran termasuk laman web, perjumpaan, program pro-aktif serta urusan surat menyurat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklum balas.

"Hasil daripada inisiatif untuk menggalakkan pengaduan, jumlah aduan yang diterima BPA telah meningkat daripada 8,066 kes pada tahun 2008 kepada 12,683 kes pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan jabatan menunjukkan peningkatan prestasi dalam menyelesaikan aduan-aduan yang diterima.

"Senario ini menunjukkan jabatan dan agensi telah memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyelesaikan aduan-aduan yang diterima selaras dengan komitmen dalam gagasan 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya.

- Bernama

Bakal Pelajar IPT Boleh Tangguh Bayar Yuran Jika Tidak Mampu - Khaled

Posted: 23 Jun 2010 11:26 AM PDT

Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di universiti boleh memohon menangguhkan pembayaran yuran kemasukan mereka jika tidak berkemampuan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.

"Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali seperti wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian.

"Dalam hal ini mereka tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut. Ini kerana jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai penangguhan itu akan dibuat pihak universiti selepas perbincangan tersebut.

- BERNAMA

Dewan Rakyat: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Mungkin Ganti Peperiksaan Awam - Muhyiddin

Posted: 23 Jun 2010 11:25 AM PDT

Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

"Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.

"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau berkata kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

"Banyak pakar kata sepatutnya dah lama buat, tetapi kenapa kita buat sekarang, kita dah lama buat kajian iaitu sejak 2007 lagi kementerian ada pasukan yang meneliti isu yang berbangkit," katanya.

Beliau berkata langkah mengurangkan peperiksaan awam ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurang beban tugas guru untuk mengendalikan proses peperiksaan.

Mengenai rombakan sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran untuk dijadikan pendidikan arus perdana, Muhyiddin berkata kerajaan akan menambah bilangan sekolah vokasional dengan bentuk kurikulum yang baru serta latihan yang jauh berbeza daripada apa yang ada sekarang khususnya berkaitan dengan bidang yang mempunyai hubung kait dengan negara pada masa kini.

"Saya sendiri pengerusikan mesyuarat di peringkat kementerian untuk meneliti semua perkara berkenaan rombakan besar kepada pendidikan vokasional, kurikulum, infrastruktur, kemudahan dan latihannya akan diumumkan untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat," katanya.

Berkenaan program Permata Negara yang akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran, Muhyiddin berkata pada masa ini, kementerian sedang melaksanakan pelbagai persiapan rapi khususnya daripada segi pengurusan dan pentadbiran program tersebut.

Muhyiddin berkata pada masa ini, kementerian sudah berada di peringkat akhir melaksanakan auditan ke atas semua sekolah dan seterusnya akan menetapkan keutamaan berdasarkan kepada keperluan sesebuah sekolah.

"Dalam konteks ini, sekolah yang benar-benar memerlukan peruntukan akan diberi keutamaan dan pertimbangan yang sewajarnya. Soal lokasi atau jenis sekolah tidak timbul, semua sekolah akan diberi perhatian khusus supaya persekitaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, dalam menentukan senarai projek-projek pembangunan dalam RMK-10, laporan audit tersebut akan diguna pakai sepenuhnya di mana penetapan pembinaan sekolah baru atau penambahbaikan berdasarkan kepada keperluan, bukan berasaskan desakan mana-mana pihak.

"Selain itu, saya juga telah mengarahkan kepada kementerian supaya membuat penilaian yang telus dalam pemberian bantuan kepada murid yang benar-benar layak menerimanya.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak khusus di bawah kementerian saya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM26.093 bilion telah diperuntukkan kepada kementerian dengan jumlah 15,324 projek termasuk tambahan 808 projek di bawah Pakej Ransangan Ekonomi.

"Sehingga 15 Jun lepas, sebanyak 8,870 projek telah berjaya disiapkan, 5,312 projek masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan manakala 942 projek akan bersambung ke RMK-10," katanya.

Bagi prestasi perbelanjaan pula, Muhyiddin berkata sehingga 31 Mei lepas, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM16.668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan siling yang ditetapkan, dan dijangka akan dapat membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang akhir tahun ini.

- BERNAMA

Khaled: Tiada Universiti Baru Diwujudkan Dalam RMK-10

Posted: 23 Jun 2010 11:24 AM PDT

Tiada halangan untuk sektor swasta menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) walaupun tidak ada universiti baru akan diwujudkan dalam tempoh itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"RMK-10 dilihat telah menyediakan iklim yang baik dan kondusif untuk sektor pengajian tinggi khususnya dalam soal pembangunan modal insan negara.

"Peningkatan peruntukan untuk pembangunan bukan fizikal kepada 40 peratus dalam RMK-10 adalah sesuatu yang turut berlaku dalam sektor pengajian tinggi dengan penekanan diberikan kepada pembangunan intelektual.

"Maka atas sebab itu dilihat tidak ada universiti-universiti baru akan diwujudkan sepanjang tempoh RMK-10 bagaimanapun swasta masih boleh menubuhkan IPTS sebagaimana dilakukan Kolej Laila Taib di Sarawak yang sedang memohon untuk naik taraf," katanya semasa menggulung perbahasan RMK-10 bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Khaled berkata pelbagai usaha sedang dan akan diambil kementerian untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak pasaran dan industri.

Antaranya adalah menerusi pelaksanaan autonomi kepada universiti secara berperingkat dalam empat bidang utama iaitu tadbir urus institusi, pengurusan kewangan dan penjanaan kekayaan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik, katanya.

"Untuk meningkatkan kompetensi graduan juga, faktor kebolehgajian atau boleh upaya diambil kerja graduan akan dijadikan satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) universiti. Penyediaan peruntukan kewangan kepada universiti akan bergantung kepada sejauh mana universiti mencapai KPI ditetapkan.

"Bagi tujuan pembangunan holistik pelajar, kementerian mewajibkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah di IPT dan memperkenalkan kokurikulum berkredit kepada pelajar dengan memberi penekanan kepada tujuh kemahiran insaniah," katanya.

Katanya pelbagai inisiatif bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar juga dilakukan, antaranya seperti penilaian semula kurikulum kursus dengan mengambil kira elemen kreativiti dan inovasi serta membuat pengubahsuaian dan penjajaran kurikulum untuk memenuhi kriteria hasil pendidikan yang merangkumi kreativiti dan inovasi seperti ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia.

"Inisiatif lain ialah membangunkan instrumen untuk mengukur Generic Student Attributes yang menekankan antara lain berkenaan aspek kreativiti dan inovasi di bawah domain keusahawanan," katanya.Persidangan dewan bersambung esok.

- BERNAMA

Dividen 5.20 sen untuk ASN2

Posted: 23 Jun 2010 08:28 AM PDT

Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 5.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2010, membabitkan RM11.2 juta dalam jumlah pembayaran.

Sebanyak 9,237 pemegang unit yang memiliki 215 juta unit akan mendapat faedah daripada pembayaran berkenaan.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ASN2 menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2010, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Ini seiring dengan prestasi ekonomi negara dan bursa tempatan yang menggalakkan yang menyaksikan indeks FBM KLCI melonjak 24.19 mata kepada 1,075.24 pada Isnin," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Sehingga Isnin, ASN2 mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM18.47 juta, meningkat 70.54 peratus daripada RM10.83 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Daripada jumlah berkenaan, keuntungan daripada jualan saham sebanyak RM11.46 juta, RM5.66 juta diperoleh daripada syarikat dilabur dan RM1.35 juta diperoleh daripada pelaburan lain.

Sementara itu, semua urus niaga ASN2 akan digantung mulai hari ini hingga 30 Jun bagi memudahkan pengiraan dividen.

- Bernama

Asia lubuk baru pengeluar rokok

Posted: 22 Jun 2010 11:22 AM PDT

Doktor paru-paru di Bangladesh, Kazi Saifuddin Bennoor telah melihat banyak iklan rokok yang teruk di sana. Salah satu daripadanya menyatakan bahawa merokok boleh memudahkan seseorang itu melalui proses bersalin.

Namun, iklan-iklan yang turut menggambarkan bahawa perokok adalah seorang yang bijak, lebih bertenaga dan pencinta yang lebih baik adalah sesuatu yang biasa dilihat di Bangladesh.

Kazi Saifuddin masih mengingati sebuah iklan di sebuah kawasan luar bandar yang menyatakan bahawa jika seorang wanita merokok bayinya akan lebih kecil dan memudahkan mereka bersalin.

"Semua itu adalah iklan yang kejam," kata Kazi Saifuddin yang juga seorang Profesor Madya di Hospital Nasional Bangladesh.

Wanita jadi sasaran

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa syarikat tembakau kini menyasarkan wanita di negara-negara membangun sebagai sumber peningkatan pasaran. Malah, para doktor di Dhaka turut melaporkan bahawa kini terdapat pertambahan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan paru-paru.

Berdasarkan kajian terbaru WHO, hampir 28 peratus wanita Bangladesh menggunakan tembakau, manakala 43 peratus populasi dewasa atau 41 juta orang mengambil tembakau dalam pelbagai cara. Ia menunjukkan peningkatan berbanding 37 peratus pada tahun 2004.

"Penggunaan tembakau menjadi wabak di kalangan wanita luar bandar. Ia adalah satu isu kesihatan yang serius," kata Penasihat Kesihatan Kerajaan, Syed Mudasser Ali sambil menambah bahawa undang-undang antimerokok digerakkan dengan lemah.

Iklan-iklan yang disebarkan dalam bentuk risalah tidak menyatakan nama syarikat kerana pengeluaran iklan mengenai tembakau sudah diharamkan di Bangladesh semenjak tahun 2005.

"Hanya sebilangan penduduk sahaja yang didenda kerana melanggar undang-undang tembakau sejak beberapa tahun kebelakangan," kata Syed Mudasser.

Secara rasminya 57,000 orang mati di Bangladesh setiap tahun akibat tembakau, tetapi angka tersebut adalah bilangan anggaran yang sangat besar.

Menurut Pengarah Projek Kawalan Tembakau Antarabangsa, Dr. Mary Assunta, peningkatan yang besar itu adalah kerana ramai wanita Asia kini memasuki dunia pekerjaan, mempunyai pendapatan tetap dan pemikiran mereka yang moden serta bebas.

"Saya melihat banyak risalah kempen perniagaan oleh syarikat-syarikat tembakau di universiti dan di kawasan penginapan," kata seorang perokok wanita berusia 25 tahun yang mengakui bahawa beliau merokok sekotak setiap hari.

"Mereka mendekati pelajar dengan cara memberikan soalan kaji selidik. Sesiapa yang mengisi soalan-soalan tersebut akan diberikan kemeja-T dan pemetik api," sambung remaja tersebut sambil menambah bahawa beliau mula merokok setelah melihat rakan-rakan sekelas di Universiti Dhaka merokok.

WHO yang memilih tema berkaitan pasaran tembakau kepada wanita sempena Hari Tanpa Tembakau 2010 pada 31 Mei lalu, menjelaskan syarikat tembakau sedang menggalakkan trend dengan melihat wanita di negara membangun sebagai pasaran eksploitasi terbesar mereka.

"Kami mendapati mereka menggunakan strategi pemasaran yang jelas terhadap golongan sasar iaitu wanita dengan memperkenalkan pek berbentuk gincu atau iklan yang memaparkan wanita sebagai subjek," kata Assunta.

Syarikat tembakau di Bangladesh bagaimanapun menolak dakwaan penggunaan poster haram dalam kempen pemasarannya.

Tumpu pasaran Asia

Di Bangladesh pasaran rokoknya didominasi oleh Dhaka Tobacco yang mempunyai pegangan sebanyak 40 peratus dan memonopoli jualan.

British American Tobacco (BAT) yang mengeluarkan jenama rokok popular iaitu Pall Mall dan John Player Gold Leaf pula dianggarkan mengaut keuntungan sebanyak AS$140 juta (RM451.9 juta).

"BAT Bangladesh memasarkan rokok-rokok di Bangladesh dengan mematuhi semua undang-undang dan syarat-syarat," kata jurucakap syarikat itu, Shamim Zahedy sambil menambah bahawa sasaran pasaran mereka hanya tertumpu kepada perokok sedia ada.

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan berkata, negara-negara membangun dilihat menjadi sempadan baru kepada pasaran tembakau.

Terdapat banyak larangan pasaran terhadap syarikat tembakau di negara-negara maju, selain kempen-kempen kesihatan menyaksikan jualan rokok merudum.

Akibatnya, pasaran negara membangun menjadi semakin penting kepada syarikat transnasional seperti BAT dan Philip Morris International.

"Syarikat tembakau pastinya meletakkan usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya di negara berpendapatan rendah," kata Chan sambil melihat perkembangan pasaran yang agresif di Filipina dan Indonesia.

Malah di Bangladesh, dengan hampir 40 peratus daripada 144 juta populasi yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada AS$1 (RM3.20) sehari, ia adalah sebuah pasaran tembakau yang menguntungkan dengan jualan tahunan dianggarkan sehingga AS$1 billion (RM3.2 billion).

"Ia adalah satu kitaran yang buruk. Orang miskin mudah menjadi mangsa kepada ketagihan tembakau, dan mereka akan terus merokok, lalu membuatkan mereka menjadi lebih miskin," katanya.

- KOSMO!

myDeals platform iklan terbaru Maxis

Posted: 22 Jun 2010 11:19 AM PDT

Buat julung-julung kalinya, Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan perkhidmatan pengiklanan menerusi telefon mudah alih yang dikenali sebagai myDeals kepada pelanggannya.

Tawaran terbaru itu direalisasikan menerusi usahasama dengan firma dari Austria, Out There Media (OTW) yang merupakan peneraju pasaran global dalam bidang pengiklanan menerusi medium mudah alih.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, pengiklanan menerusi telefon mudah alih itu memiliki keunikan tersendiri di mana ia perlu mendapat kebenaran pengguna.

"Program ini membenarkan pelanggan menentukan sendiri jenis iklan dalam mana-mana segmen yang mahu diterima, menerima maklumat terkini daripada segmen, informasi serta promosi terkini," katanya pada majlis pelancaran myDeals di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif OTM, Kerstin Trikalitis dan Ketua Bahagian Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis, T. Kugan.

Pengenalan perkhidmatan pengiklanan dengan kebenaran pelanggan itu merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di Asia Tenggara.

Kosmo! difahamkan perkhidmatan yang ditawarkan itu termasuk interaktif myDeals tidak akan dikenakan sebarang caj.

- KOSMO!

Harga buah-buahan dijangka naik 50%

Posted: 22 Jun 2010 11:18 AM PDT

Harga buah-buahan tempatan bermusim dijangka naik sehingga 50 peratus disebabkan jumlah pengeluaran merosot hampir separuh berbanding tahun lalu.

Pengarah Kanan Urus Niaga Segar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ahmad Ishak berkata, kemerosotan buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, duku dan cempedak itu disebabkan faktor cuaca panas melampau yang berlarutan untuk tempoh yang panjang.

Menurut beliau, hanya 80,000 tan metrik buah-buahan tempatan bermusim dijangka dapat dikeluarkan tahun ini berbanding 150,000 tan metrik pada tahun lalu.

"Kita jangkakan tahun ini harga buah-buahan bermusim akan meningkat sekitar 50 peratus disebabkan faktor pengeluaran yang berkurangan kesan daripada fenomena El Nino," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Program Ladang Kontrak antara FAMA dengan pengusaha ladang rambutan dan tembikai di Kompleks Pengumpulan Ladang Kampung Selamat di sini semalam.

Pada majlis itu, FAMA diwakili oleh Pengarah Wilayah Utara, Mohd. Ariffin Awang. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Menurut Ahmad, walaupun pada dasarnya kenaikan harga hasil pertanian itu di pasaran bakal memberi kebaikan kepada pengusaha ladang dan petani tetapi FAMA akan tetap memantau kenaikan harga tersebut agar tidak membebankan pengguna menerusi pelan pemasaran buah-buahan bermusim.

- KOSMO!

Ombak Bada tembusi Malaysia

Posted: 22 Jun 2010 11:14 AM PDT


Sejajar dengan arus pemodenan yang dikecapi hari ini, pelbagai perubahan dapat disaksikan dalam segenap kehidupan manusia.

Pelbagai sektor merasai tempias perubahan itu khususnya apabila melihat pembaharuan teknologi yang pesat bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini.

Bidang telekomunikasi tidak terkecuali apabila syarikat gergasi pembikin telefon bimbit yang sentiasa peka terhadap keperluan pengguna membangunkan pelbagai jenis telefon pintar dan platform sistem operasi (OS) berteknologi tinggi.

Telefon pintar kini boleh dianggap sebagai aksesori penting kepada masyarakat hari ini kerana gajet itu sudah menjadi keperluan bagi melancarkan rutin gaya hidup mereka.

Salah satu jenama yang sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan agar pengguna dapat menikmati pengalaman baru dalam penggunaan teknologi berinovasi adalah Samsung.

Syarikat itu telah membangunkan platform OS terbuka sendiri yang diberi nama Bada. Ia berteraskan visi bahawa telefon pintar adalah untuk semua orang.

Bada yang membawa maksud lautan dalam perkataan Korea mempunyai matlamat utama tersendiri iaitu tidak menandingi kewujudan platform-platform telefon pintar lain.

Sebaliknya, OS Bada akan menukar pelanggan-pelanggan konvensional Samsung kepada pengguna telefon pintar dengan menyediakan telefon pintar kos efektif.

Ini bermakna OS Bada telah memperluaskan segmen pasaran telefon pintar baru yang tidak wujud dalam pasaran semasa.

Selain daripada itu, OS Bada merupakan platform telefon pintar yang kaya dengan pelbagai ciri dan perkhidmatan menarik ditawarkan kepada pengguna.

Aplikasi inovatif

Memandangkan ia merupakan platform terbuka, keistimewaan OS Bada ialah membolehkan pelbagai aplikasi inovatif dibangunkan oleh pencipta aplikasi.

Senario ini telah membuka ruang kepada pencipta-pencipta aplikasi untuk mengembangkan bakat mereka.

Pengarah Telefon Mudah Alih Samsung, Andrew Cheong, berkata, antara ciri-ciri menarik ditawarkan OS Bada ialah ia mempunyai tiga kategori elemen antara muka pengguna (UI) untuk membangun aplikasi interaktif.

"Elemen-elemen ini memberi keupayaan dalam pemetaan, integrasi jaringan web dan penggunaan Flash. Ia juga membolehkan penukaran saiz UI antara WVGA dan WQVGA dengan mudah.

"Dalam pada itu, ciri-ciri lain yang boleh diguna pakai oleh pencipta aplikasi melalui OS Bada termasuk sentuhan pelbagai, getaran, pergerakan, pengesan dan pengenalan wajah," katanya kepada Kosmo!.

Andrew menambah, OS Bada turut menyediakan khidmat pesanan antara muka atur cara aplikasi (API) yang membolehkan mesej dilakukan dengan mudah dan berkesan.

Katanya, ia membolehkan pembangunan permainan dilakukan kerana menyokong OpenGL/ES untuk grafik tiga dimensi (3D), sentuhan pelbagai, dan mempercepat kawalan.

Dari segi multimedia pula, platform ini menyokong pelbagai jenis audio, video dan format pengimejan bagi memenuhi standard paparan dan rakaman.

Penyambungan rangkaian juga dipermudahkan dengan OS Bada apabila mengetengahkan fungsi WiFi dan Bluetooth. Ia turut dilengkapi pelayar Dolphin yang menyokong HTML 4.01 and HTML5 memudahkan sambungan ke Internet.

Carian lokasi

Selain itu, Servis Berasaskan Lokasi (LBS) menyokong mencari lokasi dari satu titik ke titik lain. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin mencari lokasi seperti restoran, stesen petrol dan lain-lain lagi.

Tambah Andrew, Samsung telah mengadakan bengkel pemaju Bada yang mendapat kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) baru-baru ini.

Katanya, bengkel berkenaan diadakan untuk membantu mengembangkan industri kandungan di dalam negara ini.

Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) telah melancarkan telefon pintar dengan OS Bada yang pertama di negara ini iaitu Samsung Wave.

Pengarah Urusannya, Yu Jai Sul, berkata Bada adalah sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Samsung bagi penggunaan khas telefon pintar sesuai untuk gaya hidup masa kini.

"Dengan pelancaran Samsung Wave ini, Samsung kini lebih aktif membina ekosistem menerusi platform Bada termasuk aplikasi Samsung. Ia satu visi realiti untuk kumpulan pelanggan, pemaju dan pengendali.

"Samsung Wave adalah strategi kami untuk menyampaikan pengalaman menarik serta kemewahan telefon pintar kepada semua pihak," katanya.

Selain dilengkapi dengan platform OS Bada, Samsung Wave dijana pemproses aplikasi 1 gigahertz.

Ia turut didatangkan dengan skrin paparan pertama di dunia menggunakan Super AmoLed 3.3 inci yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna apabila menonton video atau sebagainya.

Skrin sesentuh yang agak sensitif juga memudahkan lagi pengguna dalam mengendalikan telefon pintar terbaru daripada Samsung ini.

Telefon pintar yang ditawarkan pada harga runcit RM1,699 ini turut didatangkan sistem bunyi 5.1 maya, video definisi tinggi (HD) dan pemain muzik berupaya beroperasi selama 30 jam tanpa henti.

Dengan kamera lima megapiksel pengimejan yang dirakam oleh penggemar telefon pintar pasti akan membawa seribu makna kepada mereka.

Model terbaru ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi teknologi Bluetooth 3.0 dan WiFi 802.11n.

Ciri-ciri ini dapat memudahkan rangkaian dilakukan untuk memindahkan fail, audio, imej dan pelbagai lagi khususnya apabila berada di luar rumah ataupun pejabat.

Beberapa model lain dengan OS Bada akan turut diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini namun beliau enggan menyatakan jumlah model baru yang akan dibawa masuk.

- KOSMO!

Tugas perguruan jadi beban jika pendidik tidak hayati etika kerja

Posted: 22 Jun 2010 11:04 AM PDT

Merujuk kepada tulisan dalam ruangan ini bertajuk 'Guru perlu anggap beban demi pembangunan ilmu anak bangsa' bertarikh 10 Jun lalu yang dijawab Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran.

Saya berasakan tidak semua arahan pentadbir sekolah itu beban. Kerja perguruan akan menjadi beban jika kita tidak dapat menghayati etika perguruan dan tanggungjawab sebagai guru. Kerja bidang perguruan ini menuntut rasa keikhlasan yang bukan calang-calang. Keikhlasan yang tinggi akan menghasilkan hasil kerja yang bermutu tinggi.

Soal pentadbir mengarah adalah menuntut keikhlasan. Oleh itu, sifat keikhlasan amat dituntut kita mendidik. Adalah wajar pentadbir sekolah menggarapkan sifat ikhlas ketika bekerja. Begitu juga pihak atasan Kementerian Pelajaran jangan lupa sentiasalah menyemaikan sifat ini di kalangan guru, sama ada lama atau baru.

Saya sudah 18 tahun menjadi guru. Kadangkala berasa terkilan, sedih arahan demi arahan diterima. Ada kala arahan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertindih.

Otak akan berserabut, sifat ikhlas mula hilang. Beban guru terjadi kerana arahan selalu bertukar pada saat akhir, keputusan mesyuarat guru sekolah tidak dipatuhi dan ada kalanya saya berasa seolah-olah ada dua atau tiga pengetua di satu sekolah.

Apalah salahnya pentadbir sekolah itu menyemaikan sifat ikhlas, jujur dan amanah di kalangan guru setiap kali taklimat atau mesyuarat. Perlu diingat ada sesetengah pengetua amat berkesan menanamkan sifat yang positif ini.

Namun, tiada keselarasan antara satu sekolah dengan sekolah lain. Adalah dicadangkan, Pihak Kementerian Pelajaran menggariskan panduan penyemaian sifat yang positif ini di seluruh sekolah di kalangan guru di Malaysia.
Seingat saya, kira-kira 17 tahun lalu, seorang pengetua yang berdedikasi mendidik saya sebagai guru baru banyak kali mengulang sifat ini pada perjumpaan guru sekolah sama ada pada peringkat daerah atau taklimat sekolah.

Tidak dinafikan pasang surut cabaran menghadapi pelajar ada kalanya mencabar keimanan saya. Namun, saya membisikkan dalam diri bahawa aku ingin menghalalkan gajiku, Tuhan akan menilai setakat mana amanah yang dipikul sudah ditunaikan dan seandainya murid sekolah ini adalah anakku.

Pada kala itu, sifat ikhlas, terharu akan timbul. Pada saya, tiada yang lebih bermakna kecuali bila anak didik berjaya dalam kurikulum, kokurikulum dan penampilan diri.

ADILAH,
Nyalas, Melaka.

- FORUM BERITA HARIAN

ManggaAd jana pendapatan

Posted: 22 Jun 2010 11:00 AM PDT

Kecanggihan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka ruang kepada para blogger bergiat aktif dalam alam siber.

Mereka tidak hanya menjadikan blog sebagai medium komunikasi dalam bentuk penulisan ataupun pengimejan malah memasarkan produk tertentu bagi menjana pendapatan.

Kini pemilik-pemilik blog mempunyai cara lebih mudah dan pantas untuk meraih pendapatan melalui blog mereka dengan menggunakan rangkaian iklan blog terbaru iaitu ManggaAd.

ManggaAd yang baru dilancarkan pada penghujung Mei lalu adalah kerjasama antara Kumpulan Utusan dan AdExcel, sebuah syarikat mempunyai kepakaran dalam bidang sosial media dan teknologi digital web 2.0.

Rangkaian iklan blog terbaru ini dikendalikan oleh mereka berpengalaman dari Utusan Media Sales (UMES), Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) dan Adexcel sendiri yang diberi nama ManggaAd Team.

Ketua Pegawai Eksekutif AdExcel, Darren Lee, berkata, ManggaAd memberi peluang kepada pemilik-pemilik blog untuk menjana pendapatan untuk kandungan blog mereka melalui kempen-kempen iklan dengan lebih berkesan.

"Selain daripada menjana pendapatan, kelebihan ManggaAd adalah blogger-blogger dapat berkenalan dengan blogger lain yang turut menggunakan rangkaian iklan blog terbaru ini.

"Ciri ini memberi peluang kepada blogger berkongsi pertalian untuk menjana lebih trafik ke laman mereka sekali gus meningkatkan interaksi," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Darren Lee menambah, ManggaAd dapat memainkan peranan sebagai rangkaian sosial untuk blogger-blogger mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan bertukar pendapat dengan pengguna lain.

Ujarnya, antara muka menarik dan mudah dikendalikan menjadi tarikan kepada mereka yang menggunakan produk terbaru di alam siber ini. ManggaAd turut mendapat sokongan syarikat akhbar berpengaruh di Malaysia.

"ManggaAd turut mengetengahkan medium iklan interaktif berbanding dengan iklan statik yang agak membosankan. Pendekatan tersebut dijangka dapat menarik lebih ramai orang untuk mengunjungi sesuatu blog dan meningkatkan lagi pendapatan.

"Penggunaan ManggaAd amat mudah dan pantas. Blogger-blogger ini hanya perlu mendaftar dengan tiga langkah mudah iaitu daftar akaun baru, aktifnya dan menggunakan widget kami di laman web atau blog mereka," katanya.

Dalam pada itu, Darren Lee menambah, pengiklan turut dapat menikmati faedah menggunakan ManggaAd kerana berupaya mendapat pendapat dan maklum balas dengan serta merta mengenai iklan dari pengguna Internet.

"Melalui pengiklanan sosial ini pengiklan dapat mengetahui trend terkini apa yang diinginkan pengguna Internet masa kini. Mereka tidak perlu lagi memikirkan untuk mengambil pakar-pakar pengiklanan yang mahal sekali gus menjimatkan kos pengiklanan.

"Pelbagai aktiviti akan diatur seperti pertandingan menawarkan hadiah-hadiah untuk menarik lebih ramai pengunjung menggunakan rangkaian iklan blog ManggaAd.

Sementara itu, Editor, Projek Khas (Online) UKSB, Mohd. Rosli Manah, berkata, pengguna rangkaian iklan blog ManggaAd boleh memilih menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Katanya, setakat ini ManggaAd berjaya menarik lebih 1,000 pengguna sejak ia dilancarkan dan dijangka lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan terbaru tersebut.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian iklan blog ManggaAd boleh melayari laman web ManggaAd.com

KerJaya ECER bantu 1,500 dapatkan pekerjaan

Posted: 22 Jun 2010 11:00 AM PDT

KerJaya ECER yang merupakan program pembangunan modal insan berjaya membantu 1,500 peserta mendapatkan pekerjaan.

Ia diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun lalu.

Program KerJaya ECER telah meningkatkan kemahiran para graduan dan pencari kerja di ECER dan memberikan mereka peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat yang turut serta dalam program tersebut.

Sehingga kini program ini telah berjaya menarik 5,126 peserta dan 353 syarikat di seluruh ECER.

Buat masa ini, terdapat 111 syarikat yang telah mendaftar untuk Program KerJaya ECER. Program ini telah dilancarkan di Pahang pada bulan Disember 2009 manakala Terengganu dan Kelantan pada Januari dan Mac 2010.

Program Kerjaya ECER dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu, Program Peluang Penempatan Graduan (GPO), Program Penempatan Pekerja (EPP) serta Program Latihan Kemahiran (STP).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John berkata, Program KerJaya ECER adalah inisiatif yang penting bagi ECER kerana ia membantu tenaga kerja di wilayah ini menjadi lebih kompetitif dan mempunyai peluang tinggi diambil bekerja dalam dunia pekerjaan yang mencabar kini.

"Pada masa yang sama, kami amat berharap Program KerJaya ECER boleh menarik kembali migrasi pekerja keluar dari ECER dan memberikan peluang kepada pekerja mahir untuk pulang ke negeri asal dan berkhidmat dengan syarikat-syarikat di ECER," kata beliau dalam kenyataannya di sini.

KerJaya ECER yang mensasarkan penyertaan kalangan para penganggur, graduan baru dan lepasan sekolah, adalah sebahagian daripada program pembangunan modal insan yang dilaksanakan bagi mengurangkan kadar pengangguran disebabkan krisis ekonomi dunia.

Katanya, program ini juga selaras dengan wawasan ECER untuk menjadi wilayah yang maju menjelang 2020, di mana pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek ECER, terutamanya menyediakan kumpulan tenaga kerja berkemahiran di wilayah ini yang amat penting bagi menarik pelaburan asing dan tempatan.

''Program KerJaya ECER juga selari dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berlandaskan pengetahuan, inovasi dan kreativiti, yang mana ia menyediakan para graduan baru dan pencari kerja dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian sebelum dipadankan dengan syarikat-syarikat yang memerlukan kemahiran berkenaan,'' jelasnya.

- UTUSAN

Kesedaran rasuah rendah

Posted: 22 Jun 2010 10:58 AM PDT

Oleh Datuk Ahmad Khusairi Datuk Yahaya
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sejak pelancarannya pada 26 April 2010 sehinggalah rencana ini ditulis, seramai 144 orang telah ditangkap di seluruh negara atas kesalahan menyogok pegawai awam. Tempoh dua bulan ini memperlihatkan purata tangkapan ke atas pemberi rasuah dianggarkan dua orang setiap hari.

Statistik ini menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi belum sedar bahawa perbuatan memberi atau menawarkan suapan rasuah merupakan satu perbuatan jenayah yang serius. Sekiranya didapati bersalah hukuman berat termasuk penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan menanti pelakunya.

Media massa banyak membantu menyebarluaskan maklumat atau mesej berhubung Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini. Masyarakat didedahkan mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya terjebak dengan perlakuan ini. Berita-berita berhubung tangkapan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas pemberi rasuah hampir setiap hari dipaparkan di kaca televisyen mahupun di dada akhbar-akhbar utama.

Namun, pertambahan jumlah perangkaan yang semakin bertambah ini memperlihatkan isu berkaitan kesalahan memberi rasuah ini masih dianggap remeh oleh segolongan besar masyarakat.

Berdasarkan jumlah tangkapan keseluruhannya iaitu sebanyak 144 kes, hampir 40 peratus atau 57 tangkapan melibatkan individu yang melakukan kesalahan jalan raya. Kenapa harus kita memperjudikan nasib dengan memberi sogokan rasuah atas kesalahan yang boleh di kompaun. Akibatnya, bagi mengelakkan saman trafik yang bernilai RM300 kita terpaksa berhadapan pula dengan suatu kesalahan yang lebih serius iaitu berhadapan hukuman penjara dan denda yang lebih tinggi.

Masyarakat harus mengubah persepsi negatif mereka terhadap penjawat awam khususnya anggota penguat kuasa. Zaman telah berubah, begitu juga semangat dan iltizam penjawat awam. Maruah perkhidmatan awam bukan untuk digadai atau dijual. Wang ringgit bukan galang gantinya. Kewujudan anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya keseluruhannya.

Segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri dengan melanggar peraturan yang ditetapkan wajar dihukum sebagai tanda pengajaran untuk menjadi lebih disiplin. Sikap cuai, gopoh, memandu secara melulu dan tidak sabar membuatkan individu menjadi pembunuh di atas jalan raya.

Atas sebab-sebab inilah, maka kemalangan maut sering berlaku sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kajian yang dijalankan oleh pihak berwajib menunjukkan kemalangan yang berlaku hampir 75 peratus disebabkan faktor kecuaian manusia.

Selain kesalahan jalan raya, satu lagi kesalahan yang menjadi punca kepada perlakuan rasuah ialah kesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin. Penjawat awam sekali lagi cuba disogok untuk melindungi pendatang tanpa izin yang bukan sahaja memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah malahan terbabit dengan lain-lain kegiatan jenayah termasuk merompak, melacur, menyamun, dadah dan sebagainya.

Seramai 38 orang pendatang tanpa izin yang ditangkap kerana menyogok anggota penguat kuasa. Sudahlah memasuki negara ini tanpa sah, cuba pula membeli penguat kuasa bagi menutup kesalahan mereka. Jangan sesekali samakan anggota penguat kuasa kita seperti di negara mereka.

Sekali lagi masyarakat harus sedar, kesan dan akibat sekiranya PATI dibiarkan berleluasa menjalankan kegiatan mereka di negara ini. Kita bukan tidak biasa mendengar tumpasnya kegiatan samun, pembunuhan, penculikan, rompakan, pengedaran dadah, kegiatan samseng dan pelacuran yang melibatkan warga negara asing.

Hampir setiap hari dilaporkan dalam akhbar-akhbar berhubung jenayah berat yang dilakukan warga asing di negara tercinta ini. Adakah kita sebagai warganegara Malaysia mahukan kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini diragut begitu sahaja dek kegiatan jenayah warga asing?

Sungguh memalukan jika diteliti dari segi jumlah wang rasuah yang cuba disogok kepada penjawat awam. Dari nilai RM3 hinggalah puluhan ribu ditawarkan untuk melindungi kegiatan mereka. Apakah nilai maruah dan harga diri seorang anggota keselamatan sekadar RM3 sahaja?

Terdapat juga kata-kata nakal di kalangan kita yang mengatakan RM3 tangkap kalau RM30,000 lepas. Ingin ditegaskan bahawa penjawat awam pada hari ini sebenarnya telah banyak berubah baik dari segi sikap, nilai integriti mahupun budaya kerjanya.

Buktinya, seramai 10 orang anggota penguat kuasa yang ditawarkan rasuah bernilai melebihi RM10,000.00 menolak sogokan tersebut dan menangkap si pemberi rasuah. Secara keseluruhannya, jumlah suapan yang terlibat sepanjang dua bulan ini melibatkan sebanyak hampir RM350,000.

Wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan yang dikejar. Sebaliknya, amanah dan perjuangan menegakkan undang-undang menjadi perjuangan. Jenayah dan permasalahan sosial yang berlaku di sekeliling membuatkan penjawat awam semakin muak dengan ragam dan tingkah laku penjenayah yang semakin tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara ini.

Kesannya, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi semakin digugat. Ia bukanlah kata-kata retorik, sebaliknya suatu kenyataan atau realiti yang harus diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini akan diteruskan sehinggalah keseluruhan masyarakat sedar bahawa perbuatan memberi dan menawarkan suapan rasuah adalah kesalahan yang serius.

Berdasarkan kepada statistik tangkapan ke atas pemberi rasuah, Polis Diraja Malaysia harus diberikan pujian kerana telah berjaya menangkap lebih dari 50 orang pemberi rasuah, diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi-operasi khasnya sebanyak 10 tangkapan, RELA 9 tangkapan, JPJ 8 tangkapan, Imigresen 5 tangkapan, Perhutanan 2 tangkapan, Tenaga Nasional 1 tangkapan dan PTG 1 tangkapan.

Tumpuan di fasa kedua adalah serbuan mengejut secara bersepadu pelbagai agensi penguat kuasa di seluruh negara ke atas sarang-sarang pelacuran, pengedaran dadah, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, kilang-kilang haram, pembalakan haram, kecurian pasir dan premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan jenayah.

Strategi pendekatan serampang dua mata ini sekiranya dijalankan secara telus bukan sahaja akan memberi pengajaran ke atas pelaku-pelaku rasuah malahan turut menghapuskan pelbagai kegiatan jenayah lain.

- UTUSAN